Lactacyd Love Your V
Lactacyd Love Your V. Assalammualaikum! Bersempena dengan hari kekasih, Lactacyd telah mengadakan bengkel hi-tea dan ia adalah perkongsian yang sangat menarik. Ini kerana kita bukan sahaja menjaga Miss V pada sesuatu acara, kita menjaganya setiap hari. Tidak kira apa jua keadaan. Sentiasa ingin menjaga kebersihan Miss V. Sebab bahagian itu sentiasa lembab dan kita sebagai wanita harus menjaga kawasan itu sebaiknya! Betul tak?
Lactacyd Love Your V
Lactacyd telah wujud selama lebih dari 30 tahun dan merupakan produk mencuci feminin yang disarankan oleh doktor dan disukai oleh semua wanita. Melalui pengalaman Ruby, Ruby mengetahui berkenaan Lactacyd pada usia 17 tahun iaitu tahun 2004 dan ketika itu Ruby bertanyakan kepada farmasi yang bertugas. Apakah fungsi pencuci wanita ini? Sebenarnya pada zaman itu, masih ramai wanita segan untuk bertanya tentang pencuci wanita. Ibarat malunya kita apabila ingin membeli kondom semasa mula-mula merancang kehamilan selepas lahirkan Alif pada tahun 2016. Hahaha
Sebab pada masa dulu memang kita tiada pendidikan tentang pencuci feminin. Cuma yang ada perkongsian disekolah adalah tuala wanita. Itu je la. Haha. Noob giler kan.
Kempen “Be the Best You on V Day”
Lactacyd menawarkan variasi yang berbeza seperti All Day Fresh, White Intimate, Soft & Silky dan All-time Feminine Hygiene. Ia adalah kegemaran semua wanita sebab Lactacyd mempunyai rangkaian mengikut pelbagai jenis keperluan wanita. Setiap botol Lactacyd dirumus khas dengan susu asli Lactoserum dan asid Laktik yang membantu mengekalkan keseimbangan PH pada Miss V.
Pada Hari Valentine, Lactacyd, Pencuci Feminin No.1 di seluruh dunia telah mengambil langkah untuk menggalakkan wanita dari semua lapisan masyarakat untuk mengasihi diri mereka terlebih dahulu dengan membuat pilihan yang lebih baik dan lebih sihat di bawah kempen yang bertemakan “Be the Best You on V Day”.
“Untuk memperkasakan wanita dan menggalakkan mereka untuk memberi kepentingan pada diri sendiri dengan memulakan menjaga kebersihan feminin mereka.
Kami percaya keyakinan yang benar datang dari dalam kerana apabila anda yakin, anda boleh mengambil alih dunia dan Lactacyd ada di sana untuk anda mencapainya!
Melalui kempen ini, kami mahu wanita meletakkan penjagaan faraj lebih penting dan menikmati produk Lactacyd yang memberikan kebersihan, kesegaran, dan keselesaan untuk keyakinan setiap wanita”
Forum Penjagaan Miss V
Tiga wanita luar biasa, iaitu Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar, pakar obstetrik dan pakar ginekologi; Weena Marcus, Miss Tourism Malaysia 2009/2010, dan pengaruh gaya hidup kecantikan; dan Juanita Ramayah, bekas pengacara radio HITZ dan TV membincangkan cara mencintai dan menghargai diri anda.
Malah pentingnya menjaga kebersihan diri dan bagaimana masalah keseimbangan PH vagina turut dikongsikan agar kita semua memiliki vagina yang sihat. Melalui forum, Lactacyd melancarkan hakikat bahawa kebanyakan wanita tidak banyak membelanjakan produk feminin selain tuala wanita dan hanya akan mendapatkan bantuan apabila jangkitan berlaku.
Peraduan Lactacyd Love Your V
15 Pemenang akan dipilih dan anda akan memenangi satu botol Lactacyd Soft & Silky (60ml)
Anda hanya perlu kemaskini status anda di Facebook dengan melengkapkan slogan ringkas: “I love myself because…” kemudian siarkan di FB dan tetapkannya kepada “Public”.Peserta wajib memasukkan hashtag #BeTheBestYouOnV, tag dan like LactacydVLoveU. Terhad kepada satu (1) catatan setiap orang.Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada 28 Feb 2019 jam 12PM
Bengkel ‘Loving Me Basket’
Para tetamu di acara ini juga dapat enjoy diri mereka dengan mencipta ‘Loving Me Basket’ mereka sendiri. Florist berpengalaman dari The Florest membimbing sesi ini. Kami belajar langkah demi langkah tentang cara membuat sejambak bunga disertai dengan produk Lactacyd. Ini adalah pengalaman pertama Ruby. Seronok sangat!
Good luck untuk anda semua yang menyertai peraduan Facebook. Jika anda masih baru tentang pencuci feminin, anda perlu tahu bahawa Miss V berasid dan produk pencuci yang bersesuaian membantu mengembalikan pH 3.8 – 4.2. Kemudian tiap rangkaian Lactacyd mempunyai pelbagai fungsi. Jadi, pakai seawal usia ketika datang haid k. Semasa hamil, sedang haid atau sedang mandi. Gunakan Lactacyd.
Instagram : www.instagram.com/lactacydloveyourv
Facebook : www.facebook.com/lactacydloveyourv
The post Lactacyd Love Your V appeared first on Lifestyle | Entertainment | Parenting | Travel | Food | Beauty.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ruby.my/2019/02/lactacyd-love-your-v/