Kolam Ikan Tilapia
Suka Duka Buat Kolam Ikan Sendiri. Ni cerita tahun 2015. Bila rumah kami siap, mr. Husband bercadang buat kolam ikan sendiri. Best pun best, nanti bolehlah tuai hasil ikan untuk dimakan.
Ni view belakang rumah. Kalau siang siang hari, banyak monyet-monyet bergantungan di pokok pokok tu. Monyet ni jahat tau, mereka datang serang segala tanaman yang kau ada, lagi-lagi pokok buah-buahan
Gambar di bawah ni, tu sana mr.Husband sibuk buat kandang ayam. Tinggal di kampung lah katakan, segala binatang mau dibela. Kita gunalah ruang tanah yang ada, boleh bela binatang boleh tanam pokok pokok
mr.Husband lah yang rajin cucuk tanam semua, aku pemerhati bebas sahaja. Bukan pandai pun main tanam-tanam. Tanam bunga pun aku gagal, apatah lagi tanam pokok buah dan sayur
Ni tahun 2015, now 2021 pemandangan kolam pun berbeza. Kandang ayam tu pun sudah tiada. Masalah bila ada kandang ayam di situ, biawak suka datang kacau ayam ayam tu
Jadi kandang ayam dirobohkan dan dibuat di tempat lain yang dekat sikit dengan rumah
Ni cerita dulu pasal kolam ikan mr.Husband. Mula-mula elok sajakan airnya cantik. Lama kelamaan jadi warna kecoklatan lah pula. Misteri betul
Terpaksa pam semua air keluar dan keringkan kolam. Nasib baik waktu tu belum ada anak ikan menetap di dalamnya.
Lepas keringkan kolam, mr.Husband simenkan lantai kolam tu. Memang makan masa agak lama juga untuk disiapkan pasal dugaan sungguh apabila tertangguh kerana hujan
Dan jeng jeng jeng, kolam ikan ini bakal dikeringkan sekali lagi untuk baikpulih. Macam ni lah mr.Husband, ada saja mini projek dia
Now kami dah ada ikan tilapia merah. Baru-baru ni sempatlah merasa ikan tilapia masak sos. Berat ikan tilapia sekitar 800gram. Ikan ikan ni bukan untuk dijual, tapi untuk makan sendiri
Esok-esok aku update gambar ikan tilapia tu. mr.Husband dah pindahkan ikan-ikan tu ke kolam sementara. Untuk kolam ikan ni, selain perlu dikeringkan dan disimen semula, mr.Husband bercadang nak naikkan bata keliling kolam untuk elak ikan-ikan tidak hanyut sekiranya banjir
Fuh, 3 kali sudah kami kena banjir. Yang banjir pertama tu (kalau ndak silap sekitar Feb 2015) air naik sehingga separuh paras pagar tu. Agak teruk juga banjir tahun tu
Yang kedua, banjir dua tahun lepas. Dan yang ketiga, banjir baru-baru ni 2/9/2021. Tapi air naik tidaklah seteruk banjir pertama, cuma habis tenggelam kolam kami dan ikan ikan ada yang terlepas.
Kadang-kadang, Iman dan Amin selamba sahaja terjun kolam tanpa rasa takut. Aku pula yang risau, macam macam aku fikir. Tapi budak kampung lah katakan, ada dorang mau kesah masuk kolam ikan macam ni
Aku ja lah yang overthinking macam macam. Haha
Nanti once kolam ikan dibaikpulih, aku update lah rupa bentuk kolam ni ok. Banyak kenangan dengan kawasan kolam ni. Tempat cucuk tanamlah, tempat aku petik daun kunyit dan serailah. Tempat kami duduk melepak sambil minum air kelapa segar. Tempat kami kejar halau monyetlah.
Dan sempatlah juga kami berdayung sampan di dalam kolam ni, hehe
cheers
Note: article repurposed. 1st published on June 2015
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrspip.com/2015/06/kolam-ikan-misteri.html