Komik Dakwah Godcentric 2 Dunia Menuju Kemusnahan Kerana Tangan Manusia




Komik? zaza teringat masa zaza masih lagi di bangku sekolah menengah..zaman tu memang popular dengan komik-komik anak tempatan seperti ujang dan Apo. Memang zaza juga hantu komik. Macam abang zaza. Kebiasaannya abang zaza la yang beli komik-komik tersebut. Sehinggalah zaman berlalu..beberapa tahun lalu juga zaza banyak ikuti dan baca komik dakwah dari website langitilahi.com tapi sekarang komik dakwah tu dah tak ada.

Bermula dari minat membaca komik dakwah lah, zaza kenal pelukis komik Abeben Studio dan selalu follow page Abeben kerana disitu Abeben selalu buat posting komik-komik dakwahnya.

Sekarang Abeben sudah pun keluarkan komiknya GODCENTRIC 2 ( selaku penulis ) dengan kerjasama pelukis untuk komik ini iaitu Nazr Syaff. Sebelum ini telah terbit Godcentric 1 - Utopia Yang Cacat. Karya ini diterbitkan oleh Buku Puris.

Komik ini adalah komik dakwah bergenre Science Fiction. Komik ini amat sesuai sekali dibaca oleh pelajar dan semua yang meminati komik. Bagus juga dijadikan buku bacaan untuk anak-anak.

Kredit foto - ppki.usim.edu.my
Sinopsis Komik Dakwah GODCENTRIC 2 : Lari Dari Langit

Seperti yang dijangka, perang nuklear tercetus. Kutub Utara dan Selatan mencair. Gunung-gunung berapi meledak. Dunia semakin menuju kemusnahan dek tangan-tangan manusia sendiri. Selepas bertahun-tahun penyelidikan, akhirnya saintis berjaya mencipta bahtera terapung untuk menyelamatkan manusia. Namun, ruang tidak cukup untuk semua.


Maka, 3 peraturan utama diperkenalkan. Pertama, hanya golongan bijak pandai sahaja dibenarkan menaikinya. Kedua, diharamkan untuk mencipta dan menggunakan senjata. Dan yang terakhir, semua orang di atas bahtera itu tidak dibenarkan menganuti mana-mana agama. Hanya mereka yang memenuhi kriteria ini sahaja yang dapat meneruskan ketamadunan manusia 35,000 kaki di udara.

Yang selebihnya ditinggalkan di permukaan Bumi, dibiarkan musnah dan pupus selama-lamanya.

Dan 1,000 tahun pun berlalu ... .

Bagi aku, hanya orang soleh sahaja yang akan dikurniakan karamah daripada Allah. Dan orang soleh itu pastinya bersifat rendah diri dan murah hati ... bukannya mengambil kesempatan menjual air jampi dengan harga yang tinggi.

TETAPI

Aku dapati, masyarakat semakin kurang kebergantungan kepada Allah. Mereka lebih mempercayai air Yasin, tangkal dan azimat ... berbanding berdoa kepada Allah dan berusaha
Sedutan dari GodCentric  2 ( mukasurat 20 yang diwarnakan )"Tidakkah kamu memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan Dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing berjalan sampai kepada waktu yang ditentukan, dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." -Surah Al-Luqman, ayat 29.
Jalan cerita yang sungguh menarik sekali. Apa yang terjadi selepas itu? Nak tahu kena la dapatkannya di kedai buku MPH atau terus membuat pembelian di instagram @buku_puris


Oh ya, Godcentric #3 juga akan dikeluarkan tapi bila tu belum pasti lagi..oklah, sekarang zaza nak story sedikit tentang penulis dan pelukis komik ini.

Penulis - Abeben
Merupakan siswazah dalam bidang mechanical Engineering with Adcanced Design and Innovation dari Universiti di United Kingdom. Berasal dari Kelantan dan merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah pun menghasilkan beberapa komik seperti Lukisan Tarbiah Sentap 1, Lukisan Tarbiah Sentap 2, Lukisan Tarbiah Sentap 3, Air Mata Terakhir dan beberapa lagi

Facebook Page : https://www.facebook.com/abeben.studio/
Pelukis - Nazr Syaff
Merupakan lulusan dalam bidang Mechanical Engineering dan kerjaya sebagai pelukis komik fleelance. Komik Godcentric 2 ini adalah hasil kerjasamanya dengan Abeben. Juga merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan aktif dalam aktiviti yang berkaitan. Pernah bekerjasama dengan penerbit indie De'Gwet dan menerbitkan komik kompilasi HERO #2 Komik M. Sekarang turut menjadi pelukis untuk komik #SignOn dalam majalah ASUH 
Facebook Page : https://www.facebook.com/NazrSyaffAbeShowa
Jangan lupa untuk mendapatkan Komik Dakwah GODCENTRIC ini okayyyy!!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zazaiman.com/2019/10/komik-dakwah-godcentric-2-dunia-menuju.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menteri Sumber Manusia Campur Tangan Masalah Foodpanda

Menteri Sumber Manusia Campur Tangan Masalah Foodpanda

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 267 hits
Mogok pekerja Foodpanda akan diselesaikan oleh Kementerian Sumber Manusia Menterinya M Kula Segaran berkata akan membantu mencari formula bagi menyelesaikan bayaran yang didakwa tidak adil oleh para pekerja syarikat penghantar makanan berke...
Bajet 2020 Siapa Yang Tepuk Tangan Gembira

Bajet 2020 Siapa Yang Tepuk Tangan Gembira

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 663 hits
Kita perlu faham kelompongan dan putar belit Belanjawan 2020 yang dibentangkan beberapa hari yang lepas Contoh graduan yang dapat kerja akan terima insentif gaji selama 2 tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diteri...
Silap Orang Kau Nak Ragut 2 Lelaki Cuba Rampas Beg Tangan Teruk Dibelasah Amoi

Silap Orang Kau Nak Ragut 2 Lelaki Cuba Rampas Beg Tangan Teruk Dibelasah Amoi

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 432 hits
Hari ini tular sebuah video di laman sosial yang dirakam dari kamera yang terpasang di sebuah kereta cubaan 2 orang lelaki cuba meragut beg tangan seorang wanita yang baru sahaja keluar dari keretanya Namun tindakan meragut itu bertukar tra...
Trend Anak Atas Tapak Tangan Nasihat Dr Amalina Buka Mata Netizen

Trend Anak Atas Tapak Tangan Nasihat Dr Amalina Buka Mata Netizen

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 252 hits
Sejak semalam nama seorang selebriti lelaki menjadi perhatian netizen ekoran tindakan memegang bayi perempuannya dengan keadaan berdiri di atas tapak tangan Walaupun terdapat segelintir netizen yang mengagumi aksi tersebut namin tidak kuran...
Polis Temui Buku Nota Tulisan Tangan Sulli Penuh Luahan Peribadi

Polis Temui Buku Nota Tulisan Tangan Sulli Penuh Luahan Peribadi

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 218 hits
Polis Temui Buku Nota Tulisan Tangan Sulli Penuh Luahan Peribadi Artikel Gempak Atas Hiburan Sebuah buku nota bertulisan tangan milik Sulli telah ditemui sewaktu polis melakukan siasatan di lokasi kematiannya hari ini Menurut
Terhalang Menuju Dpr Massa Hmi Robohkan Beton Pembatasan Jalan

Terhalang Menuju Dpr Massa Hmi Robohkan Beton Pembatasan Jalan

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 95 hits
Dari tengah kerumunan sempat terdengar seruan agar massa menyudahi aksi dan kembali Namun ajakan untuk kembali esok hari ditolak massa lainnya Woi sini balik Kita belum selesai teriak salah seorang dari massa dari HMI
1 417 Buah Kereta Sedang Mendaki Menuju Ke Cameron Highlands

1 417 Buah Kereta Sedang Mendaki Menuju Ke Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 226 hits
Catatan ini saya lewat buat berbanding update di facebook saya Cuma untuk sebagai rekod sahaja supaya di masa akan datang ada boleh saya rujuk fakta di bawah ini Sejam saya menuruni Jalan Tapah sekitar pukul 10 pagi saya berselisih dengan 1...
Harga Avtur Mahal Wings Air Tutup 7 Rute Menuju Indonesia Timur

Harga Avtur Mahal Wings Air Tutup 7 Rute Menuju Indonesia Timur

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 165 hits
7 Rute penerbangan maskapai Wings Air tujuan Indonesia bagian Timur dihentikan sementara mulai 3 Oktober 2019 Keputusan tersebut diambil menyusul tingginya harga bahan bakar avtur dan membengkaknya biaya operasional penerbangan selama ini P...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas