Kristianisasi Bian Pemimpin Pkr Langsung Tidak Berani Mengulas



Benarkah Baru Bian tidak punyai agenda Kristian?


SUNGGUH melucukan sekali bila membaca kenyataan media Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, mengenai isu kes pemurtadan empat penganut Islam Sarawak yang disiarkan di dalam blog beliau, Suara Sarawak, bertajuk “Apostasy Cases: Setting The Record Straight”.

Kata Baru Bian, mereka yang menuduh beliau mempunyai agenda Kristian dengan mewakili empat individu ini secara percuma adalah pembohong kerana beliau berbuat demikian atas kapasiti profesional beliau sebagai seorang peguam dan menerima bayaran profesional.

Kata Baru Bian lagi, beliau akan terus mempertahankan kebebasan beragama di Sarawak selagi mampu selaras dengan tanggungjawab beliau untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan.

Turut ditunjukkan adalah Sijil Sumpah/Ikrar sebagai ADUN yang beliau lafazkan di hadapan Speaker DUN pada 7 Jun 2016 yang menyebut beliau “akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan”.

Sebenarnya, persoalan sama ada Baru Bian mempunyai agenda Kristian atau tidak tiada kaitan dengan persoalan beliau menerima bayaran profesional di atas khidmat guaman yang beliau berikan kepada empat individu yang mahu menukar agama ke Kristian ini.

Sijil Sumpah/Ikrar sebagai ADUN yang menyebut Baru Bian “akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Negeri Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan” juga tidak boleh digunakan sebagai bukti bahawa beliau tidak mempunyai agenda Kristian.

Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu” dan Perkara 5(6) Perlembagaan PKR menyatakan tujuan dan matlamat perjuangan PKR ialah “mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi”.

Memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, malah Perlembagaan PKR, kah bila menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi rasmi seperti di dalam kenyataan media rasmi Baru Bian selaku Pengerusi PKR Sarawak ini?

Begitu juga dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Islam ialah agama bagi Persekutuan” dan Perkara 5(5) Perlembagaan PKR yang menyatakan tujuan dan matlamat perjuangan PKR ialah “menghayati Islam sebagai agama Persekutuan”.

Memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, malah Perlembagaan PKR, kah bila mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan yang bercanggah dengan penghayatan ke atas Islam sebagai agama bagi Persekutuan?

Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila mengedarkan secara percuma hampir 50,000 Kitab Injil Kanak-Kanak kepada anak-anak di semua kerusi keutamaan di mana PKR bertanding di Sarawak seperti yang dibuat oleh Baru Bian di dalam PRU 2013?

Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila mengakui dilatih dan dilengkap untuk berkhidmat memperjuangkan ajaran Kristian di Malaysia, selain menyeru bekas ahli Felo Kristian Seberang Laut lain supaya pulang ke Malaysia seperti yang dibuat oleh Baru Bian?

Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila menyebut bumi Sarawak akan diberikan kepada orang-orang Kristian sedikit demi sedikit, secubit demi secubit, selaras jaminan Tuhan kepada orang-orang Israel di dalam Kitab Injil seperti yang didakwa oleh Baru Bian?

Tidak mempunyai agenda Kristian kah bila sering disebut mengenai kewujudan “suara ghaib” yang meramalkan bahawa “Baru Bian akan mengetuai rakyat (Sarawak) seperti Jepthath yang mengetuai rakyat Israel” seperti yang didedahkan sendiri oleh Baru Bian?

Amat pelik bila Baru Bian mahupun mana-mana pemimpin PKR lain langsung tidak berani untuk mengulas semua pendedahan yang pernah beliau sendiri buat di dalam buku “Long Awakening”, sebuah buku yang hanya boleh diperolehi di kedai-kedai buku Kristian ini. – HARAKAHDAILY 2/3/2018
Lihat sebelum ini..Dr Kamarul Zaman: Salahkah, Pembaca Menyimpulkan 3...Agresifnya pendakyah Kristian di Malaysia
Perhatian:Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semuda...Landak 2: Khasiat..'lembek tertidur boleh bangun m...Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?Landak 4: Landak Mini//Eropah, Bukan Landak?Landak 5: Stigma Negatif..Landak 6: "Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"
Bagaimana mendapatkan benihnya? Sila hubungi..Pak ZuuTel 011 33111321 (KL)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/07/kristianisasi-bian-pkr-langsung-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Pecat 5 Pemimpin Termasuk Adun Seberang Jaya Sungai Acheh

Pkr Pecat 5 Pemimpin Termasuk Adun Seberang Jaya Sungai Acheh

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 506 hits
PKR hari ini memecat lima pemimpinnya membabitkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dan dua ketua wanita negeri Mereka yang dipecat ialah Ketua Wanita Haniza Mohamed Talha dan dua ADUN Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan Zulkifli Ibrahim Dua ke...
Pkr Pecat Empat Pemimpin Parti Geng Azmin

Pkr Pecat Empat Pemimpin Parti Geng Azmin

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 424 hits
PKR telah memecat empat pemimpin yang dikaitkan dengan bekas timbalan presiden Azmin Ali Mereka ialah ketua Wanita PKR Haniza Talha ketua wanita Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria dua Adun Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan Zulkifli Ibrahim Kep...
Bekas Pemimpin Pkr Sabah Keluar Parti Dakwa 8 000 Ahli Akan Ikut Serta

Bekas Pemimpin Pkr Sabah Keluar Parti Dakwa 8 000 Ahli Akan Ikut Serta

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 370 hits
Bekas pengarah tugas tugas khas PKR Sabah Nani Sakam bercakap kepada pemberita di Putatan hari ini PUTATAN Sekumpulan 11 ahli PKR Sabah yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan bahagian parti itu mengisytiharkan keluar parti har...
Pkr Larang Pemimpin Kanan Bercakap Dengan Fmt

Pkr Larang Pemimpin Kanan Bercakap Dengan Fmt

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 376 hits
Langkah itu cubaan parti itu beritahu saluran media yang ia tidak mesra kata sumber
Pkr Pecat Ketua Wanitanya Haniza Talha Dan 3 Pemimpin Lain Berkaitan Azmin

Pkr Pecat Ketua Wanitanya Haniza Talha Dan 3 Pemimpin Lain Berkaitan Azmin

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 495 hits
PKR telah memecat empat pemimpin yang dikaitkan dengan bekas timbalan presiden Azmin Ali Mereka ialah ketua Wanita PKR Haniza Talha ketua wanita Pulau Pinang Nur Zarina Zakaria dua Adun Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dan Zulkifli Ibrahim Kep...
Tiada Jaminan Dr M Takkan Kembali Bersama Pengkhianat Kata Pemimpin Pemuda Pkr

Tiada Jaminan Dr M Takkan Kembali Bersama Pengkhianat Kata Pemimpin Pemuda Pkr

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 275 hits
Seorang pemimpin Pemuda PKR mencabar dakwaan Dr Mahathir Mohamad mempunyai lebih banyak sokongan ahli Parlimen berbanding Anwar Ibrahim ketika gabungan itu yang berusaha kembali berkuasa masih bergelut dengan isu calon perdana menteri Naib ...
Pemimpin Pkr Tuduh Ada Orang Dalangi Ph Plus Untuk Jatuhkan Anwar

Pemimpin Pkr Tuduh Ada Orang Dalangi Ph Plus Untuk Jatuhkan Anwar

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 411 hits
Seorang lagi pemimpin kanan PKR hari ini tampil menyanggah kenyataan dibuat dua parti dalam Pakatan Harapan mengenai calon perdana menteri dalam usaha pembangkang mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional Menurut Bendahari Agung...
Tarik Diri Dari Ph Plus Mahathir Umum Putus Kerjasama Dengan Pkr

Tarik Diri Dari Ph Plus Mahathir Umum Putus Kerjasama Dengan Pkr

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 353 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad memutuskan untuk tidak lagi menganggotai Pakatan Harapan Plus yang terdiri dari PH Mahathir dan Warisan selain mengumumkan hanya akan berkerjasama dengan AMANAH dan DAP Mahathir dalam satu temubual bersama Sin Chew D...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation