Ku Li Dedah Tun M Mungkir Janji Lantik Tpm



Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan ada perjanjian antaranya dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menamakan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila bekas Perdana Menteri itu menerajui tampuk pemerintahan negara menggantikan Tun Hussein Onn pada 1981.
(Berita Harian) – Bagaimanapun, Razaleigh berkata, perjanjian itu bubar apabila Dr Mahathir dalam kenyataan media pada ketika itu menyebut, ‘beliau menyerahkan kepada UMNO untuk menamakan calon Timbalan Presiden, supaya beliau tidak perlu memilih Timbalan Perdana Menteri’.
Hal mengenai perjanjian antara Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li dan Dr Mahathir itu dikongsi beliau dalam buku ‘Ku Li: Memoir 205’ yang dilancarkan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga seteru politik beliau satu ketika dulu, Tun Musa Hitam, semalam.
Razaleigh berkata, perjanjian antara beliau dan Dr Mahathir dibuat ketika Hussein sedang bergelut dengan masalah kesihatan.
Katanya, kesihatan Hussein yang sering uzur ketika itu bukan rahsia dalam kalangan awam. Malah, media melaporkan beliau mendapatkan rawatan pembedahan pintasan jantung selama sebulan di luar negara dan dalam tempoh itu Dr Mahathir memangku tugas sebagai Perdana Menteri.
Sejak itu khabar angin Hussein akan meletak jawatan bertiup kencang meskipun beliau menafikannya. Ketika itu juga nama Dr Mahathir disebut-sebut sebagai pengganti Hussein.
Bagaimanapun, Razaleigh dalam memoir itu menyebut ia masih belum ‘selamat’ buat Dr Mahathir yang ketika itu sudah menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri selama empat tahun. Ini disebabkan hubungan baik Hussein dengan Razaleigh yang menjadi punca kebimbangan Dr Mahathir.
Sehari selepas pulang ke tanah air, Hussein mengarahkan Razaleigh dan Dr Mahathir ke rumahnya.
“Kami tiba jam 4 petang. Katanya (Hussein) ada berita tidak baik mahu dikongsi… seterusnya dia bertanya kepada saya dan Dr Mahathir, ‘You berdua boleh bekerjasama? dan kami menjawab boleh, memang benar waktu itu kami memang tiada masalah”.
Hussein kemudian menyambung, “Saya… I nak berhenti and I want you to take over (saya mahu kamu ganti saya), dia berkata begitu sambil menunjuk ke arah saya, “You take over as the Prime Minister.”
“Terkejut saya, terus berkata tidak boleh. Tidak boleh kapten, akan kelam kabut parti kalau diubah mengejut begini. Akan effect stock market (menjejaskan pasaran saham) dan lain-lain hal juga.”
“Tapi Hussein bertegas, I’m going to announce my resignation and you’ll take over (saya akan umum peletakan jawatan dan kamu akan ganti saya) walaupun saya kurang bersetuju.
“Saya sebut, apa caranya sedangkan Dr Mahathir sudah jadi Timbalan Perdana Menteri selama lebih satu penggal.
“Saya sebut lagi: “Ribut nanti dalam UMNO”, tapi kata Hussein, You fikir betul-betul, I nak umumkan very soon. Kalau begitu kata Dr Mahathir, kita kena berunding soal parti,” katanya.
Kongsi Razaleigh, sambil berjalan keluar menuruni tangga, Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menjawab begitu kepada Hussein.
Dr Mahathir berkata: “I’m ready to take over (saya sedia untuk ambil alih)”, saya menjawab, “memang sepatutnya you take over. You’re the deputy (memang sepatutnya kamu yang ambil alih. Kamu timbalan).
“Balas Dr Mahathir, and you’ll be my deputy (dan kamu akan jadi timbalan saya). When we face the General Assembly (Perhimpunan Agung UMNO), I will take over from Hussein as President, and you take over as Deputy…begitulah tawaran dia.
“Saya kata itu terpulang kepada Hussein. Soal jawatan bukan keutamaan saya,” kata Razaleigh.
Bagaimanapun, pada masa itu mesyuarat UMNO bahagian di seluruh negara sedang berjalan. Masing-masing ketika itu menamakan calon bagi pemilihan parti yang bakal berlangsung 26 Jun 1981.
Sehingga April, Hussein masih membisu hingga menimbulkan banyak spekulasi. Meskipun terdapat andaian Dr Mahathir akan menggantikan beliau, namun selagi mesyuarat bahagian belum selesai, pencalonan juga belum ditutup, jadi kedudukan Dr Mahathir belum pasti.
Namun, Razaleigh kemudian membuat pengumuman untuk tidak melawan Dr Mahathir.
“Saya tidak akan lawan Dr Mahathir, sekalipun menerima banyak pencalonan. Selagi beliau (Dr Mahathir) duduk di kerusi Timbalan Presiden, selagi itu saya tidak akan mencabar jawatan itu,” Razaleigh dipetik dalam memoir itu.
