Kumpulan Alam Sekitar Gesa Siasat Isu Jual Tanah Hutan Dalam Talian



Kumpulan alam sekitar gesa siasat isu jual tanah hutan dalam talian
Sebuah kumpulan yang terdiri daripada aktivis alam sekitar, hak asasi manusia dan politik menuntut penyiasatan terhadap iklan di internet yang mempromosikan penjualan tanah hutan.
Ini selepas tinjauan Rimba Disclosure Project (RDP) mengenal pasti dan mengesahkan 43,539 hektar tanah hutan di Semenanjung Malaysia yang dijual melalui 28 penyenaraian di pelbagai laman web e-dagang.
Ia termasuk tanah dalam hutan simpan, kawasan Central Forest Spine dan tanah adat orang asli yang diiklankan untuk ditukar kepada tanah pertanian dengan pajakan selama 99 tahun.
“Kami menuntut pihak berkuasa menyiasat pengiklanan dalam talian bagi kawasan hutan yang luas di Semenanjung Malaysia, kononnya untuk penjualan dan penukaran guna tanah; dan melaporkan secara terbuka hasil siasatan.
“Jika ada mana-mana undang-undang yang telah dilanggar, tindakan undang-undang mesti diambil,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Mereka menambah bahawa semua kerajaan negeri juga mesti memastikan undang-undang, dasar dan amalan pemuliharaan yang berkaitan dihormati untuk menghentikan kadar penebangan hutan yang pesat dan melindungi daripada perubahan iklim.
Mereka menambah bahawa laman web penyenaraian hartanah juga harus menggalas tanggungjawab etika mereka untuk melawan kemusnahan alam sekitar dengan menawarkan penelitian yang lebih baik terhadap penyenaraian di laman web.
Mereka menegaskan penyenaraian tanah seluas 43,539 hektar itu bersamaan dengan saiz sembilan kali ganda Putrajaya.
“Ini berpotensi melibatkan kehilangan ketumpatan karbon hutan sehingga 6,857,550 tan karbon dioksida.
“Penjualan tanah hutan adalah tidak konsisten dengan ikrar Malaysia untuk mengekalkan 50 peratus daripada jumlah kawasan tanahnya sebagai litupan hutan, serta komitmennya di bawah Deklarasi Pemimpin Glasgow mengenai Hutan dan Penggunaan Tanah untuk ‘menghentikan dan memulihkan kehilangan hutan dan degradasi tanah menjelang 2030, serta tanggungjawabnya untuk mengutamakan tindakan iklim di bawah Perjanjian Paris,” kata mereka.
Mereka menyatakan bahawa sekurang-kurangnya tiga penyenaraian dalam talian menyifatkan tanah dan hutan untuk dijual sebagai “dara” manakala empat penyenaraian berjumlah 2,689 hektar berada dalam hutan simpan termasuk hutan simpan Tekam, Lebir dan Neggiri.
“Sekurang-kurangnya satu penyenaraian terletak terus dalam kawasan Central Forest Spine (CFS) (PL03), yang akan memberi kesan kepada koridor habitat penting. Tambahan pula, penyenaraian di hutan simpan Tekam, Lebir dan Nenggiri terletak terus di dalam Kompleks Hutan Greater Taman Negara CFS dan Kompleks Hutan Banjaran Utama CFS,” kata mereka.
Mereka berkata beberapa penyenaraian dalam talian turut melibatkan tanah di kawasan sensitif ekologi yang terdedah kepada banjir.
“(Ia termasuk) wilayah Ulu Tembeling yang sangat terdedah kepada banjir tahunan, Gua Musang dan Terengganu yang semakin terdedah kepada konflik manusia-hidupan liar termasuk ternakan dan pemangsaan manusia oleh harimau, dan Lojing yang terdedah kepada tanah runtuh,” kata mereka. .
Tambah mereka, 21,000 ekar lagi di Muadzam Shah, Pahang merupakan sebahagian daripada tanah adat orang asli di Kampung Berengoi.
“Sesetengah penyenaraian dijual di bawah nama “tanah milik sah kerabat kesultanan” atau “tanah kesultanan” dan memerlukan siasatan dan pengesahan lanjut,” kata mereka.
Kenyataan bersama yang ditujukan kepada menteri besar negeri, Jabatan Perhutanan dan agensi berkaitan yang mentadbir tanah di Malaysia, telah diperakui oleh 28 organisasi.
Ini termasuklah AJ Rimba Collective, Alliance of River Three, Badan Warisan Malaysia, Centre for Orang Asli Concerns, Greenpeace Malaysia, Klima Action Malaysia, Malaysian Nature Society Selangor, Pertubuhan Pelindunga Khazanah Alam (Peka), Sahabat Alam Malaysia. Mk
Kumpulan alam sekitar gesa siasat isu jual tanah hutan dalam talian
Baca Artikel Menarik:
“Saya dengar ‘mati mati mati’ dari mesin” Khairy saman Abu Syafiq, Lokman Adam Segalanya Ada Di Negeri Melaka Untuk Percutian Terbaik, Jom Kesana…. 12 pelarian mati beku di sempadan Turki-Greece Moratorium dah tamat, ramai pemandu belum perbaharui lesen Pemimpin Pas Keliru Dan Bercelaru – Isham Jalil Pemuda UMNO gesa Zafrul tarik balik penguatkuasaan caj RM1 melalui ATM MEPS Jika mahu royalti minyak, tewaskan PAS pada PRU15 – Zaid PAS-Umno-Bersatu: Siapa tikam siapa? Zuraida macam tidak wujud dalam Bersatu Rider tercampak dilanggar lari (Video) Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]

Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

The post Kumpulan alam sekitar gesa siasat isu jual tanah hutan dalam talian appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/02/03/kumpulan-alam-sekitar-gesa-siasat-isu-jual-tanah-hutan-dalam-talian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kpm Bertindak Pantas Siasat Isu Rmt

Kpm Bertindak Pantas Siasat Isu Rmt

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 159 hits
Hantaran mengenai makanan RMT yang tular di media sosial SEMALAM tular sekeping gambar menunjukkan bungkusan nasi putih dan hanya kuah yang didakwa sebagai makanan untuk murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan di sekolah Individu yang ber...
Presiden Bagikan Sk Hutan Sosial Sk Tora Dan Sertifikat Tanah Di Sumatera Utara

Presiden Bagikan Sk Hutan Sosial Sk Tora Dan Sertifikat Tanah Di Sumatera Utara

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 148 hits
Jokowi juga direncanakan untuk membagikan bantuan langsung tunai bagi para pedagang di Pasar Induk Sidikalang
Pemekaran Sebagai Siasat Pemerintah Indonesia Demi Suksesi Migrasi Pendudukan Tanah Dan Manusia Papua

Pemekaran Sebagai Siasat Pemerintah Indonesia Demi Suksesi Migrasi Pendudukan Tanah Dan Manusia Papua

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 196 hits
Pemekaran Sebagai Siasat Pemerintah Indonesia Demi Suksesi Migrasi Pendudukan Tanah dan Manusia Papua Berpotret pada 5 Kabupaten Kota di Tanah Papua Yang telah di Duduki Indonesia Oleh Markus Haluk PengantarSaya perlu menegaskan lebih dahul...
Hiburan Harga Tak Masuk Akal Netizen Pertikai Peniaga Jual Coverset Yamaha Rx Z Cecah Ribuan Ringgit

Hiburan Harga Tak Masuk Akal Netizen Pertikai Peniaga Jual Coverset Yamaha Rx Z Cecah Ribuan Ringgit

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 202 hits
Dianggap sebagai barang rare motosikal Yamaha RX Z sememangnya diketahui sangat mahal sehinggakan ada yang tidak masuk dek akal pun ada Sangat sukar dicari pada ketika ini pastinya ada segelintir pemilik motosikal jenis itu cuba menjualnya ...
Sukar Dapat Bekalan Peniaga Terpaksa Jual Nasi Lemak Tanpa Telur

Sukar Dapat Bekalan Peniaga Terpaksa Jual Nasi Lemak Tanpa Telur

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 173 hits
Krisis kekurangan bekalan telur sejak akhir akhir ini memberikan kesan kepada para peniaga terutamanya yang menjalankan perniagaan makanan Sudahlah sukar didapati harganya juga tinggi Jika ada bekalan pun ia adalah telur dalam pek pek kecil...
Pedagang Pasar Di Palangkaraya Belum Jual Minyak Goreng Sesuai Het

Pedagang Pasar Di Palangkaraya Belum Jual Minyak Goreng Sesuai Het

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 189 hits
Peraturan Menteri Perdagangan Nomor 6 Tahun 2022 tentang Penetapan Harga Eceran Tertinggi Minyak Goreng Sawit mencantumkan HET minyak goreng curah Rp11 500 per liter minyak goreng kemasan sederhana Rp13 500 per liter dan minyak goreng kemas...
Isu Guna Barang Berjenama Palsu Point Of Omniscient Interference Sunting Rakaman Freezia

Isu Guna Barang Berjenama Palsu Point Of Omniscient Interference Sunting Rakaman Freezia

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 161 hits
Umum mengetahui bahawa Freezia dilanda kontroversi besar baru baru ini di mana dia mengakui memakai pelbagai barangan berjenama palsu namun mendakwa seperti ia adalah barangan tulen ARTIKEL BERKAITAN Meskipun sudah memohon maaf namun semaki...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa