Kontroversi Penggunaan Istilah Militan


Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Inilah kesan produk pendidikan vernakular ultra kiasu
SUDAH sampai masanya penerbit dan pembaca berita diambil sama dalam kalangan Cina muslim.
Penggunaan istilah militan kepada umat Islam Palestin, langsung tidak boleh diterima, sekalipun amaran telah diberikan. Tatkala umat Islam Palestin sedangkan bergelut mempertahankan hak dan tanah air sendiri daripada Yahudi Zionis laknatullah.
Jika media asing yang melaporkan masih boleh diterima, tetapi ini media Malaysia. Hidup dalam negara Islam, persekitaran Melayu Islam, tetapi tidak pernah cuba untuk faham budaya dan cara hidup bangsa majoriti.
Jenis rakyat apakah yang sedang kita bina meskipun telah merdeka lebih 60 tahun? Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung.
Penggunaan istilah militan oleh media ultra kiasu, terhadap umat Islam Palestin menentang keganasan Yahudi Zionis bukan pertama kali dibuat, banyak kali, kita sahaja tidak perasan.
Teramat menyedihkan apabila ia keluar dalam siaran RTM, iaitu media kerajaan, melalui berita dalam bahasa Mandarin. Akhbar ultra kiasu yang bernama ‘bintang’, usahalah cerita. Memang di situlah lubuk ultra kiasu. Sejak dahulu tidak pernah mesra Islam. Kita terus biarkan.
Berbalik kepada berita Mandarin RTM2. Dahulu, berita berita ini disiarkan pada jam 6.00 petang.
Kini tidak lagi. Sebelum zaman Pakatan Harapan (PH) memerintah, siaran berita Mandarin mendapat waktu perdana, waktu puncak, jam 8.00 di RTM2. Ketika itu, saya antara yang membantah. Tetapi tidak dipedulikan.
Salah siapa?
Jangan kata salah saya lagi. Saya mahu kita membina negara bangsa berpaksikan sejarah dan Perlembagaan. Itu sahaja. Saya menjadi begini, kerana kita tidak membina negara bangsa, untuk mencapai perpaduan. Tetapi kita asyik berpolitik, hanya kerana terlalu kemarukkan undi.
Dengan mengubah kepada waktu perdana, kita harapkan orang Cina akan mengundi kerajaan yang memerintah (dahulu BN, PH, sekarang PN). Tetapi keadaan itu tidak berlaku sama sekali.
Kita sanggup korbankan prinsip, kerana tujuan politik. Akibatnya, bahasa asing mendapat tempat pada waktu perdana.
Persoalannya, siapakah yang akan menonton berita dalam bahasa kebangsaan, apabila pilihan bahasa diberikan kepada mereka?
Pergi buat kajian, berapa ramai orang Cina, menonton atau mendengar berita atau siaran dalam bahasa Melayu. Boleh dikatakan hampir tiada, kecuali Cina Kelantan dan Terengganu, itupun mungkin.
Perkara ini tidak berlaku di negara lain, kerana negara lain tidak akan bertolak ansur sebarang usaha untuk mengkesampingkan agenda negara atau bahasa negara.
Pergilah buat perbandingan di Thailand, Indonesia dan negara-negara lain di dunia. Mana ada bahasa asing mendapat  menggantikan bahasa kebangsaan mereka. Tetapi tidak di negara kita. Habis semua jadi carca merba. Hanya kerana undi, bukan soal perpaduan.
Jika soal perpaduan yang difikirkan, sudah tentu bahasa kebangsaan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia. Tetapi keadaan itu tidak berlaku. Tahap atau standard bahasa kebangsaan kita masih lagi, seperti bulung-bulung di angkase…
Akhirnya, terkeluarlah istilah militan. Banyak lagi istilah lain, yang tidak digunakan dengan betul sehingga merosakkan imej agama Islam, menimbulkan kemarahan umat Islam.
Hanya kerana kita tidak tahu bahasa Mandarin, ia senyap. Sesekali terserempak, baharu bising. Persoalannya, kenapa tidak pemantauan dibuat sentiasa? Sedangkan kita tahu, kesan atau produk pendidikan vernakular ini? Kita terlalu bersangka baik. Orang lain bagaimana?
Cuba bayangkan apa istilah yang digunakan oleh guru-guru mereka di SJKC dan sekolah persendirian saban hari terhadap murid-murid mereka? Ada sesiapa yang membuat pemantauan?
Justeru, insiden sebegini tidak boleh dibiarkan senyap begitu sahaja meskipun tindakan atau amaran telah diberikan. Pemantauan dan tindakan mesti dilakukan sentiasa.
Pertama, tempatkan  Cina muslim atau Cina (bukan Islam) yang mesra Islam di RTM, TV7, TV8 dan media ultra kiasu ini. Mereka mesti selalu dirujuk, terutama perkara berkaitan dengan Islam. Begitu juga dengan siaran media bahasa Tamil dan bahasa Inggeris.
Kedua, cukuplah kebebasan tanpa had yang diberikan kepada media berasaskan bangsa ini beroperasi tanpa kawalan.
Jika dahulu, tepat jam 8.00 malam sahaja, semua siaran, tidak kira radio atau TV apa, akan menyiarkan berita dalam bahasa kebangsaan. Tetapi kini, tidak lagi. Setiap stesen bebas untuk menyiarkan berita mereka sendiri.
Kembalikan semula, siaran berita waktu puncak ini merentasi semua media yang ada. Pastikan, setiap stesen bahasa bukan Melayu ini, bersiaran secara dwi bahasa. Misalnya, bahasa Cina – bahasa Melayu, bahasa Tamil – bahasa Melayu, bahasa Inggeris – bahasa Melayu.
Nampak macam kelakar, tetapi ini bukan kelakar. Tetapi, sepatutnya dilakukan.
Ketiga, mengambil contoh media di Thailand, ianya mesti ‘disiamkan’ terlebih dahulu sebelum ditayangkan.  Seronok tengok cerita Hindustan di Thailand, alih bahasa dalam bahasa Siam. Nasib baik, lagu-lagu Hindi itu tidak ‘disiamkan’. Jika ‘disiamkan’ pasti menarik untuk ditonton, melihat memek mulut bagaimana Shah Rukh Khan dan Salman Khan menyanyikan lagi Hindi versi Siam.
Begitulah proses ‘penyiaman’ oleh sebuah bangsa majoriti yang mahu memastikan bangsa dan bahasa (termasuk agamanya) gah dalam negara sendiri. Kita bagaimana?
Begitu juga produk-produk luar negara yang masuk ke Thailand, akan ‘disiamkan’ sebelum dipasarkan.
Kita bagaimana? Tidak pernah untuk lakukannya, atas dasar kebebasan tanpa had. Masuklah produk luar dalam bentuk bagaimanapun, itulah juga yang akan keluar dan dipasarkan.
Ada atau tidak percubaan untuk ‘menjawikan’ produk tersebut. Langsung tidak pernah terfikirkan? Eloklah kita belajar daripada Thailand, bagaimana membina negara bangsa.
Sebab itulah, kenapa Cina Thailand, tidak pernah mahu mengaku dia Cina lagi, melainkan mereka adalah orang Siam (Thai).
Benar, kenapa kita mahu menjadi Thailand atau menjadikan Thailand sebagai contoh. Begitu juga Indonesia, Filipina dan lain-lain.
Baiklah, jika bukan Thailand, Indonesia, Filipina dan lain-lain sebagai contoh. Kita nak ikut negara mana lagi. Amerika? Canada? Britain? Cuba bandingkan. Sama sahaja. Siapa pun bangsa majoriti, bangsa, bahasa dan agama bangsa  itulah yang mengakar. Pergi buat kajian.
Hujah apa lagi? Oh, ini Malaysia, Malaysia lain. Kita lain daripada yang lain. Kita mengamalkan unity in diversity. Kita bukan Thailand, bukan Indonesia, bukan Amerika, bukan Arab dan macam-macam bukan lagi. Kita adalah kita. Malaysia dengan keunikan tersendiri. Malaysia truly Asia. Inilah hujah yang digunakan oleh ultra kiasu untuk kaburi kita.
Kita pun terpedaya. Kita pun termakan dengan kata-kata mereka, atas dasar jika kita benarkan, maka mereka yang memberikan undi kepada parti yang memerintah. Akhirnya, apa jua perkara, semuanya beroperasi mengikut garis bangsa.
Parti ikut bangsa, media ikut bangsa, radio ikut bangsa, tv ikut bangsa, sekolah ikut bangsa, universiti ikut bangsa, semua ikut bangsa. Inilah keunikan Malaysia yang kita banggakan, unity in diversity atau Malaysia truly Asia.
Maaf cakap, kita sedang membina kehancuran, bukan membina kegemilangan sebuah negara bangsa. Bahangnya sudah terasa. Ia mula membakar. Tunggulah hari pembakaran itu. Pasti ianya akan terjadi. Semua itu dengan izin Allah belaka.
Pesanan akhir saya, dalam membina negara bangsa, proses sosialisasi politik memainkan peranan yang sangat penting. Agen-agen sosialisasi adalah sejarah, keluarga, pendidikan, media, NGO dan parti politik. Bayangkan jika semua berasaskan bangsa. Cina cara Cina. India cara India. Apakah yang akan terjadi? Melayu dan Bumiputera bagaimana?
Sendiri mahu ingat, sendiri mahu fikir. Gua sudah letih mengingatkan sehingga dilabelkan lebih Melayu daripada Melayu. Apa yang gua dapat? Melainkan hanya mahu melihat masa depan Malaysia yang lebih gemilang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/kontroversi-penggunaan-istilah-militan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Rtm The Star Pula Guna Istilah Militan Pada Hamas

Selepas Rtm The Star Pula Guna Istilah Militan Pada Hamas

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 265 hits
Adakah sengaja butakan diri dari ambil tahu sejarah penjajahan oleh Zionis BANGI Selepas Berita Mandarin TV2 Jabatan Penyiaran Malaysia akhbar berbahasa Inggeris The Star pula menyiarkan laporan berita yang menggelar Pergerakan Perjuangan I...
Label Militan Bukan Provokasi Rambang Tapi Normalisasi Rosakkan Negara

Label Militan Bukan Provokasi Rambang Tapi Normalisasi Rosakkan Negara

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 329 hits
Tindakan The Star menyiarkan laporan berita yang menggelar Pergerakan Perjuangan Islam Palestin sebagai militan dianggap provokasi yang memang ditunggu tunggu Ini kerana isu militan baru sahaja menjadi isu nasional selepas Berita Mandarin T...
Sentil Erick Thohir Luhut Minta Audit Penggunaan Produk Dalam Negeri Di Badan Usaha

Sentil Erick Thohir Luhut Minta Audit Penggunaan Produk Dalam Negeri Di Badan Usaha

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 253 hits
Luhut meminta lembaga auditor negara memeriksa mana saja lembaga yang tidak menerapkan TKDN Jika ketahuan pejabatnya diberi sanksi hingga dicopot
Isu Hamas Lepas Radikal Kerajaan Teliti Perkataan Militan Pula

Isu Hamas Lepas Radikal Kerajaan Teliti Perkataan Militan Pula

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 312 hits
MALAYSIAKINI Kerajaan sedang meneliti penggunaan kata untuk merujuk pejuang Palestin oleh The Star Seorang pengguna Twitter telah mengadu tentang penggunaan kata tersebut mendorong Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah mengat...
Label Militan Media Vernakular Milik Kerajaan Sudah Tunjuk Taring

Label Militan Media Vernakular Milik Kerajaan Sudah Tunjuk Taring

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 336 hits
Hati rakyat terguris dengan tindakan pihak Radio Televisyen Malaysia menggunakan istilah militan sebagai merujuk kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin Terdahulu berita Mandarin yang disiarkan RTM semalam menyatakan Kumpulan militan Ha...
Militan Serangan Kilang Minyak Irak

Militan Serangan Kilang Minyak Irak

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 149 hits
Militan Serangan Kilang Minyak Irak Sumur minyak di dalam kawasan kilang minyak Bai Hassan itu terbakar akibat diserang oleh militan di dekat Kota Kirkuk di Irak utara
Wajarkah Pejuang Palestin Digelar Sebagai Militan

Wajarkah Pejuang Palestin Digelar Sebagai Militan

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 232 hits
Oleh Media Mulia PETALING JAYA Gerakan Boikot Penjualan dan Sekatan produk Israel cawangan Malaysia mencadangkan agar RTM menggunakan istilah pejuang untuk gerakan Hamas dan bukannya militan atau pengganas Penentangan bersenjata terhadap pe...
Penggunaan Katil Icu Di Pulau Pinang Capai 100 Peratus

Penggunaan Katil Icu Di Pulau Pinang Capai 100 Peratus

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 328 hits
Semua katil ICU penuh lebih 1 000 kes aktif di Pulau PinangFMT Reporters May 11 2021 10 43 PMGEORGE TOWN Penduduk Pulau Pinang digesa lebih berwaspada kerana kadar penggunaan katil unit rawatan rapi kini mencecah 100 dan kes aktif Covid 19 ...
Selamatkah Penggunaan Pinggan Mangkuk Ayan

Selamatkah Penggunaan Pinggan Mangkuk Ayan

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 536 hits
Assalamualaikum Hi Semua Sejak grup grup mendeko kembali popular baru baru ni Nadhie perasan ramai betul yang minat dengan pinggan mangkuk jenis ayan ni Atau selain itu ia juga dipanggil sebagai enamelware Nadhie pun terjebak sama Hampir je...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt