Kpm Perlu Beri Keutamaan 3 Aspek Ambil Guru Baharu


azrulhakimie

CUEPACS tidak mahu pengambilan gagal beri impak diharapkan KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) diharapkan memberi keutamaan kepada aspek kualiti, kemahiran dan minat calon guru yang akan dipilih kelak dalam mengisi kekosongan jawatan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Adnan Mat.
Beliau berkata walaupun kerajaan dilihat serius dan ingin menyelesaikan isu kekurangan guru dalam masa yang singkat, tiga elemen itu perlu diberi penekanan kerana cabaran yang dihadapi dalam dunia perguruan ketika ini amat besar.
“CUEPACS juga tidak mahu pengambilan secara besar-besaran itu hanya mampu menyelesaikan isu kekurangan guru semata-mata tetapi tidak memberi impak yang diharapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pelaksanaan pengambilan khas secara ‘one-off’ seramai 18,702 pendidik bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah di seluruh negara.
Adnan juga meminta KPM memberi keutamaan kepada graduan pendidikan yang masih tidak mendapat penempatan dan layak berdasarkan opsyen mata pelajaran masing-masing supaya kemahiran dan keupayaan mereka dapat digunakan dengan lebih berkesan.
Beliau berkata CUEPACS melihat pengambilan guru secara besar-besaran itu tidak sewajarnya diteruskan pada masa hadapan, sebaliknya pengambilan perlu dilakukan secara berperingkat mengikut kekosongan semasa.
Katanya langkah berkenaan lebih wajar kerana ia mampu mengatasi masalah semasa dan bukannya dikumpulkan untuk diselesaikan dalam satu tempoh sahaja.
Selain itu, Adnan juga meminta KPM menyelesaikan masalah permohonan pertukaran guru sedia ada ketika ini sebelum memberi penempatan kepada guru baharu.
“Selesaikan dahulu permohonan guru-guru lama yang memohon untuk bertukar terutama kepada pasangan jarak jauh, mempunyai ibu bapa yang uzur atau menghadapi masalah kesihatan yang serius.
CUEPACS juga berharap guru muda yang bakal diambil kelak menggunakan peluang sebaiknya bagi mendidik anak bangsa, sekali gus memberikan contoh yang baik kepada pelajar dan masyarakat agar profesion perguruan disanjung dan dipandang tinggi. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/kpm-perlu-beri-keutamaan-3-aspek-ambil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Anda Layak Memohon Jadi Guru Sekolah Kpm

Adakah Anda Layak Memohon Jadi Guru Sekolah Kpm

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 358 hits
Bila KPM buka peluang jadi guru mengejut ni Macam macam pandangan kita boleh dengar Ada yang setuju Ada yang tak Ada juga saudara saya bertanya Sesuai tak kalau dia apply Sebagai guru Saya nak bercakap jujur dari hati Siapa nak apply Boleh ...
Vaksin Pelajar Kpm Perlu Lihat Aspek Bekalan Radzi Jidin

Vaksin Pelajar Kpm Perlu Lihat Aspek Bekalan Radzi Jidin

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 207 hits
Madiha AbdullahKementerian Pendidikan perlu menyelaras dan mengambil kira isu bekalan vaksin apatah lagi ia di bawah kendalian Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID 19 kata Datuk Radzi Jidin Gambar fail KUALA LUMPUR Vaksinasi pelajar me...
Kpm Buka Pengambilan Khas 18702 Guru Gred Dg41

Kpm Buka Pengambilan Khas 18702 Guru Gred Dg41

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 305 hits
KPM buka pengambilan khas 18702 guru gred DG41 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam masa terdekat Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata pengambilan berskala besar itu dilakukan secara one off bertujuan menyelesaikan masalah ke...
Kpm Pandang Sebelah Mata Graduan Ismp Punca Negara Kekurangan Guru

Kpm Pandang Sebelah Mata Graduan Ismp Punca Negara Kekurangan Guru

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 239 hits
Kursus latihan atasi ketidakselarasan graduan pendidikan PADA 20 Jun yang lalu Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan sidang media khas berkenaan pengumuman pengambilan khas guru secara one off Pengambilan ini adalah antara pengam...
Agenda Awani Pengambilan Khas Guru Kpm Secara One Off

Agenda Awani Pengambilan Khas Guru Kpm Secara One Off

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 381 hits
Pengambilan 18 702 guru secara one off bagi mengatasi masalah kekurangan guru apakah kaedah atau pendekatan dalam melaksanakan pengambilan tersebut Temu bual Nazri Kahar bersama Dr Rusmini Ku Ahmad Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia S...
Nespresso Melancarkan Kopi Organik Baharu Reviving Origins Kahawa Ya Congo

Nespresso Melancarkan Kopi Organik Baharu Reviving Origins Kahawa Ya Congo

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 366 hits
Pencinta kopi di Malaysia akan segera dapat menikmati kopi organik baru sambil membantu menghidupkan semula salah satu kawasan pertanian yang paling rapuh di dunia Kopi Reviving Origins KAHAWA ya CONGO dari Nespresso adalah campuran bermusi...
Memang Ada Dengar Dengar Gerakan Khianat Tubuh Kerajaan Baharu Kata Shahrir Samad

Memang Ada Dengar Dengar Gerakan Khianat Tubuh Kerajaan Baharu Kata Shahrir Samad

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 239 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad mengakui wujud gerakan khianat untuk menumbangkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri Memang ada dengar dengar sudah ada gerakan mengumpul Akuan Bersumpah dari Ahli Parlimen untuk t...
Cuci Baju Norma Baharu Bukan Setakat Bersih Tapi Singkirkan 99 9 Virus Covid 19

Cuci Baju Norma Baharu Bukan Setakat Bersih Tapi Singkirkan 99 9 Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 324 hits
Virus COVID 19 masih berlegar dalam komuniti Data Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis pada 1 Mei menunjukkan 80 jumlah kes di Malaysia membabitkan kes sporadik serta menjangkiti paling ramai golongan muda Sebagai wanita yang prihatin kit...
Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain

Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing

Akan Turun Lebih Besar

Selangor Dan Arm Latih 10 000 Jurutera Tempatan Dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Langgar Lari Wanita Pejalan Kaki Maut Bayi Stabil Di Hospital

Opportunity For Improvement Loke Offers Maxim And Indrive Chance To Address Compliance Concerns

Akaso 360 Dilancarkan Era Baharu Penghasilan Kandungan Imersif Bermula

Best Online And Offline Marketing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Edysport Sesalku Chord

The Lantis Feat Musikal Keluarga Cemara Seperti Cemara Chord

2 More Bersatu Members Arrested After Anti Anwar Rally

Is It Worth The Trouble To Train Taxi Drivers

Epf Q1 2025 Investment Income Drops 13 Amid Global Market Uncertainty

Gua Hira Program Ziarah Tambahan Luaran Part 2 Cikbunga Mendaki Gua Hira