Komik Animasi M Sia Pun Ada Kaitan Yahudi Zionis



BENARKAH komik dan animasi di Malaysia pun ada kaitan dengan Yahudi atau Freemason? Mari kita lihat realiti dan sejarahnya.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui sejarah kartun di Malaysia. (Gambar: Star2) Jika dilihat pada penghasilan karya animasi sekarang, boleh dikatakan Malaysia telah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan.

Buktinya filem BoBoiBoy: The Movie berjaya mengutip RM16.77 juta, sekali gus menjadi filem kelima teratas yang mencapai jumlah kutipan 'box-office' paling tinggi.
Filem Upin&Ipin juga masih boleh dipuji apabila mengutip RM4.9 juta selepas ditayangkan pada tahun 2016.
Bagaimanapun itu pencapaian dalam bidang animasi.

Perkara berbeza pula apa yang berlaku pada industri kartun media cetak apabila dunia penerbitan berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan jualan edaran yang tinggi.
Penerbit komik alaf baru seperti GEMPAK juga terpaksa beralih kepada platform digital demi memastikan penghasilan karya komik mereka kekal relevan.

Karya Ujang, Apo? adalah yang terawal memasuki pasaran arus perdana di Malaysia dan banyak lagi karya besar yang dihasilkan sebelum itu. Rojak Daily Skop! berkesempatan mengunjungi Muzium Negara sempena 'Pameran Kartun dan Kita' yang pernah dibuka kepada orang ramai.

Mari kita lihat sejarah komik dan animasi, apakah ada kaitan dengan peranan Yahudi atau zionis antarabangsa?

Ada 10 tahap sejarah komik dan animasi di Malaysia.

1. Bermula pada 1928

Sejarah penghasilan kartun di negara ini bermula pada tahun 1928 menerusi pelukis Raja Sulaiman. Karya beliau diterbitkan oleh majalah Polis Malaya pada 13 November tahun tersebut.

Masyarakat kemudian secara perlahan-lahan mula menerima karya kartun jenaka yang menggambarkan situasi dan masalah penduduk ketika itu.
Seterusnya fenomena kartun ini berkembang pada 1936. Pada tahun itu boleh dikatakan sebagai ‘game changer’ apabila kartun mula mendapat perhatian akhbar tempatan, iaitu Warta Jenaka.
Untuk makluman, Warta Jenaka adalah sebuah akhbar mingguan yang diterbitkan oleh Warta Malaya Press.
Warta Jenaka diterbitkan pada 7 September 1936 dan mengandungi 30 halaman.

2. 'Wak Ketuk' antara paling popular zama 30an. 
Jika ada atuk atau nenek anda yang masih hidup, mungkin anda boleh bertanyakan mengenai kartun Wak Ketuk. Karakter ini diperkenalkan menerusi akhbar Utusan Zaman pada 12 November 1939.

Jika anda terfikir apakah isu atau jenaka yang dibangkitan ketika itu, kartun ini banyak memainkan isu orang Melayu yang diancam kemasukan pendatang asing sehinggkan jumlah mereka mengatasi penduduk Melayu. Kedengaran seperti 2018 bukan?

3. Medium propaganda.

Pada tahun 1941 sehingga 1945 menyaksikan karya komik diangkat sebagai medium propaganda pemerintahan Jepun.
Mereka menggunakan kartun sebagai kempen untuk 'New Order' atau dikenali sebagai Tertib Baru. Ia bertujuan menggalakkan golongan muda terlibat dalam pertanian dan menyertai pasukan ketenteraan seperti di Jepun. Malah, propaganda ini juga bertujuan untuk menjadikan masyarakat fasih berbahasa Jepun.

4. Era gemilang majalah dan komik kartun.
Tahun 1978 menjadi permulaan dunia komik kartun.
Bermula tahun berkenaan sehinggalah 1990 telah membuka mata pengusaha penerbitan di negara untuk menjana pendapatan lumayan dan keuntungan berganda.
Ketika ini muncul beberapa majalah kartun di pasaran. Antara yang popular adalah Ujang, Mat Jenin, Din Beramboi, Apo? dan Gelihati.
Dalam tempoh itu juga menyaksikan ramai kartunis generasi baru muncul seperti Ujang, Mie, Aza, Cabai, Boy Pj dan ramai lagi.
5. Sejarah animasi bermula di sini.

Kepada anda yang gemar menonton animasi tempatan, tahukah anda industri animasi kita bermula pada tahun 1946 menerusi penubuhan Unit Filem Malaysia yang kini dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).Animasi pendek pertama pula adalah Hikayat Sang Kancil ditayangkan sekitar tahun 1983.Anda masih ingat, animasi Sang Kancil dan Monyet, Gagak Yang Bijak dan Arnab Yang Sombong? Ia juga antara siri animasi yang diterbitkan di bawah FINAS.
6. Majalah komik ke animasi.Bagi memastikan karya-karya hebat yang dihasilkan kartunis tempatan tidak ‘terbenam’ begitu saja, beberapa kartunis turut menukarkan karakter kartun mereka ke dalam bentuk animasi. Antaranya Mat Gelap hasil karya Imuda, Usop Santorian karya Ujang dan Aku Budak Felda oleh Taugeh.Jika anda ke Muzium Negara, anda berpeluang melihat fail asal lakaran cerita animasi Usop Sontorian pada tahun 1996. Fail yang mempunyai lakaran kartun setebal 250 helai inilah yang digunakan bagi tayangan selama 22 minit.
7. Karakter animasi pertama dibawa ke layar perakTidak lengkap rasanya jika tidak mengangkat karya Mat Gelap. Ini kerana ia adalah karektor animasi pertama dalam filem tempatan. Filem ini menggabungkan watak hidup dan watak animasi. Menarik bukan?
Plot filem ini yang mengisahkan seorang penyiasat persendirian membongkar kegiatan satu kumpulan penjenayah yang diketuai Mama Bosan dilakonkan oleh Imuda, Liza Othman, Mano Maniam dan Jit Murad.
8. GEMPAK meakili komik alaf baru pada 90an.Bagi generasi baru, kebanyakan mereka lebih mengenali komik kartun yang dikeluarkan penerbitan GEMPAK.Majalah GEMPAK mula berada di pasaran pada 1998 dan lebih menumpukan eleman 'anime', komik dan permainan video.
Antara watak komik popular pastinya lawak kampus yang menjadi kegilaan remaja pada tahun berkenaan. Malah, hingga sekarang karya terbabit masih mendapat sambutan hebat. Bagaimanapun bermula tahun ini, GEMPAK telah pun beralih kepada digital sepenuhnya.
9. Peralihan kepada Animasi.Pada tahun 1997 pula menyaksikan beberapa watak atau karya komik dialihkan kepada bentuk animasi. Buku Kampung Boy contohnya telah dijadikan siri televisyen animasi 2D. Selain itu Keluang Man dan Bola Kampung turut mengikuti langkah ini.Perkembangan ini seterusnya membawa kepada penghasilan animasi 3D seperti kita dapat lihat menerusi Upin&Ipin dan BoBoiBoy.
10. Kini jadi bahan sejarah.Kesemua informasi menarik ini sebenarnya hanya sebahagian daripada apa dipamerkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Selain maklumat berkaitan sejarah kartun di Malaysia, anda juga berpeluang melihat majalah dan komik yang diterbitkan puluhan tahun lalu.
Apa yang menarik perhatian, kesemuanya masih dalam keadaan baik dan dijaga rapi oleh pemilik asal majalah berkenaan.
Untuk anda yang masih belum ke Muzium Negara, silahlah berkunjung ke sana sebelum tarikh akhir pameran ini pada 15 April depan.Weblog Ibnu Hasyim
Kesimpulan:Setelah meneliti dari sudut sejarah seperti di atas, maka boleh dibuat kesimpulan rambang bahawa komik dan animasi di Malaysia TIDAK ADA kaitan dengan kegiatan dan perancangan mana-mana Yahudi atau Freemason di peringkat Malaysia atau antarabangsa...

Kecuali kartun Upin dan Ipin? 

