Kudis Kecurangan Akademik Dan Pemalsuan Sijil


Essan Yahya, Astro Awani Sijil dan kelulusan akademik mempunyai nilai psikologi dengan semakin tinggi pencapaian akademik seseorang, semakin sesorang itu boleh dipercayai dan boleh membeli kepercayaan daripada masyarakat atau majikan/pekerja. - Gambar hiasan  

KUALA LUMPUR:Sijil dan kelulusan akademik mempunyai nilai sosio-ekonomi dengan semakin tinggi taraf sijil dan kelulusan semakin tinggi ganjaran kewangan dalam bentuk gaji atau imbuhan yang bakal diperoleh serta nilai status sosio-ekonomi seseorang juga akan meningkat.

Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia USM, Prof Madya Dr Shahabuddin Hashim berkata, sijil dan kelulusan akademik mempunyai nilai psikologi dengan semakin tinggi pencapaian akademik seseorang, semakin sesorang itu boleh dipercayai dan boleh ‘membeli’ kepercayaan daripada masyarakat atau majikan/pekerja.

Malah menurutnya, ia boleh memikat pihak-pihak tertentu untuk memberi anugerah dalam bentuk pangkat dan ganjaran ke jawatan yang lebih tinggi
  IMPLIKASI PENIPUAN SIJIL DAN KECURANGAN AKADEMIK

Prof Madya Dr Shahabuddin berkata, kepada kelompok masyarakat yang masih berpegang kepada peranan agama sebagai cara hidup dan nilai moral yang diterima umum, implikasi besarnya adalah soal integriti.

"Jika seseorang itu terlibat dalam pemalsuan sijil/kelulusan akademik dan bertugas atau terlibat secara langsung dengan sesuatu institusi sosial atau pekerjaan kecurangan akademik ini akan menyebabkan kepercayaan masyarakat massa atau majikan akan tergugat dan akan berkurangan.

"Kecurangan ini akan meninggalkan ‘kudis’ dalam pandangan masyarakat umum dalam jangka masa panjang manakala kesan negatif ini lebih ketara jika seseorang pemalsu sijil berkenaan melibatkan diri dalam organisasi yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan, keselamatan dan pembuat dasar/polisi untuk masyarakat tertentu. Kepercayaan masyarakat terhadap individu dan organisasi berkenaan akan terus defisit," katanya

EMPAT KATEGORI KECURANGAN AKADEMIK YANG SERING BERLAKU

Terdapat empat kategori kecurangan akademik yang sering berlaku dan yang pertama ialah penipuan sijil dan kelulusan akademik yang dipaparkan dalam CV yang telah jadi fenomena.

Menurut Dr Shahabudin, plagiat iaitu menipu isi kandungan sesuatu tugasan/laporan/penulisan akademik dengan mengambil/menciplak tulisan orang lain tanpa dinyatakan penghargaan yang sewajarnya juga dikategorikan dalam kecurangan akademik.

"Kecurangan yang ketiga ialah, mengupah pihak ketiga dengan bayaran tertentu untuk menghasilkan tugasan/laporan/ penulisan akademik. Walaupun mengambil masa untuk menghasilkan penulisan berkenaan  tetapi tetap tidak ditulis oleh penulis yang sepatutnya".

"Manakala yang terakhir, penerbitan penulisan/artikel di journal yang ketulinannya boleh dipertikaikan. Journal yang ‘fake’ mungkin tidak disedari oleh penulis," menurutnya kepada Astro AWANI

PERCAYA KEPADA USAHA DAN PENAT LELAH

Dr Shahabudin berkata, sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat untuk menyimpan dokumen rasmi iaitu sijil kelulusan akademik dan kemahiran sebagai ‘hadiah’ kepada penat lelah selama beberapa tahun berusaha untuk mendapatkannya.

Namun katanya, dalam era revolusi industri 4.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025  (PT) yang mana keperluan untuk menjadi pekerja yang terbaik tidak lagi terhad kepada sesuatu pengetahuan dan kemahiran yang statik.

"Keperluan pengetahuan dan kemahiran yang sentiasa berubah, penguasaan ‘soft skill’ seperti kemahiran penyelesaian masalah dan kreativiti juga perlu diambil kira dalam proses temu duga dan pemerhatian dalam tempoh ‘kontrak’ seseorang pekerja sebelum diserapkan ke organisasi berkenaan sebagai pekerja sepenuh masa".

"Seseorang pekerja atau pemimpin yang akan memberi sumbangan kepada organisasi masing-masing perlu mempunyai kelulusan akademik yang setimpal mengikut bidang selain daripada ‘soft skill’".

"Mereka juga perlu berperibadi 'resilien' dalam mendepani arus kehidupan yang ‘ups and downs’ selain daripada pengalaman atau ‘exercise’ semasa dalam proses pembelajaran untuk mendapatkan sijil akademik".

Dr Shahabuddin turut berpendapat keperluan dokumen akademik yang asli dan kemahiran ‘soft skills’ seperti kemahiran penyelesaian masalah serta peribadi yang resilien akan menjadi amalan penting dalam proses pengambilan pekerja atau pemimpin baru pada masa akan datang.

TANGANI PEMALSUAN SIJIL

Dalam menangani pemalsuan sijil ini, Dr Shahabudin berkata, Penal Code ( Seksyen 468 dan 471) yang dikuatkuasakan di Malaysia difikirkan mencukupi untuk menangani isu sijil palsu ini. Majikan boleh membuang pekerjanya jika didapati bersalah memalsukan dokumen semasa memohon pekerjaan. Namun, laporan polis perlu dibuat oleh pihak yang terlibat.

"Semua IPTA dan IPTS berusaha untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam sijil akademik yang dikeluarkan termasuklah juga rekod-rekod pelajar yang pernah belajar di institusi berkenaan yang mungkin perlu dirujuk jika terdapat kes yang tertentu.

Beliau berkata, cabaran besar yang mendepani negara kita atau masyarakat global adalah sejauh mana kita dapat mengekang beribu-ribu laman web yang menawarkan ‘perkhidmatan pemalsuan’ sijil akademik universiti-universiti yang tertentu yang boleh diperolehi dalam masa 24 jam ini. Transkripsi sijil akademik juga dipalsukan.

Malahan, terdapat juga laman-laman web yang menawarkan khidmat pengesanan atau pengesahan sijil akademik palsu, sedangkan laman berkenaan juga merupakan laman web yang palsu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/kudis-kecurangan-akademik-dan-pemalsuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Dan Kesatuan Pelajar Desak Siasat Segera Penggunaan Sijil Akademik Palsu

Pemuda Umno Dan Kesatuan Pelajar Desak Siasat Segera Penggunaan Sijil Akademik Palsu

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 446 hits
KUALA LUMPUR 11 Feb Biro Pendidikan dan Mahasiswa Pemuda UMNO serta Kesatuan Pelajar Malaysia hari ini mendesak agar Pihak Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan tindakan penipuan terang terangan terhadap menteri yang menggunakan doku...
Sijil Akademik Palsu Ppbm Pulau Pinang Pertahan Nyatakan Solidariti Terhadap Marzuki

Sijil Akademik Palsu Ppbm Pulau Pinang Pertahan Nyatakan Solidariti Terhadap Marzuki

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 437 hits
BARISAN kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pulau Pinang ketika mengadakan sidang akhbar mempertahankan Datuk Marzuki Yahaya berhubung isu dakwaan sijil palsu di Pulau Pinang hari ini UTUSAN ONLINEPULAU PINANG 8 Feb Kesemua 13 bahag...
Beri Penjelasan Isu Sijil Akademik Palsu Pemimpin Pakatan

Beri Penjelasan Isu Sijil Akademik Palsu Pemimpin Pakatan

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 359 hits
PERKARA yang paling dikesalkan dalam episod berlarutan penipuan sijil dan kelayakan akademik pemimpin Pakatan Harapan dan kerajaan hari ini adalah dalih demi dalih yang dikeluarkan oleh mereka yang dituduh Justeru bagi menjelaskan dan memat...
Protes Pemalsuan Kelayakan Akademik

Protes Pemalsuan Kelayakan Akademik

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 288 hits
LIVE PROTES PEMALSUAN KELAYAKAN AKADEMIKGAMIS bersama mahasiswa berarak dari Masjid Jamek hingga ke Sogo simbolik bagi protes terhadap segelintir menteri yang tidak berintegriti Mara Bersama Islam GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE MALAYSIA 2019 G...
Nak Pohon Bsh Rakyat Kena Bagi 5 Sijil Sahih Nak Jadi Menteri 1 Sijil Palsu Dah Cukup Najib

Nak Pohon Bsh Rakyat Kena Bagi 5 Sijil Sahih Nak Jadi Menteri 1 Sijil Palsu Dah Cukup Najib

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 590 hits
Seminggu dua ini saya baca Tweet Ramai yang busy update info BR1M atau BSH Cucu cucu dan anak anak bantu Macam macam proses dan dokumen diperlukan kini Ramai yang marah Semakin menyusahkan orang Kerajaan PH ini Seolah olah tidak ikhlas untu...
Najib Sekolahkan Menteri Ada Sijil Tapi B D H Yang Tak Ada Sijil Lagi Teruk

Najib Sekolahkan Menteri Ada Sijil Tapi B D H Yang Tak Ada Sijil Lagi Teruk

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 380 hits
Ini seorang lagi Menteri yang tak pandai konsep ekonomi dan matematik Dia kata kerajaan BN gagal untuk membantu golongan nelayan dan petani keluar dari B40 dan menjadi golongan M40 Biar saya beri sedikit penjelasan Pada setiap masa golongan...
Isu Sijil Kekal Dalam Kabinet Atau Tidak Hanya Pm Boleh Tentukan Kelayakan

Isu Sijil Kekal Dalam Kabinet Atau Tidak Hanya Pm Boleh Tentukan Kelayakan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 300 hits
LANGKAWI Layak atau tidak seseorang itu untuk berada dalam Kabinet hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Ini kerana katanya Perdana Menteri mempunyai segala maklumat tentang...
Login Sgmy Semakan Dan Pengesahan Sijil Di Sistem Guru Malaysia

Login Sgmy Semakan Dan Pengesahan Sijil Di Sistem Guru Malaysia

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 1309 hits
Login SGMY Online Semakan dan Pengesahan Sijil di Sistem Guru Malaysia Di portal Sistem Guru Online yang dibangunkan oleh KPM ini adalah membantu dan memudahkan kalangan guru membuat semakan dan pengesahan untuk status sijil masiing masing ...
Sijil Palsu Mencurigakan Anwar Bohong

Sijil Palsu Mencurigakan Anwar Bohong

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 417 hits
Minggu ini kita telah melihat aksi pemimpin pemimpin Pakatan Harapan tentang kelayakan akademik mereka Rakyat bangkit mempersoalkan mereka di dalam media sosial hingga ada pemimpin PH tidak tahan dan akan menyaman mereka yang mempertikaikan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Konsep Malaysia Madani Memacu Perkhidmatan Awam

Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn