Kronologi Kehilangan Nora Anne


Percutian di Malaysia yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar tragik bagi remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang sebelum ditemui mati tidak jauh dari sebuah resort penginapan keluarganya.

Nora Anne

Anak istimewa berumur 15 tahun itu dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 4 Ogos, sehari selepas keluarga itu mendaftar masuk untuk percutian dua minggu di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan.

Mayat remaja Ireland itu ditemui selepas 10 hari dilapor hilang oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat berkeadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah.

Lokasi penemuan itu terletak sekitar 2.5km dari resort beliau dilapor hilang, dalam kawasan yang terletak dalam radius pencarian yang sebelum ini telah beberapa kali dilalui oleh kumpulan anggota mencari dan menyelamat (SAR).

Kurang 24 jam sebelum penemuan mayat itu, ibu bapa Nora Anne, mengumumkan secara terbuka melalui media massa ganjaran RM50,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat hingga terjumpanya anak perempuan mereka.

Pencarian Nora Anne mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan antarabangsa yang siap ‘berkampung’ di kawasan itu sejak remaja itu dilaporkan hilang.

Pencarian itu mencuri tumpuan rakyat Malaysia untuk mengikuti setiap perkembangan operasi yang turut melibatkan sejumlah tenaga yang besar, antaranya pakar penjejak yang terdiri daripada anggota pasukan komando 69, unit anjing pengesan K9, pasukan Senoi Praaq, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela, orang asli dan sukarelawan.

Pasukan mencari dan menyelamat melalui pelbagai cabaran dalam operasi itu memandangkan kawasan terlibat adalah hutan yang dipayungi pokok-pokok besar dengan bentuk muka bumi berbukit.

Selain itu, cuaca yang tidak menentu dengan hujan, turut menyebabkan tanah di kawasan itu becak dan licin.

Usaha mencari dan menyelamat turut dibuat melalui udara oleh Unit Udara PDRM dengan peralatan canggih serta penggunaan dron.

Selain pasukan dari Malaysia, polis dari Ireland, England dan Perancis juga berada di negara ini bagi membantu siasatan kes kehilangan remaja itu.

Sejurus ditemui dan anggota forensik membuat siasatan di lokasi penemuan, mayat remaja itu diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat, proses formaliti untuk menentukan punca kematian selain bagi membolehkan ibu bapa membuat pengesahan.

KRONOLOGI KEHILANGAN NORA ANNE QUOIRIN

3 Ogos 2019

Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.

4 Ogos 2019

Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi.

4 Ogos 2019

Polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja itu.

4 Ogos 2019

Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

5 Ogos 2019

Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hilang.

5 Ogos 2019

Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.

5 Ogos 2019

Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.

5 Ogos 2019

Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.

6 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

7 Ogos 2019

Polis telah merakam 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne.

7 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari keempat, diteruskan dengan kekuatan 206 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

8 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari kelima, diteruskan dengan kekuatan 247 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

8 Ogos 2019

Operasi SAR mengesan Nora Anne diketuai Unit Senoi Praaq Polis Diraja Malaysia (PDRM).

8 Ogos 2019

Khidmat helikopter Pasukan Gerakan Am PDRM digunakan dengan tambahan teknologi yang lebih canggih bagi mengesan Nora Anne.

8 Ogos 2019

Rakaman suara ibu Nora Anne memanggil remaja itu dengan panggilan manja dimainkan melalui pembesar suara sepanjang SAR.

9 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari keenam, diperkuatkan dengan kehadiran pasukan elit PDRM iaitu Komando VAT 69 dengan kekuatan dua pegawai dan 21 anggota.

9 Ogos 2019

Sembilan dron diguna dalam operasi SAR kesan Nora Anne.

9 Ogos 2019

Penduduk di sekitar pekan Pantai, Negeri Sembilan mengadakan solat hajat di Masjid Kariah Pantai selepas menunaikan solat Jumaat bagi memohon dipermudahkan operasi SAR kesan Nora Anne.

10 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari ketujuh, skala pencarian Nora Anne dikecilkan dari 6 kilometer (km) radius kepada 4 km radius dari lokasi kejadian.

10 Ogos 2019

Masyarakat Orang Asli sedia membantu mencari Nora Anne menggunakan kaedah tradisional berdasarkan kepercayaan mereka.

10 Ogos 2019

Keluarga Nora Anne hargai usaha petugas SAR korbankan cuti Aidiladha cari anak mereka.

11 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari kelapan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata polis membuka talian hotline khas 0111-2285058 bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan Nora Anne.

11 Ogos 2019

Operasi SAR Nora Anne mendapat bantuan daripada kumpulan pendaki sukarelawan.

12 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari kesembilan, diteruskan dengan kekuatan 348 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

12 Ogos 2019

Keluarga Nora Anne tawar ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat salur maklumat bantu kesan Nora Anne.

12 Ogos 2019

Pasukan polis Ireland, England, Perancis berada di negara itu membantu PDRM menyiasat kes kehilangan Nora Anne.

12 Ogos 2019

Sekumpulan lima pengamal perubatan Islam daripada Rawatan Tradisional Sulafusoleh menawarkan diri membantu operasi SAR kesan Nora Anne Quoirin.

12 Ogos 2019

Pengamal media dipelawa untuk menyertai operasi SAR kesan Nora Anne buat pertama kalinya.

13 Ogos 2019

Operasi SAR masuk hari kesepuluh, polis menemui mayat dipercayai seorang wanita berkulit putih yang ditemui pada 1.57 tengah hari, kira-kira 2.5 kilometer dari resort The Dusun, Pantai.

13 Ogos 2019 (8.55 malam)

Polis sahkan mayat yang ditemui adalah Nora Anne selepas ahli keluarga remaja itu membuat pengecaman.

Apa sebenarnya yang terjadi? Nantikan.

BACA INI JUGA:
Kisah Sedih Anak Bunuh Diri Guna Telekung Yang Mak Ayah Wajib Baca!Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa, International Missing Children's Day
sumber: hmetro



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/08/kronologi-kehilangan-nora-anne.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Penuh Kes Kehilangan Nora Anne Quoirin Sewaktu Bercuti Di Sebuah Resort Di Seremban

Kronologi Penuh Kes Kehilangan Nora Anne Quoirin Sewaktu Bercuti Di Sebuah Resort Di Seremban

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 971 hits
Negara digemparkan dengan berita kehilangan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin 15 di sebuah resort di Seremban Negeri Sembilan Berikut adalah kronologi kejadian
Kisah Misteri Kehilangan Nora Anne Quorin

Kisah Misteri Kehilangan Nora Anne Quorin

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 1173 hits
Kisah Misteri kehilangan Nora Anne Quorin Sedih dan masih banyak tanda tanya tentang misteri kehilangan Nora Anne Quorin Remaja berusia 15 tahun warganegara Ireland yang bercuti bersama keluarga di Resort The Dusun Pantai Hill Seremban yang...
Kehilangan Nora Anne Buka Mata Ramai Pihak Ini Cara Penjagaan Anak Istimewa Sewaktu Melancong

Kehilangan Nora Anne Buka Mata Ramai Pihak Ini Cara Penjagaan Anak Istimewa Sewaktu Melancong

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 310 hits
Misteri kehilangan Nora Anne Quoirin akhirnya terjawab apabila mayatnya di ditemui di cerun curam terletak tidak jauh dari kawasan air terjun dekat Gunung Berembun Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop hasil bedah sias...
Terkini Polis Sahkan Penemuan Mayat Perempuan Kulit Putih Ketika Misi Mencari Nora Anne

Terkini Polis Sahkan Penemuan Mayat Perempuan Kulit Putih Ketika Misi Mencari Nora Anne

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 769 hits
Polis mengesahkan penemuan satu mayat perempuan berkulit putih dalam keadaan masih sempurna lebih kurang dua kilometer dari lokasi gadis Ireland Nora Anne Quoirin 15 menginap di sini Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berka...
Polis Sahkan Mayat Remaja Adalah Nora Anne

Polis Sahkan Mayat Remaja Adalah Nora Anne

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 445 hits
SEREMBAN Mayat remaja berkulit cerah yang ditemui tengah hari Selasa adalah Nora Anne Quoirin 15 remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort 4 Ogos lepas Pengecaman mayat dibuat oleh keluarganya di Hospital Tuanku Jaafar kata Ketua Polis ...
Locals Express Sadness Sympathy Over Nora Anne S Death

Locals Express Sadness Sympathy Over Nora Anne S Death

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 281 hits
Residents around the Pantai resort area in Seremban have expressed sympathy dismay and shock following the discovery of the body of Franco Irish teenager Nora Anne Quoirin 15 on the 10th day of her disappearance from The Dusun resort there ...
Kes Nora Anne Pasukan Patologi Bedah Siasat Mayat

Kes Nora Anne Pasukan Patologi Bedah Siasat Mayat

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 365 hits
Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pagi ini bagi menjalankan proses bedah siasat mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin 15 Pasukan itu tiba pada kira kir...
Keluarga Buat Pengecaman Sahkan Mayat Adalah Nora Anne

Keluarga Buat Pengecaman Sahkan Mayat Adalah Nora Anne

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 338 hits
Mayat wanita berkulit cerah yang ditemui tengah hari Selasa adalah Nora Anne Quoirin 15 remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort di Nilai 4 Ogos lepas Pengecaman mayat itu dibuat oleh keluarga remaja berkenaan di Hospital Tuanku Jaafar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025