Kru Cetak Sejarah Industri Hiburan


 
Baru-baru ini, AlongMurni (AM) berkesempatan untuk turut sama hadir ke Sidang Media bagi Pengumuman Istimewa KONSERT GENKRU. KRU mencetak bukan hanya rekod peribadi tetapi sejarah industri hiburan tanah air saat tahun 2025 dibuka apabila KONSERT GENKRU bukan dilaksanakan sehari atau dua tetapi tiga hari!

KRU CETAK SEJARAH INDUSTRI HIBURAN KONSERT GENKRU DIADAKAN 3 HARI DI AXIATA ARENA Betapa besar empayar dan pengaruh yang pernah dan masih lagi dimiliki KRU atau Kumpulan Rap Unggul ini melangkaui generasi dan peminat muzik sejak penubuhannya pada 1992. Itu juga menjadi nyata KRU sebagai sebuah trio legenda tanah air yang tidak boleh dinafikan apabila agenda melaksanakan KONSERT GENKRU yang dijadualkan pada 3 Mei 2025 ditambah menjadi dua hari kerana sambutan hangat.

Manakan tidak, penjualan tiket untuk konsert hari pertama langsai dalam masa satu jam manakala penjualan hari kedua habis dalam masa 45 minit sahaja! Dan setelah pihak penganjur, ICON ENTERTAINMENT menunaikan impian peminat yang ‘tewas berperang’ sewaktu mendapatkan tiket pada malam pertama kepada penganjuran malam kedua iaitu 4 Mei 2025 nampaknya ia masih belum menghentikan mereka untuk memburu peluang lolos menjadi salah seorang saksi hidup KONSERT GENKRU di AXIATA ARENA. 

Demi memenuhi hajat peminat, penganjur bersama anggota KRU iaitu Dato’ Norman, Datuk Yusry dan Edry sebulat suara menganjurkan sehari lagi menjadikan KONSERT GENKRU pada 10 MEI 2025. Keputusan menjadikan KONSERT GENKRU tiga hari juga adalah sebuah sejarah Baharu yang wajar dibanggakan oleh bintang tempatan apabila kebayakannya hanya mengadakan konsert selama dua hari.


“Dengan pertimbangan yang cukup berhati-hati dan persetujuan yang diperoleh daripada KRU maka 10 MEI 2025 dipilih sebagai tarikh yang sesuai buat KONSERT GENKRU hari ketiga dilaksanakan selepas dua hari dijayakan pada 3 dan 4 MEI 2025. 

“Keputusan menambah hari konsert menjadi tiga hari adalah kerana melihat antusias dan permintaan yang cukup tinggi dalam kalangan peminat selepas ada yang gagal mendapatkan tiket pada hari pertama dan hari kedua.

“Penganjuran hari ketiga iaitu pada 10 MEI 2025 bukan bersifat opurtunis sebaliknya KRU tidak mahu menghampakan harapan peminat dan KRU juga ingin membuktikan bahawa pemuzik tempatan juga mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar terhadap pasaran sendiri. Berjaya melakukan konsert berskala besar untuk tiga malam merupakan satu penghormatan untuk artis tempatan kita,” ujar Pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang.


Pengasas ICON ENTERTAINMENT, Iman Tang.Iman turut memaklumkan pemilihan hari konsert ketiga yang tidak dilaksanakan berturut-turut adalah bersangkutan dengan perkara teknikal selain memberi pihak penganjur dan KRU sendiri menyusun semula jadual yang sebelum ini telah diisi dengan agenda lain.


“Kenapa 10 MEI 2025 dan bukan dilakukan selepas konsert hari kedua iaitu 4 MEI 2025 adalah kerana jadual atau tarikh itu sesuai serta dipersetujui KRU sendiri,” tambah Iman.

PENGANJURAN KONSERT GENKRU DI AXIATA ARENA YANG BAKAL BERLANSUNG PADA 3, 4 DAN 10 MEI 2025 ini menyaksikan penampilan sulung KRU selepas enam tahun. Tiket untuk Konsert GENKRU boleh didapati melalui laman www.ticket2u.com.my/kru3

Untuk pemegang kad Maybank (MAYBANK CARDMEMBERS), pra-jualan tiket dibuka pada 7 Januari 2025 (Selasa sahaja) dari pukul 11 pagi. Tiket untuk umum pula akan mula dijual pada hari Rabu, 8 Januari 2025, pada pukul 3 petang.

Maklumat Acara ARTIS

KRU

ACARA

KONSERT GENKRU

LOKASI:

AXIATA ARENA, KUALA LUMPUR

TARIKH

10 MEI 2025

MASA

8.30 MALAM

PENGANJUR

ICON ENTERTAINMENT

 

 

HARGA TIKET

reKRUed (RM258)

Canggih (RM358)

Relax (RM478)

Kaset (RM508)

KRUjaan (RM548)

KRUnisme (RM588)

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2025/01/kru-cetak-sejarah-industri-hiburan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 229 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini telah berlangsungnya satu majlis pengumuman istimewa oleh kumpulan popular tanah air iaitu kumpulan KRU Pengumuman tersebut adalah mengenai KONSERT GENKRU yang bakal diadakan selama tiga hari...
Gergasi Kru Dan Icon Entertainment Melakar Sejarah Dengan Konsert Genkru Hari Ke 3

Gergasi Kru Dan Icon Entertainment Melakar Sejarah Dengan Konsert Genkru Hari Ke 3

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 208 hits
KRU dan Icon Entertainment mencipta sejarah apabila berjaya melancarkan konsert genKRU untuk hari ketiga Ini merupakan pencapaian luar biasa yang membuktikan artis tanah air mampu mencapai standard bertaraf antarabangsa Konsert genKRU hari ...
Hiburan Selesai Bayar Setengah Juta Hutang Rozita Che Wan Perlu Dilunaskan Sebelum Mac 2025 Asyraf Wajdi

Hiburan Selesai Bayar Setengah Juta Hutang Rozita Che Wan Perlu Dilunaskan Sebelum Mac 2025 Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 183 hits
Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan perkembangan terkini mengenai hutang pinjaman oleh pelakon sudah dilunaskan sebahagian daripada nilai penuh iaitu RM550 000 Maklum Asyraf lagi Rozita dikehendaki untuk membayar baki te...
Hiburan Marsha Milan Kecewa Dituduh Lupa Asal Usul Saya Cuba Pertahankan Identiti Komuniti Sabah Tapi

Hiburan Marsha Milan Kecewa Dituduh Lupa Asal Usul Saya Cuba Pertahankan Identiti Komuniti Sabah Tapi

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 184 hits
Penyanyi Marsha Milan akui dia berasa kecewa apabila dia tetap menerima kritikan bahawa dia telah lupa asal usulnya walaupun dia berusaha mempertahankan identiti budaya asalnya Marsha atau nama lengkapnya Marsha Milan Londoh berkata dia tid...
Hiburan Niat Kongsi Rezeki Ajak Shiro Hadiahkan Cawangan Restoran Buat Ebby Yus

Hiburan Niat Kongsi Rezeki Ajak Shiro Hadiahkan Cawangan Restoran Buat Ebby Yus

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 126 hits
Perkongsian pelawak dan usahawan baru baru ini telah mengundang respon positif daripada warga maya Difahamkan Ajak telah menghadiahkan cawangan restoran kepada rakan selebriti pelawak Ebby Yus di Pasar Seni Kuala Lumpur dengan niat berkongs...
Hiburan Tiada Permohonan Maaf Daripada Dewi Cik Epal Fail Saman Jumpa Di Mahkamah

Hiburan Tiada Permohonan Maaf Daripada Dewi Cik Epal Fail Saman Jumpa Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 175 hits
Sedia maklum sejak beberapa bulan lalu nama personaliti media sosial iaitu dan bekas suami menjadi perhatian selepas mereka disahkan cerai atas dakwaan Jofliam bermain kayu tinggi dengan staf perempuannya dikenali sebagai Dewi Cik Epal fail...
Hiburan Terima Ugut An B Nuh Baby Shima Minta Bantuan Polis Sarawak Kenal Pasti Individu Berkenaan

Hiburan Terima Ugut An B Nuh Baby Shima Minta Bantuan Polis Sarawak Kenal Pasti Individu Berkenaan

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 202 hits
Penyanyi sensasi Baby Shima memaklumkan dirinya telah menerima satu ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali Menerusi satu hantaran di Shima memuat naik tangkap layar satu komen berbentuk ugutan yang diterima olehnya Adver...
Hiburan Mommy Akan Rasa Lebih Baik Pesanan Fatima Aisya Buat Nur Fazura Bikin Netizen Sebak

Hiburan Mommy Akan Rasa Lebih Baik Pesanan Fatima Aisya Buat Nur Fazura Bikin Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 2/1/2025 - jumlah : 206 hits
Anak kepada selebriti terkenal Nur Fatima Aisya dirakam menitipkan kata kata semangat buat ibunya itu sekaligus meruntun hati peminat di luar sana Meskipun baru berusia 4 tahun si kecil itu seolah olah memahami perjuangan ibunya yang bergel...
Hiburan Ramai Ambil Kesempatan Dalam Kesempitan Ini Luah Aisyah Hijanah Lebih Banyak Tahi Daripada Bunga Orang Bagi

Hiburan Ramai Ambil Kesempatan Dalam Kesempitan Ini Luah Aisyah Hijanah Lebih Banyak Tahi Daripada Bunga Orang Bagi

papar berkaitan - pada 3/1/2025 - jumlah : 182 hits
Baru baru ini personaliti media sosial sensasi iaitu Aisyah Hijanah memaklumkan banyak pihak yang mengambil kesempatan ke atas dirinya susulan kontroversi yang dilalui sejak kebelakangan ini Ramai ambil kesempatan Bahkan Aisyah berkata ada ...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Claims Sarawak Seeks Stake In Ambank Mere Speculation Says Abang Jo

High Court Rules It Has Jurisdiction To Hear Lawsuit Against Raghad

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Precious Metal Recovery Services Malaysia A Great Investment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Nak Anak Senyum Manis Sampai Besar Start Dengan 5 Tip Ni

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag