Kronologi Covid 19 Dan Pkp Di Malaysia 2020 2021


Kronologi COVID-19 di Malaysia23 Januari 2020Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).
- KKM sahkan kes di Sabah negatif

KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin

Sumber : Covid-19.moh.gov.my [Situasi 23 Jan. 2020]


25 Januari 2020-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari
- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan

Sumber : Covid-19.moh.gov.my [Situasi 25 Jan. 2020]


26 Januari 2020-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara


27 Januari 2020-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut

-Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta


28 Januari 2020-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat

-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV

29 Januari 2020-KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh
- Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China

30 Januari 2020- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan

- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu

- Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

- Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak

31 Januari 2020- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.
1 Februari 2020- Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari disekat memasuki Sarawak sehingga dimaklumkan kelak

- Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu

Pesawat AirAsia AK8264 yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, China tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.57 pagi tadi

PESAWAT khas yang membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2)

4 Februari 2020- Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari

- Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari

- Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10

- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan coronavirus 2019

5 Februari 2020- Sejumlah 74 orang dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV. Daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan

- Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12

6 Februari 2020- Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan

7 Februari 2020- Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari

8 Februari 2020- Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes


9 Februari 2020- Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara 17 kes. Wanita itu adalah ibu mentua kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Februari, iaitu kes kesembilan

10 Februari 2020- Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Februari

11 Februari 2020- Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara

12 Februari 2020- KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini

- WHO mengumumkan COVID-19, yang bermaksud 'Penyakit Virus Korona' sebagai nama rasmi novel koronavirus 2019

- Dr Dzulkefly berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19

13 Februari 2020- Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16

14 Februari 2020- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb

27 Februari 2020- Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim, mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19

28 Februari 2020- Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif 25 orang, dengan 22 sembuh dan dibenarkan keluar hospital

- Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia manakala kes ke-25 lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini

1 Mac 2020:- KKM mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes

- Kes ke-26 adalah berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China pada pertengahan Januari, kes ke-27 adalah jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 adalah lelaki berusia 45 tahun, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Februari

3 Mac 2020- KKM mengesahkan tujuh kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu adalah kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Februari

4 Mac 2020- Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 adalah kontak rapat bagi kes ke-26

5 Mac 2020- Lima lagi individu disahkan positif COVID-19, dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu kepada 55

6 Mac 2020- Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 83 kes

7 Mac 2020- Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif 93

8 Mac 2020- Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 kepada 99 kes. Semua kes adalah kontak rapat kluster kes ke-26

9 Mac 2020- Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101 membabitkan seorang lelaki yang pulang dari Iran

10 Mac 2020- Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini 129. Kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan

11 Mac 2020- Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149

12 Mac 2020- Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158

- WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara selain China

- Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit adalah antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac

13 Mac 2020- Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan diberi rawatan anti-viral

14 Mac 2020- Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 238. Semua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat

15 Mac 2020- Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling

16 Mac 2020- Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac

Sumber : BERNAMA/ Berita Harians
30 Julai 2020 - PILIHANRAYA NEGERI SABAH (PRN SABAH) [Sinar Harian]
<a href="https://www.statista.com/statistics/1110785/malaysia-covid-19-daily-cases/" rel="nofollow"><img src="https://www.statista.com/graphic/1/1110785/malaysia-covid-19-daily-cases.jpg" alt="Statistic: Number of daily confirmed cases of the novel coronavirus infection COVID-19 in Malaysia as of June 21, 2021 | Statista" style="width: 100%; height: auto !important; max-width:1000px;-ms-interpolation-mode: bicubic;"/></a><br />Find more statistics at  <a href="https://www.statista.com" rel="nofollow">Statista</a
https://www.statista.com/statistics/1110785/malaysia-covid-19-daily-cases/

PKP: Kronologi PKP sehingga 11 Januari 202116 Mac 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan PKP berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19

- Muhyiddin berkata PKP itu meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya
kredit : Berita Harian

18 Mac 2020: PKP mula berkuat kuasa.
Maklumat Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac 2020 - 31 Ogos 2020
#Keterangan1Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam untuk penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.[8]2Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.[8]3Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.[8]4Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.[8]5Penutupan kesemua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.[8]6Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting kepada negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.[8]22 Mac 2020: Hampir 50,000 anggota terdiri daripada tentera, polis, RELA dan pihak berkuasa tempatan memantau pematuhan orang ramai terhadap PKP, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

- Seramai 7,500 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara diatur gerak bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan PKP

23 Mac 2020: Ketua Setiausaha di kementerian yang menyediakan perkhidmatan keperluan, perlu mengeluarkan surat kebenaran perjalanan kepada semua kakitangan yang bertugas, sepanjang PKP, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

- Di Perak, seorang mekanik menjadi individu pertama didakwa kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas semasa PKP

24 Mac 2020: Pematuhan rakyat terhadap PKP meningkat kepada 95 peratus, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

- Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi sepanjang PKP

- Pemegang lesen memandu dikecualikan daripada memperbaharui lesen bagi sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

