Koleksi 13 Kek Dulu Dulu Masih Evergreen Dan Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu


Koleksi 13 Kek Dulu-Dulu Masih Evergreen Dan Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu | Banyak sungguh kek terkini antaranya Red Velvet, Tiramsu, Brownie antaranya yang cukup disukai orang zaman sekarang ni tapi keunikan kek zaman dulu masih evergreen ni sentiasa memikat hati dan sedap sampai terkenang zaman dulu..ahh throwback sambil kunyah dengan secangkir kopi kan. 

1. Resepi Kek Jalur Koko Cik Normah2. Resepi Kek Oren Sunquick3. Resepi Kek Buah 3 Bahan4. Resepi Kek Buah Madu5. Kek Marjerin 'Orang Lama'6. Resepi Kek Butter Pelangi7. Resepi Kek Marble Minyak Moist8. Resepi Kek Mentega Coklat9. Resepi Kek Gula Hangus Kukus (Sarang Semut Manis)10. Resepi Kek Kelapa Hujan Panas11. Resepi Kek Pisang12. Resepi Kek Chiffon13. Resepi Kek Span Coklat
Tak susah pun malah bahan yang diperlukan pun mudah didapati jadi buat yang ingin mencuba, resepi telah tersedia, jom kita membaking

1. Resepi Kek Jalur Koko Cik NormahKek ni memang kek yang wajib dibuat oleh Cik Normah, kakak ipar suami di akhir hari puasa. Pertama kali melihat dia membuatnya terdetik dalam hati, kenapa lewat sangat sebab esok hari raya tapi memang dia sangat cekap dan bila keesokkan harinya kek sudah tersedia. Sewaktu meminta resepi, puas dia ingatkan pastikan adunan dipukul dengan putaran 8 kalau tidak tidak menjadi dan kek ni sama jer bahannya dengan kek marble tapi ni versi orang kampung
Koleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix GoogleBahan-bahan:-
1 cawan gula halus
1 cawan margerin
6 biji telur ayam
2 cawan tepung kek naik sendiri
1 camca baking powder
2 camca koko
sedikit esen vanilla

Cara membuatnya:-
Pukulkan margerin dan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji (pastikan telur yang dimasukkan awal itu telah sebati dengan adunan.  Masukkan esen vanilla, tepung dan baking powder dan pukul dengan cara no 8 (tanpa henti) hingga adunan menjadi sebati.Asingkan adunan menjadi dua, salah satunya dicampurkan dengan serbuk kokoMasukkan adunan di dalam loyang dengan cara berselang seli (terpulang ingin buatkan adunan koko di bawah atau sebaliknya)panaskan oven pada suhu 180c selama 5 min, turunkan suhu kepada 170c dan bakar kek selama 25-30 min bergantung kepada oven anda.api atas bawah
2. Resepi Kek Oren Sunquick
Koleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix Google
Bahan-Bahan
Sebiji oren Sunquick ( dihiris dan blend dengan kulit sekali )
2 biji telur
1 cawan butter yang dicairkan ( biasa saya guna minyak )
1/4 cawan susu pekat
1 cawan gula
semua bahan di atas diblend sahaja.

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
semua bahan di atas diayak dalam satu bekas.

2 sudu makan pati oren sunquick/ jus sunquick
1 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakan Kek Oren Sunquick Supaya Lebih Moist
Panaskan oven pada suhu 180 darjah dalam 15 minit yang pertama.Isi kan air dalam dulang untuk kaedah water bath.Blend semua bahan seperti buah oren sunquick, telur, gula, susu dan butter yang dicairkan.Masukkan bahan yang diblend dalam bekas tepung tadi dan kaup balik sahaja.Masukkan pati oren buah sunquick dan esen vanilla.Masukkan adunan kek oren dalam oven dan tukar suhu kepada 170 darjah dan bakar dalam 50 minit-60 minit, ikut oven masing-masing.
3. Resepi Kek Buah 3 BahanKoleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix Google
Bahan-bahan:-
500g dried mix fruit
1 cawan jus oren (minute maid)
1 cawan tepung naik sendiri

Cara membuatnya:-
Masukkan dried fruit dalam 1 bekas. Kemudian masukkan air jus. Biarkan selama 2 jam. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati. Masukkan dalam loyang.Bakar dengan suhu 130°c selama 2 jam...
Nota : Aley Arif ni sahabat alam maya di twitter dan sahabat cybergame sejak bertahun dulu.


4. Resepi Kek Buah MaduKoleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix GoogleBahan-bahan:-
½ cawan gula halus
1 + ¼ cawan madu
250g anchor butter
2 cawan mix fruit (rendam air panas & toskan)
3 biji telur
sedikit esen vanilla
sedikit esen lemon
½ cawan air panas
3 + ½ cawan tepung gandum, diayak
1+ 1 sudu kecil baking powder, diayak
1 sudu kecil soda bikarbonate, diayak
1 sudu kecil cream of tartar, diayak
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis, diayak

Cara membuatnya:-
Masak gula sehingga menjadi karamel dan masukkan ½ cawan air panas. Masukkan butter, masak sehingga butter cair kemudian masukkan madu, sedikit esen lemon bersama buahan campuran (mixed fruit)Masukkan tepung yang telah diayak dan jangan berhenti kacau adunan tu.Pukul telur bersama esen vanilla sampai kembang, ketepikanMasukkan telur kedalam adunan kek buah dan kacauMasukkan adunan kedalam bekas dan wrap it. Kukus selama 3 jam. Bila dah siap biarkan ia sejuk sebelum dipotong.

5. Kek Marjerin 'Orang Lama'
Koleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix Google
Bahan-bahan:-
250gm marjerin
2 cawan tepung
3/4 cawan gula
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:-
1. Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu per satu.
2. Pukul sehingga sebati dan masukkan esen vanila.
3. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan pukul perlahan-lahan.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah diglis dengan marjerin.
5. Bakar dengan suhu 180 darjah selsius selama 40 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Sumber: cookeatlove


6. Resepi Kek Butter PelangiKoleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix Google
Bahan-bahan:-
1 1/2 cawam tepung gandum + 1 sk baking powder, diayak
3 biji telur
1/2 cawan marjerin@butter
3/4 cawan gula pasir
50g serbuk santan(nie lar bahan rahsia)
sedikit esen vanilla
perwarna kesukaan
almond flakes (topping)

Cara Penyediaan:-
pukul butter+gula+ esen vanilla sehingga ia kembangthen masukkan telur satu persatu dan mix hingga sebatimasukkan  bahan rahsia kita iaitu 50g serbuk santan dan mix sampai sebatiselepas tu masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder.masukkan sedikit demi sedikit dan mix sehingga sebatibahagikan adunan kepada 4 warna yang berbezaMasukkan adunan kedalam bekas pembakar.selang selikan warna yetaburkan badam sebagai topping.panaskan oven pada suhu 180c selama 5 min .selepas tu turunkan suhu kepada 170c dan bakar kek anda selama 25-30 min bergantung kepada oven anda.api atas bawah

7. Resepi Kek Marble Minyak Moist
Koleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-DuluBahan-bahan:-
4 biji telur gred A
1 cawan gula halus/gula castor (boleh kurangkan ke 3/4 cawan jika tak suka manis)
1/2 sudu besar ovalette
3/4 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 sk esen vanilla
1 sk garam
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko

Cara membuatnya:-
Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dalam 10-15 minitSementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum, garam dan baking powder.  Pastu gaul rata bahan yang diayak.Adunan dah kembang tadi, masukkan susu pekat dengan mixer speed perlahanMasuk lagi esen vanilla dan bahan-bahan yang diayak ke dalam adunan perlahan-lahan dan sikit-sikitMasukkan minyak dan sebatikan semua step ini jangan pukul lama sangat.Off mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balikAsingkan kepada dua bahagian warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko, kacau rataSediakan loyang pembakar dengan mengguna loyang bulat 8". Sapu minyak dan lapik kertas bakingAmbil senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko, ulang sampai habisOven panaskan 170 degree C (Jika guna oven kecil guna suhu 160 degrees C) dan pakai api atas bawah dan bakar selama 40-45 minit hingga masakDalam 40 minit boleh jenguk check dengan lidi sate cucuk tengah kek kalau keluar bersih, kek masak if belum sambung sampai masakDah masak keluarkan dari oven, sisip tepi kek dengan pisau supaya mudah kek keluarTelangkupkan atas redai dawaiBuang kertas baking dan telangkupkan balik kedudukan asal dan lapik dengan pinggan atau kek board, bila dah sejuk bolehlah dipotong Kek Marble Minyak ni
8. Resepi Kek Mentega CoklatKoleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix GoogleBahan-bahan:-
250 g mentega
200 g gula kastor
250 g tepung naik sendiri
50 g serbuk koko
5 bj telur
1½ sk esen vanilla

Cara penyediaan:-
Pukul gula dan mentega hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji& esen Vanilla.Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko,Tuang adunan dlm loyang yg tlah di alas baking paper, bakar selama 45 menit atau sehingga masak.kredit : cookpad.com/my/recipes/9483856-kek-mentega-coklat

9. Resepi Kek Gula Hangus Kukus (Sarang Semut Manis)Kek gula hangus memang menjadi kegemaran saya  sebagai dessert minum petang atau untuk dijamu pada tetamu. Bentuknya unik dengan tekstur kenyal tu memang layan bila dikunyah dan bau wangi gula hangus tu memang memenuhi selera malah kalau dipegang kita akan ralit memicit dan suka dengan kekenyalan kek yang hitam keemasan dan sekali pandang macam sarang semut dengan jaluran yang menjalar serta lubang-lubang kecil seakan sarang semut.

Koleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix GoogleBahan Gula Hangus
2 cawan gula pasir
2 cawan air panas (betul2 panas)
3 sudu penuh butter ( mentega pun boleh)

Bahan Untuk Dicampurkan
7 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum (ayak)
2 sdt soda bikarbonat ( ayak)
1 sdt baking powder (ayak)
1/2 cawan susu pekat manis
2 sdt esen vanilla

Cara Penyediaan:
Hanguskan gula guna api sederhana perlahan.Bila sudah cair dan perang, masukkan air panas (hati-hati bila meletakkan air panas, sebab dia akan meletup-letup).Bila gula sudah larut, tutup api dan masukkan butter, biarkan sejuk pada suhu bilik.Blender telur 10 minit atau kacau sampai sebati.Masukkan esen vanilla dan kacau.Masukkan susu pekat kacau hingga sebati, masukkan soda bikarbonat kemudian baking powder.Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau sampai sebati (guna mixer pun boleh).Akhir sekali masukkan air gula yg sudah disejukkan, kacau hingga sebati atau sampai tidak berketul (guna mixer).Gris loyang dan lapik baking paper, tapis adunan ke dalam loyang, bakar api bawah sahaja selama 1 jam suhu 180′. Kemudian bakar lagi 5-10 minit api atas sahaja suhu 180′.Boleh juga dikukus atau menggunakan rice cooker selama 1 jam atau hingga masak.

Tips Kek Gula Hangus
Tips yang didapat daripada Norana Denny di Facebook ini boleh anda praktikkan untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik dan sedap :
Gula boleh dikacau, biarkan di atas kuali menggunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jangan risau, rasa dia akan sedap seperti gula dan sudah hangus seperti rasa coklat. Warna dia akan hitam. Kalau nak lagi hitam, tambahkan camca kecik koko campur air panas sedikit dan tuang…PERHATIAN kacau telur jangan lama, kerana boleh keringkan kek, kacau sekadar telur kuning pecah dan sebati.Masa memasukkan susu dan tepung pun mesti dikacau sekejap sahaja sebab hasilnya nanti kek akan lembab dan lembut.10. Resepi Kek Kelapa Hujan PanasKoleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix GoogleBahan-bahan:-
1 cawan marjerin atau mentega
1 cawan gula kastor
5 biji telur gred C
1 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu besar pati santan kotak
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
1 cawan kelapa kering(campuran kelapa yg warna warni)

Cara Penyediaan:
pukul marjerin dan gula hingga kembang,putih gebu.masuk garam dan telur satu persatu dn pukul lagi sampai gebu.kemudian masukkan tepung dan baking powder yg diayak dulumasukkan kelapa kering dan gaul rata dan sebati.masuk dalam loyang 7inci disapu marjerin dan lapik baking paper terlebih dahulu.bakar pada suhu 170° selama 50 minit atau 1 jam ikut oven masing2.(saya guna kelapa parut putih dan sangai hingga kering tp jgn sampai kuning ye.lepas tu bahagi kpd 4 bahagian dan warnakan hijau,merah,kuning dan biru.)selamat mencuba..kredit: FB Resepi Isteri Viral / noriza jaja


11. Resepi Kek Pisang Koleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix GoogleBahan-Bahan:
5-6 biji pisang emas saiz sederhana (4 biji sahaja jika pisang bersaiz besar seperti pisang berangan)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 cawan minyak canola atau jagung
4 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila

Bahan-bahan untuk diayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder

Cara Penyediaan:-
Griskan acuan bersaiz 8 inci x 8 inci dan lapik dengan kertas baking. Panaskan oven pada suhu 170°C.Ayak bahan-bahan untuk diayak ke dalam mangkuk besar.Di dalam blender, masukkan telur dan gula kemudian blend selama beberapa minit atau sehingga adunan telur menjadi kembang.Masukkan pula minyak, pisang yang sudah dilecek, garam dan esen vanila. Blend lagi selama beberapa minit.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi. Kacau dengan cara kaup balik dengan perlahan sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama kerana takut kek akan menjadi keras jika tepung terlebih kacau.Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang di atas permukaan. Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Turunkan suhu kepada 160°C selepas 15 minit dan bakar sehingga masak.Tips:Kek sudah masak jika bilah lidi yang dicucukkan di tengah kek keluar dengan bersih dan licin. Jika masih basah dan melekat, teruskan bakar selama beberapa minit kembali.
kredit : resepichenom.com/resepi/kek-pisang-lembap

12. Resepi Kek ChiffonKoleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix GoogleBahan A
6 biji kuning telur
⅔ cawan minyak Mazola
⅔ cawan santan pekat
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
pewarna hijau dan perisa pandan
1½ cawan tepung gandum *diayak (ita guna tpg kek)
2 sudu kecil baking powder* diayak (ita letak 1 sudu teh )

Bahan B
6 biji putih telur
½ cawan gula pasir
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara Penyediaan:-
Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. (tak perlu kembang, sebati je dah cukup)Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175cSetelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
* Peringatan utk ita : Utk oven ita kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit

13. Resepi Kek Span Coklat
Koleksi 13 Kek Evergreen Yang Sedap Buat Terkenang Zaman Dulu-Dulu
pix GoogleBahan-bahan:-
4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Cara Penyediaan:-
Satukan tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung dengan speed perlahan dulu supaya tepung tak berterbangan ke muka  ^_^Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.Jangan putar lama, sampai gebu, kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer.Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula hingga rata biar slama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..Tuang adunan ke dalam loyang  8 inci yang di lapik dengan kertas kek dan sapukan butter sekelilingnya.Bakar di dalam ketuhar yang dipanaskan 15 minit awal pada suhu 170C dengan menggunakan api atas dan bawah. Bakar selama 30 ~ 35 minitPeringatan dari Ita:-
Bila kek dah masak, terus keluarkan dari oven. Biar sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang.Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek. Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit. Lepas tu terus terbalikkan semula. Kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti. Ingat kek span ni dia sensitive sikit. Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong dia kepada kepingan..
Resepi asal : Chef Amer Hamzah




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2020/05/koleksi-13-kek-dulu-dulu-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Kismis Kukus Terlajak Sedap Dan Lembab

Resepi Kek Kismis Kukus Terlajak Sedap Dan Lembab

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 707 hits
Resepi Kek Kismis Kukus Sedap Dan Lembab Aduhh makin hari makin banyak pulak saya memasak dan rajin juga mencuba resepi baru yang selama ini tak pernah pulak terfikir untuk saya mencubanya Rahmat PKP mungkin hingga saya jadi rajin memasak h...
Daftar 4 Permainan Zaman Dulu Yang Sudah Jarang Dimainkan

Daftar 4 Permainan Zaman Dulu Yang Sudah Jarang Dimainkan

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 255 hits
Seiring semakin berkembangnya teknologi digital membuat ragam permainan tradisional khas tanah air pun mulai tergerus bahkan tidak lagi dikenal oleh generasi anak anak zaman sekarang Kini anak anak justru lebih asyik dengan gadget dan juga ...
Teringin Nak Makan Kek Coklat Moist Tapi Masih Dalam Fasa Berjimat Jom Buat Sendiri

Teringin Nak Makan Kek Coklat Moist Tapi Masih Dalam Fasa Berjimat Jom Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 517 hits
Musim dunia diserang wabak covid 19 ni kita pasti akan terasa nak makan macam macam maklumlah terkurung dirumah dari musim pkp sehinggalah pkpb Jadi dari duduk rumah saja saja ada baiknya kita memenuhi ruang dapur dengan keluarga orang kata...
Kek Batik Horlicks Sedap Tak Muak Anak Pun Suka

Kek Batik Horlicks Sedap Tak Muak Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 604 hits
Biasanya kek batik kebanyakan resipi menggunakan bahan asas coklat Tapi kali ini anda boleh cuba buat pula kek batik horlicks Bagi anda yang tak biasa buat kek pun boleh buat sendiri dan mesti jadi Tak perlu nak guna mixer atau bakar pun cu...
Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni Paling Ringkas Sedap Lembut

Mudahnya Buat Kek Classic Victoria Sandwich Ni Paling Ringkas Sedap Lembut

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 555 hits
Menikmati sepotong kek Classic Victoria Sandwich terasa seakan tidak pernah mencukupi Keenakkan rasanya ditambah dengan kelembutan kek dan topping serta krim membuatkan setiap suapan terasa cukup bermakna Rupanya hendak menyediakan Kek Clas...
Kek Sarang Semut Guna Air Fryer Terlajak Mudah Sedap

Kek Sarang Semut Guna Air Fryer Terlajak Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 945 hits
Bukan semua daripada kita mempunyai oven di rumah Namun keinginan untuk menyediakan kek sendiri ketika raya kali ini terasa membuak buak Jangan kecewa kerana kini kek boleh disediakan dengan mudah menggunakan periuk nasi atau paling pantas ...
Kek Marble Moist Paling Senang Sedap Gebu Guna Sukatan Cawan

Kek Marble Moist Paling Senang Sedap Gebu Guna Sukatan Cawan

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 1186 hits
Kek marble antara kek yang cukup popular menjelang musim perayaan kerana ia paling mudah disediakan malah rasanya yang cukup enak Namun mencari resipi yang mudah malah menggunakan sukatan cawan yang sedap anda perlu bijak mencuba pelbagai r...
10 Resepi Kek Pastry Sedap Dan Mudah Guna Air Fryer

10 Resepi Kek Pastry Sedap Dan Mudah Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 690 hits
10 Resepi Kek Pastry Sedap Dan Mudah Guna Air Fryer Sejak dua menjak ni ramai yang makin hangat bercerita tentang air fryer kan Mana taknya masak guna air fryer ni memang mudah betul Tak kisahlah nak buat masakan jenis kuih muih kek pastry ...
Kek Hokkaido Versi Gebu Gebas Tak Menyesal Buat Inti Kastardnya Sangat Sedap

Kek Hokkaido Versi Gebu Gebas Tak Menyesal Buat Inti Kastardnya Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 487 hits
Kek yang popular biasanya kek coklat atau marble kek Bukan apa ini antara kategori kek yang seisi keluarga suka Jadi biasanya ibu akan cuba belajar resipi kek ini untuk memenuhi permintaan anak dan suami Ok kali ini anda boleh buat sedikit ...
Zuraida S Case Has Serious Impact On Malaysian Politics

Cuba Hwc Coffee

Fans Stand In Solidarity With Convert Tiktoker Rayyan Wong After Cops Nab Him For 3r Breaches

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Persiapan Raya Di Butik Jamilah Uda Business Centre


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Pelakon Lan Zailan Pergi Dengan Pesanan Bermakna Buat Anak Anaknya

Acara Istimewa Kata Kata Blues Kopi Bersama Ito Cottage Music 21 Dec 2024

Cuti Penggal 3

Antara Beli Kereta Alphard Atau Hanya Menyewa Bila Diperlukan Sahaja Yang Mana Lebih Baik

Servis Pest Control Je Mampu Tangani Masalah Pepijat Di Rumah Lega Dapat Tidur Selesa

Why New Hampshire S 24 Inch Shwt Rule Is Redefining Septic System Efficiency