Koyak Plastik Camp C8 Folding Bike
Niat untuk mencari sebuah folding bike / basikal lipat ni secara tak sengaja timbul sejak seminggu dua ni. Rasanya senang kalau ada folding bike ni boleh letak dalam kereta atau bawa ke mana-mana. Itu cadangnya.
Pengalaman saya memilik folding bike sebelum ni membuatkan saya lebih sedikit teliti untuk memilih folding bike yang terbaharu ni. Bersesuaian dengan budget yang ingin saya keluarkan. Sifirnya mudah. Nak mencari yang tidaklah begitu mahal tetapi dengan spesifikasi yang memuaskan dan boleh digunakan bukan sekadar untuk kayuhan riadah tapi juga kayuhan touring
Setelah semalaman membelek di laman https://bicyclebuysell.com saya mengambil keputusan untuk mencuba folding bike dari jenama Camp. Dari pemerhatian saya basikal-basikal keluaran jenama Camp ni nampaknya juga digunakan oleh kaki-kaki kayuh samada mountain bike atau pun road bike
Pada awalnya Camp C8 ni bukanlah menjadi pilihan hati saya memandangkan dengan designnya yang agak nampak 'kotak' dan tidak 'solid' pada pandangan saya melalui pemerhatian gambar-gambar di laman sesawang. Namun setelah membuat perbandingan dari segi harga dan juga spesifikasi yang ditawarkan pada model ni saya rasa biarlah saya beralah tentang rupa parasnya yang nampak tidak begitu kacak itu. Hahaha
Saya terus menghubungi Keen To Cycle di Bandar Sunway untuk menanyakan tentang folding bike ni tetapi dimaklumkan bahawa mereka telah kehabisan stok. Memandangkan Keen To Cycle juga mempunyai cawangan di Klang saya cuba menelefon mereka. Kalau ada stok di sana adalah rezeki saya untuk memiliki folding bike ni. Alhamdulillah. Ada rezeki saya bila dimaklumkan mereka ada 'ready stock'
Terus saya bergegas ke Keen To Cycle yang terletak di Meru, Klang. Sampai di sana saya terus meminta untuk mencuba folding bike ini. Mahu merasa 'feel' kayuhan. Beli basikal ni bukan hanya tengok pada spesifakiasi dan cantiknya rupa model basikal tu. Yang penting adalah 'feel' untuk kayuhan tu. Atau dalam bahasa mudahnya rasa sedap atau tak bila kita mengemudi dan mengendalikan basikal tersebut
Ternyata sangkaan saya meleset sama sekali. Walaupun dari pandangan kasarnya model C8 ni nampak agak besar dan berat tetapi bila saya duduk dan mencuba untuk 'pedalling' ternyata cocok sekali. Rasa 'ngam' orang kata. Itulah orang putih kata, 'don't judge a book by it's cover'. Model ini didatangkan dengan spesifikasi seperit berikut:
- ALLOY FRAME- SHIMANO ALTUS 2 x 8 SPEEDS- DISC BRAKE - REAR CARRIER - FR & RR MUDGUARDS
Spesifikasi inilah yang mula-mula membuatkan saya tertarik kepada model Camp C8 ni sebelum saya mencubanya sendiri.
Ditambah dengan harga istimewa yang diberikan memang saya meneruskan niat saya untuk membeli folding bike ini. Untung juga kerana turut diberikan beberapa free gifts oleh Yoon yang daripada awal melayan saya.
Setelah mencuba untuk kayuhan jarak sekitar 15km melalui jalan-jalan yang mendatar dan berbukit saya boleh katakan model Camp C8 adalah folding bike dalam kategori 'medium-range' yang tidak mengecewakan dan berbaloi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://gerektour.blogspot.com/2019/11/camp-c8-folding-bike.html