Kontroversi Dharma Tidak Ingin Menyambung Kontrak Melatih Skuad Wanita Negara


JURULATIH hoki berpengalaman, Muhammad Dharma Raj Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak terus mengemudi skuad hoki wanita kebangsaan.
Muhammad Dharma yang merupakan antara jurulatih hoki kebangsaan yang kontraknya bersama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tamat pada 31 Disember lepas, memutuskan untuk tidak kembali memohon jawatan tersebut.
Jurulatih berusia 50 tahun itu yang bertanggungjawab menjadikan The Tigress sebagai salah sebuah pasukan terbaik Asia berkata, beberapa dakwaan mengaitkan dirinya seolah-olah berpaling tadah terhadap KHM, sebagai alasan utama keputusan itu diambil.
“Terdapat beberapa siri tuduhan bahawa saya berada dan menyokong calon yang dicalonkan semasa pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan saya nafikan perkara itu. Tuduhan yang timbul semakin buruk, apabila calon tersebut bertemu tiga pemain skuad wanita di Jerman.
“Perkara ini semakin tidak terkawal dan saya tidak tahu siapa di belakang semua ini, yang cuba untuk mewujudkan ketegangan antara saya dan KHM. Ia sesuatu yang tidak perlu wujud dalam hubungan saya bersama majikan (KHM),” katanya pada sidang media memaklumkan perkara itu di Stadium Hoki Kuala Lumpur.
Pada masa sama, Muhammad Dharma mengakui tidak mudah untuk beliau melepaskan pasukan dibimbingnya itu sejak 2016, terutama selepas pelbagai kejayaan dilakar bersama, namun menegaskan beliau perlu berehat seketika.
“Saya perlu meminta maaf kepada pasukan yang saya tidak dapat meneruskan perjalanan yang saya mulakan bersama mereka. Janji yang saya buat kepada mereka yang saya tidak akan meninggalkan mereka sehingga kami mencapai kejayaan besar.
“Bagaimanapun dalam situasi saya sekarang, ia amat memenatkan dan menyulitkan, jadi berehat adalah baik untuk saya. Selepas memikirkannya dan berbincang dengan keluarga saya, saya memutuskan untuk berehat dan tidak akan memohon jawatan seperti diiklankan oleh KHM,” katanya.
Antara kejayaan diraih Muhammad Dharma bersama pasukan wanita adalah merangkul pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), mencipta sejarah muncul naib juara Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL) dan menduduki tempat kelima pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.
Tarikh akhir permohonan untuk mengisi jawatan sebagai jurulatih kebangsaan seperti diiklankan KHM adalah selewat-lewatnya pada tengah malam Isnin.
Disember lepas, KHM mengumumkan penamatan kontrak semua jurulatih di bawah badan induk itu kecuali ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara, Roelant Oltmans, dalam usaha menyuntik nafas baharu kepada struktur arena hoki negara. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ligakampung.com/blog/kontroversi-dharma-tidak-ingin-menyambung-kontrak-melatih-skuad-wanita-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koronavirus Tpm Minta Skuad Negara Jaga Keselamatan Di Manila

Koronavirus Tpm Minta Skuad Negara Jaga Keselamatan Di Manila

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 233 hits
KUALA LUMPUR 6 Feb Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan barisan pemain dan jurulatih ke Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Manila minggu depan supaya menjaga keselamatan dan kesihatan sebaik mungkin ...
Skuad Wanita Terkandas Di Separuh Akhi

Skuad Wanita Terkandas Di Separuh Akhi

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 284 hits
Kuala Lumpur Impian skuad badminton wanita negara untuk terus melakar sejarah di Kejohanan Berpasukan Asia tidak kesampaian apabila tumpas 0 3 di tangan penyandang juara Piala Uber Jepun di Manila Filipina hari ini Selepas buat kali pertama...
10 Negara Terbaik Untuk Kehidupan Wanita

10 Negara Terbaik Untuk Kehidupan Wanita

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 357 hits
Daftar Top 10 kali ini akan membahas tentang untuk kehidupan seorang wanita tempati atau datangi Sebuah survei yang di lakukan oleh The Independent yang di lakukan untuk memperingati hari wanita yang jatuh pada tanggal 8 maret mengungkapkan...
Haram Berpakaian Wanita Berikut Tatacara Golongan Transgender Jika Ingin Menunaikan Umrah Haji

Haram Berpakaian Wanita Berikut Tatacara Golongan Transgender Jika Ingin Menunaikan Umrah Haji

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 708 hits
Haram berpakaian wanita Berikut tatacara golongan transgender jika ingin menunaikan umrah haji Assalamualaikum dan salam sejahtera Nampaknya masih belum reda dengan Penuh jugalah cerita dengan laman facebook Tak juga panasnya dengan berita ...
Wajib Selamatkan Negara Dari Hagemoni Dap

Wajib Selamatkan Negara Dari Hagemoni Dap

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 498 hits
KENYATAAN MEDIADewan Ulamak PAS Pusat23 JUMADIL AKHIRAH 1441H l 17 FEBRUARI 2020WAJIB SELAMATKAN NEGARA DARI HAGEMONI DAP1 Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru kepada semua umat Islam dan warganegara Malaysia untuk bangkit melakukan sesuatu tinda...
Borang Kebenaran Ke Luar Negara

Borang Kebenaran Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 895 hits
Semua penjawat awam yang ingin ke luar negara perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ketua jabatan untuk muat turun borang tersebut
Tak Perlu Ke Luar Negara Taman Bunga Matahari Dah Ada Di Perlis Sesuai Untuk Kaki Insta

Tak Perlu Ke Luar Negara Taman Bunga Matahari Dah Ada Di Perlis Sesuai Untuk Kaki Insta

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 911 hits
Pokok bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus annuus ialah sejenis pokok semusim dalam keluarga Asteraceae yang berasal dari benua Amerika dengan kepalanya berkuntum besar Ia merupakan bunga yang sangat cantik dan kelihatan segar d...
Ladang Bunga Matahari Di Perlis Keindahannya Bagaikan Berada Di Luar Negara

Ladang Bunga Matahari Di Perlis Keindahannya Bagaikan Berada Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 1181 hits
Ladang Bunga Matahari Di Perlis Keindahannya Bagaikan Berada Di Luar NegaraPokok bunga matahari ialah sejenis pokok semusim yang berasal dari benua Amerika dengan kepalanya berkuntum besar
Usulan Tarif Cukai Kantong Plastik Rp 30 000 Per Kg Terendah Dibanding Negara Lain

Usulan Tarif Cukai Kantong Plastik Rp 30 000 Per Kg Terendah Dibanding Negara Lain

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 225 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani menghadiri rapat kerja di Komisi XI DPR Dalam rapat tersebut diusulkan tarif cukai kantong plastik menjadi Rp 30 000 per kilogram Menurutnya tarif tersebut lebih murah dibandingkan negara negara lainnya
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Japan Jatuh Cinta Dengan Osaka

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025