Kumpulan Agama Bts Mempersendakan Islam






Kumpulan agama BTS yang diwujudkan melalui Telegram dianggotai warga Malaysia dan Indonesia dikesan mempersendakan Islam.

Penubuhan platform tertutup itu dipercayai bertujuan menarik penyertaan peminat tegar kumpulan BTS dari kedua-dua negara berkenaan.

Bagaimanapun, kumpulan itu dilihat mempersendakan Islam apabila meletakkan rukun agama BTS seperti menjadikan tarian sebagai kitab suci mereka di ruangan informasi sebagai syarat turut serta.

Rukun lain seperti melafazkan syahadah tanpa kalimah Allah sebanyak tiga kali, menghafal lagu BTS, jangan menghina sesama ahli dan larangan berkongsi maklumat kumpulan kepada kelompok pembenci.

Aktiviti mereka bagaimanapun terbongkar apabila tersebarnya paparan tangkap layar informasi kumpulan di laman sosial yang dipercayai sudah mengumpul lebih 4,000 ahli.

Salah satu paparan tangkap layar tersebar adalah mengenai kandungan mesej kononnya daripada perwakilan Malaysia yang menyatakan sokongannya dengan tanda pagar nama ahli kumpulan digelar Nabi.

Isu itu menjadi pertikaian dalam kalangan warganet dengan ada di antara peminat atau dikenali BTS Army menganggap penubuhan kumpulan di Telegram itu adalah cubaan menjatuhkan selebriti kesayangan mereka.

Peminat tegar BTS, Mastura Jamil, 50, menyangkal dakwaan kumpulan terbabit ditubuhkan peminat dari Malaysia.

Sebaliknya, ibu empat anak itu berkata, hasil semakan mendapati kumpulan itu dipercayai ditubuhkan individu dari Indonesia.

"Tindakan itu bukan saja mempersenda agama tetapi mencetuskan fitnah terhadap Army BTS dari Malaysia.

"Lebih menyedihkan apabila ia turut memburukkan negara kerana terdapat logo Jalur Gemilang di kumpulan Telegram itu.

"Hakikatnya, peminat Malaysia tidak fanatik atau taksub sampai ke tahap itu malah hanya berkongsi minat terhadap muzik dan kerjaya BTS apabila berkumpul," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Mastura, dia berharap nama Army BTS Malaysia dapat dibersihkan dan tidak terus terpalit dengan tindakan mempersendakan agama.

"Kami memang ada berinteraksi sesama ahli menerusi Twitter, Instagram, WhatsApp dan Telegram tetapi mana mungkin menubuhkan kumpulan yang boleh memesongkan akidah.

"Malah, saya sendiri sebagai orang lebih berumur sentiasa mengingatkan ahli lain kerana kami seperti sebuah keluarga.

"Apabila timbulnya isu seperti ini, ramai menyalahkan kami dan saya bersama ahli kemungkinan akan membuat laporan polis jika perkara ini terus berlarutan," katanya.

Sementara itu, Maira, 21, berkata, niatnya berkongsi tangkap layar kumpulan Telegram berkenaan di Twitter adalah untuk meminta bantuan pengikut membuat laporan terhadap pemilik akaun, bukannya menyinggung perasaan sesiapa.

"Disebabkan itu, saya jelaskan di ciapan saya kerana enggan orang menyalahkan satu sama lain sebaliknya bertindak membuat laporan.

"Lagipun, saya bukan peminat atau membenci BTS tetapi kecewa dengan penubuhan kumpulan berkenaan kerana bukan saja mempersendakan agama malah mencetuskan kemarahan orang ramai hingga timbul fitnah terhadap peminat yang tidak terbabit," katanya.

Katanya, Maira berharap, isu itu dipandang serius pihak berkuasa dari kedua-dua negara.

"Bayangkan, anak atau adik menyertai kumpulan berkenaan hanya kerana meminati BTS. Bagaimana dengan akidah mereka? Saya tidak mahu menjatuhkan hukum tetapi kesannya amat membimbangkan," katanya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/05/kumpulan-agama-bts-mempersendakan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taksub Sangat Ni Kenapa Ada Yang Wujudkan Agama Bts Sebab Terlalu Taksub Dengan K Pop

Taksub Sangat Ni Kenapa Ada Yang Wujudkan Agama Bts Sebab Terlalu Taksub Dengan K Pop

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 1397 hits
Sepatutnya bulan Ramadan menjadi bulan di mana umat Islam mencari pahala dan membuat kebaikan Namun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba mencemarkan kemuliaan bulan ini sebab baru baru ini viral tentang kewujudan agama BTS A...
Titip Doa Buat Seluruh Umat Islam Sony Bill Williams Beri Inspirasi Penganut Agama Lain

Titip Doa Buat Seluruh Umat Islam Sony Bill Williams Beri Inspirasi Penganut Agama Lain

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 456 hits
Siapa yang tidak kenal dengan pemain ragbi profesional Sonny Bill Williams Beliau merupakan pemain Muslim pertama yang bermain untuk pasukan New Zealand atau All Blacks Seperti masyarakat lain yang beragama Islam Sonny juga menjalani ibadah...
Boleh Bayar Zakat Fitrah Di Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Boleh Bayar Zakat Fitrah Di Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 405 hits
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang membenarkan pungutan zakat fitrah dibuat di seluruh masjid di negeri ini mengikut beberapa syarat syarat yang ditetapkan Pengarahnya Zulkifli Long berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya mend...
Islam Adalah Rahmat Agama Kasih Sayang

Islam Adalah Rahmat Agama Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 279 hits
Ada ustaz yang menghulurkan bantuan kepada orang miskin dengan menyewakan rumah untuknya Orang itu sudahlah sakit Ada pula cucunya yang agak ramai Tetapi ada pula ustaz yang mengherdik perilaku ini sebagai riak Kenapa begitu pula Allah SWT ...
Bantuan Khas Majlis Agama Islam Adat Istiadat Melayu Kelantan Kepada Asnaf Yang Terjejas Akibat Covid 19 Kini Dibuka

Bantuan Khas Majlis Agama Islam Adat Istiadat Melayu Kelantan Kepada Asnaf Yang Terjejas Akibat Covid 19 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1133 hits
Hai assalamualaikum dan selamat pagi korang Sihat ke tu Alhamdulillah nampak macam makin serasi dah kita semua dengan keadaan pkp sekarang ni Daerah ataupun kawasan yang memasuki zon hijau pun dah makin bertambah PKPD pun dah memasuki 7 Zon...
Menteri Agama Ajak Umat Islam Shalat Idul Fitri Di Rumah Saja

Menteri Agama Ajak Umat Islam Shalat Idul Fitri Di Rumah Saja

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 356 hits
Menteri Agama Fachrul Razi mengajak umat Islam untuk melaksanakan sholat Idul Fitri 1441 Hijriah di rumah Sebab masih terjadi wabah virus corona Ramadan dan Idul Fitri tahun ini berada dalam suasana berbeda dengan tahun tahun sebelumnya seb...
Bts Agama Baru Ustaz Jafri Abu Bakar

Bts Agama Baru Ustaz Jafri Abu Bakar

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 1700 hits
Assalamualaikum dan selamat malam semua Sebelum berlabuh tirai malam ini Naim nak share short kuliah daripada Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi tentang BTS ini
Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Elsa Pitaloka Indah Pada Waktunya Chord

How Your Oral Health Affects Your Gut

Giving Back In A Big Way 2 Champion Lembu Sado Shared With Over 1 000 Malaysians

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Early Morning Blaze Guts Sm Sains Alam Shah Admin Block