Koleksi Gambar Ke Padang Besar Naik Komuter Dari Ktm Kamunting
Pada 5 November yang lalu, saya mencuba pengalaman baru ke Padang Besar naik komuter. Memang agak menyeronokkan dan santai-santai sahaja. Berbanding bawa kereta, naik komuter ternyata lebih mudah dan tak memenatkan :)
Di sini adalah lampiran kisah jalan-jalan saya ke Padang Besar tempoh hari.
Cerita penuh boleh baca di blog saya lagi satu ya ---> vitaminmerah.com

Dinasihatkan pakai sandals ye kalau ke Padang Besar tu, tak payah nak pakai heels macam saya hari tu hehe

Laluan Komuter Utara

Tiket kami pergi dan balik, simpan tiket elok-elok ye. Kalau hilang akan kena denda RM30 sebab naik komuter tanpa tiket, huhu

Menunggu komuter 9.11 pagi di Platform 2

Masa ni masih semangat lagi dalam komuter hehe

Selesa sebab komuter lengang saja

Boleh view Tasik Bukit Merah sebab bermula di Stesyen KTM Kamunting

Sampai di Stesyen KTM Bukit Mertajam, naik tangga untuk ke ruang menunggu.

Turun tangga pula

Perjalanan komuter Bukit Mertajam - Padang Besar pula.

Hampir 2 jam dalam komuter kedua ni. Muka masing-masing dah kelat selain lapar T.T

Akhirnya sampai sudah ke Stesyen KTM Padang Besar!

Ini mungkin train untuk ke Hat Yai kot..

Ikut je rombongan cik kiah ni, hehehe

Dah sampai pun ke tapak jualan

Makan dulu isi perut ye, lebih kurang 12.30 tengah hari waktu ni

Order jangan tak order.

Lega dapat minum air hehe

Saya makan nasi goreng daging merah aje..

Lepas makan, kami jalan-jalan di sini dahulu, betul-betul di depan gerai kami makan tadi.

Menarik juga Pouch nie. Mulanya ingat nak beli, alih-alih terlupa haha

Banyak barang kosmetik dijual. Biasanya dari Thailand.

Pemandangan dari dalam bangunan Arked Niaga Padang Besar - gerai kami makan tu terletak di deretan yang depan itulah.

Pemandangan dalam Arked Niaga, ada 2 tingkat.

Aneka macam beg boleh jumpa di sini.

Syurga kerepek, buah kering, beras, kekacang, jeruk dan lain-lain.

8 ketul RM5 - mak belikan ini, tak ingat apa namanya tapi sedap :)

Chocolate dan Strawberry Dip

Buah oren dan epal tu kecil comel je, sebesar buah bidara je ha tapi rupanya epal kecil tu rasanya masam :D

Saya beli buah bidara madu ini, sedap :)

Teringin nak sambar satu anak patung, tapi... hehehe

Telekung pun ada jual juga..

Patung ini paling tak tahan, ya Allah...shomellll sangat hokay.

Antara laluan kami untuk kembali ke Stesyen KTM Padang Besar

Komuter sesak macam sardin T.TOkay, cerita lanjut di blog saya satu lagi tau, jangan lupa baca ;)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bijak-ilmusihat.blogspot.com/2018/11/koleksi-gambar-ke-padang-besar-naik.html