Konsert Legasi P Ramlee Merentas Masa Menyatu Generasi Seni


Assalamualaikum dan salam sejahtera
Syarikat produksi tempatan, Tanahair Films Sdn. Bhd., yang diasaskan oleh peneraju industri Dato’ Khairul Anwar Salleh dan penggiat seni Adlin Aman Ramlie, hari ini mengumumkan penganjuran Konsert Legasi P. Ramlee yang bakal berlangsung pada Sabtu, 20 September 2025 di Mega Star Arena Kuala Lumpur, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Sidang media pelancaran yang berlangsung di Kompleks Studio Merdeka, FINAS, Ulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini memperkenalkan barisan artis dan maestro muzik terkemuka yang bakal menjayakan Konsert Legasi P. Ramlee. Acara ini turut menjadi medan pengenalan kepada visi kreatif dan produksi berskala besar yang diilhamkan oleh Tanahair Films di bawah tajuk ‘Projek Perdana P. Ramlee’ sebagai penghargaan terhadap seniman agung selain kecemerlangan legasi seni dan budaya yang pernah dicapai oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan angkatan sezamannya. 
Konsert ini menjanjikan pengalaman persembahan yang unik dan luar biasa dengan menggabungkan konsep klasik, kontemporari dan popular dalam gaya persembahan yang teatrikal, dramatik dan sinematik. Ia bukan sekadar penghormatan kepada Seniman Agung negara, malah satu usaha menyemarakkan semula semangat dan keindahan era kegemilangan seni Melayu yang menjadi khazanah dan legasi kepada khalayak generasi masa kini dan akan datang


Dengan membariskan empat Maestro Muzik terkemuka Tanahair, terdiri daripada Dato’ Ramli MS, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, dan Michael Veerapen, pengarahan muzik mereka akan mengemudi kekuatan 60 pemuzik orkestra yang bakal menghidupkan lebih 30 karya agung P. Ramlee. Dipersembahkan secara medley, duet mahupun solo secara klasik mahupun susunan muzik baharu dengan gaya lebih terkini, dipercayai ‘repertoire’ persembahan itu nanti akan mampu menyentuh emosi dengan kesan lebih segar selain menghormati keasliannya

Para penonton bakal disajikan dengan gandingan ikon legenda dan bintang terkini terdiri daripada Dato’ Jamal Abdillah, Datuk Zainalabidin, Ella, MimiFly, Nadeera, dan Liza Hanim yang akan mengekspresikan penghargaan mereka kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee melalui nyanyian dan gaya persembahan mereka yang tersendiri. 
Sebagai penghargaan kepada warisan seni Tan Sri P. Ramlee yang tidak pernah luput ditelan zaman, konsert ini turut menampilkan persembahan istimewa oleh tiga figura yang sinonim dengan gaya dan persona seniman agung tersebut iaitu P. Radhi, Danie Hasbullah dan Musly Ramlee. Dikenali sebagai antara 'impersonator' paling menyerlah di negara ini, mereka akan membawa penonton menyusuri era klasik yang penuh nostalgia menerusi interpretasi tersendiri yang menggabungkan keaslian suara dan gaya P. Ramlee dalam nuansa persembahan kontemporari

Ketua Pegawai Eksekutif Tanahair Films, Dato’ Khairul Anwar Salleh, meluahkan rasa teruja atas pelancaran inisiatif kedua Projek Perdana P.Ramlee dalam bentuk konsert, selepas melancarkan format Legasi Podcast sejak September 2024 yang lepas. Beliau menyifatkan pelancaran ini sebagai langkah penting dalam mengangkat martabat seni tanah air ke aras yang lebih tinggi. 
“Konsert ini lebih daripada sekadar persembahan hiburan. Ia adalah jambatan yang menghubungkan generasi, menyatukan nilai seni yang tidak lapuk dek zaman, serta melakar penghormatan yang tulus kepada legasi seorang tokoh agung dalam sejarah seni kita,” ujarnya

Dalam nada yang penuh semangat, Adlin Aman Ramlie selaku pengarah artistik dan pencetus utama konsert menegaskan bahawa Konsert Legasi P. Ramlee bakal menyajikan pengalaman yang bukan sahaja nostalgik, tetapi juga segar dan mengagumkan. 

“Kita akan dihidangkan dengan sebuah malam yang membawa penonton kembali ke era keemasan muzik Melayu, namun dengan interpretasi baharu yang diperkaya sentuhan empat figura maestro muzik tersohor. Konsert ini bakal membangkitkan semula roh seni Tan Sri P. Ramlee yang akan meresap bukan hanya dalam melodi, tetapi juga dalam setiap babak yang menyentuh emosi, kekaguman selain mengimbau kenangan,” katanya


Dapatkan tiket-tiket di www.ticket2u.com.my bermula Khamis, 26 Jun 2025. Jangan lepaskan peluang menyaksikan malam penuh magis dan penghargaan terhadap seni agung tanah air! Ikuti perkembangan dan sorotan eksklusif di media sosial rasmi @konsertlegasipramlee, @TanahAirFilms dan @legasipodcast di Facebook, Instagram dan TikTok



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2025/06/konsert-legasi-p-ramlee-merentas-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekali Lagi Peminat Hampa Tiket Konsert Inteam Sold Out Dalam Masa Sejam Je

Sekali Lagi Peminat Hampa Tiket Konsert Inteam Sold Out Dalam Masa Sejam Je

papar berkaitan - pada 15/6/2025 - jumlah : 352 hits
Sekali lagi peminat kumpulan nasyid Inteam hampa selepas tiket konsert Kasih Kekasih Inteam 25 tahun dengan tarikh serta lokasi baharu habis terjual dalam masa satu jam saja Memang dinanti nantikan peminat kebanyakannya menunggu awal untuk ...
Dia Perlu Masa Selain Konsert Jelajah Asia Rami Turut Terkecuali Dalam Comeback Babymonster

Dia Perlu Masa Selain Konsert Jelajah Asia Rami Turut Terkecuali Dalam Comeback Babymonster

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 507 hits
BABYMONSTER akan kembali dengan single baru buat peminat Artikel Berkaitan Terbaru BABYMONSTER telah mengumumkan keluaran single baru mereka berjudul Hot Sauce yang akan dikeluarkan pada 1 Julai nanti Namun ketiadaan Rami dalam poster yang ...
Masa Konsert Pun Lambat Sering Lewat Perangai G Dragon Dikritik Ramai

Masa Konsert Pun Lambat Sering Lewat Perangai G Dragon Dikritik Ramai

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 425 hits
Menurut laporan media G Dragon tiba lewat kira kira 40 minit ke acara PEACEMINUSONE Highball Launching Party yang diadakan di Grand Hyatt Seoul Yongsan gu Artikel Berkaitan Acara itu dijadualkan bermula pada jam 7 malam namun para wartawan ...
Mengenal Perdagangan Derivatif Instrumen Masa Depan Yang Tak Bisa Diabaikan

Mengenal Perdagangan Derivatif Instrumen Masa Depan Yang Tak Bisa Diabaikan

papar berkaitan - pada 8/6/2025 - jumlah : 344 hits
BloggerBorneo com Dalam dunia keuangan modern perdagangan derivatif menjadi topik yang semakin sering diperbincangkan khususnya di kalangan investor muda dan tech savvy seperti Generasi Milenial dan Gen Z Derivatif bukan sekadar produk keua...
Ibu Sempat Serah Anak Sebelum Lemas Kereta Tiba Tiba Terjunam Masa Teman Suami Memancing

Ibu Sempat Serah Anak Sebelum Lemas Kereta Tiba Tiba Terjunam Masa Teman Suami Memancing

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 416 hits
Mayat suri rumah yang dihanyutkan arus deras di Sungai Triang sejak tiga hari lalu akhirnya ditemukan pagi ini Mayat Sakirah Akob 31 ditemukan dalam keadaan terapung tertiarap oleh orang awam berhampiran sungai itu pada jam 8 12 pagi semala...
Motif Suka Suka 8 Pelajar Ditekap Seterika Panas Masa Tidur

Motif Suka Suka 8 Pelajar Ditekap Seterika Panas Masa Tidur

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 209 hits
Malaysiakini nbsp Mahkamah Majistret di Kuching hari ini memerintahkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua yang menekap lapan rakan asrama yang sedang nyenyak tidur dengan seterika panas hanya untuk suka suka ditempatkan di Sekolah Henry G...
Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 536 hits
Petua Kurus Dalam Masa Singkat Mudah Rahsia Turun Berat Badan Tanpa Stress Ramai yang nak kurus tapi tak semua sanggup hadap diet ketat atau workout ekstrem Sebenarnya ada cara kurus yang mudah cepat dan masih selamat kalau ikut konsisten J...
Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 470 hits
Perkongsian video pendek oleh penyanyi dan bekas anggota kumpulan Dolla Syasya Rizal di Instagram telah mengundang pelbagai reaksi dan teka teki dalam kalangan peminat dan netizen Dalam hantaran tersebut Syasya yang kelihatan anggun dengan ...
Tempoh Masa Menghafal Al Quran

Tempoh Masa Menghafal Al Quran

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 295 hits
Entri ini pernah di post kan suatu masa dahulu kini di tambah dengan sedikit pengisian Berapa lama tempoh masa yang mampu anda habiskan 30 juzu al Quran Kurniaan rahmat dan nikmat Allah SWT kepada hamba hanbaNya tidak terhitung banyaknya An...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej