Kompos Tong Kompos Compost Compost Bin
Tong kompos atau komposter ini dibuat pada 30/11/2021 menggunakan papan pallet.
Setelah 6 bulan, hasil kompos ini akan digunakan / dituai untuk kegunaan batas timbun yang baru dibuat dan juga di batas timbun sedia ada
Antara pemerhatian yang dibuat semasa proses menuai kompos ini adalah :
1. Kompos yang terjadi tidak sekata. Ini kerana bahan² kompos ini tidak dikacau / diaduk atau digaul semasa penambahan bahan kompos baru dibuat dan semasa proses pengomposan berjalan
2. Ataupun, keperluan penyedian tong kompos kedua yang akan melengkapkan kitaran terjadinya kompos
3. Susunan kompos tidak padat. Ada batang² kayu, batang tebu, bahagian buah kelapa yang lambat mereput dan menyebabkan adanya ruang² atau rongga² yang menjadi tempat tinggal serangga termasuk lipan yang berbisa
4. Kompos yang cantik. Kompos hasil dari pelbagai sisa organik memang cantik kalau diayak / diasingkan dan boleh digunakan untuk menyuburkan tanah
Kayu² dan seumpamanya perlu dipotong lebih kecil untuk mempercepatkan proses pereputan dan perlu selalu di gaul / di bolak balikkan
Setelah 6 bulan dibina. Potongan rumput, sisa² pelam, betik, kantan, pisang dan sebagainya sisa kebun termasuk kotak dan kertas
Pereputan terkawal tidak menyemakkan mata
Lapisan² kompos yang tidak mereput sekata
Terdapat rongga² yang menjadi habitat organisma liar
Perlu ada dua tong kompos untuk kitaran pengomposan yang sempurna
Bahagian bawah lebih cantik pereputannya
Daripada dibakar lebih baik dikompos
Habis dikeluarkan
Diletakkan di batas timbun bulat yang baru dan batas timbun empat segi sedia ada
Video ringkas proses menuai kompos di tong kompos seperti dibawah :
Link video : https://youtu.be/csoC3T1Hfyw
Selamat berkebun ..
Sentiasa sihat & selamat dengan izin الله ..
Artikel berkaitan :
1. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2022/06/sambung-lagi-buat-batas-timbun-bulat.html
2. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2022/06/batas-timbun-tropika-tropical-raised_4.html
3. https://jomtanamsayur.blogspot.com/2022/06/batas-timbun-tropika-tropical-raised.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://jomtanamsayur.blogspot.com/2022/06/kompos-tong-kompos-komposter-compost.html