Mengapa begitu? Ikutilah penjelasan selanjutnya, Upin Dan Ipin, adalah agenda Yahudi.. Benarkah?
Sekian, bersambung.. (IH)Sumber 10 Fakta Menarik Sejarah Komik dan Animasi Malaysia Anda Patut Tahu By: HANAFIS HARIS SUNDAY, 11 MARCH 2018

Lihat sebelum ini..
E Buku IH-122: Cuci Otak Yahudi..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/komikanimasi-msia-pun-ada-kaitan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zionis Tipu Tembak Mati Oku Tebing Barat X Tipu X Yahudi

Zionis Tipu Tembak Mati Oku Tebing Barat X Tipu X Yahudi

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 266 hits
BEBERAPA rakaman kamera litar tertutup menunjukkan pasukan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang beratur untuk memasuki sebuah restoran di bandar Tulkarm Tebing Barat Palestin baru baru ini AGENSIZionis tipu kes tembak...
6 Warga Israel Ditangkap Operasi Pelancongan Seks Kaitan Di M Sia

6 Warga Israel Ditangkap Operasi Pelancongan Seks Kaitan Di M Sia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 554 hits
Sebahagian wanita warga asing ditahan kerana disyaki menawarkan khidmat pelacuran di Puchong Selangor beberapa tahun lalu ada kaitankah dengan sendiket Yahudi anarabangsa BOGOTA 10 Dis Polis Columbia menangkap enam warga Israel dan dua warg...
Rahsia Tersembunyi Yang Amat Di Takuti Oleh Yahudi

Rahsia Tersembunyi Yang Amat Di Takuti Oleh Yahudi

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 470 hits
Untuk mengelabui mata dunia perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revol...
Upin Dan Ipin Adalah Agenda Yahudi

Upin Dan Ipin Adalah Agenda Yahudi

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 803 hits
Blog ini menulis Rancangan Yahudi September 2010 Versi asal oleh dari Nepal Mental Health Clinic Wakakakaka kajian ilmiah yang dibuat oleh DewaKebaikan dua tahun lepas kembali dihangatkan oleh teman teman dari Indonesia FWD Fwd Fwd Jangan s...
Lucut Jawatan Menteri Ph Ini Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib

Lucut Jawatan Menteri Ph Ini Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 325 hits
Petisyen lucut jawatan Waytha Moorty peroleh 199 046 tandatangan KUALA LUMPUR 18 Dis Petisyen menuntut perlucutan jawatan P Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator memperoleh 199 046 tandatangan setakat pukul 11...
Himpunan Tolak Icerd Perkara Sia Sia Hanya Agenda Politik Pas Dan Umno

Himpunan Tolak Icerd Perkara Sia Sia Hanya Agenda Politik Pas Dan Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 756 hits
Melayu Pemalas Di Larang BacaBiarlah kalau orang muda kita sendiri pun kata himpunan Daulat 812 hanya kerja sia2 sahaja Tambahan pula di katanya modal politik UMNO dan PAS sahaja Lagi pun peluang dalam isu ICERD inilah titik penyatuan terba...
S Pura Tak Setuju Cadangan M Sia Isu Pertikaian Perairan

S Pura Tak Setuju Cadangan M Sia Isu Pertikaian Perairan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 212 hits
Singapura tidak bersetuju dengan cadangan Malaysia bagi kedua dua negara menghentikan penghantaran aset ke kawasan yang dipertikaikan menurut Kementerian Luar Singapura Bagaimanapun kementerian itu berkata Singapura bersedia untuk membincan...
Cimb Urusniaga Tanpa Kebenaran Kad Debit Dan Paypal Tiada Kaitan Dengan Isu Cimb Clicks

Cimb Urusniaga Tanpa Kebenaran Kad Debit Dan Paypal Tiada Kaitan Dengan Isu Cimb Clicks

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 570 hits
Semalam CIMB telah mengeluarkan FAQ yang menjelaskan isu yang sedang dihadapi CIMB Clicks iaitu berkaitan dengan kata laluan 8 20 karakter serta penggunaan ciri reCaptcha Namun begitu FAQ tersebut tidak pula menerangkan isu transaksi kad de...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025