Kunjungan Delegasi Palestin Perkukuh Cinta Bumi Anbia




Khalil Al-Hayya bertukar-tukar pendapat dengan Tuan Guru Abdul Hadi ketika kunjungannya ke Masjid Rusila, semalam.  
KUALA TERENGGANU, 24 Disember- Kunjungan rasmi delegasi Palestin ke Negeri Terengganu, semalam menzahirkan hubungan akrab yang terjalin antara rakyat Malaysia khususnya di negeri Pantai Timur itu dengan masyarakat Muslim di bumi Anbia yang merupakan kiblat pertama umat Islam itu.

Delegasi yang diketuai ahli Parlimen Palestin yang juga merupakan Pegawai Kanan Hamas, Khalil Al-Hayya itu turut disertai jurucakap parti berkenaan, Sami Abu Zuhri dan Pengerusi Cendekiawan Muslim Palestin (Palestinian Muslim Scholar) cawangan Asia Tenggara, Ahid Abu Ata.

Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini melahirkan kegembiraan atas kedatangan 'saudara dekat' itu apabila beliau menerima kunjungan hormat rombongan tersebut di pejabatnya.
Delegasi turut dibawa melawat Dewan Undangan Negeri Terengganu.
"Saya berbesar hati meraikan kehadiran Syeikh Khalil Al-Hayya dan delegasi dari Palestin yang berkunjungan ke Terengganu Darul Iman dan sudi bertandang ke Masjid Rusila. Sesungguhnya, perjuangan membebaskan Palestin adalah perjuangan kita semua dan persahabatan di antara Palestin dan Malaysia adalah amat istimewa.

"Semoga Allah SWT mengurniakan kemenangan dan merahmati usaha kalian yang berjuang di barisan hadapan, mewakili kami semua umat Islam di seluruh dunia," kata beliau dalam mengungkap keakraban hubungan antara kedua negara itu.

Dalam kunjungan sehari itu, kerajaan negeri yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said membawa delegasi itu melawat pusat pentadbiran negeri di Wisma Darul Iman yang disambut sendiri oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali.
Tekun meneliti antara nakhah yang dipamerkan di Taman Tamadun Islam.
Selain itu, delegasi Palestin turut melawat beberapa lokasi menarik dalam negeri dan secara khusus tidak melepaskan peluang melihat replika 22 monumen penting Islam daripada seluruh dunia.

Kesempatan hadir ke negeri pesisir ini, delegasi berkenaan juga sempat singgah ke pasaraya anak tempatan yang terkenal menyokong Palestin iaitu Pasaraya Sabasun dan Warung Al-Qassam bagi menghargai keprihatinan mereka.

Khalil Al-Hayya dalam ucapannya pada hari tersebut menyatakan kecintaan kepada rakyat negeri dan negara ini yang banyak membantu penduduk Palestin dalam mempertahankan bumi itu.

"Kami menghargai Malaysia dan semua di sini. Kepada rakyat Malaysia yang mementingkan Islam, kami begitu berbangga dengan keislaman anda," katanya.







Sumber: teganukita.net

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/kunjungan-delegasi-palestin-perkukuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Delegasi Palestin Saran Adun Belia Terengganu Persiap Diri Dengan Ilmu

Delegasi Palestin Saran Adun Belia Terengganu Persiap Diri Dengan Ilmu

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 286 hits
Khalil Al Hayya ketika berucap di Sidang DUN Belia Terengganu KUALA TERENGGANU 24 Disember Ahli Parlimen Palestin Khalil Al Hayya menasihati Ahli ahli Dewan Undangan Negeri Belia Terengganu supaya mempertingkatkan ilmu dan kematangan untuk ...
Tujuh Keistimewaan Bumi Palestin

Tujuh Keistimewaan Bumi Palestin

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 272 hits
PALESTIN mempunyai kedudukan istimewa d ilubuk hati setiap muslim Palestin adalah tanah suci yang diberkati sebagaimana disebutkan dalam Al Quran Artinya Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba Nya pada suatu malam dari Al Masjidil ...
Lirik Lagu Cinta Luar Biasa Andmesh

Lirik Lagu Cinta Luar Biasa Andmesh

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 886 hits
AssalamualaikumBismillahLirik Lagu Cinta Luar Biasa AndmeshWaktu pertama kaliKulihat dirimu hadirRasa hati ini inginkan dirimuHati tenang mendengarSuara indah menyapa geloranya hati ini tak ku sangkaRasa ini tak tertahanHati ini selalu untu...
Asyik Putus Cinta Emma Berdoa Agar Dipertemukan Dengan Lelaki Yang Dapat Membimbingnya

Asyik Putus Cinta Emma Berdoa Agar Dipertemukan Dengan Lelaki Yang Dapat Membimbingnya

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 607 hits
Pelakon cantik Emma Maembong menyifatkan perjalanannya sepanjang 2019 yang dilingkari pelbagai kontroversi adalah proses mematangkan diri Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya Semua itu saya anggap sebagai proses pembelajaran...
Drama Arjuna Cinta Keisha

Drama Arjuna Cinta Keisha

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 2052 hits
Drama bersiri Arjuna Cinta Keisha akan mula ditayangkan di TV Okey bermula 29 Disember ini Dibintangi oleh Riena Diana Hazman Al Idrus Tash Yong Emelda Rosemila dan ramai lagi Drama terbitan Bright Network Sdn Bhd diarahkan oleh Mior Hashim...
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20