Beberapa hari selepas Razaleigh membuat pengumuman itu, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Tun Musa Hitam turut menyatakan beliau tidak akan melawan Dr Mahathir.
Hal itu pada pandangan Razaleigh memberi ruang selamat kepada Dr Mahathir.
Pada minggu pertama Mei 1981, media menghebahkan Hussein akan mengumumkan peletakan jawatan pada 15 Mei, ketika hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Johor Bahru.
Malah, pertemuan enam mata antara Hussein, Razaleigh dan Mahathir bertujuan mencapai persetujuan peralihan kuasa turut didedahkan media. Razaleigh mengakui pertemuan itu berlaku.
“Benar. Kami jumpa bertiga – enam mata. Dan disebabkan saya tidak mahu menggantikan Hussein, konsensus akhir ialah jawatan Perdana Menteri diserah kepada Dr Mahathir, dengan janji saya dilantik sebagai timbalan,” katanya.
Populariti Musa
Waktu sama populariti Musa mula mempengaruhi keputusan beberapa bahagian UMNO untuk menamakan dia berpasangan dengan Dr Mahathir sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.
Pada 12 Mei 1981, Dr Mahathir membuat pengumuman jika Hussein berundur dan beliau dipilih menggantikannya, siapa calon bagi jawatan TPM akan diserahkan kepada ahli UMNO untuk tentukan.
Jadi, perhimpunan 26 Jun 1981 akan menentukan siapa Timbalan Presiden parti dan calon yang menang akan dilantik sebagai TPM. Untuk bertindak adil, Dr Mahathir berkata beliau akan berkecuali dalam perebutan jawatan itu.
Menurut Ku Li, pengumuman itu bermaksud, terlerailah janji antara Dr Mahathir, Hussein dan Razaleigh.
“Dr Mahathir berani umumkan begitu kerana dia sudah ‘selamat’ selepas saya mengumumkan tidak akan mencabarnya.
“Dia tahu dia akan kalah jika saya pilih melawannya dan daripada pengumuman dibuat, saya faham dia memang tidak mahu menjadikan saya timbalannya, walaupun itulah persetujuan dengan Hussein.
“Saya akur dan tetap mengalu-alukan keputusan itu. Saya tidak mahu ambil berat, malah berpandangan, kalau memang begitulah sikap Dr Mahathir, biarlah dia menanggungnya kemudian,” katanya.
Bagaimanapun, apabila Dr Mahathir ditanya media apakah dia boleh menerima sekiranya Razaleigh menang jawatan Timbalan Presiden, beliau menjawab ‘saya boleh bekerja dengan sesiapa sahaja’.
Selepas itu jawatan Perdana Menteri tidak lagi jadi tumpuan, sebaliknya ia beralih kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri apabila Musa mengesahkan akan bertanding menentang Razaleigh.
Razaleigh dalam memoir itu menyebut, Dr Mahathir kemudian mengulangi pendirian dengan mengingatkan UMNO tidak akan sesekali-kali mengamalkan ‘sistem pengkaderan’, iaitu hanya ahli tertentu dipilih berkuasa.
“Sebaik kedudukannya selamat kerana pencalonan ditutup, dia ‘pasang’ Musa melawan saya. Itu namanya main kayu tiga.
“Musa sendiri datang berjumpa saya dan memberitahu; I’m offering myself as the candidate to oppose you as Deputy President (saya menawarkan diri bertanding menentang kamu bagi jawatan timbalan presiden).
“Walaupun terkejut, saya kata, baguslah. Saya dengan Musa rapat. Hampir setiap hujung minggu kami makan malam di Merlin (hotel), berbual segala macam hal. Kemudian bila ditanya mengapa dia bertindak begitu, katanya Dr Mahathir yang minta dia lawan. Sekali lagi saya kata, baguslah,” katanya.
Pada pemilihan 1981, Dr Mahathir menang tanpa tanding sebagai presiden, Musa yang mendapat 722 undi menjadi timbalan dengan mengalahkan Ku Li yang memperoleh 517 undi.
Bagaimanapun, pada penghujung 1980-an konflik dalaman UMNO bertambah serius dan parti itu diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan pada 1987 yang menyaksikan Ku Li yang bertanding jawatan Presiden UMNO menentang Dr Mahathir, kalah tipis.
Susulan persaingan di antara kem Dr Mahathir dengan kumpulan Razaleigh yang ketika itu disokong Musa menyaksikan kewujudan Parti Melayu Semangat 46 yang diketuai Ku Li. Musa tidak menyertainya.
Pada Mei 1996, Semangat 46 dibubarkan, Razaleigh kembali menyertai UMNO Baru.
Buku Ku Li : Memoir 205 setebal 338 halaman itu hasil tulisan Datin Zinitulniza Abdul Kadir.
The post Ku Li dedah Tun M mungkir janji lantik TPM appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/05/22/ku-li-dedah-tun-m-mungkir-janji-lantik-tpm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Janji Patuhi Mahkamah Internasional Negara Eropa Ini Akan Tangkap Netanyahu Dan Pejabat Israel Karena Kejahatan Perang

Janji Patuhi Mahkamah Internasional Negara Eropa Ini Akan Tangkap Netanyahu Dan Pejabat Israel Karena Kejahatan Perang

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 141 hits
Janji Patuhi Mahkamah Internasional Negara Eropa Ini Akan Tangkap Netanyahu dan Pejabat Israel karena Kejahatan Perang
Tak Mahir Sangat Nak Hias Rumah Buat Biasa Je Janji Cantik Dilihat

Tak Mahir Sangat Nak Hias Rumah Buat Biasa Je Janji Cantik Dilihat

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 143 hits
Tak pandai sangat nak mendeco rumah buat biasa2 je janji sedap mata memandang dan kemas rumah kampung je peningalan arwah suami Kredit Owner The post appeared first on
Aktiviti Kunjungan Hormat Grt Dan Ppim Ke Atas Tun M Ppim 20 05 2024

Aktiviti Kunjungan Hormat Grt Dan Ppim Ke Atas Tun M Ppim 20 05 2024

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 251 hits
20 Mei 2024 Kunjungan Hormat Global Relief Trust Persatuan Pengguna Islam Malaysia ke atas YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya Global Relief Trust adalah satu badan kebajikan Islam terbesar di United Kingdo...
Kl Water Supply Cut Due To Broken Pipe At Jalan Tun Razak

Kl Water Supply Cut Due To Broken Pipe At Jalan Tun Razak

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 211 hits
The areas affected by the water supply disruption include Jalan Tun Razak Suria KLCC Jalan Ampang IJN HKL Titiwangsa Jalan Pahang Barat and Jalan Tun Ismail KUALA LUMPUR Work to repair a broken pipe on Jalan Tun Razak here is in progress an...
Perangai Budak Budak Makin Panas Ibu Bapa Buka Suara Dedah Bang Sihyuk Sering Palau Newjeans Di Syarikat

Perangai Budak Budak Makin Panas Ibu Bapa Buka Suara Dedah Bang Sihyuk Sering Palau Newjeans Di Syarikat

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 97 hits
Nampaknya kontroversi antara NewJeans dan Bang Si hyuk semakin panas Artikel Berkaitan Terbaru pada 13 Mei ibu bapa kepada 5 ahli NewJeans telah menulis e mel panjang kepada HYBE bersuara tentang layanan tidak adil syarikat kepada kumpulan ...
Benda Kecil Pun Dia Minta Cerai Rumah Tangga Mula Goyah Sebelum Shooting Aliff Aziz Dedah Bella Sering Minta Cerai

Benda Kecil Pun Dia Minta Cerai Rumah Tangga Mula Goyah Sebelum Shooting Aliff Aziz Dedah Bella Sering Minta Cerai

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 190 hits
Penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz mengakui dirinya memilih untuk mendiamkan diri ketika dilanda kontroversi curang dengan isterinya Bella Astillah bagi mengelakkan lebih banyak salah faham yang terjadi Tiada rancangan jatuhkan Bella M...
Ekin Dedah Mawi Tiada Lesen Memandu Tak Pernah Check Telefon Suami Sejak Kahwin

Ekin Dedah Mawi Tiada Lesen Memandu Tak Pernah Check Telefon Suami Sejak Kahwin

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 158 hits
Hampir 16 tahun hidup bersama Ekin dedah Mawi tiada lesen memandu dan dirinya tidak pernah memeriksa telefon pintar suaminya sejak mereka berkahwin Isteri kepada juara musim ketiga Akademi Fantasia Asmawi Ani iaitu Ekin dedah Mawi tiada les...
Saya Beritahu Dia Syamsul Akan Balik Datin Patimah Rasa Terhutang Janji Dengan Puteri Sarah

Saya Beritahu Dia Syamsul Akan Balik Datin Patimah Rasa Terhutang Janji Dengan Puteri Sarah

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 124 hits
Sedia maklum isteri kepada Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah sangat menyayangi aktres Puteri Sarah biarpun dia sudah pun berpisah dengan anak lelakinya Syamsul Yusof Bersimpati dengan menantu Melalui sesi temubual bersama pihak Melodi ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri