Klinik Gigi Redha Di Bandar Tun Hussein Onn Service Amat Selesa Ketika Di Sini
Hi Korang,
Bila sebut pasal klinik gigi jer ramai yang takut mengenainya sampai mengelak untuk ke klinik, betul tak
Yes its true!
Sampai husband kak lily mr Big langsung tak ke dentist sekian lama. Bila di tanya jawapannya sebab bunyi ngilu ketika treatment. Itu memang betul tapi kita kena hadapinya kan, kalau tak memang sakitlah gigi tuh dan takut merebak ke bahagian gigi yang lain
Bagi kak lily dalam banyak-banyak dentist yang kak lily pi, Klinik gigi REDHA di Bandar Tun Hussein Onn ini merupakan klinik gig yang amat-amat selesa dan kak lily rasa tenang je ketika menjalani treatment di sini
Oh ya kalau korang nak tau Klinik Pergigian Redha diasaskan oleh Allahyarham Dr. Yuszahanim Yusoff, yang mana ianya menyediakan rangkaian lengkap perkhidmatan pergigian profesional sejak tahun 2000
Klinik kedua mula beroperasi pada 2019, terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, yang membolehkan pesakit dari Balakong dan Serdang mendapat akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan dan penjagaan yang diharapkan daripada pasukan pakar bedah dan pembantu pergigian
Dan kini Klinik Pergigian Redha mempunyai 4 cawangan di sekitar Lembah Klang
Bila kak lily masuk ke dalam Klinik Redha ni rasa tenang dan selesa, dekorasinya simple. Para petugasnya amat ramah dalam melayani kerenah kak lily yang banyak bertanya ni hah
Dolphin Chair untuk rawatan kanak-kanak, bestkan kerusi nieh
Bilik X-Ray
Rawatan Gigi Yang Terdapat di Klinik Gigi Redha
Pelbagai perkhidmatan rawatan yang ditawarkan kat klinik ini bukan sahaja rawatan pemutihan gigi dan pembersihan gigi, bahkan pelbagai rawatan estetik pergigian yang lain seperti pemasangan braces, tampalan gigi hadapan sewarna dan juga crown and bridge (gigi sarung)
Tidak ketinggalan juga pemeriksaan gigi dan perkhidmatan X-Ray
Kak lily Buat Rawatan Whitening (1st Cycle)
Sebenarnya dalam bunyi ngilu-ngilu tuh, kak lily amat selesa dengan rawatan pembersihan gigi ataupun lebih di kenali dengan scalling. Bila karang-karang gigi di pecahkan dan kak lily dapat tengok sendiri serasa seperti suatu kepuasan yang tak terhingga
Namun di sebabkan gigi dah mula nampak kekuningan akibat minum kopi yang banyak so kak lily rasa seeloknya kak lily dapatkan rawatan Whitening ni
Hati berdebar-debarkan pada mula sebab kak lily prosesnya akan memakan masa yang agak lama namun tidak cuba tidak sampai 1 jam sahaja
Sebelum start prosedur pemutihan gigi, Dr Aiza check “shade” (warna) gigi asal untuk membuat perbandingan yang betul selepas prosedur. Ambil gambar dari pelbagai angle pun ade jugak tau
Kemudiannya kak lily kena pakai Retractor bibir yang berfungsi untuk menarik bibir dan pipi untuk tidak mendedahkannya kepada gel whitening
Selepas semua penghalang perlindungan dipasangkan, sejumlah gel whitening diletakkan di atas permukaan gigi yang kering bagi menutup permukaan gigi yang hendak diputihkan
Setelah gel whitening di letakkan, kak lily kena berehat dalam 10-15 minit gitueww supaya gelnya dapat meresap ke dalam gigi. Ermm time lah kak lily tertidur, sampai Dr Aiza pun tergelak dibuatnya
Nampak tak hasilnya??
Amat-amat berbeza kan, gigi kak lily yang ade line sopek tuh terus dah hilang hehehee barunya ada confident nak sembang-sembang kan
Harga Pakej Rawatan Whitening
Sekarang ini RedhaDental ada promosi untuk Whitening ni, RM399 sahaja untuk mereka yang belum pernah datang ke klinik kami.
Bukan tu saja, korang akan dapat
👉 PERCUMA Scaling & Polishing
👉 PERCUMA Mouth Check-up
Korang hanya perlu buat tempahan slot dengan Klik Link dibawah
https://hi.jomwasap.my/fwhitening
Jangan bimbang bayaran boleh di buat secara kredit mahupun debit kad dan juga secara online. Namun korang boleh membayar secara ansuran dengan ATOME
Jom kite ke
Klinik Pergigian RedhaNo 9, Town Park 5,Jalan Suarasa 8/7,Bandar Tun Hussein Onn,43200, Cheras, Selangor
Phone Number: 014-9082 042E-Mail:
[email protected]Ayuh dapatkan gigi yang putih lagi cantik sebelum raya ni tau..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2023/03/klinik-gigi-redha-di-bandar-tun-hussein.html