- ATM mula menggunakan dron bagi mengawal dan memantau pergerakan rakyat sepanjang tempoh PKP di seluruh negara

25 Mac 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umum pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April

26 Mac 2020: Proses pembersihan dan pencucian nyahcemar dilakukan di premis awam terutama di lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan merah

- Kerajaan laksana Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor hingga 9 April

27 Mac 2020: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan 2,732 syarikat meneruskan operasi semasa tempoh PKP

- Bacaan SO2 (sulfur dioksida) dan NO2 (nitrogen dioksida) dalam udara menurun selaras dengan pengurangan bilangan kenderaan motor di jalan raya terutama di bandar-bandar utama susulan pelaksanaan PKP

29 Mac 2020: Kerajaan menguatkuasakan PKPD di kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor hingga 13 April

30 Mac 2020: Kerajaan menguatkuasakan PKPD di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah di Kuala Lumpur hingga 13 April

1 April 2020: Fasa kedua PKP bermula sehingga 14 April

- Semua premis perniagaan yang menjual barangan keperluan harian termasuk pasar raya serta stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam

 Had perjalanan individu yang keluar rumah dalam tempoh PKP bagi tujuan dibenarkan adalah ditetapkan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer (km) dari kediaman

3 April 2020: Pematuhan orang ramai terhadap PKP meningkat kepada 99 peratus, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

- Semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi selagi PKP dilaksanakan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

4 April 2020: Seramai 5,126 ditahan kerana melanggar perintah PKP sepanjang tempoh pelaksanaan PKP, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed

7 April 2020: Indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh PKP sejak 18 Mac, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

- Kerajaan memutuskan pelaksanaan arahan keempat PKPD di bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur

8 April 2020: Polis mula mengenakan kompaun RM1,000 terhadap individu ingkar PKP

9 April 2020: PKPD di dua kawasan dekat Simpang Renggam, Kluang, Johor dilanjutkan sehingga 14 April

10 April 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu dari 15 April hingga 28 April

- Sesi persekolahan mungkin ditangguh sehingga keadaan kembali pulih.[Sumber : Bernama/ Berita Harian]
- 10 April 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April untuk mengelakkan penularan kembali wabak COVID-19 selain memberi peluang kepada petugas kesihatan untuk memerangi virus berkenaan

- 23 April 2020 : Tempoh PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi sehingga 12 Mei

- 1 Mei 2020 : Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan mulai 4 hingga 12 Mei

- 10 Mei 2020 : PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun, sekali gus menyaksikan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan

- 7 Jun 2020 : Muhyiddin mengumumkan PKPB digantikan dengan PKPP yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberi bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos

- 28 Ogos 2020 : PKPP dilanjutkan sehingga 31 Dis

- 12 Okt 2020 : Kerajaan mengumumkan semula pelaksanaan PKPB di Sabah (13 hingga 26 Okt) manakala Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masing-masing 14 hingga 27 Okt

- 24 Okt 2020 : PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan sehingga 9 Nov

- 26 Okt 2020 : PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilanjutkan sehingga 9 Nov

- 7 Nov 2020 : PKPB di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 Nov sehingga 6 Dis

- 20 Nov 2020 : PKPB di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan pada 21 Nov

- 5 Dis 2020 : PKPB di seluruh Sabah dilanjutkan selama 14 hari bermula dari 7 Dis hingga 20 Dis

- 18 Dis 2020 : PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan hingga 31 Dis

- 28 Dis 2020 : PKPB di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Jan 2021

- 1 Jan 2021 : PKPP di seluruh negara dilanjutkan lagi mulai 1 Jan hingga 31 Mac depan

- 11 Jan 2021 : Terbaharu, enam daerah di Sarawak diletakkan di bawah PKPB oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak

Dalam tempoh PKP dan PKPP, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut dilaksanakan di sekurang-kurangnya 54 kawasan di seluruh negara termasuk di kawasan penjara, dalam membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar ke kawasan lain. [Sumber : Bernama/ Berita Harian]

BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 31 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
Sumber : Covid-19.moh.gov.my



NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIFSABAH29937,040SELANGOR1,20532,393WP KUALA LUMPUR222 (5)13,489NEGERI SEMBILAN787,828JOHOR1945,734PULAU PINANG923,488PERAK333,195KEDAH243,024WP LABUAN63 (8)1,701PAHANG151,365MELAKA2391,225SARAWAK21,117KELANTAN37758TERENGGANU17325WP PUTRAJAYA5282PERLIS046JUMLAH KESELURUHAN2,525 (13)113,010*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
24 FEB - TDM letak jawatan PM724 FEB - Kabinet Kerajaan PH terbubar01 MAC - TSMY dilantik PM809 MAC - Kabinet Kerajaan PN ditubuhkan18 MAC - 31 MAC 2020 PKP Fasa 101 APR - 14 APR 2020 PKP Fasa 215 APR - 28 APR 2020 PKP Fasa 329 APR - 12 MEI 2020 PKP Fasa 4Perintah Kawalan Pergerakan seluruh harga minyak jatuh sehingga RM1.25/literSemua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah
Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian
Penjarakkan sosial sentiasa diutamakanPita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai
Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup
Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan
Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan
Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup
Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan
Taman permainan kanak - kanak ditutup
Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan
Kekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal
Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tanganRak - rak di kedai menjadi kosong
Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE
Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting
Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong
Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari
Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari
Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia
Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar
Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah
Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga
"Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ismiqbal.blogspot.com/2021/06/kronologi-covid-19-dan-pkp-di-malaysia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Ismiqbal-Introvert+%28Ismiqbal+%3A+An+Introvert+Dad%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5730 Benarkan Penggunaan Ivermectin Tingkat Imuniti Badan Halang Jangkitan Covid 19 Malaysia Gazette 21 06 2021

