Kuman Ini Diimport Oleh Orang Yang Tidak Divaksin Doktor Jelaskan Kanak Kanak 5 Tahun Kebawah Berisiko


Selepas 27 tahun negara kita diisytiharkan sebagai negara bebas Polio, satu kes telah disahkan dijangkiti virus polio di Sabah. Kes ini melibatkan seorang bayi lelaki yang hanya berumur 3 bulan dari Tuaran, Sabah yang mengalami demam dan selepas itu diikuti dengan lemah anggota badan.
Apakah itu polio?
Poliomyelitis ataupun lebih dikenali sebagai “polio” adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang dipanggil “poliovirus”. Polio telah hampir dipupuskan di dunia ini dengan hanya berendemik di negara Pakistan dan Afghanistan dengan jangkitan polio liar (wild type 1 poliovirus). Terdapat 3 strains virus polio dan jenis 2 dan 3 sudah pun dipupuskan masing-masing pada tahun 2015 dan tahun 2019.

Virus polio disebarkan melalui najis-tangan-mulut dan bukannya melalui penyebaran di udara. Ia mempunyai masa tempoh pengeraman (incubation period) selama 7 hingga 14 hari, di mana virus akan membiak di sistem limpa dalam sistem pencernaan kita sebelum menyebabkan penyakit.
Akan tetapi, 90 – 95% orang yang dijangkiti polio tidak akan mempunyai sebarang tanda. Segelintir kecil pula mengalami masalah seperti jangkitan virus biasa dengan sakit kepala, sakit tekak, demam dan keletihan.
Terdapat sekumpulan kecil yang dijangkiti virus polio, terutamanya kanak-kanak dibawah umur 5 tahun, akan mengalami masalah lumpuh badan dan otot lemah sehinggakan pernafasan terjejas yang kita panggilkan sebagai “paralytic polio”.
Keadaan inilah yang telah berlaku terhadap bayi 3 bulan di Tuaran. Paralytic polio ini seterusnya akan meningalkkan kesan yang berpanjangan terhadap otot dan sekaligus menyebabkan kecacatan otot yang berkekalan untuk lebih daripada 2/3 pesakit paralytic polio. Setakat ini, tiada ubat khas untuk jangkitan polio. Rawatan hanyalah pemantauan, bantuan pernafasan dan ubat-ubatan untuk mengurangkan kesakitan.

Bagaimanakah kita dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti polio?
Vaksinasi adalah satu-satunya cara yang terbukti untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti polio.
Jangkitan polio adalah epidemik seluruh dunia sehingga tahun 1950an apabila vaksin untuk polio telah dicipta oleh Jonas Salk pada tahun 1952 sebagai “inactivated poliovirus vaccine” dan 1960 oleh Albert Sabin sebagai “oral polio virus”. Endemik yang terbesar berlaku pada tahun 1988, melibatkan 125 negara dan menyebabkan kecacatan otot berkekalan untuk lebih 350,000 kanak-kanak.
Pada tahun itu juga, World Health Organisation (WHO) telah melancarkan program “Global Polio Eradication Initiative (GPEI)”. Program ini telah berjaya menurunkan kes poliomyelitis lebih daripada 99.9% kepada kurang daripada 50 kes jangkitan polio liar (hanya 37 kes di Pakistan dan Afghanistan sehingga July 2019 untuk tahun ini). Kes terakhir di Malaysia berlaku pada 27 tahun yang lepas pada tahun 1992.
Setakat ini terdapat 2 jenis vaksin untuk mencegah penyakit Polio, Iaitu Oral Polio Vaksin (OPV) dan Inactivated Polio Vaksin (IPV).
OPV adalah virus polio yang telah dilemahkan dan diberi secara titisan cecair ke dalam mulut. Virus dalam OPV yang dilemahkan akan membiak di dalam usus dan seterusnya badan kita akan menghasilkan antibodi yang berkekalan untuk badan kita. Virus polio yang dilemahkan itu akan diproses dan dibuang sebagai najis. Di negara ataupun kawasan dengan sanitasi yang kekurangan, virus ini akan disebarkan kepada kanak-kanak lain untuk mendapatkan pelindungan secara pasif. Dalam erti kata yang lain, oral polio membantu untuk kanak-kanak lain yang tidak mendapat vaksin juga melalui cara “pasif” itu. Cara ini disarankan untuk negara yang lebih mundur dan endemic polio.
Untuk IPV pula, vaksin ini diberikan secara suntikan. IPV digabungkan untuk dalam vaksin 5 serangkai mahupun 6 serangkai (di klinik/hospital swasta) untuk diberikan pada umur 2, 3, 5 bulan dan dos booster pada umur 18 bulan. IPV adalah virus polio yang telah dimatikan tetapi badan kita dapat mengenalpasti unsur-unsur virus polio apabila disuntik ke dalam badan. Badan kita akan menghasilkan antibodi secara semulajadi dan memberi perlindungan kepada kita untuk mengelakkan daripada terjangkit polio secara berkekalan. Di Malaysia, kita sudah bertukar dari OPV ke IPV sepenuhnya sejak tahun 2009.
Apa pula yang dimaksudkan dengan vaccine-derived poliovirus (VDPV)?
Untuk VDPV ataupun vaccine-derived poliovirus pula, ia tidak bermaksud vaksin polio membawa penyakit!!! VDPV ini hanya berlaku di negara yang menggunakan ORAL POLIO VAKSIN (OPV) kecuali terdapat jangkitan kes import dari negara lain. Negara kita sudah tidak menggunakan OPV sejak tahun 2009. IPV tidak akan menyebabkan vaccine-derived poliovirus!!!
VDPV berlaku apabila dalam sesebuah komuniti yang diberi oral polio virus dengan kadar vaksinasi yang rendah (<95%), oral polio virus yang dihasilkan sebagai najis diberikan kepada orang yang seterusnya melalui sebaran najis-tangan-mulut. Setiap kali virus dari OPV ini melalui pemprosesan dalam usus manusia, kandungan genetiknya akan berubah. Kitaran ini akan berterusan jika kadar imunisasi di kawasan itu sangat rendah dan sistem sanitasi dan tahap kebersihan masyarakat setempat itu rendah. Selepas satu masa yang lama dengan kitaran yang berulang-ulang, biasanya lebih daripada 12 bulan, virus polio itu akan bertukar kepada bentuk yang dapat menjangkiti manusia dan menyebabkan penyakit VDPV.
Jadi, masalah utamanya bukan dengan vaksin itu, tetapi disebabkan oleh kadar vaksinasi yang agak rendah dan tahap sanitasi yang kekurangan.
Mengapakah kes di Tuaran ini dapat berlaku sedangkan negara kita tidak menggunakan OPV?
Kes jangkitan polio yang berlaku di Tuaran mempunyai perkaitan genetik yang bersamaan dengan kes VDPV yang berlaku di Filipina baru-baru ini. Berkemungkinan besar (kes masih disiasat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia), kuman ini “diimport” oleh orang yang tidak divaksin dan terjangkit virus polio di Filipina. Ingat lagi, kebanyakan mereka yang dijangkiti polio tidak mempunyai tanda dan hidup seperti biasa. Tetapi, mereka akan menyebarkan penyakit ini melalui najis-tangan-mulut!!!
Kes di Tuaran melibatkan seorang kanak-kanak yang berumur 3 bulan. Jika bayi ini sudah divaksinkan, dia hanya mendapat suntikan pertama sahaja dan perlindungan daripada polio adalah rendah.
Siasatan awal pihak KKM pula mendapati 25 daripada 204 (12.3%) kanak-kanak di sekitar kawasan tempat tinggal kes tidak divaksinkan. Untuk mendapatkan perlindungan imuniti (Herd Imunity) semulajadi dari orang sekeliling, kawasan tersebut memerlukan kadar imunisasi lebih daripada 95%. Jadi, bagi mereka yang tidak dapat divaksinkan seperti bayi ini yang tidak cukup umur untuk divaksinakan penuh adalah berisiko besar untuk dijangkit jika didedahkan kepada kuman-kuman seperti polio.
Vaksinkanlah anak anda mengikut masa yang ditetapkan dan dapatkan nasihat daripada doktor secepat mungkin jika terdapat sebarang permasalahan terhadap vaksin. Jangan sebab anda tidak mahu vaksinkan anak anda, anak pula yang terpaksa menanggung segala kesusahan kelak masa.
“Vaccination Saves Live. Let’s make sure we vaccinate every child and end polio for good”
Dr Lim Wee Yi
Pakar Kanak-kanak,
SALAM Senawang Specialist Hospital
The post Kuman Ini “Diimport” Oleh Orang Yang Tidak Divaksin. Doktor Jelaskan Kanak-Kanak 5 Tahun Kebawah Berisiko appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kuman-ini-diimport-oleh-orang-yang-tidak-divaksin-doktor-jelaskan-kanak-kanak-5-tahun-kebawah-berisiko/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sandra Dewi Jelaskan Alasan Pengasuh Anaknya Tak Ikut Foto Ulang Tahun

Sandra Dewi Jelaskan Alasan Pengasuh Anaknya Tak Ikut Foto Ulang Tahun

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 214 hits
Sandra Dewi memberikan penjelasan mengenai keberadaan pengasuh anak pertamanya Rafael Moeis yang tak turut foto pada momen ulang tahun Harvey Moeis
Imunisasi Tambahan Untuk Kanak Kanak Bawah 5 Tahun Di Sabah

Imunisasi Tambahan Untuk Kanak Kanak Bawah 5 Tahun Di Sabah

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 267 hits
Imunisasi tambahan untuk kanak kanak bawah 5 tahun di Sabah Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Dec 2019 11 40AM
Bayi Dicucuk 10 Kali Oleh Doktor Pelatih Untuk Ambil Darah

Bayi Dicucuk 10 Kali Oleh Doktor Pelatih Untuk Ambil Darah

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 857 hits
Kecoh baru baru ini apabila seorang ibu menyelar tindakan seorang doktor pelatih yang diakwanya hampir 10 kali mencucuk jarum bagi mengambil darah anaknya Apa yang berlaku sebenarnya Menerusi Twitter wanita itu mendakwa tindakannya menghala...
Bagaikan Mimpi 11 Tahun Tunggu Anak Suami Terus Sujud Syukur Depan Doktor

Bagaikan Mimpi 11 Tahun Tunggu Anak Suami Terus Sujud Syukur Depan Doktor

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 452 hits
Kehadiran anak dianggap penguat dalam hubungan rumah tangga Namun bagi pasangan yang berkahwin rezeki memiliki anak bukan di tangan kita sendiri Semua itu dah ditentukan oleh Allah Bagi yang mudah seawal beberapa bulan kahwin pun dah dapat ...
Mata Pernah Kena Smash Masa Main Badminton Doktor Jumpa Kanta Lekaptersembunyi 28 Tahun

Mata Pernah Kena Smash Masa Main Badminton Doktor Jumpa Kanta Lekaptersembunyi 28 Tahun

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 334 hits
Mata merupakan anugerah yang tidak ternilai dan tidak akan terganti Disebabkan itu kita seharusnya menjaganya sebaik mungkin Sebelum ini anda pasti pernah mendengar mengenai penemuan 27 keping kanta lekap terlekat di dalam mata kanan seoran...
Indonesia Tidak Dijajah Selama 350 Tahun Oleh Belanda

Indonesia Tidak Dijajah Selama 350 Tahun Oleh Belanda

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 336 hits
1 Kedatangan Belanda Pertamakali Ke NusantaraMenurut sejarah Cornelis de Houtman merupakan orang Belanda pertama yang menjejakkan kakinya ditanah Banten pada tanggal 27 Juni 1596 Kedatangannya di Nusantara ini pada masa tersebut adalah seba...
Baru Umur 12 Tahun Kanak Kanak Ini Dah Pegang Jawatan Sebagai Saintis Data

Baru Umur 12 Tahun Kanak Kanak Ini Dah Pegang Jawatan Sebagai Saintis Data

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 358 hits
Sekiranya di Malaysia kanak kanak berusia 12 tahun berada di sekolah rendah dan bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah Usia ketika ini boleh dikatakan belum matang untuk membuat satu keputusan besar dalam hidup Namun tidak bagi seor...
Kanak Kanak 2 Tahun Lemas Dipercayai Keluar Dari Rumah Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

Kanak Kanak 2 Tahun Lemas Dipercayai Keluar Dari Rumah Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 476 hits
Seorang kanak kanak lelaki dalam lingkungan 2 tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh orang awam di Sungai Chemor pada petang semalam Kanak kanak yang tidak diketahui identitinya ketika ditemui dalam keadaan kritikal dan dikejarkan ke Hospit...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt