Kontroversi Lagu Versi Cover Aisyah Istri Rosulullah



Kontroversi Lagu Versi Cover AISYAH Istri Rosulullah
Aku tengah kemaruk dengar lagu cover Aisyah Istri Rasulullah ni lepas dengar Dato Siti Nurhaliza cover lagu ni dalam aplikasi Smule. Sampailah aku buka di Youtube Dato Siti ada kenyataan dari penulis asal lirik lagu cover (nyanyian semula) Aisyah.

Mula-mula macam pelik apa masalah sampai orang bergaduh dan jadi kontroversi di peringkat antarabangsa. Wow sangat. Oleh sebab nak tahu cerita sebenar jadi aku pon jadi netizen yang ambil berat hal ehwal semasa. Ok joke.

Cerita sebenarnya, lagu Cover Aisyah Istri Rasulullah tiba-tiba viral dalam dua minggu lepas di Internet padahal lagu cover ni telah lama dibuat pada tahun 2017 oleh Hasbi Haji Muh Ali (Mr Bie) yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan, Tawau. Dah lama baru nak meletop dah kenapa?

Mr Bie buat parodi lagu Aisyah yang dinyanyikan oleh penyanyi asal (Projector Band, lagu ciptaan Angah Razif), jadi dia tukar lirik dan tajuk jadi Aisyah RA. Lirik berkaitan isteri Nabi, Aisyah dan kisah percintaan Nabi. Kemudian, di Indonesia pula lagu parodi Aisyah RA mendapat sambutan dan mereka pula ubah tajuk lagu kepada Aisyah Istri Rasulullah.



Lagu asal dinyanyikan oleh Projector Band, kemudian Lagu Aisyah diparodikan oleh Mr Bie (Tajuk: Aisyah RA) diparodikan di Indonesia (Tajuk: Aisyah Istri Rasulullah)
Boleh baca temuramah Wartawan hmetro dekat bawah ni.

PENULIS lirik lagu nyanyian semula atau versi ‘cover’, Ustaz Hasbi Muh Ali tidak menjangka lagu itu tular sepanjang tempoh dua minggu ini.

Hasbi, 34, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalabakan, Tawau, Sabah berkata, parodi itu sudah dirakam sejak 2017 lalu beberapa bulan selepas penyanyi asal, Projector Band melancarkan lagu itu.

“Lagu asal ialah Aisyah, tapi saya ubah lirik dan tajuk kepada Aisyah RA. Namun, apabila versi parodi ini mula dinyanyikan semula di Indonesia mereka tukar kepada Aisyah Isteri Rasulullah.

“Tidak menjangka pula lagu ini tular sepanjang dua minggu lepas selepas dinyanyikan sensasi YouTube, MS Muallimah. Malah, 10 lagu dalam carta trending adalah versi nyanyian semula lagu ini.
“Begitu juga selepas dinyanyikan Nissa Sabyan terus menlonjak ke kedudukan nombor satu. Kemudian, beberapa penyanyi tempatan mulai menyanyikan lagu ini, termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hasbi, walaupun lirik lagu parodi itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan ulama di Indonesia, dirinya tetap bersyukur apabila turut menarik minat orang bukan Islam di sana.

“Isu timbul apabila lirik diterjemahkan ke bahasa Indonesia. Jadi, wujud kekeliruan di situ. Hanya satu pihak saja yang berasakan ia kurang sesuai, selebihnya okay. Malah, Ustaz Abdul Somad juga memberikan komen mengatakan lirik dan bahasa lebih dekat dengan anak muda zaman sekarang.

“Kebanyakan yang menyanyikan semula lagu ini di sana adalah orang bukan Islam. Mereka DM saya minta izin kerana tertarik dengan lirik. Dari situ mereka dapat kenal Rasulullah.

“Pada awal menghasilkan lirik ini, saya merujuk pada sembilan hadis Nabi yang menceritakan sifat Aisyah, perilaku Aisyah terhadap Rasulullah, sikap romantis Rasulullah dan banyak lagi. Dalam masa sama, saya juga bertanya kepada beberapa penulis lirik lagu nasyid,” katanya.

Hasbi yang menggunakan nama Mr Bie di YouTube mula berkecimpung dalam dunia nyanyian semula lagu pada 2010. Dia pernah tular menerusi lagu Ombak Rindu, Sayang (Shae) dan banyak lagi.

Lirik Lagu Parodi Aisyah Istri Rasulullah
Ha lagu ni pun jadi kontroversi bila ada Ulama di Indonesia beri pendapat lirik asal agak kurang sopan. Jadi ada dua versi lirik, versi asal dan versi lebih sopan dan beradap. Yelah, kita bukan menyanyi dan bercerita tentang orang biasa. Isteri Nabi kesayangan Umat Islam. Semua kena jaga dan versi sopan lebih sedap di dengar. Masing-masing ada pendapat

Lirik Asal lagu Parodi AISYAH Istri Rosulullah


--- AISYAH ---

Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merah dipipimu
Dia Aisyah putri Abu Bakar
Istri Rasulullah

Sungguh sweet Nabi mencintamu
Hingga Nabi minum di bekas bibirmu
Bila marah, Nabi kan bermanja
Mencubit hidungnya

Aisyah…
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga ujung nyawa
Kau disamping Rasulullah…

Aisyah…
Sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau istri tercinta Ya Aisyah Humairah…
Rasul sayang, kasih, Rasul cintamu

Mulia indah cantik berseri
Kulit putih bersih merah dipipimu
Dia Aisyah putri Abu Bakar
Istri Rasullallah

Sungguh sweet Nabi mencintamu
Bila lelah Nabi baring di jilbabmu
Seketika kau pula bermanja
Mengikat rambutnya

Aisyah…
Romantisnya cintamu dengan Nabi
Dengan baginda kau pernah main lari-lari
Selalu bersama hingga ujung nyawa
Kau disamping Rasulullah…

Aisyah…
Sungguh manis oh sirah kasih cintamu
Bukan persis novel mula benci jadi rindu
Kau istri tercinta Ya aisyah Humairah…
Rasul sayang, kasih, Rasul cintamu


Lirik AISYAH Istri Rosulullah Cover Versi Sopan / Adab  oleh FaizAlhabib

Mulia indah sejuk berseri..
Cerdas pandai lembut penuh kasih sayang
Beliau Aisyah, putri Abu Bakar
Istri Rasulullah..

Sungguh besar Nabi mencintamu
Hingga Nabi minum di bekas gelasmu
Bila marah.. Nabi kan bermanja
Menghibur hatimu

Aisyah.. Ketulusan cintamu pada Nabi
Dengan Baginda kau selalu tulus berbakti
Selalu bersama.. hingga ujung nyawa
Kau disamping Rasulullah..

Aisyah.. sungguh manis
Oh sirah kasih cintamu..
Jauh dari kisah novel yang sekedar syahdu
Kau istri baginda
Ya Aisyah Humairah
Rasul sayang, kasih Rasul cintamu..

Takkan cukup gambarkan kemuliaanmu
Sosok wanita teladan hingga nanti
Beliau Aisyah, Istri kesayangan
Bagi Rasulullah..

Sungguh sangat besar pengabdianmu
Tiada lelah menemani syiar Nabi
Banyak hadist tlah kau riwayatkan jadi tuntunan kami

Menurut Faiz Alhabib, dia buat gubahan lirik versi ini kami buat bukan untuk "tandingan" dari versi yang ada. Namun atas dasar himbauan dari beberapa Ulama di Indonesia, salah satu nya yaitu Buya Yahya. yang menganggab lagu ini bagus, namun penggunaan kalimat nya kurang adab terhadab sayyidah 'Aisyah, kata kata fisik yang terasa kurang sopan untuk mengungkapkan sosok ibunda umat islam dan Istri Nabi Muhammad SAW. 
Maka dengan Versi ini kami mencoba membuat kalimat kalimat yang berbeda dengan harapan semoga Versi ini bisa diterima masyarakat sebagai pembelajaran tentang adab berbahasa terhadap Junjungan kita Nabi dan keluarga Nabi.
 
Penyanyi Mana Nyanyi Lagi Sedap?
Ramai sungguh artis nyanyi lagu ni dan semestinya aku ada penyanyi favourite aku. Kalau ikut selera telinga aku macam dekat bawah ni.

1 Khai Bahar dia nyanyi paling sedap di telinga aku, then dia nyanyi guna lirik yang sopan tu. Perghh menusuk sangat. 

2 Penyanyi kesukaan aku sejak dulu lagi Dato Siti Nurhaliza 

3 Aku baru kenal Mohamed Tarek& Mohamed Youssef, nyanyian dalam bahasa Arab gaiz. Amboi sedap. Trending no 9 di Youtube.

4 Suara penyanyi kumpulan Sabyan, Nissa pun power. Mendayu je.


Apa Jadi Dengan Penyanyi Asal, Angah Razif Projector Band?

Weh dalam seronok melayan artis-artis buat cover lagu parodi Aisyah, rasa syahdu bila dengar luahan penyanyi asal, Angah Razif dalam lagu baru dia Aku Yang Tak Dianggap. Dalam lirik tu dia kata, lagu dia telah diguna tanpa izin. Sedih bila baca suara hati orang seni ni, penggunaan kata-kata tu padu sangat




“Nukilan ku ini, hanyalah suara hati dari seorang musician dan aku turut mewakili setiap dari mereka yang senasib denganku.lagu ini aku ciptakan dari hatiku yang paling dalam dan jauh sekali untuk dambarkan puji mahupun mengeji. Aku tidak meminta minta.. Hanya cukup dihargai dan dihormati, kerana setiap petikan gitar hanya untuk mengisi beras di guni. Namun, bagi mereka yang menghormati, amat ku sanjung tinggi budi pekertimu dan amat berterima kasih di atas penghargaanmu.”

Tolong support gais. Suara dia memang sedap. Boleh tengok Youtube di di sini 


Lirik Lagu Aku Yang Tak DianggapLagu nyanyian: Angah Razif (Projector Band)
Lagu ciptaan: Angah Razif (Projector Band)

Wang Bukan Yang Aku Kejar
Hanya Mahu Dihargai
Benar Aku Manusia
Yang Punya Hati
Aku Hanya Bicarakan
Tentang Hak Ku Yang Di Ubah
Tanpa
Meminta Keizinanku
Kupunya Keluarga
Yang Hendak Dijaga
Hormati Ku Sebagai Musisi
Kerna Itu Lah Pencarian Rezekiku
Buat Ibuku
Yang Ku Harapkan Budi Bicara Yang
Baik Buat Ku Dan Semua
Jika Ada Yang Tersinggung Hati
Maaf Ku Juga
Insan Tak Sempurna

Aku Hanya Bicarakan
Tentang Hak Ku Yang Di Ubah
Tanpa
Meminta Keizinanku
Kupunya Keluarga
Yang Hendak Dijaga
Hormati Ku Sebagai Musisi
Kerna Itu Lah Pencarian Rezekiku
Buat Ibuku
Yang Ku Harapkan Budi Bicara Yang
Baik Buat Ku Dan Semua
Jika Ada Yang Tersinggung Hati
Maaf Ku Juga
Insan tak sempurna



Lagu sedih ni pon banyak kali aku ulang dengar. Best. Ok selamat mendengar. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/04/kontroversi-lagu-versi-cover-aisyah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Potret Syakir Daulay Curi Perhatian Usai Cover Lagu Aisyah Istri Rasulullah

7 Potret Syakir Daulay Curi Perhatian Usai Cover Lagu Aisyah Istri Rasulullah

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 195 hits
Kini ia meng cover lagu Aisyah Istri Rasulullah dan menjadi trending nomor satu di YouTube
5 Fakta Lagu Aisyah Istri Rosulullah Yang Kuasai Trending Youtube

5 Fakta Lagu Aisyah Istri Rosulullah Yang Kuasai Trending Youtube

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 182 hits
Sejumlah penyanyi dan Youtuber mencoba membawakan ulang lagu ini dan mendulang jutaan penonton Mereka antara lain Syakir Daulay Tri Suaka Ria Ricis Aviwkila Sabyan dan masih banyak lagi
Lirik Lagu Aisyah Istri Rasulullah Sabyan

Lirik Lagu Aisyah Istri Rasulullah Sabyan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 467 hits
Original Content Aisyah Istri Rasulullah Vocal Nissa Sabyan Keyboard Ayus Perkusi Kamal Original Song by Projector Band Mulia indah cantik berseri Kulit putih bersih merah dipipimu Dia Aisyah putri Abu Bakar Istri Rasulullah Sungguh sweet N...
Pemuda Pelesetkan Lagu Aisyah Istri Rasulullah Yang Dianggap Menghina Nabi Begini Nasibnya

Pemuda Pelesetkan Lagu Aisyah Istri Rasulullah Yang Dianggap Menghina Nabi Begini Nasibnya

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 327 hits
Viral seorang pemuda pelesetkan lirik lagu Aisyah Istri Rasulullah di media sosial Pelesetan penggalan lirik lagu tersebut dinilai telah menghina Nabi Muhammad SAW Kelakuan pemuda ini membuat banyak warganet berang Lirik lagu yang dipopuler...
Video Saya Realisasikan Permintaan Anda Cover Lagu Aishah Isteri Rasulullah Siti Nurhaliza Jadi Perhatian

Video Saya Realisasikan Permintaan Anda Cover Lagu Aishah Isteri Rasulullah Siti Nurhaliza Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 502 hits
Dato Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tok Ti merupakan penyanyi nombor 1 di Malaysia Seorang penyanyi yang memiliki suara yang lunak dan mempersonakan beliau bukan sahaja diminati ramai di Malaysia malah turut diminati di Indonesi...
Ramai Sebak Najwa Latif Cover Lagu Kotak Hati

Ramai Sebak Najwa Latif Cover Lagu Kotak Hati

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 498 hits
Biarpun agak tidak aktif dalam industri muzik tanah air kini namun Najwa Latif sering memuatnaik video dirinya menyanyi di laman sosial Ini membuatkan serba sedikit dapat mengubat rindu peminatnya Ini antara video lain yang dikongsikannya m...
Rian D Masiv Janji Cover Lagu Exo Jika Tembus 100 Ribu Pengikut Ini Hasil Latihannya

Rian D Masiv Janji Cover Lagu Exo Jika Tembus 100 Ribu Pengikut Ini Hasil Latihannya

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 147 hits
Jagat maya Twitter diramaikan dengan cuitan vokalis band kenamaan tanah air Rian Ekky Pradipta Vokalis D Masiv membuat geger karena ingin menyanyikan ulang lagu EXO salah satu grup idola Korea Selatan
Spongebob Squarepants Versi Rehydrated Akan Dilancarkan Pada Jun Ini

Spongebob Squarepants Versi Rehydrated Akan Dilancarkan Pada Jun Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 508 hits
4 Kongsikan Are you ready kids Versi remaster atau Rehydrated untuk SpongeBob SquarePants Battle for Bikini Bottom kini mendapat tarikh pelancarannya SpongeBob SquarePants Battle for Bikini Bottom Rehydrated adalah sebuah 3D Platformer yang...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Cek Pertama Dari Google Adsense

Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles