Konvensyen Nasional Ke 3 Amanah Dijangka Panas


RENCANA KHAS

Mohamad sebagai presiden perlu dihormati.PARTI Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan kongres nasional ke tiga yang akan berlangsung di Perak selama dua hari, 14 hingga 16 Disember. Dijangka seramai 1,000 perwakilan daripada 156 kawasan parti itu diseluruh negara akan berhimpun di Ipoh. Ia juga dijangka akan dihadiri 3,000 para pemerhati.

Kongres ini juga boleh dikira istimewa bagi parti itu kerana Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri dijangka hadir dan menyampaikan ucapan. Sementara ucapan tama kongres itu akan disampaikan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Sudah tentu kehadiran Dr Mahathir itu akan memeriahkan kongres berkenaan. Ucapan PM itu akan dinanti-nantikan bukan sahaja oleh ahli Amanah, tetapi orang luar termasuk warga PH seluruhnya, kerana beliau akan berpidato atas sifatnya sebagai Perdana Menteri. Sesuai dengan berucap di upacara rasmi itu, Dr Mahathir akan menyampaikan sesuatu mesej yang boleh diambil perhatian oleh semua pihak. Jika tidak silap kehadiran Dr Mahathir selaku pengerusi PH dan menyampaikan ucapan di kongres seperti itu pertama kali.

Apakah tema atau intipati ucapan Dr Mahathir nanti? Apakah ia akan tertumpu khas kepada masa depan parti komponen PH yang termuda, Amanah dan Bersatu. Kedua parti ini adalah parti paling muda dalam PH berbanding dengan dua kerabatnya yang lain, PKR dan DAP. Sebagai parti baharu tentu ia berhadapan dengan berbagai masalah dan kekurangan.
Dr Mahathir MohamadBoleh diperhatikan, apabila ahli parlimennya diangkat menjadi anggota kabinet tampak akan kelemahannya kerana kurang berpengalaman, maka kecacatan itu memberi impak kepada parti.

Kedua-dua parti ini boleh dianggap sama gagah jika diukur dari sudut pencapaian dalam Piraum (pilihan raya) lalu. Amanah menang 11 kerusi daripada 27 kerusi parlimen yang ditandingi. Manakala Bersatu pula mendapat 13 kerusi daripada 52 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Begitu juga dari segi pencapaian lain juga hampir sama. Bahkan Bersatu mempunyai tiga MB Mukhriz Mahathir di Kedah, Ahmad Faizal Azumu di Perak dan Osman Sapian Johor. Manakala Amanah hanya mempunyai seorang Ketua Menteri, Adly Zahri di Melaka. Dua speaker, Suhaizan Kayat di Johor dan Zulkifli Omar di Negeri Sembilan.

Berdasarkan itu kedua-dua parti itu boleh dianggap lemah dan perlu melakukan sesuatu memperbesarkan pengaruh dan membina kekuatan. Pilihan raya ke 15 kelak nanti tentu kedua parti ini akan jadi makin tercabar, dihimpit dan dinaungi oleh rakan mereka PKR dan DAP. Pilihan raya ke 15 nanti menjadi lebih penting daripada pilihan raya ke 14? Jika mereka tidak menambah kekuatan mungkin jumlah kerusi untuk mereka tandingi dikurangkan.

Kebetulan dari segi “geografi politik” juga kedua parti ini lebih menguasai dan tertumpu kepada kawasan luar bandar. Pengaruh mereka akan menebal di kawasan-kawasan luar bandar. Ini cabarannya. Bersatu dianggap sebagai alternatif kepada Umno menjadi wadah baharu untuk menyatupadukan Melayu serta membina kerajaan Malaysia baharu sebagai mengganti kerajaan Umno yang sudah roboh.

Ideologinya juga sama, nasionalis. Sementara Amanah pula, sebagai alternatif kepada Pas, yang menerima pakai, (mengambil agama Islam) sebagai ideologi. Ideologi politik Amanah berasaskan agama sama dengan Pas, bezanya Amanah cuba memprakitikkan Islam lebih menyeluruh, Rahmatanlilalamin berbanding dengan Pas yang masih menerima pakai aliran konservatif yang sempit dan rigid.

Memahami hakikat itu apakah dalam ucapan Dr Mahathir nanti beliau menyinggung masalah dan satu formula bersama akan dicari? Suatu mekanisme baharu perlu difikirkan oleh Amanah yang mana secara tidak langsung perlu juga diberi perhatian oleh Bersatu, sebab masalah atau hambatan dialami mereka hampir sama. 
Dalam persiapan menghadapi pilihan raya empat tahun akan datang, yang pastinya Amanah harus melakukan sesuatu untuk memastikan parti itu dapat mengambil alih tugas dan tanggungjawab Pas. Secara tidak langsung pula Amanah diharapkan untuk meruntuhkan pengaruh Pas dalam membina kekuatan PH.

Tugas dan tanggungjawab terbesar Amanah ialah memastikan Kelantan, Terengganu dan Pahang jatuh kepada PH. Nah begitu juga tugas dan tanggungjawab Bersatu. Tanggungjawab ini tidak terletak sangat kepada PKR dan DAP, kerana ketiga-tiga negeri itu dominasinya adalah Melayu.

Justeru tugas dan tanggungjawab Amanah besar dan mencabar bagi meruntuh monopoli Pas. Begitu juga dengan Bersatu parti itu perlu meruntuhkan monopoli atau dominasi Umno di luar bandar dan di kalangan orang Melayu. Kerana itu dikatakan tugas Bersatu sama berat dengan tugas Amanah. Dari sudut inilah munasabah kalau dicadangkan keduanya bergabung di antara satu sama lain.

Jika himpunan kesyukuran kerana ICERD tidak diratifikasikan yang berlangsung 8 Disember lalu sebagai gambaran kekuatan Melayu di bawah Umno dan Pas, maka jelas ia memberi cabaran kepada Bersatu dan Amanah. Ratusan ribu umat Melayu yang memenuhi sekitar Dataran Merdeka itu, adalah cabaran kepada Bersatu dan Amanah. Ia tidak boleh dipandang remeh, sebab himpunan ICERD itu memberi kesan khususnya kepada Amanah dan Bersatu

Himpunan itu memberi indikator kedua parti itu perlu berbuat sesuatu yang lebih jelas dan praktikal. Dalam hal ini mungkin kedua parti itu memerlukan kerjasama untuk memastikan pengaruh agama Pas dan pengaruh Melayu Umno runtuh atau “merenggeh”. Apakah satu perbincangan dan pertimbangan boleh dibuat kalau parti itu digabungkan? Apakah itu yang akan disinggung Dr Mahathir kelak?

Banyak laba kalau kedua parti ini digabungkan. Kos operasi dapat dikurangkan. Kepakaran pula boleh digembelengkan. Lagi pun ada apa-apa pertentangan di antara keduanya khususnya dari segi ideologi. Penggabungan kedua parti ini juga boleh atau persediaan untuk berhadapan dengan gabungan Pas dan Umno sudah sudah pasti akan diratifikasikan.

Lagi pun parti Melayu tidak perlu berbilang-bilang (banyak) kerana ia merugikan kepada bangsa itu sendiri. Cukup Melayu yang liberal berada dalam PKR, Melayu yang beraliran sosialis dalam DAP. Manakala Melayu moden (Islam) berada dalam gabungan Amanah dan Bersatu. Melayu yang ortodok konservatif dan fanatik berada dalam gabungan Umno dengan Pas.


Harap pemimpin bersediaBerbalik kepada tema tulisan ini, konvensyen nasional Amanah di Perak nanti tentu hangat; ia dikira menjadi panas apabila ahli diberikan ruang untuk memberi pandangan dan menegur kepada para pemimpinnya, khasnya yang menjadi anggota kabinet. Rasa geram sesetengah ahli Amanah ini terserlah apabila dilihat banyak kritikan dalam media sosial.

Apa lagi green light ini diberi sendiri oleh Setiausaha Agungnya Mohd Anuar Tahir, (foto) yang mengatakan konvensyen terbuka untuk mengkritik pemimpin sekiranya ada isu berbangkit.

Dan beliau juga berharap pemimpin yang dikritik bersikap terbuka dengan kritikan demi kebaikan dan perkemaskan parti. Isyarat oleh Anuar itu tentunya akan diambil kesempatan oleh ahli khasnya yang sudah berbulan sebak dengan kerenah pemimpin terutamanya yang menjadi menteri.

Sejak enam bulan lepas berbagai sunggutan, kritikan dan keluhan kedengaran dari kalangan ahli bawahan parti itu kepada pemimpinnya bertaraf menteri dan timbalan menteri. Mereka tidak senang dengan tindak tanduk para menteri mereka yang dikatakan mengecewakan mereka. Kekecewaan mereka bukan sahaja kelembaban menteri dalam membuat tindakan seperti mengisi jawatan tertentu di agensi kerajaan, tetapi perubahan sikap dan keprihatinan mereka kepada orang bawahan sejak menjadi menteri juga sudah berubah.

Sejak mereka mengangkat sumpah menjadi menteri, ada yang sudah berubah gaya hidup, tidak semudah dahulu untuk ditemui dan memberi berbagai alasan untuk tidak mudah menemui ahli bawahan. Apa yang berlaku kontras dengan apa yang mereka fikirkan sebelum ini, yang menganggap pintu menteri kerajaan “Rahmatanlilalamin” senantiasa terbuka luas tetapi yang berlaku sebaliknya.

Kawalan ketat sesetengah pegawai menteri terhadap menteri menjadi kawat duri menimbulkan isu dan ini menyebabkan sempadan menteri dengan ahli bawahan jauh. Mereka berasakan pemimpin mereka bukan lagi rakan sejihad tetapi rakan yang menjaga kepentingan diri dan segelintir yang lain.

Demikian juga dengan sikap menteri yang mempamerkan kecerdikan dan enggan mendengar pandangan dan nasihat daripada bawah. Sikap bekerja secara "vetoship" ini tanpa berbincang termasuk dengan parti adalah bahaya. Sebagai menteri mewakili parti maka seharus sesuatu dasar dan polisi yang hendak dilaksanakan dibawa ke dalam perbincangan parti baharula agenda parti dapat dilaksanakan

Sudah pasti perkara-perkara itu akan ditimbulkan dalam konvensyen itu nanti. Para perwakilan yang sudah sedia menanti untuk berterus terang dengan para pemimpin yang jadi menteri, akan menggunakan platform itu sepenuhnya. Apa lagi konvensyen setahun sekali itu adalah sebaik-baik untuk semua pihak melakukan kritikan dan muhasabah.

Maka ketika itu nanti diharap para menteri, dan timbalan menteri dapat mengawal perasaan. Mereka harus menerima apa sahaja yang kritikan ditala kepada mereka secara penuh tawaduk dan rendah diri. Percayalah kritikan yang dilempar nanti bukan benci tetapi kerana kasih dan sayang dan demi masa depan parti juga.

Penghinaan kepada Presiden.
Ada kebenarannya kalau segala macam kesalahan dan kelemahan para pemimpin itu diperkatakan. Dan kerana kelemahan dalam menganyamkan kemenangan itu juga ia akan memberi kesan negatif kepada Amanah sendiri. Jadi bak kata orang sebelum sesuatu itu rosak lebih teruk lebih baik sama-sama membaikinya.

Sebagai contoh satu kecacatan menimpa Amanah apa yang berlaku di majlis makan malam PH, di PICC dua tiga malam lepas, dimana lelongan gambar pemimpin untuk cari dana, gambar Presiden Amanah Mohamad Sabu dibidai hanya RM10,000 berbanding dengan pemimpin utama PH lain, ia sesuatu yang memalukan. Kita tahu pembidaian gambar pemimpin lain terdiri dari taukeh dan ahli perniagaan. Soalnya kenapa mereka tidak berani untuk membidai potret presiden Amanah setanding dengan potret pemimpin lain?

Ertinya mereka tidak mencongkak yang presiden atau pemimpin Amanah boleh pergi jauh justeru mereka tidak sedia membidai mahal potret Mohamad Sabu dan persepsi ini mengecewakan Amanah.

Seharusnya ahli dan pemimpin Amanah lain yang ikut sama hadir pada majlis makan malam itu tidak membiarkan nilai gambar Mohamad Sabu hanya RM10,000 sahaja. Ia sepatutnya ada yang tukang “tampu”, sekurang-kurang bidaian itu mencecah RM50,000 ke atas.

Mohamad sebagai pemimpin yang humble dan tidak pernah terfikir pun yang gambarnya dibeli semahal itu, (RM10k), beliau tidak kisah. Tetapi dalam dunia politik hal itu harus diperkirakan. Bagi Amanah dan seluruh ahlinya, seharusnya merasa malu dan terhina apabila potret presiden mereka  bernilai hanya RM10,000. 
Nilaian paling rendah itu ini bermakna nilai parti Amanah juga hanya RM10,000 sahaja berbanding parti lain yang nilainya dari RM100,000 hingga RM350,000.[wm.kl.12:49 pm 11/12/18]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2018/12/konvensyen-nasional-ke-3-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Terengganu Di Konvensyen Nasional Mereka

Amanah Terengganu Di Konvensyen Nasional Mereka

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 259 hits
Perwakilan AMANAH Terengganu Hasbie Muda menyeru agar kepemimpinan di peringkat nasional mencari pendekatan berkesan dalam meraih sokongan rakyat di negeri itu Beliau berharap pemimpin di peringkat nasional dapat merangka mekanisme yang ter...
Konvensyen 2018 Amanah Fokus Mantapkan Parti

Konvensyen 2018 Amanah Fokus Mantapkan Parti

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 200 hits
MALAYSIAKINI Usaha pengukuhan dan penambahbaikan parti antara fokus utama Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2018 yang akan berlangsung dari 14 hingga 16 Dis ini Setiausaha Agungnya Mohd Anuar Mohd Tahir berkata konvensyen nasional kal...
Seperti Dijangka Semua Isu Termasuk Th Berakhir Dengan Jual Aset

Seperti Dijangka Semua Isu Termasuk Th Berakhir Dengan Jual Aset

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 297 hits
Ya betul jual aset lagi hanya itu kepakaran menteri PHSeperti dijangka cara untuk selesaikan defisit RM4 1 bilion Tabung Haji yang didakwa oleh kerajaan PH terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut turut ialah dengan menjual aset Defisi...
Najib Arul Kanda Dijangka Didakwa Rabu

Najib Arul Kanda Dijangka Didakwa Rabu

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 290 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan bekas presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy dijangka dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Rabu ini atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dalam pindaan laporan audit 1MDB Sumber Malaysi...
Huawei Malaysia Dijangka Membawa Masuk Siri Mate 20 Dengan 8gb Ram Tidak Lama Lagi

Huawei Malaysia Dijangka Membawa Masuk Siri Mate 20 Dengan 8gb Ram Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 307 hits
Huawei Malaysia hari ini telah menghantar gambar acah mengatakan akan membawa masuk siri Mate 20 yang lebih besar dan pantas untuk pasaran tempatan Pengeluar peranti terkemuka tersebut turut mengatakan yang mana kelak mereka akan menawarkan...
Bekas Km Melaka Dijangka Keluar Umno Esok

Bekas Km Melaka Dijangka Keluar Umno Esok

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 371 hits
Seorang bekas Ketua Menteri Melaka dijangka membuat pengumuman khas untuk keluar daripada Umno esok pada suatu majlis di Ayer Keroh lapor media tempatan Menurut Berita Harian pemimpin berkenaan digelar Bapa Pembangunan Melaka itu Istilah it...
Najib Dijangka Ditahan Sprm

Najib Dijangka Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 408 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di sini pagi tadi Sumber berkata Najib ditahan bagi membantu siasatan ber...
Hasanah Pendakwa Raya Serah 46 Dokumen Kes Pecah Amanah Wang Kerajaan Rm50 4 Juta

Hasanah Pendakwa Raya Serah 46 Dokumen Kes Pecah Amanah Wang Kerajaan Rm50 4 Juta

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 281 hits
Najib Razak menafikan memberi arahan Hasanah menulis surat kepada CIA bagi menyokong BN Hasanah tidak didakwa kes surat CIA sebaliknya didakwa salahguna dana PRU14 Foto Sinar Harian KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan sudah menyerahkan kepada pem...
Ketua Pkr Sabah Dijangka Diputuskan Pada 11 Dis Rileksmedia

Ketua Pkr Sabah Dijangka Diputuskan Pada 11 Dis Rileksmedia

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 340 hits
KOTA KINABALU PKR dijangka membuat keputusan tentang siapakah yang akan menerajui parti itu di Sabah seawal awalnya Selasa ini kata presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt