Kota Bharu Usahawan Kosmetik Bergelar Datin Ditahan Edar Dadah


Satu sindiket pengedaran dadah didalangi wanita bergelar Datin dengan berselindung di sebalik penjualan kosmetik, ditumpaskan pihak polis susulan rampasan dadah bernilai RM2.34 juta.
Ia membabitkan 180,000 biji pil yaba dan 14.9 kilogram (kg) syabu menerusi serbuan membabitkan lima lokasi di tiga daerah iaitu Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Mas sejak kelmarin sehingga semalam.
Menerusi serbuan berkenaan, polis menahan 11 individu berusia 23 hingga 48 tahun masing-masing tujuh lelaki dan empat wanita warga Thailand termasuk usahawan kosmetik bergelar Datin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, sindiket dadah yang dikenali sebagai ‘sindiket Datin’ itu berjaya ditumpaskan susulan risikan dan intipan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan sejak beberapa minggu lalu.
Katanya, pada 4.30 petang kelmarin, pihaknya menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Kota Bharu dan merampas dua botol plastik mengandungi cecair kehitaman disyaki kodein dan 180,000 biji pil kuda.
“Susulan tangkapan itu, polis menahan dua lagi lelaki jam 4 petang semalam dalam sebuah kereta di Kampung Kedai Mulong dan merampas 17 bungkusan mengandungi syabu seberat 14.9 kg.
“Seterusnya, pada hari yang sama polis menahan lapan individu iaitu empat lelaki tempatan dan empat wanita warga Thailand termasuk seorang Datin di tiga daerah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Shafien berkata, siasatan polis mendapati, sindiket berkenaan didalangi seorang wanita warga Thailand bergelar Datin berusia 48 tahun.
“Kejayaan tangkapan ini adalah susulan tangkapan terdahulu dan kita percaya sindiket ini bergerak aktif sejak beberapa bulan lalu. Bekalan dadah terbabit diperoleh dari Thailand untuk pasaran Pantai Timur termasuk Terengganu dan Pahang.
“Selain rampasan dadah, polis turut menyita enam kereta, dua motosikal, barang kemas serta wang tunai bernilai lebih RM300,000.
Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, polis Kelantan turut menumpaskan satu sindiket dikenali sebagai ‘Sindiket Mat Yo’ membabitkan rampasan dadah jenis pil yaba sebanyak 462,000 biji bernilai RM4.62 juta.
Serbuan pada Rabu dan Khamis lalu itu membabitkan penahanan dua lelaki berusia 32 dan 43 tahun di dua lokasi iaitu Kota Bharu dan Tanah Merah.
“Serbuan pertama pada Rabu lalu di sebuah apartmen di Jalan Sri Cemerlang menahan seorang lelaki berusia 32 tahun dan rampas 14 bungkusan mengandungi 84,000 biji pil yaba.
“Serbuan kedua pula menahan seorang lagi lelaki di Tanah Merah dan merampas 10 bungkusan mengandungi 378,000 biji pil yaba. Pil berkenaan disembunyikan dalam tiga tong hitam yang ditanam di kawasan rumah.
“Polis turut menyita kereta, motosikal dan wang tunai bernilai RM65,000 dan suspek direman seminggu,” katanya.
Shafien berkata, jumlah bekalan dadah yang dirampas itu boleh digunakan kepada seramai 300,500 penagih.
sumber : harian metrp
The post Kota Bharu: Usahawan kosmetik bergelar Datin ditahan edar dadah appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/kota-bharu-usahawan-kosmetik-bergelar-datin-ditahan-edar-dadah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tumpas Sindiket Datin Usahawan Kosmetik Dalang Edar Dadah Diberkas

Polis Tumpas Sindiket Datin Usahawan Kosmetik Dalang Edar Dadah Diberkas

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 534 hits
Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang media hari ini KOTA BHARU Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah didalangi seorang usahawan wanita bergelar Datin dengan berselindung di sebalik penjualan k...
Doktor Hospital Kerajaan Antara 6 Ditahan Edar Dadah

Doktor Hospital Kerajaan Antara 6 Ditahan Edar Dadah

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 236 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Polis menahan enam lelaki termasuk seorang doktor hospital kerajaan kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah dalam serbuan di Taman Sri Manja Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhr...
Menyamar Sebagai Bekas Acp Bergelar Datuk Semata Mata Untuk Rentas Negeri Warga Emas Ditahan Polis

Menyamar Sebagai Bekas Acp Bergelar Datuk Semata Mata Untuk Rentas Negeri Warga Emas Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 416 hits
3 423 total views 3 423 views today KUALA LUMPUR 9 Mei Seorang lelaki warga emas ditahan selepas didapati menyamar sebagai bekas pegawai kanan polis berpangkat ACP bergelar Datuk ketika membuat permohonan rentas negeri di Ibu Pejabat Polis ...
Mengidam Dim Sum Di Grand Riverview Hotel Kota Bharu

Mengidam Dim Sum Di Grand Riverview Hotel Kota Bharu

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 616 hits
Baru baru ni sebelum puasa dan Kelantan diistiharkan PKP sekali lagi sempat juga saya bercuti di Kota Bharu Yela nak rentas negeri tak boleh jadi kita bercuti dulu dalam negeri sendiri Memandangkan dah lama tak jamu selera di dan teringin s...
Kes Seorang Lelaki Meraba Seorang Wanita Di Kota Bharu Kelantan

Kes Seorang Lelaki Meraba Seorang Wanita Di Kota Bharu Kelantan

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 401 hits
TERBARU Wanita nyaris dicabul sempat lari selamatkan diriApril 28 2021 Hari tu amoi keno raba punggung Pagi ni awek nyaris kena Berlaku di Taman Limau Manis Kota Bharu Ini video penuh mangsa mula diganggu sehingga berkejaran di tengah jalan...
Kota Bharu Neelofa Tawar Bantu Bayar Kompaun Peniaga Burger

Kota Bharu Neelofa Tawar Bantu Bayar Kompaun Peniaga Burger

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 307 hits
Saya menghargai tawaran Neelofa yang mahu membantu menyelesaikan kompaun RM50 000 yang dikenakan kepada suami kata Norlaili Shafien 37 Bagaimanapun Norlaili berkata buat masa ini dia dan suami berbincang untuk menunggu jumlah kompaun sebena...
Wanita Edar Arak Seludup Ditahan

Wanita Edar Arak Seludup Ditahan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 215 hits
WANITA EDAR ARAK SELUDUP DITAHAN JOHOR BAHRU Pasukan Gerakan Am menahan seorang wanita kerana memiliki 70 karton serta 645 botol arak pelbagai jenama yang tiada cukai kastam di sebuah premis di Taman Desa Jaya di sini semalam Dalam serbuan ...
Peniaga Burger Di Kota Bharu Dikompaun Rm50 000 Kerana Operasi Lebih Waktu

Peniaga Burger Di Kota Bharu Dikompaun Rm50 000 Kerana Operasi Lebih Waktu

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 198 hits
N Faizal GhazaliSeorang peniaga burger yang menjalankan perniagaannya di hadapan rumah melahirkan rasa terkejut apabila dikompaun RM50 000 oleh pihak polis gara gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan Wan Mohd Faisal Wan Kadir 38 berka...
Penerbangan Ak 6440 Dari Kota Bharu Dibatalkan

Penerbangan Ak 6440 Dari Kota Bharu Dibatalkan

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 301 hits
Gambar notis pembatalan penerbangan daripada syarikat AirAsiaPetang Tadi master menerima satu email daripada AirAsia menyatakan mereka membatalkan penerbangan kami menaiki AK 6440 dari Kota Bharu di Kelantan ke Kuala Lumpur Terkejut beruk M...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv