Kombo Lagi Best Novel Kecubung Novel Checkmate Novel Bunga Api
Kombo Lagi Best - Novel Kecubung, Novel Checkmate & Novel Bunga Api
Dapatkan novel ini di laman aplikasi karyaseni novel. Harga rujuk gambar.
Kombo Lagi Best
Tajuk: Kecubung Penulis: Rossa Nur
Sinopsis Novel Kecubung - Rossa Nur
Wajahnya cantik tetapi seperti pokok kecubung yang indah bunganya, dia memabukkan serta beracun. Di dalam dirinya mengalir dendam yang sarat dan perlu dibalas. Dia tidak akan puas selagi orang-orang yang telah memperkotak-katikkan maruah dan menghitamkan kehidupannya masih lepas bebas di luar sana. “Kurang ajar! Kau orang ingat aku ni barang yang kau pecahkan kat pasar raya ke, yang dapat kau tebus dengan membayar ganti rugi?!” Siapakah sebenarnya perempuan yang sarat dengan dendam itu? Dan kenapakah dia menjadi seorang pendendam? Sementara itu, peristiwa 5 tahun lepas... “Siapa nama kau, hah? Kau cantiklah!” – EDDY HAKIMI. “Memang cantiklah perempuan ni, Eddy. Anugerah dari Tuhan untuk kita berempat kut?” – FARHAN. “Kejar perempuan tu. Jangan bagi dia lepas!” – EDDY HAKIMI. Bencana menanti 4 jahanam yang tega menghancurkan hidup seorang gadis yang menghidap penyakit kemurungan. Dalam diam, dia dan sekutunya mula mengatur strategi. Siapakah sekutu gadis sarat dendam ini? Orang-orang yang tidak bersalah telah dijadikan umpan untuk memerangkap 4 jahanam. Adilkah begitu? Setelah 5 tahun berlalu dan masing-masing mempunyai kehidupannya sendiri... “5 tahun lepas, apakah dosa dan kejahatan yang pernah Ray lakukan?” – DARLINA “Apa jenis soalan yang Darling tanya ni? Ada ke orang dalam dunia ni yang nak mengaku dosa-dosa yang dia dah lakukan? Kita mengaku dengan Tuhan aje tau segala dosa yang kita buat, bukannya mengaku depan orang lain. Itu umpama membuka aib sendiri!” – RAYKAL REDZA Siapakah Darlina? Siapakah gadis yang berdendam itu? Dan siapakah Raykal Redza di dalam novel ini? Apakah dosa dan kejahatan yang telah dilakukan sehingga si gadis sanggup membunuh? Hayatilah jalan cerita yang penuh konflik dan saspens di dalam novel KECUBUNG karya ROSA NUR.
Tajuk: Checkmate Penulis: Rehan Makhtar
Sinopsis Novel Checkmate - Rehan Makhtar
HIDUP Arissara sempurna dalam keluarga yang saling menyayangi. Indahnya tak ubah seperti menari di atas garisan pelangi. Keindahan itu lengkap bila Han muncul. “Saya tak ada bukti untuk buat awak percaya tentang cinta pandang pertama, Arissara. Satu-satunya cara adalah dengan cara ni…” – HAN “Cara ni?” – ARISSARA “Dengan jaga awak baik-baik…” – HAN Arissara lupa. Indahnya pelangi hanya seketika bila dia akhirnya tiba di hujung cahaya. Dunianya menjadi kelam. Kepolosannya memamah hati sendiri bila dia dikhianati oleh mereka yang dia percayai. Han menjadikan cintanya sekadar jenaka yang kejam. Han mencintai kakaknya, Anashuha. “Boleh Ris tahu biarpun satu sebab? Atau mungkin hanya satu alasan. Ris akan terima…” – ARISSARA “Orang kalau dah tak nak… Dia tak perlukan sebab atau alasan…” – HAN Han membuatkan dia sedar, hidup ini tak indah bagai yang disangka. Cuma, dia tak duga seteruk ini. Segala hinaan daripada mereka yang disayangi, membunuh jiwa sucinya. Arissara berlalu bila diusir dengan penuh hina tapi Han tak akan melepaskan dia pergi lantas mengikatnya dengan ikatan suci yang dia benci. “Ris adalah cinta mati abang…” – HAN “Bukan cinta mati, abang. Tapi, cinta yang dah mati!” – ARISSARA Hati lembut itu menjadi sekeras tugu. Tapi, cara Han mencintai berbeza dengan yang lain. Dia telah hadapi banyak kehilangan, melepaskan Arissara adalah mustahil. Biarpun Arissara menderita, gadis itu harus ada bersamanya. “Ris dah sedia tak suka abang, jangan buat sampai Ris benci abang…” – ARISSARA “Jika dengan perasaan benci tu akan buat Ris ingat abang, abang pilih kebencian Ris andai itu yang buat Ris simpan abang dalam hati…” – HAN Han korbankan segalanya demi wanita yang dia cinta. Tapi, Arissara terus menderita. Kerana itu Han pergi. Dengan syarat, Arissara perlu bahagia tanpanya biarpun mereka tahu, masa itu pantas berlalu. Mengikut aturan alam, melihat manusia melepaskan segala yang berharga. Kerana takdir telah berkata ‘checkmate’ dalam perjalanan hidup mereka, Arissara sekali lagi berdepan dengan Han untuk buat mereka saling sedar, ketetapan itu tak dapat mereka elak jauh sekali menolak. Sekali lagi, Han menghulurkan tangan. Kuatkah Arissara menyambutnya?
Tajuk: Bunga Api Penulis: Orked V.
Sinopsis Novel Bunga Api
Najmi dan Maria bertemu ketika hidup gadis itu sedang kusut. Dalam keadaan tertekan dan terabai, Maria mengambil keputusan untuk membunuh diri. Bagaimanapun, hasratnya tidak berjaya kerana tindakan pantas Najmi. “Tuhan dah tinggalkan aku!” - Maria Empatinya pada Maria membuatkan Najmi ingin membantu gadis tersebut. Dia faham benar jika seseorang itu sudah berputus asa dengan hidup kerana dia juga seringkali merasainya. Peristiwa dua dekad lalu bukan saja meragut memorinya tetapi hampir meragut kewarasannya. Dia menjalani hidup setiap hari dengan bayangan yang menakutkan sehingga kadang-kadang dia mahu menyerah kalah dengan hidup. “Aku tau macam mana perasaan tu. Aku tau apa rasanya apabila kau rasa kau dah tak ada harapan lagi.” - Najmi Orang kata, orang yang berputus asa itulah orang yang sebenarnya mahu hidup bahagia. Mereka hanya ingin penderitaan mereka berakhir. “Awak tau bunga api?” - Maria “Kenapa dengan bunga api?” - Najmi “Kita selalu memuja yang indah, yang berkilauan dan yang bersinar. Yang tinggi dan jauh atas langit sana. Yang ada depan mata tapi tak tercapai.” - Maria “Apa yang awak nak cakap sebenarnya?” - Najmi “Saya rasa hidup saya macam bunga api yang ingin bersinar di langit.” - Maria Ana muncul dalam hidup Najmi sebagai doktor yang merawatnya. Walaupun pernah menganggap Najmi sebagai cinta monyetnya, namun Ana ikhlas membantu Najmi mengatasi kecelaruan psikologinya. “Orang yang ada masalah dekat sini... Selalu ingat yang dia orang tak ada apa-apa. Dia orang sihat. Tapi dalam ni macam ada bunga api yang sedang meletup di udara. Bersinar tapi membutakan.” – Ana Ketika Najmi, Maria dan Ana mengatasi konflik dalam diri masing-masing, tanpa disangka, misteri dua dekad yang lalu terbongkar kembali. Banyak perkara yang terungkai. Rupa-rupanya trauma mereka belum berakhir.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2020/03/kombo-lagi-best-novel-kecubung-novel.html