Kurang Didikan Keselamatan Punca Ramai Kanak Kanak Maut Di Jalan Raya Kata Pakar


 
Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah baru-baru ini berkata secara purata seorang kanak-kanak maut setiap hari dalam kemalangan jalan raya antara 2011 hingga 2020. (Gambar Freepik)PETALING JAYA: Kurangnya didikan keselamatan dan penekanan terhadap keselamatan kanak-kanak di jalan raya menyumbang kepada kadar kematian tinggi melibatkan golongan itu di jalan raya di negara ini, menurut pakar.
Law Teik Hua dari Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia berkata, dasar sedia ada yang bertujuan menjamin keselamatan kanak-kanak di jalan raya selalunya tidak mencukupi.
“Di Malaysia, ada dasar berkaitan kerusi keselamatan dan topi keledar kanak-kanak yang menunjukkan ada langkah-langkah bagi meningkatkan keselamatan. Malangnya, kadar penggunaan alat keselamatan ini masih amat rendah,” katanya kepada FMT.
Sebagai contoh, katanya, kajian pusat penyelidikan itu mendedahkan bahawa pada 2022, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di kawasan bandar hanya 26%, dan hanya 15% di luar bandar.
Bernama baru-baru ini memetik Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata secara purata seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam nahas jalan raya setiap hari di Malaysia antara 2011 hingga 2020.
Katanya, statistik bagi tempoh 10 tahun itu dihimpunkan polis dan dianalisis Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), mendapati 7.25% kematian melibatkan kanak-kanak bawah usia 15 tahun.
Ketika dihubungi, Miros menjelaskan 72% daripada kematian jalan raya melibatkan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah ketika menjadi penumpang kenderaan, manakala selebihnya sebagai pejalan kaki.
Menurut institut itu, bilangan tertinggi kematian antara kanak-kanak berusia enam hingga 10 tahun melibatkan penumpang (59%) kebanyakannya akibat tidak menggunakan tali pinggang keledar dalam kereta dan topi keledar ketika menunggang basikal. Kanak-kanak kumpulan usia ini juga maut ketika menjadi pejalan kaki (29%), dan pemandu atau penunggang (12%).
Sebaliknya, 75% kematian jalan raya melibatkan kanak-kanak usia 11 hingga 15 tahun adalah sebagai pemandu atau penunggang. Dalam kebanyakan kes, mangsa pengayuh basikal atau pengguna motosikal bawah umur.
Pengerusi Miros Wong Shaw Voon berkata, pendidikan keselamatan jalan raya bagi murid sekolah perlu menjangkaui bilik darjah mereka.
Buat masa ini, modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya diajar dalam bahasa Malaysia di semua sekolah peringkat rendah dan menengah. Sejak 2021, ini dilanjutkan ke tadika dan prasekolah.
Wong juga berkata, usaha perlu dilakukan untuk memastikan kanak-kanak tidak berada di jalan raya ketika tidak perlu mereka berada di situ. Ini boleh dilakukan dengan memastikan kemudahan mencukupi untuk mereka bermain, seperti taman permainan dan gelanggang badminton. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/10/kurang-didikan-keselamatan-punca-ramai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yayasan Kebajikan Budimas Menyambut World Food Day Bersama Lebih 170 Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik

Yayasan Kebajikan Budimas Menyambut World Food Day Bersama Lebih 170 Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 360 hits
Yayasan Kebajikan Budimas menyambut World Food Day Bersama Lebih 170 Kanak Kanak Kurang Bernasib BaikYayasan Kebajikan Budimas menyambut World Food Day Bersama Lebih 170 Kanak Kanak Kurang Bernasib Baik Assalamualaikum dan Salam Sejahtera g...
Bekas Pakar Sakit Puan Didakwa Aniaya Ribuan Wanita Ditemui Maut

Bekas Pakar Sakit Puan Didakwa Aniaya Ribuan Wanita Ditemui Maut

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 205 hits
PAKAR sakit puan kampus USC Dr George Tyndall yang dituduh melakukan salah laku seksual terhadap generasi wanita di universiti AS itu ditemui meninggal dunia di rumahnya di Los Angeles pada Rabu ketika berumur 76 tahun Agensi Berita Jerman ...
Jalan Jem Jadi Punca Masalah Mental Eh Betul Ke Ini Jawapan Pakar

Jalan Jem Jadi Punca Masalah Mental Eh Betul Ke Ini Jawapan Pakar

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 273 hits
Tersangkut dalam kesesakan jalan raya setiap hari boleh menjejaskan kesihatan mental anda tapi sampai ke tahap mana Tak pelik pun kalau ramai antara kita yang banyak kali pernah tersangkut dalam kesesakan jalan raya sampai tak boleh bergera...
Pelatih Plkn Boleh Jadi Pasukan Simpanan Keselamatan Kata Ahli Parlimen Tumpat

Pelatih Plkn Boleh Jadi Pasukan Simpanan Keselamatan Kata Ahli Parlimen Tumpat

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 160 hits
PLKN yang diperkenalkan pada 2003 dimansuhkan sepenuhnya pada 2018 PETALING JAYA Seorang wakil rakyat pembangkang mencadangkan pengisian Program Latihan Khidmat Negara yang mungkin diperkenalkan semula menjurus untuk melahirkan pasukan simp...
7 Kata Kata Yang Bikin Cv Mu Lebih Meyakinkan

7 Kata Kata Yang Bikin Cv Mu Lebih Meyakinkan

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 307 hits
Pekerja keras jujur dan mampu bekerja dalam tim udah terlalu biasa
Jawatankuasa Pantau Penyaluran Peruntukan Bajet 2024 Akan Ditubuhkan Kata Ahmad Maslan

Jawatankuasa Pantau Penyaluran Peruntukan Bajet 2024 Akan Ditubuhkan Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 254 hits
JAWATANKUASA Pemantauan Bajet akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menyemak dan memastikan peruntukan Belanjawan 2024 disalurkan sebaik mungkin kepada rakyat kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan Beliau berkata jawatankuasa berken...
Lesen Myairline Akan Digantung Kata Loke

Lesen Myairline Akan Digantung Kata Loke

papar berkaitan - pada 16/10/2023 - jumlah : 186 hits
Lesen MYAirline akan digantung kata Loke Dikemas kini 6 minit yang lalu Diterbitkan pada 16 Oct 2023 12 24PM
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan