Koleksi Contoh Sajak Palestin


HIMPUNAN CONTOH SAJAK PALESTIN
Untuk menyampaikan mesej berkenaan Palestin, salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah melalui sajak.
Ini boleh dilakukan menerusi pendeklamasian sajak yang menghimpunkan mesej-mesej mengenai Palestin.
Maksud Sajak Sajak bermaksud puisi Melayu moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
Terdapat pelbagai sajak yang dikarang bagi menyampaikan mesej-mesej yang diinginkan tetapi dalam bentuk yang unik.
Oleh kerana itulah sajak merupakan salah satu kaedah yang popular untuk menyampaikan perkara tersebut.
Contoh Sajak Palestin Berikut merupakan contoh-contoh sajak berkaitan dengan Palestin:
1) Thaurah Palestin – Usman Awang

Saudaraku Rakyat Palestin
Semangatmu lebih waja dari kereta kebal Israel
Genggaman tanganmu lebih kuat dari bom Zionis
Kau berikan cakrawala baru
Thaurah Palestin

Dengarkan di mana-mana suara menjawabnya
Perjuangan berani yang tak terkalahkan
Suara rakyat sejagat mengutuk penindasmu
Lihat jutaan mata terbuka sudah
Siapa tulang belakang menjulang kekejaman
Yang membunuh anak-anakmu

Saudaraku Rakyat Palestin
Tiba-tiba airmata jadi bara
Tiba-tiba anak-anak jadi dewasa
Tiba-tiba bilik kuliah jadi api
Senjata musuh sekadar dapat mematikan
Tetapi tidak berhasil membunuh semangat kepahlawanan
Penjara musuh sekadar memagari insan
Tetapi tidak dapat menahan gema menjerit keberanian
Yang dijawab oleh jutaan suara kebenaran
Semuanya dengan satu slogan
Mara Palestin
Thaurah Palestin
2) Sajak Palestin Bercahaya

Berbicara soal palestin
Berbicara tentang kebebasan
Berbicara tentang perjuangan
Berbicara tentang kejujuran
Palestin takkan hilang dari peta dunia
Kemenangan makin terasa upaya
Sinarnya semakin bergemerlapan
Biar azab dibedil dizalimi berterusan

Masanya telah tiba sinar Palestin
Ummah seantero bakal menyaksikan
Detik kebebasan sebuah kota nestapa
Cahayanya menerangi seluruh benua

Palestin namamu terus harum
Menjadi sebutan ummah di mana-mana
Kebebasan yang dijanjikan terserlah
Dunia kembali aman harmoni tenteram.

Sirnalah kezaliman
Bercahaya al-falah
Palestin satu nama yang terus hidup mewangi.
3) Sejuta Dari Palestin

Terbitnya mentari
Menerangi alam
Kuntuman derita
Merasakkan jiwa
Terbiar saudara di sana
Dentuman berdendang
Diselangi doa
Bergema rintihan
Meruntun simpati
Semakin pudarnya bintang ihsani
Terpadamlah semua lilin jiwa
Dihujani alpaan kita
Panah panah doa
Tersemat dibusurnya
Tidakkah ini masa melancarnya?
Di mana hilangnya utama
Jalinan persaudaraan?

Harus kita sedia
Menanti hari
Bukan bakal menjadi
Mangsa perebutan
Seperti mereka di sana

Akan tiba masa
Kita dibangkitkan
Dihakimi tuhan
Yang maha esa
Mampukah menahan asakan soalan
Saat telunjuk menuding hati
Sejuta dari Palestin
4. Anak-Anak Perang
Lalu mereka pun mengutip
Kelongsong peluru
Yang jatuh di bumbung rumah
Seperti anak-anak yang lain
Mereka juga ingin bermain
Tanpa peduli lagi
Perang yang mengoyak hati
Tanpa mahu menunggu lagi
Keluarga yang tidak pulang
Dalam serba terbatas
Mereka ingin berlari bebas

Anak-anak perang terkepung
Di bumi senapang
Dada berlumuran rindu
Zaman anak-anak yang manis t
Telah lama gugur
Terkubur mereka tidak menghitung ketibaan abad baharu
Hanya menanti sebidang tanah yang lapang
Tanpa gangguan peluru.
5) Syahid Dalam CintaNya- Cikgu Ahmad Safarman Dollah

