Kl Tower Rasuah Rm500 000 Setahun Ditawar Kepada Bekas Menteri



Isu mengenai Telekom Malaysia menjual 10 juta sahamnya dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuhnya yang menguruskan menara ikonik Kuala Lumpur itu, hangat di media sosial pada Disember lalu.
Telekom didakwa melepaskan pegangannya ke atas anak syarikatnya itu kepada sebuah syarikat yang kurang dikenali bernama Hydroshoppe Sdn Bhd.
Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd didakwa menjana pendapatan RM66 juta sebelum pandemik Covid-19, di mana RM25 juta diumumkan sebagai keuntungan bersihnya.
Susulan pendedahan tersebut, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan pada Disember lalu berkata Putrajaya memandang serius perkara itu dan akan menerima taklimat komprehensif mengenai penjualan Menara KL daripada Telekom pada awal Januari 2023.
Laporan berkaitan..
KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat dan pengarahnya didakwa di dua Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan termasuk menawarkan rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada seorang ahli perniagaan bagi faedah Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, Tan Sri Annuar Musa.
Wang itu didakwa bertujuan mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL).
Bagaimanapun, Pengarah Hydroshoppe Sdn. Bhd., Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim-Hakim Suzana Hussain dan Rozina Ayob.
Di hadapan Rozina, Hydroshoppe didakwa sebagai suatu organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan Abdul Hamid Shaikh iaitu menawarkan suapan RM500,000 setahun kepada Datuk Tan Ser Lay, 60.
Menurut pertuduhan, wang itu ditawarkan untuk tempoh 15 tahun bagi faedah Annuar dengan niat untuk memperoleh perniagaan iaitu pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL.
Oleh demikian, syarikat itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 17A(2) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Di hadapan Suzana, Abdul Hamid Shaikh pula didakwa menawarkan RM500,000 kepada individu serupa dalam tempoh sama sebagai dorongan kepada bekas menteri itu melakukan suatu perkara dicadangkan iaitu mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara KL oleh Hydroshoppe Sdn Bhd.
Pendakwaan mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta SPRM 2009 (Akta 694 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara Julai dan Ogos 2022.
Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin terhadap pengarah itu atas dua tuduhan berkenaan.
“Syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur setiap dua bulan.
“Jaminan dan syarat berkenaan dipersetujui kedua-dua pihak. Kami mohon tarikh sebutan seterusnya pada 2 Jun ini untuk penyerahan dokumen dan permohonan untuk kedua-dua pertuduhan dibicarakan secara bersama pada tarikh akan datang,” katanya.
Peguam bela tertuduh, Shu Ivy mengesahkan persetujuan jaminan dan syarat tambahan berkenaan.
“Kami baru saja dapat kertas pertuduhan pagi ini, kena kaji dahulu tuduhan sebelum membuat keputusan untuk bantah atau tidak perbicaraan secara bersama,” katanya.
Kedua-dua hakim membenarkan jaminan dan syarat seperti dicadangkan tertuduh sebelum menetapkan 2 Jun ini untuk sebutan kes. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/04/hydroshoppe-didakwa-tawar-rasuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Quot Menteri Besar Perlis Quot Azlan Man Akan Di Dakwa Tuduhan Palsu Dokumen

Bekas Quot Menteri Besar Perlis Quot Azlan Man Akan Di Dakwa Tuduhan Palsu Dokumen

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 259 hits
nbsp KUALA LUMPUR Bekas Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini Memetik laporan Berita Harian Online Azlan akan didakwa atas pertuduhan di bawah Akta 18 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia L...
Permohonan Isi 19 000 Kekosongan Guru Secara One Off Dibuka Hari Ini Timb Menteri Pendidikan

Permohonan Isi 19 000 Kekosongan Guru Secara One Off Dibuka Hari Ini Timb Menteri Pendidikan

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 213 hits
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying melawat tapak pameran pada majlis perasmian Pameran Pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam Siri 3 Tahun 2023 di IpohIPOH Pengambilan khas perjawatan guru secara sekali pengambilan atau one off ole...
Panas Bekas Mb Perlis Didakwa Atas Dakwaan Rasuah Esok

Panas Bekas Mb Perlis Didakwa Atas Dakwaan Rasuah Esok

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 140 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang bekas menteri besar Perlis dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar esok Menerusi jemputan kepada media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menamakan identiti sebenar bekas menteri besar itu Den...
Bekas Kakitangan Kerajaan Simpan Rm10 9 Juta Hasil Rasuah Siap Sorok Daripada Anak Dan Isteri

Bekas Kakitangan Kerajaan Simpan Rm10 9 Juta Hasil Rasuah Siap Sorok Daripada Anak Dan Isteri

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 360 hits
SHAFIQAH MUKHSINApabila mata dikaburi wang maka mengambil rasuah dilihat sebagai perkara biasa buat sesetengah pekerja baik kerajaan mahupun swasta Seorang bekas kakitangan Direktorat Cukai Kementerian Kewangan mengaku menyembunyikan sejuml...
Anak Bekas Menteri Dalam Negeri Didakwa

Anak Bekas Menteri Dalam Negeri Didakwa

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 563 hits
Seremban Dua pengarah syarikat termasuk anak kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibena...
Kenapa Pembangkang Tidak Jumpa Langsung Dengan Perdana Menteri

Kenapa Pembangkang Tidak Jumpa Langsung Dengan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 268 hits
ULASANTuan Ibrahim sendiripatut jumpa dengan Anwar PEMBANGKAN mengambil sikap berlunak dengan kerajaan apabla sudah bersedia untuk berunding dengan kerajaan berhubung peruntukan untuk ahli Parlmen Perkara itu dinyatakan oleh timbalan presid...
Timb Menteri Kkd Minta Fb Tiktok Padamkan Video Futej Pasangan Buat Onar Dalam Kereta Merah

Timb Menteri Kkd Minta Fb Tiktok Padamkan Video Futej Pasangan Buat Onar Dalam Kereta Merah

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 329 hits
Susulan tularnya video futej pasangan kekasih melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta Perodua Axia berwarna merah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching meminta pihak Facebook dan TikTok memadamkan video tersebut Saa t...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall