Lagi Penipuan Ph Tangguh Subsidi Petrol Ap Rantau Panjang



Tangguh PSP: PH lemah dan bermuslihat

PENANGGUHAN Program Subsidi Petrol (PSP) menjelang saat akhir pelaksanaannya bermula Januari 2020 menunjukkan kelemahan amat ketara Kerajaan PH. 

Malah, ia dicurigai mempunyai muslihat apabila teks rasmi surat penangguhan itu menggunakan terma berbeza iaitu ‘tidak diteruskan’. Menyebabkan rakyat ternanti-nanti kemungkinan PSP juga bakal menjadi satu lagi ‘harapan’ dan janji yang dimungkiri.

Pengumuman itu juga menunjukkan kegopohan Kerajaan PH akhirnya memakan diri. Ketika mekanisme pelaksanaannya masih kabur untuk diberi kepada golongan sasar, PH pula dilihat terlalu ghairah kononnya bagi merealisasikan Manifesto PH. Akibatnya tersasar, lalu impian golongan B40 dan M40 tidak ubah seperti cuba digula-gulakan sahaja. 

Kedatangan Tahun Baharu 2020 tidak menggembirakan, tapi dikecewakan. Ramai yang pasti hairan dengan sikap teruja berlebihan PH hingga menguar-uarkan kunjungan ke portal rasmi PSP mendapat 3.7 juta pelayar pada awal November. Sedangkan perbahasan mengenai PSP hanya berlangsung di Sidang Dewan Rakyat pada pertengahan November. 

Menteri dan Timbalan Menteri sendiri begitu bersungguh-sungguh mempertahankan projek ini yang seperti telah sangat sempurna. Tiba-tiba ia diumum tangguh ‘tidak diteruskan’ dengan alasan untuk memberi penerangan dan penjelasan, selain melakukan pendaftaran bagi penerima M40. Ini bukan sesuatu yang kali pertama, tetapi Kerajaan PH sudah masyhur dengan tindakan ‘U-Turn’ dan mengumumkan sesuatu tanpa kajian terperinci. 

Jelas ini petunjuk betapa ia hanyalah projek politik yang tidak mendapat nasihat sewajarnya. Sepatutnya pihak Menteri bekerjasama dengan para Pegawai Perkhidmatan Awam bagi menyediakan rangka yang matang. Bukan secara ‘ad-hoc’ atau demi meraih kepentingan politik. Cukuplah beringat bahawa rakyat sudah amat mengenali PH sebagaimana penilaian prestasi diumumkan dari survey dilakukan pelbagai pihak. 

Sogokan untuk meraih sokongan hanya memperlihatkan pimpinan PH seperti menagih undi. Malah, rakyat sudah sampai mempersoalkan sasaran sebenar PSP yang sekadar pemberian RM30 sebulan, sedangkan hakikat penggunaan berjurang lebih besar dari itu. Ia sememangnya akan tersasar apabila harga runcit berada di bawah RM2.08 seliter menerusi kaedah Mekanisme Harga Automatik untuk diapungkan ke harga tersebut. Persoalan lebih besar dari itu berkait ketelusan dan motif PSP.

Apakah ianya benar-benar menguntungkan rakyat secara bersasar, sekali gus kerajaan? Atau sebenarnya tersasar apabila GHL Systems Bhd yang memenangi tender membangunkan sistem, dipengerusikan individu sama dari Great Eastern Takaful Berhad; pengendali Skim MySalam di bawah Kementerian Kewangan? PH diingat supaya tidak bermain silap mata, rakyat menunggu masa membongkarnya.

Hakikatnya, rakyat juga yang telah diperdaya tipu oleh PH. Selain PSP, satu lagi janji PSP yang lain iaitu Program Sarapan Percuma juga tidak sepertimana diuar-uarkan. Janji menghapuskan tol juga sudah lama tidak lagi kedengaran, jauh sekali gaji minimum. Sebaliknya tular pimpinan PH pula yang akan mendapat kemudahan. Semuanya ketika prestasi mereka hambar dan tidak kompeten untuk memimpin negara dan rakyat.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB DATO’ SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Pengerusi
Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat
Ahli Parlimen Rantau Panjang – HARAKAHDAILY 1/1/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/lagi-penipuan-ph-tangguh-subsidi-petrol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangguh Subsidi Petrol Ph Gopoh Akhirnya Makan Diri Siti Zailah

Tangguh Subsidi Petrol Ph Gopoh Akhirnya Makan Diri Siti Zailah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 285 hits
MALAYSIAKINI Penangguhan Program Subsidi Petrol menunjukkan bagaimana kegopohan kerajaan PH akhirnya memakan diri kata Pengerusi Lajnah Pekerja dan Pengguna PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusoff Menurutnya penangguhan yang diumumkan semalam itu...
Kerajaan Tangguh Program Subsidi Petrol Harga Minyak Kekal Ikut Sistem Sedia Ada

Kerajaan Tangguh Program Subsidi Petrol Harga Minyak Kekal Ikut Sistem Sedia Ada

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 533 hits
Kuala Lumpur Pelaksanaan Program Subsidi Petrol bakal ditangguhkan kepada masa yang akan dimaklumkan kemudian kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Menurutnya keputusan tersebut dibuat da...
Subsidi Petrol Tangguh Tahun Depan Tiada Kenaikan Harga Ron95 Kan

Subsidi Petrol Tangguh Tahun Depan Tiada Kenaikan Harga Ron95 Kan

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 510 hits
Kabinet memutuskan supaya pelaksanaan Program Subsidi Petrol tidak diteruskan sehingga ditentukan kelak Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan yang dibuat pada 18 Disem...
K Jaan Tangguh Pelaksanaan Program Subsidi Petrol

K Jaan Tangguh Pelaksanaan Program Subsidi Petrol

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 338 hits
MALAYSIAKINIMesyuarat jemaah menteri telah memutuskan bahawa pelaksanaan Program SubsidiPetrol yang sepatutnya bermula pada 1 Januari tahun depan akan ditangguhkan Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal...
Program Subsidi Petrol Ditangguh

Program Subsidi Petrol Ditangguh

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 250 hits
PELAKSANAAN Program Subsidi Petrol yang dijadualkan bermula Januari 2020 ditangguhkan sehingga satu masa yang akan diumumkan kerajaan kemudian Berikutan itu rakyat negara ini akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada se...
Kenapa Aku Tak Sokong Subsidi Petrol Bersasar

Kenapa Aku Tak Sokong Subsidi Petrol Bersasar

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 465 hits
KERAJAAN Pakatan Harapan dalam manifesto pada pilihanraya yang lepas mahu melaksanakan subsidi petrol bersasar push Baru baru ini Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan manifesto itu mulai 1 Januari 2020 Difah...
Nikmati Mi Celup Walaupun Kaki Berendam Banjir Rantau Panjang

Nikmati Mi Celup Walaupun Kaki Berendam Banjir Rantau Panjang

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 334 hits
PELANGGAN di sebuah kedai makan masih menikmati hidangan mi celup biarpun dalam keadaan berendam kaki di dalam banjir dengan air separas 0 4 meter melimpahi kedai makan terbabit Tinjauan mendapati beberapa kedai makan masih dibuka dan berop...
Rentasan Berita 621 Panas Mp Pas Rantau Panjang Terbukti Menipu

Rentasan Berita 621 Panas Mp Pas Rantau Panjang Terbukti Menipu

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 284 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 621 1 KEWANGAN KELANTAN SURPLUS ADAKAH BOHONG SYARIE 2 SELEPAS MERDEKA MELAYU DIHASUT JADI SINOPHOBIA 3 KERAJAAN SELANGOR BANTU MENCARI PENGASUH UNTUK ANAK ANAK 4 RASISME EKSTRIMISME DAN ISLAMOPHOBIA CABARAN MALAYSIA ...
Ini Bukti Subsidi Petrol Bersasar Sebenarnya Adalah Idea Najib Razak

Ini Bukti Subsidi Petrol Bersasar Sebenarnya Adalah Idea Najib Razak

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 442 hits
SEMALAM aku ada beri pandangan mengapa aku tak setuju dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi petrol bersasar BACA Kenapa aku tak setuju dengan subsidi petrol bersasar Najib Razak sejak dari awal menghentam rancangan kerajaan Pak...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr

Qalam Band Hakikat Seorang Pencinta Chord

9 Bilion Untuk Skechers Indeks Jatuh Dan Lonjakan Saham Asia