Di bawah payung awan
Terpancarnya sinar sang mega
Menerangi segenap alam dan kehidupan
Kepada rumah yang bernama dunia.
Namun saat gembira dalam pelukan
Bedilan peluru Yahudi menghangatkan suasana
Bersama kerikil perkasa bermaharaja lela
Bersama runtuhkan bangunan dan kediaman
Laparkan nyawa insan tidak berdosa.
Tangisan ibu dan jeritan bayi
Tumpahnya darah, api, peperangan dan perjuangan
Namun Zionis laknatullah umpama singa lapar
Menerkam, membaham, menghancur dan menghentam
Tanpa belas dan rasa kasihan.
Marilah kita rapatkan saf-saf ukhuwah
Kentalkan jiwa rakyat Palestin
Doakan ALLAH selamatkan bumi Gaza
Dan biarkan bianglala terus melukis syurga
Semuanya syahid dalam cintaNya.
6) Anak-Anak Palestina- A Samad Said
Anak-anak di Palestina
Buminya rekah dan resah
Dicekau senjata dan dengki
Batinnya terasak rosak
Dicakar dendam yang ngeri.
Kini mentari tenat dan remuk
Cinta ditelan sekam malam
Bumi Palestina cacat dan sakit
Sengat, racun menyentap nafasnya

Antara duri dan kerikil mencengkam
Tempur dan cungap bersanggah
Mulut-mulut muda terus berdarah
Anak-anak Palestina yang resah
Bara berang mengunyah alamnya
Meretakkan watak dan wajah
Derita paling sengsara.
Bunga-bunga kering berapungan
Darah membuak berontak
Kekacauan menggigit kalut jiwa
Cacar dan cemar
Getir dan perit
Gigil dan hangus
Nisan yang nisan
Api yang api
Api dan api
Anak-anak Palestina bentengnya cekal
Bapa-bapa nazak di sisi pusara
Ibu-ibu asuhi warisan yang garang
Mereka tenaga gempa
Yang panjang menggugat
Tank, kopter dan peluru
Menggelorakan wira yang syahdu.
Musafir Palestina yang termangsa
Mendobrak peragut akar watan
Mereka, pewaris sabar dan waja
Mengasihi setiap pasir buminya
Melawan taufan syaitan
Yang merasuk pelosok buananya
Penuh gamam, penuh dendam.
Mereka retak yang tajam
Denyut menyala
Mereka kawah marak paling merah
Dan sengat zaman
Anak-anak Palestina yang tergugah
Unta-unta tersisih yang luka

Dalam kedurjanaan liar kasar
Dalam kemusnahan golak gelegak
Belajar hidup utuh dan indah
Mengutip sisa dan nadi maruah
Daripada sejarah yang kusut.
Mereka rahsia telaga mesra
Pohon-pohon kurma remaja
Diranumi nurani
Amarah dan sumpah bangsa
Yang pantang menyerah
Dan di sini
Angin Ranau, nafas Semantan, degup Melaka
Mengucupi jantungmu yang terkelar.

Anak-anak Palestina yang tabah
Unta-unta tersingkir yang cedera
Sengat racun menyentap nafasnya
Angin Ranau, nafas Semantan, degup Melaka,
Suara saka, sakti dan sasa
Menggemakan jerit dan raungmu.
Dan kau, dalam debu dan udara yang bisa
Kawah ledak saling gelegak,
Enggan hangus atau pupus
dan enggan kalah.
Baca juga: Contoh Sajak Alam Sekitar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/sajak-palestin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=sajak-palestin

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contoh Sajak Alam Sekitar

Contoh Sajak Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 92 hits
Dalam menyampaikan mesejk mengenai alam sekitar antara yang boleh dilakukan adalah mendeklamasikan sajak alam sekitar Tema ini adalah tema yang popular untuk menyampaikan mesej berkenaan kesedaran menjaga alam sekitar kepada orang ramai Mak...
Koleksi Sajak Hari Kebangsaan Malaysia

Koleksi Sajak Hari Kebangsaan Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 127 hits
Sajak kemerdekaan adalah salah satu medium untuk mengekspresikan rasa cinta kepada negara dan semangat patriotisme terutamanya pada bulan kemerdekaan Sajak merupakan puisi moden yang tidak terikat kepada peraturan dalam bilangan baris irama...
Contoh Sajak Kemerdekaan Sempena Hari Kebangsaan

Contoh Sajak Kemerdekaan Sempena Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 19/8/2024 - jumlah : 89 hits
Sajak kemerdekaan merupakan salah satu cara untuk kita zahirkan rasa cintakan negara dan semangat patriotik khususnya pada bulan kemerdekaan Sajak adalah puisi moden bebas daripada peraturan dari segi jumlah baris irama dan kata kata Imagin...
Aktiviti Muktamar Masjid Se Malaysia Untuk Pembebasan Al Aqsa Dan Palestin Ppim 25 08 2024

Aktiviti Muktamar Masjid Se Malaysia Untuk Pembebasan Al Aqsa Dan Palestin Ppim 25 08 2024

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 100 hits
25 Ogos 2024 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Muktamar Masjid Se Malaysia untuk pembebasan Al Aqsa dan Palestin sempena sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dengan kerjas...
Dap Leaders Refute Rumour Jalan Yap Ah Loy Renamed Jalan Palestin

Dap Leaders Refute Rumour Jalan Yap Ah Loy Renamed Jalan Palestin

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 69 hits
DAP leaders have denied a viral message claiming that Jalan Yap Ah Loy in Kuala Lumpur has been renamed Jalan Palestin Bangi MP Syahredzan Johan refuted the rumour which had gone viral on TikTok He pointed out that it was Jalan Raja Laut 1 ...
Tiada Perbincangan Bantuan Lanjut Rakyat Palestin Cedera Kata Pm

Tiada Perbincangan Bantuan Lanjut Rakyat Palestin Cedera Kata Pm

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 60 hits
MALAYSIA akan mempertimbangkan untuk memberikan bantuan tambahan bagi membantu rakyat Palestin yang cedera jika ada keperluan tetapi terlalu awal untuk membuat keputusan mengenai perkara itu sekarang kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Bagai...
Siti Kasim Mengamuk Lagi Isu Tolong Rakyat Palestin Ini Nasihat Netizen

Siti Kasim Mengamuk Lagi Isu Tolong Rakyat Palestin Ini Nasihat Netizen

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 76 hits
HarapandailyAktivis sosial Siti Kasim dilihat mengamuk lagi tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Malaysia menerbangkan rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini Selepas dia menempelak Perdana Menteri dengan menegaskan Datu...
127 Rakyat Palestin Tiba Untuk Rawatan

127 Rakyat Palestin Tiba Untuk Rawatan

papar berkaitan - pada 17/8/2024 - jumlah : 90 hits
Yasmin Abdul LatifSUBANG JAYA Pesawat membawa 127 rakyat Palestin bagi mendapatkan rawatan tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang petang tadi Penumpang adalah 41 pesakit bersama waris masing masing yang seramai 86 orang terdiri daripada lel...
Dakwaan Nama Jalan Yap Ah Loy Ditukar Ke Jalan Palestin Adalah Tidak Benar

Dakwaan Nama Jalan Yap Ah Loy Ditukar Ke Jalan Palestin Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 57 hits
SEBENARNYA Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menafikan khabar angin yang tular di media sosial kononnya Jalan Yap Ah Loy telah ditukar namanya kepada Jalan Palestin Menurut
Ayien Rahman Ale Ale Chord

Berjayakah Sesuatu Hubungan Tanpa Ada Kepercayaan

Should Chequered Past Ytl Involve In Public Transportation

Mama Journey Komensmen 23 Iab

Why Property Maintenance Is Crucial For Preserving The Value Of Your Investment

Biodata Fazura Pelakon Wanita Popular Usahawan Tudung Berjaya

Jem Teruk Ada Yang Tidur Ditepi Jalan Seorang Meninggal Sesak Nafas

Juicy Luicy Lampu Kuning Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


41 Akhlak Rasulullah Saw

Top Benefits Of Hiring Professional Property Care Services For Leak Inspections And Repairs

Ombak Setinggi Empat Meter Badai Teluk Kumbar

Tegaknya Khilafah Di Baitul Maqdis Sebelum Munculnya Imam Mahdi

Certot Perangkap Tikus

Halal Bukan Setakat Tiada Babi Tiada Arak Pm