5730 Benarkan Penggunaan Ivermectin Tingkat Imuniti Badan Halang Jangkitan Covid 19 Malaysia Gazette 21 06 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR Gabungan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan kesihatan menggesa kerajaan menggunakan darurat untuk membenarkan penggunaan ubat Ivermectin bagi meningkatkan imuniti badan dalam usaha menghalang jangkitan Covid 19 Sala...
5721 Adapt And Be Agile Consider Using Ivermectin To Treat Covid 19 Patients Focus Malaysia 17 06 2021

5721 Adapt And Be Agile Consider Using Ivermectin To Treat Covid 19 Patients Focus Malaysia 17 06 2021

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 233 hits
THE Government should learn to adapt and find new strategies to contain COVID 19 following Istana Negara s advise for the authorities to emulate measures undertaken in other countries Reading between the lines it s obvious that Their Highne...
5731 Mgnews Segerakan Penggunaan Ivermectin Untuk Cegah Jangkitan Covid 19 Ngo Malaysia Gazette Tv 21 06 2021

5731 Mgnews Segerakan Penggunaan Ivermectin Untuk Cegah Jangkitan Covid 19 Ngo Malaysia Gazette Tv 21 06 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 244 hits
Gabungan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan kesihatan menggesa kerajaan menggunakan darurat untuk membenarkan penggunaan ubat Ivermectin bagi meningkatkan imuniti badan dalam usaha menghalang jangkitan Covid 19 Sumber Malaysia G...
5728 Govt Urged To Fast Track Approval Of Ivermectin Use For Covid 19 The Vibes Com 21 06 2021

5728 Govt Urged To Fast Track Approval Of Ivermectin Use For Covid 19 The Vibes Com 21 06 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR A group of six medical and consumer related non governmental organisations has urged the government to immediately approve the use of ivermectin to treat Covid 19 patients in Malaysia The group known as Malaysian Alliance for E...
Homepro Malaysia Mengadakan Jualan Gudang Secara Online Mulai 17 Jun 20 June 2021

Homepro Malaysia Mengadakan Jualan Gudang Secara Online Mulai 17 Jun 20 June 2021

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 365 hits
HomePro Malaysia Mengadakan Jualan Gudang Secara Online Mulai 17 Jun 20 June 2021 Berita baik untuk korang yang mencari pelbagai peralatan rumah HomePro Malaysia Mengadakan Jualan Gudang Secara Online Mulai 17 Jun 20 June 2021dan diskaun se...
Infografik Trend Kes Kematian Harian Covid 19 Malaysia

Infografik Trend Kes Kematian Harian Covid 19 Malaysia

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 183 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
5729 Maecc Gesa Kerajaan Percepat Kelulusan Penggunaan Ivermectin Untuk Rawat Covid 19 Bernama 21 06 2021

5729 Maecc Gesa Kerajaan Percepat Kelulusan Penggunaan Ivermectin Untuk Rawat Covid 19 Bernama 21 06 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR 21 Jun Sekumpulan enam badan bukan kerajaan berkaitan perubatan dan pengguna menggesa kerajaan agar menyegerakan kelulusan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID 19 di Malaysia Kumpulan itu yang membuat gesaan di bawa...
5712 Najib Why Make People S Lives Difficult Just Offer Blanket Loan Moratorium Focus Malaysia 13 06 2021

5712 Najib Why Make People S Lives Difficult Just Offer Blanket Loan Moratorium Focus Malaysia 13 06 2021

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 164 hits
FORMER Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak questioned the Government on why they are reluctant to offer a blanket loan moratorium to businessmen and the people during the second lockdown I have said this numerous times The Government ...
5732 Maecc Calls For Ivermectin Approval Claims Powerful Benefits In Covid Treatment The Edge 21 06 2021

5732 Maecc Calls For Ivermectin Approval Claims Powerful Benefits In Covid Treatment The Edge 21 06 2021

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR A group of six medical and consumer related non governmental organisations has urged the government to immediately approve the use of Ivermectin to treat Covid 19 patients in Malaysia The group known as Malaysian Alliance for E...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Berebut Kasih



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


10 Tempat Sarapan Terbaik Di Selangor

Office Rental Near Kl Sentral Station Advantages For Business Connectivity

Gaji 2005 Yuran Pengalaman 2016

The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul