Koleksi Resipi Sajian Makan Malam Ala Kedai Masakan Thailand
Masakan panas memang menjadi kegemaran ramai terutamanya bila tiba waktu makan malam. Sajiannya tidak terlalu berat namun sangat sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari idea hidangan makan malam terbaik yang mudah dan sedap, seleksi menu hidangan makan malam gaya gerai masakan panas perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba.
KOLEKSI RESIPI SAJIAN MAKAN MALAM MUDAH & SEDAP
1. KUETIAU KUNGFU
BAHAN A:
1 cawan kuetiau1 biji telurGaram dan serbuk lada sulah secukupnyaBAHAN B:
3 ulas bawang putih – ketuk100gm isi ayam2 ekor sotong – hiris3-4 ekor udang1/2 sudu teh serbuk lada sulah – beli online disiniSecubit serbuk lada hitam – beli online disiniSedikit serbuk rempah sup1 gelas airSedikit hirisan bunga kubisSedikit hirisan lobak merahSedikit hirisan sayur kalian2 sudu makan putih telur1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan airGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Bilas kuetiau dengan air panas. Toskan dan masukkan ke dalam pinggan.Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah. Gaul sebati.Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat.Untuk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.Masukkan isi ayam. Goreng seketika. Kemudian masukkan sotong.Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup. Kacau sebati.Masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut. Boleh masukkan udang jika suka.Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Bila rasa sudah cukup, tuang putih telur dan kacau laju.Masukkan kalian dan lobak merah. Biar seketika.Padam api dan tuang dalam pinggan berisi kuetiau. Sedia untuk dinikmati.
2. MAGGI KARI TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi segera perisa kari1 keping kecil isi ayam – hiris1 ekor sotong – hiris3-4 ekor udang1 sudu makan pes tomyam1 1/2 cawan air1 sudu makan sos cili – beli online disini1/2 sudu makan sos tiram – beli online disiniGaram dan gula secukup rasaSedikit bunga kubisSedikit sayur kalian3 biji cendawan butang – hiris1/2 biji tomato – hiris3 ulas bawang putih – tumbuk1/4 biji bawang holland – hiris3 helai daun limau purut1 batang serai – dipotong tiga1 hiris lengkuas1 hiris nipis halia2 biji cili padiCARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang holland, daun limau purut, serai, halia, lengkuas dan cili padi hingga wangi dan keperangan.Bila sudah naik bau, masukkan hirisan isi ayam. Tambahkan juga pes tomyam.Masukkan air dan juga perencah mi segera. Kacau rata.Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.Kemudian masukkan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut.Tambahkan juga hirisan cendawan, kalian dan juga tomato.Masukkan hirisan sotong, udang dan juga mi segera.Masak sekitar 1-2 minit hingga mi lembut.Sedia untuk dinikmati.
3. MAGGI GORENG SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi segera perisa kari1 biji bawang merah (saiz syiling 10 sen) – tumbuk1 ulas bawang putih – tumbuk2 biji cili padi – tumbuk1/2 sudu teh cili boh @ cili kisar3-4 ekor udang1 ekor sotong – hiris bulatSedikit hirisan kek ikan @ fishcake1 sudu makan kicap sotong2 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini1 sudu makan sos cili – beli online disini1/2 sudu teh sos tiram – beli online disini1/2 sudu makan gula 1/2 cawan airSedikit hirisan kubisSedikit hirisan lobak merahSedikit sawiTauge secukupnyaCili padi – hirisCARA MEMASAK:
Didihkan air. Celur sebungkus mi segera dalam dua hingga tiga minit. Toskan.Kemudian rebus sekejap udang. Kupas kulitnya.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.Masukkan cili boh atau cili kisar. Kemudian tuang sepaket rencah kari mi segera tadi.Kemudian masukkan sotong yang telah dihiris bulat dan dibuang kulit. Untuk tambahan, boleh masukkan sedikit hirisan kek ikan.Tambahkan kicap sotong, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram dan gula sebagai perasa. Gaul sebati.Tuang 1/2 cawan kecil air dan masukkan hirisan kubis dan lobak merah. Bila kubis layu, masukkan sawi, tauge dan cili padi.Masukkan mi segera yang telah dicelur tadi. Biarkan sebati dengan kuah. Kacau sehingga sedikit kering.Tutup api selepas mi segera goreng masak dengan sempurna. Nikmati segera.
4. MI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket mi kuning – lalukan di bawah air terlebih dahuluIsi dan kaki ayam secukupnya – jika suka4 ulas bawang putih – ketuk1/2 biji bawang holland – hiris – beli online disiniSedikit serbuk lada hitam – beli online disini5 cawan airHirisan fishcake dan fishball secukupnyaSedikit hirisan kubis, lobak merah, tomato, sawi & cili merahGaram, gula dan perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih, bawang holland dan serbuk lada hitam hingga wangi.Masukkan isi ayam dan kaki ayam. Gaul rata.Tambahkan air dan biar hingga kaki ayam empuk. Jika perlu, tambah air dengan secukupnya.Masukkan hirisan fishcake dan fishball. Masukkan juga hirisan kubis.Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.Seterusnya masukkan mi. Biar hingga urat mi menjadi kembang.Tambahkan sayur-sayuran yang lain dan padamkan api.Sedia dinikmati bersama sos cilia tau sambal kicap sebagai penambah rasa.
5. MI GORENG KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket mi kuning – basuh dan tos1 keping isi ayam – hiris1 ekor sotong – hirisUdang secukupnya1 biji telur1/2 cawan airGaram dan gula secukup rasa1 sudu makan kicap pekat – beli online disini5 sudu makan kicap lemak manis – beli online disini5 sudu makan kicap cair – beli online disini1 sudu makan kicap sotong – beli online disini4 sudu makan sos cili – beli online disiniHirisan sawi, tauge dan cili merah secukupnyaBAHAN TUMBUK:
2 biji bawang merah saiz syiling 20 sen – beli online disini3 ulas bawang putih – beli online disini2 biji cili padi merahCARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi.
2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Gorenmg seketika.
3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili.
4. Masukkan pula hirisan sotong dan tambahkan air.
5. Seterusnya masukkan mi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati.
6. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
7. Setelah urat mi menjadi lembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan telur. Gaul sebati.
(Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur)
8. Masukkan sawi, tauge dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api.
9. Mi Goreng sedia untuk dihidangkan. Nikmati bersama sambal cili, keropok ikan dan sedikit perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Bihun Sup Mudah & Sedap. Ini Cara Membuatnya.
Koleksi Resipi Donut Gebu Popular, Dapat Ribuan Share Di FB.
Tomyam Sayur Thai. Resipi Istimewa Yang Sangat Sedap.
Koleksi Resipi Kek Lama Paling Popular & Digemari Ramai.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
The post Koleksi Resipi Sajian Makan Malam Ala Kedai Masakan Thailand appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2021/08/koleksi-resipi-sajian-makan-malam-ala.html