Kombo Set Nutox Harga Murah Tapi Dapat Salah Satu Tester
Sebenarnya nak tanya pendapat korang sikit ni. Baru-baru ni k.fiezz beli 1 set nutox moisturiser & night repair cream nutox ni di shopee.. Ada seorang seller ni, jual dua item ni secara pakej dengan harga yang agak murah. Kalau harga biasa, loose item > Nutox Moisturiser ni RM4X.XX & Night Repair Cream Nutox RM4X.XX. Seller yang k.fiezz beli dua item ni, jual dua-dua ni dengan harga RM69.50. Murah kan. Mana k.fiezz tak rambang mata tengok harga murah. Untuk info yang korang tak tahu, produk-produk Nutox ni harganya boleh tahan mahal juga. Tu yang bila nampak harga murah,
laju k.fiezz beli bila tengok harga berpatutan. Dua barang ni kalau beli asing-asing dekat RM9x.00. Ni dapat dua-dua dengan harga RM69.50. Tak ke murah banyak.
Jadi tanpa was-was k.fiezz beli. Servis yang seller ni bagi pun cepat. K.fiezz order 26.11.2020, esoknya 27.11.2020 barang dah sampai. BARANG DPT ELOK tapi....Barang dapat memang elok, pembungkusan memang tip top. Masa dapat je dua-dua item ni, mula-mula k.fiezz buka kotak yang Night Repair Cream Nutox dulu. Check krim memang okey, tak ada masalah. Buka box kedua iaitu Nutox Moisturiser pula. Buka je, tengok botol Nutox Moisturiser ni, tetttt ada label 'TESTER' uoll kat depan tu. Adeh. Terus macam errrr....Ni tester punya ke macamana
Barang dapat elok. Pembungkusan pun bagus. Siap dapat free gift seller bagi.
Tapi tapi kenapa kat botol Nutox Moisturiser tu terlekat label TESTER. Bila tengok bahagian dalam, isi nampak banyak lagi cuma tak lah penuh 1 botol. CHAT DENGAN SELLER K.fiezz chat dengan seller, tanya kenapa di botol Nutox Moisturiser tu ada label TESTER. K.fiezz bagi gambar atas ni sekali kat seller. Takut dia tak percaya ke apa. Seller jawab chat k.fiezz dan dia beritahu salah staff dia. Tapi dia gerenti barang ni barang baru bukan tester punya. SOALAN K.FIEZZ?Okey, persoalannya sekarang k.fiezz was was nak guna sebab ada label tester tu. kalau korang, korang nak guna ke tak?Walaupun seller gerenti katanya ni botol baru bukan tester. hmmm..Sebab k.fiezz fikir kalau tester ni, macam kalau kita pergi ke mana-mana kedai, mall bila nak beli barang yang ada tester. Dah macam-macam tangan yang pegang barang tu. Kuantiti pun berkurang sebab orang asyik test je. Tu yang k.fiezz jadi was was nak guna.
Adeh. Tu lah nak murah sangat kan. Amikkk!!Sekali dapat tester daa..
Jadi tolong bagi pendapat sikit. Kalau korang, korang guna ke tak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/11/Kombo-Set-Nutox-Harga-Murah-Tapi-Dapat-Salah-Satu-Tester.html