Kukuhkan Etika Kewartawanan Hentikan Laporan Jelek Malaysiakini


 Wartawan Suara MerdekaANALISIS Oleh Shahbudin Embun
MASYARAKAT secara umumnya sukakan sesuatu berita yang sensasi. Apatah lagi kalau ianya melibatkan selebriti ataupun VVIP. Itu sebabnya jika berlaku sesuatu perbicaraan yang melibatkan golongan seperti ini, apa yang lebih dipaparkan ialah kisah disebalik isu atau kes yang dibicarakan.
Menerusi medium sosial seperti facebook, twitter blogspot dan instagram, berita sensasi ini akan tersebar dengan pantas dan meluas.

Dalam hal ini wartawan yang melaporkan perlulah mengutamakan etika kewartawanan ketika melaksanakan tanggungjawab ini. Perlu diingatkan bahawa para wartawan merupakan golongan profesional yang mampu mempengaruhi pandangan masyarakat, melalui laporan yang disiarkan.
Di Malaysia sebenarnya masih ramai wartawan yang mengambil berat akan etika ini. Namun pada masa yang sama, khasnya dalam dunia di hujung jari ini, kita juga telah melahirkan ramai “wartawan “ yang bukan sahaja memberikan laporan yang berat sebelah tetapi juga melahirkan “hakim” yang telah menjatuhkan hukuman walaupun perbicaraan sebenar masih lagi dijalankan.
Lihat sahaja berita yang menyiarkan para selebriti yang dihadapkan ke mahkamah atau yang dibabitkan dengan isu yang melibatkan kerjayanya. Pada kebiasaannya, bukan isu atau kes sebenar yang menjadi tumpuan, tetapi kisah sampingan yang lebih sensasi yang telah diberi keutamaan. Dan apabila masyarakat membacanya, telah mendorong mereka membuat satu andaian atau penghakiman berdasarkan kisah sensasi dan bukan pada fakta-fakta yang melibatkan isu ini atau yang dihujahkan di mahkamah.
Nampaknya konsep seseorang itu didapati tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah sukar untuk diamalkan di media sosial. Awal-awal lagi, mereka telah dijatuhkan hukuman khasnya oleh warga komuniti alam maya yang lebih mempercayai pada berita sensasi yang boleh mengundang kepada fitnah. Itu yang membimbangkan kerana sebagaimana yang dijelaskan, kebanyakan berita sensasi yang disebarkan tidak bersangkut paut langsung dengan kes yang dibicarakan.
Antara contoh lain ialah liputan media terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam oleh Portal Berita Malaysiakini yang memiliki lebih 1 juta follower dan subscribers.
Bagi mereka yang mengikuti kes mahkamah ini, mungkin lebih tertarik dengan pelbagai kisah sampingan yang melibatkan Ahmad Zahid. Harta dan kemewahannya serta cerita tokok tambah diceritakan oleh beberapa wartawan seolah-olah untuk menggambarkan bagaimana beliau memperolehi kekayaan dan bebelanja seperti mengupah thug dan gangster dan dengan secara tidak langsung masyarakat umum dan warga internet akan terus menjatuhkan hukuman terhadap beliau.
Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ini disebabkan Ahmad Zahid merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya sejak awal lagi. Dan kita perlu ingat juga bahawa beliau pernah menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) pada tahun 90an dahulu. Apa yang ditonjolkan oleh “para wartawan” ini tidak ada kena mengena langsung dengan kes yang sedang beliau hadapi. Ini merupakan satu taktik propaganda murahan yang perlu disekat.
Ternyata ianya merupakan satu taktik kotor oleh musuh politiknya untuk memburukkan nama Ahmad Zahid supaya dia dihukum oleh masyarakat yang lebih suka akan sesuatu yang sensasi tanpa menyelidik sama ada ianya benar ataupun palsu.
Perkara seperti ini tidak memberikan keadilan yang sepatutnya kepada Zahid Hamidi. Biarlah mahkamah sebenar yang membuat keputusan dengan adil setelah mendengar hujah dan fakta dari pihak pendakwaraya dan juga pihak peguam yang membela beliau.
Perkembangan seperti ini amatlah bahaya dan jika tidak diawasi dan dibendung sudah pasti akan merosakkan pemikiran masyarakat.
Dalam hal ini masyarakat juga perlu berfikir dengan wajar dan rasional. Setiap berita yang disampaikan perlukah diteliti dengan mendalam. Tanyakan kepada diri anda. Adakah cerita ini relevan dengan kes yang dibicarakan?
Adakah kemungkinan besar, berita seperti ini sengaja diperbesarkan supaya kita semua menjadi hakim dan terus menjatuhkan hukuman kepada tertuduh tanpa memberikan peluang kepada yang dituduh membela diri mereka di mahkamah yang sebenar!
Perlu diingatkan sekali lagi bahawa para wartawan boleh dianggap seperti ejen perubahan masyarakat.Itu sebabnya profesion ini memerlukan mereka yang mengutamakan integriti, amanah dan mengamalkan etika yang sebetulnya sebelum menulis dan menyebarkan sesuatu berita itu.
Sekiranya etika kewartawanan di media massa tidak dipantau dengan lebih berkesan , adalah menjadi satu kebimbangan ianya boleh terpesong ke arah kegiatan seperti menabur fitnah serta pembohongan.
Apabila ini berlaku maka akan rosaklah sesebuah masyarakat itu yang akan terus disuap oleh pelbagai berita yang sensasi dan mencurigakan.
(Shahbudin Embun :
Pengerusi Biro Politik
Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM). [email protected]) – SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/kukuhkan-etika-kewartawanan-hentikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Media Perlu Jaga Etika Kerja Buat Laporan Tepat Dengan Fakta Dr Zuklifli

Media Perlu Jaga Etika Kerja Buat Laporan Tepat Dengan Fakta Dr Zuklifli

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 256 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri turut memberi respon mengenai isu pihak media antarabangsa Al Jazeera yang mengeluarkan dokumentari yang dilihat jahat dan berat sebelah dengan mengatakan Malaysia r...
Akhirnya Mokhtar Senik Buat Laporan Polis

Akhirnya Mokhtar Senik Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 1892 hits
Ulama PAS akhirnya membuat laporan polis aku berharap pihak polis memberi top priority kes ini kerana melibatkan kepentingan umum dan berprofile tinggi
Laporan Counterpoint Huawei Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Bagi Bulan Mei

Laporan Counterpoint Huawei Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Bagi Bulan Mei

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 261 hits
Setiap pengeluar telefon pintar sudah tentu mempunyai misi menjadi pengeluar terbesar dalam pasaran mudah alih global Sepertimana yang kita telah lihat sebelum ini Huawei sedia menyatakan hasrat mereka untuk memintas Samsung yang selesa ber...
Viral Video Polisi Tolak Laporan Anak Yang Ingin Penjarakan Ibunya Karena Masalah Motor

Viral Video Polisi Tolak Laporan Anak Yang Ingin Penjarakan Ibunya Karena Masalah Motor

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 271 hits
Viral di Facebook dan YouTube sebuah video yang memperlihatkan Kasatreskrim Polres Lombok Tengah AKP Priyo Suhartono menolak laporan seorang anak asal Lombok Tengah berinisial M yang ingin memenjarakan ibu kandungnya K M hendak melaporkan i...
Eur Usd 29 Jun Laporan Cot Neutraliti Dan Ketengangan Pemain Pasaran Utama Pedagang Aliran Menaik Mula Membeli Mata

Eur Usd 29 Jun Laporan Cot Neutraliti Dan Ketengangan Pemain Pasaran Utama Pedagang Aliran Menaik Mula Membeli Mata

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 212 hits
EUR USD 1H Helo para pedagang Pada 26 Jun pasangan euro dolar AS memulakan proses pemulihan setelah penurunan harga dua hari Oleh itu gambaran grafik membolehkan kita membina garis arah aliran menaik yang sekali lagi mencirikan suasana peda...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd 29 Jun Laporan Cot Berita Tenang Di Uk Dan As Pedagang Sedang Bersiap Sedia Untuk Pembelian

Pasangan Mata Wang Gbp Usd 29 Jun Laporan Cot Berita Tenang Di Uk Dan As Pedagang Sedang Bersiap Sedia Untuk Pembelian

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 256 hits
Pasangan Mata Wang GBP USD Carta 1 JamSelamat petang pedagang Menurut carta 1 Jam pasangan mata wang Pound Dolar AS dilihat telah meneruskan penurunan harga yang sangat lemah Koridor penurunan harga sebelumnya telah mengubah sudut kecenderu...
Anak Ingin Penjarakan Ibu Kasatreskrim Tolak Laporan Dan Suruh Bersujud

Anak Ingin Penjarakan Ibu Kasatreskrim Tolak Laporan Dan Suruh Bersujud

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 246 hits
Kasat Reskrim Polres Lombok Tengah Nusa Tenggara Barat Ajun Komisaris Priyo Suhartono tengah menjadi perhatian publik lantaran menolak laporan seorang anak terhadap ibunya gara gara masalah sepeda motor Dalam video yang viral di sosial medi...
Mp Jb Gesa Bahas Laporan Tragedi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah

Mp Jb Gesa Bahas Laporan Tragedi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 278 hits
Susulan siasatan yang dilakukan terhadap ketua pengarang berita portal kesihatan CodeBlue berhubung laporan kebakaran Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru beberapa tahun lalu kerajaan digesa untuk membentang dan membahaskan laporan terse...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri