Ladap Plus Aplikasi Pembangunan Profesional Guru Kpm


Aplikasi pembangunan profesional khusus kepada guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu LADAP Plus telah diperkenalkan sebagai salah satu inovasi terbaharu untuk pembangunan guru di Malaysia.
Pengenalan aplikasi ini mampu meningkatkan kualiti guru dalam mengembangkan pengetahuan dan ilmu dalam bidang pengajaran.
Mengenai LADAP Plus LADAP Plus yang bermaksud Leadership and Development Application by PEMIMPIN GSL merupakan sebuah platform inovatif dibangunkan untuk membudayakan pembangunan profesionalisme berterusan yang berkesan untuk guru-guru di Malaysia.
Aplikasi ini telah dibangunkan oleh PEMIMPIN GSL dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) dan KPM.
Pembangunan aplikasi ini selaras dengan objektif yang digariskan dalam Dasar Pendidikan Digital, iaitu memperkasakan pendidik dan pemimpin sekolah untuk mengintegrasikan teknologi digital ke dalam ekosistem pendidikan.
Keistimewaan LADAP Plus Antara keistimewaan aplikasi ini adalah seperti berikut:
Kandungan pembelajaran dalam bentuk video pendek, infografik, quiz dan banyak lagi. Kandungan kursus yang ringkas dan mudah difahami. Muat turun kursus dan sambung dari mana anda berhenti secara luar talian. Jejak ganjaran anda seperti e-sijil, lencana dan mata pengalaman selepas selesai setiap kursus. Suasana pembelajaran yang fleksibel yang sepadan dengan masa anda. Ikuti kursus untuk pembangunan profesionalisme anda di mana-mana pada bila-bila masa. Ciri LADAP Plus Antara ciri-ciri aplikasi ini adalah:
Pembelajaran kendiri bagi memperkasakan pendidik dengan pembangunan profesional yang fleksibel. Hab kandungan yang kaya untuk membenarkan akses kepada koleksi pelbagai kandungan. Mengembangkan jaringan perhubungan dengan melibatkan diri dalam forum, kerjasama dan pertukaran pandangan. Elemen LADAP Plus Elemen-elemen yang ada dalam aplikasi ini adalah:
Kandungan bite-sized (pembelajaran mikro) – Kursus ringkas dan singkat dalam bentuk teks pendek, imej dan video. Berfokuskan pelaksanaan – Mengandungi strategi pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam situasi sebenar. Berdasarkan keperluan – Guru boleh memilih kursus dan kandungan pembelajaran mengikut keperluan dan konteks semasa. Gamifikasi – Terdapat elemen gamifikasi bagi menjadikan pengalaman pembelajaran di dalam aplikasi lebih menarik. Forum – Membolehkan para guru berhubung dan berkongsi pandangan dan amalan terbaik antara satu sama lain. Integrasi media sosial – Membolehkan para guru berkongsikan kemajuan, pembelajaran, pencapaian dan sijil yang diperoleh di platform media sosial. Mata Kredit SPLKPM Aplikasi ini juga sudah disenarai masuk dalam senarai pelantar e-Pembelajaran SPLKPM oleh pihak Bahagian Profesionalisme Guru (BPG).
Ini bermakna, guru yang sudah selesai mengikuti kursus di dalam aplikasi LADAP Plus, boleh mendapatkan mata kredit SPLKPM kategori e-pembelajaran.
Untuk daftar LADAP Plus di SPLKPM, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Login di pautan https://splkpm.moe.gov.my/. Klik bahagian “P06: e-Pembelajaran.” Klik “Tambah Aktiviti” dalam senarai e-pembelajaran. Isi maklumat yang diperlukan dan untuk bahagian pelantar e-pembelajaran, pilih LADAP Plus. Klik butang “Simpan.” Cara Muat Turun Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play atau App Store:
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details… App Store: https://apps.apple.com/my/app/ladap-plus/id6448714066 Info Lanjut Info lanjut mengenai aplikasi ini, sila layari laman web https://www.ladapplus.org/.
Sumber: https://bm.soyacincau.com/2024/01/18/aplikasi-ladap-plus-bantu-guru-tingkat-kemahiran-diri-secara-digital/
Baca juga: Semakan Keputusan UPUOnline Sesi Akademik 2025/2026


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ladap-plus/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ladap-plus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kesal Anak Di Dera Guru Pra Sekolah Hingga Trauma Datang Sekolah

Ibu Kesal Anak Di Dera Guru Pra Sekolah Hingga Trauma Datang Sekolah

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 501 hits
Ibu kesal anak di dera guru pra sekolah hingga trauma datang sekolah Seorang wanita mendakwa anak lelakinya berusia enam tahun mengalami trauma akibat didera seorang guru wanita di sebuah pra sekolah di Jelapang Ipoh sejak September lalu Ib...
Ibu Tiga Kali Buat Laporan Polis Dakwa Anak Dipukul Guru

Ibu Tiga Kali Buat Laporan Polis Dakwa Anak Dipukul Guru

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 328 hits
BernamaAiza Salzul Hanira mendakwa kejadian disedari pada 9 Sept tahun lepas selepas mengambil anaknya yang berusia enam tahun daripada sebuah sekolah dekat Jelapang Gambar BernamaIPOH Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya...
Ibu Tunggal Dakwa Anak 6 Tahun Didera Guru Pra Sekolah

Ibu Tunggal Dakwa Anak 6 Tahun Didera Guru Pra Sekolah

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 316 hits
Muhamad Lokman Khairiam hmetro com myAIZA Salzul Hanira menunjukkan laporan polis mengenai kecederaan yang dialami anaknya akibat didera guru pra sekolah di Jelapang semasa sidang media di Ipoh FOTO L ManimaranIpoh Seorang wanita mendakwa a...
Dana Duta Guru Dana Pusat Inovasi Murid

Dana Duta Guru Dana Pusat Inovasi Murid

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 436 hits
Dana Duta Guru Dana Pusat Inovasi Murid Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Yayasan PETRONAS telah membuka permohonan Dana Duta Guru dan Dana Pusat Inovasi Murid bagi tahun 2025 Para Duta Guru boleh membuat permohonan dana sebanyak RM20 000 m...
Guru Didakwa 5 Tuduhan Amang Seksual Fizikal Pelajar

Guru Didakwa 5 Tuduhan Amang Seksual Fizikal Pelajar

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 187 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba kemaluan dua pelajar lelaki Tertuduh Mohamad Fuad Abd Wahab 33 ...
Guru Tadika Dipukul Suami Kerana Cemburu

Guru Tadika Dipukul Suami Kerana Cemburu

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 324 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myAmpang Jaya Guru tadika cedera di leher dibelasah suaminya selepas menuduh wanita itu berlalu curang di kediaman mereka di Jalan Ampang Mewah di sini Ahad lalu Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asis...
Bantuan Awal Persekolahan Tidak Akan Dipotong Kpm Beri Jaminan

Bantuan Awal Persekolahan Tidak Akan Dipotong Kpm Beri Jaminan

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 294 hits
Bantuan Awal Persekolahan tidak akan dipotong KPM beri jaminan Wang Bantuan Awal Persekolahan berjumlah RM150 yang diterima setiap pelajar bagi sesi 2025 tidak akan dipotong sekali gus ibu bapa tidak perlu bimbang mengenainya Bantuan Awal P...
Kpm Info Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah K

Kpm Info Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah K

papar berkaitan - pada 30/1/2025 - jumlah : 164 hits
INFO KPM Semakan Tawaran Kemasukan Sekolah Khusus 2025 Hai semua Kami gembira untuk mengumumkan bahawa semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus untuk murid Tingkatan 1 Tingkatan 4 dan Tahun 1 SVM akan dibuka pada 31 Januari 2025 Jangan l...
Pengambilan Jawatan Kpm Februari 2025 Peluang Kerjaya Dalam Bahagian Genius Putrajaya

Pengambilan Jawatan Kpm Februari 2025 Peluang Kerjaya Dalam Bahagian Genius Putrajaya

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 568 hits
Jawatan KPM Februari 2025 Info Jawatan KPM Februari 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia membuka peluang pekerjaan bagi individu yang berminat untuk menyertai sektor perkhidmatan awam melalui program Malaysia Short Term Employment Programme...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan

Menyingkap Rahsia Molekul Revolusi Ai Dalam Meramalkan Dan Merekabentuk Kehidupan