Koleksi Kad Mahasiswa Universiti Malaya
Assalamualaikum. Setelah menamatkan SPM 1990 di Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan, Abam Kie berehat di rumah sementara menunggu panggilan sambung belajar di IPTA. Alhamdulillah. Abam Kie berjaya menyambung pengajian dalam kursus Pre-ESL di Pusat Asasi Universiti Malaya pada awal Julai 1991. Gambar di atas ialah Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pendidikan UM tempat di mana Abam Kie selalu hadiri kuliah jika ia melibatkan kesemua pelajar B.Ed.TESL seramai hampir 120 orang tu. Cuma ada satu je dewan kuliah seperti auditorium macam ni kat fakulti. Yang lain tu macam dewan kelas yang dibuka memanjang sepanjang lantai bangunan...
Tujuan entri ini adalah untuk berkongsi kad-kad mahasiswa/pelajar/matrik yang Abam Kie gunakan selama belajar di UM selama 6 tahun tu. 2 tahun di Pusat Asasi Sains dan 4 tahun di Fakulti Pendidikan. Pada setiap awal sesi pengajian, semua penuntut UM pada ketika itu perlu 'snap' gambar untuk kad matrik masing2 di Panggung Eksperimen. Mujurlah pada zaman tu kad ni tak perlu digantung di leher bila berada di dalam kampus. Cuma kami perlu membawa bersama kad matrik di dalam wallet atau purse just in case the security guard or staff wanted to check our identity. Biasanya kami guna kad ni sebagai pengenalan bila nak masuk dewan exam dan semasa meminjam buku di perpustakaan. UM antara IPTA yang liberal sikit pada zaman tu.
Baiklah, kita tengok 3 kad yg pertama. Semasa di Asasi, kad matrik dipanggil kad pelajar. Pada sesi 1991/92 pun tiada bar code. Gambar tu diambil semasa minggu haluansiswa. Masa Asasi abam kie tinggal di Kolej Ketiga atau Tunku Khursiah. Kolej ni ada 3 blok siswi dan 1 blok siswa. Kira macam siswa ni minoriti la di sini. Dah la dalam kelas lelaki ni minoriti, di kolej kediaman pun sama. Tapi tetap enjoy kerana kawan2 perempuan banyak membantu abam kie dalam buat assignment. Alhamdulillah.
Masa sem 3 asasi kena buat kad baharu lagi. Muka pun nampak alim lagi biarpun budak2 TESL ni dianggap sosial berbanding kursus2 lain. Memang abam kie budak sivik sejak di sek rendah lagi. Masa di Asasi ni, budak2 Pre-ESL ni belajar x stressed berbanding member2 kami di Sains Hayat dan Fizikal. Cuma belajar English aje. Hari Sabtu pun off sedangkan budak2 sains ada lecture sampai jam 1 pm.
Kad ketiga pula masa first year di fakulti. Mujurlah abam kie ditawarkan penginapan di Kolej 7 atau Za'ba. Pada masa ini mula kenal dengan rakan2 sebaya yang masuk U melalui saluran STPM. Dah boleh stay kolej ni kena aktif la. Jika tidak, tahun seterusnya kena keluar. Jadi abe kie join la beberapa projek. Antaranya ialah Delegasi Muhibbah Za'ba ke Sumatera Barat dan Kursus Motivasi di SMK Kuala Kubu Bharu di mana Abam Kie menjadi pengarahnya. See my level?
Pada tahun kedua masih tinggal di Kolej 7. Mahunya x dapat kolej? Masa Malam Anugerah Za'ba 93/94 siap dapat Anugerah Penghuni Harapan Za'ba lagi sebab aktif dalam projek2 di kolej. Ramai gak kawan2 second year yg kena keluar dan menyewa di sekitar Pantai Dalam, Kondo Vista Angkasa Kg Kerinchi, Seksyen 17 PJ dan sebagainya. Tahun kedua ni nak belajar bersungguh2 kerana pada tahun 1 kena refer 1 paper. Mujur lepas! Tapi thn kedua ni ada gak failed 1 paper literature. Mujurlah kertas2 literature ni ada padanan dgn kertas di sem seterusnya. Jadi bila dicampur dan dikira puruta, markah abam kie melepasi syarat kelulusan untuk kedua2 kertas. Alhamdulillah.
Pada tahun ketiga dah ditendang dari kolej. Huhuhu...Sia2 aje abam kie berbakti kepada kolej pada tahun kedua. Terasa diri ini tak dihargai. Maka terpaksalah melangkah pergi dan menumpang di rumah akak di AU3 Ampang Hulu Kelang. Sebulan yg pertama tu kena naik BMW no 20 dari AU3 ke Bangkok Bank. Lepas tu ambik yang nak ke PJ. Turun di depan gate masuk PJ. Lepas tu menapak la sikit nak sampai ke fakulti. Tak lama kemudian Abam Kie mampu beli motosikal terpakai untuk memudahkan perjalanan ke kampus. Jadi tak perlu keluar awal nak ke kelas.
Masa 3rd dan final year ni abam kie belajar bersungguh2. Surprisingly, my grades improved tremendously. X sangka paper literature pun dapat A! Memang la bila dok di luar lagi banyak masa boleh ditumpukan kepada pelajaran. X perlu join projek kolej bagai. Lagipun pemberatan peratus markah pada thn 3 dan 4 ini 30%. Jadi memang kena belajar bersungguh2.
Akhirnya abam kie berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaya dan menghadiri konvo pd 9 Ogos 1997. Mujurlah Raja Nazrin Shah yg sampaikan skrol. Batch 1997 cuma 2 org pelajar Cina yg dpt 1st class. 2nd class upper plak cuma 10 org. 2 daripadanya Melayu. Abam Kie cuma mampu dpt 2nd lower. Tu pun kira power la sbb classmates yg wakil bahas UM lawan NUS pun dapat third class je. Alhamdulillah.
Tu je nak citer kisah abam kie belajar di UM satu ketika dulu. Masa tu 3 universiti je yg offer TESL i.e. UM, UKM dan UPM. Sudah semestinya UM yg paling sukar nak dapat 1st class. Masa tu cuma kami budak2 TESL je yg periksa setiap semester. Kursus2 lain exam sekali setahun je. Dah tu plak pakai sistem British. Mana ada CGPA bagai. Selepas abam kie grad baru la ada sistem pointer. Begitulah alkisahnya. Sekian. Terima kasih..
www.zukidin.com {Estd 2012}
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2021/09/koleksi-kad-mahasiswa-universiti-malaya.html