Kita Orang Baik Namun Tidak Semua Orang Suka Kita


HAKIKATNYA, kita adalah orang baik. Pun begitu, tidak semua orang suka kepada kita walaupun kita berasa sudah terbaik. Situasi itu samalah juga dengan diri kita sendiri yang tidak mempercayai seseorang walaupun mereka menganggap dirinya adalah yang terbaik.
Ia bermakna diri kita dan orang lain masih ada jurang kepercayaan yang cukup besar. Persoalannya, mengapa masih ada jurang sebegini sedangkan masing-masing mendakwa mereka adalah orang yang baik?
Sebetulnya, sejak kecil kita semua adalah baik. Namun, proses perkembangan hidup menjadikan ramai yang mendekati sifat buruk dan menjauhi sifat baik.
Pun begitu, sifat yang baik dan buruk adalah begitu relatif. Apa yang nyata, tidak semua yang baik bagi kita adalah baik bagi orang lain. Begitu juga dengan sifat buruk, tidak semua yang buruk bagi kita adalah buruk bagi orang lain.
Ketentuan sesuatu yang baik dan buruk banyak bergantung kepada budaya, fahaman agama dan latar belakang individu berkenaan.
Berkaitan dengan ciri-ciri orang yang baik, tiada sesiapa pun akan mengaku mereka jahat walaupun disabit kesalahan atas perlakuan jahat mereka. Kebanyakan mereka yang jahat menyalahkan orang lain yang menyebabkan mereka dianggap dan dihukum sebagai jahat.
Pendek kata, mereka adalah baik dan kebenaran tetap milik mereka. Selain itu, mereka yang baik sentiasa melihat kebaikan itu dari sudut pandangannya sahaja dan tidak mempedulikan sudut pandangan orang lain kerana yang penting, mereka hanya mempedulikan hak mereka tanpa mempedulikan hak-hak orang lain.
Jika ditegur, mereka tetap berasakan dirinya baik dan orang lain yang bermasalah dengan diri mereka. Tambahan pula, bagi mereka yang berkuasa, lagilah besar jurang dirinya dengan orang lain.
Apabila membicarakan dengan lebih mendalam konteks ‘kita orang baik’, kita sentiasa keliru dengan sikap orang lain yang memandang buruk kepada kita sedangkan diri kita adalah baik.
Keadaan itu menyebabkan kita mudah rasa kecewa dengan sikap mereka yang tidak menyukai kita. Berkaitan hal itu,kita sebenarnya keliru dengan hakikat kehidupan di dunia.
Jelas bahawa walaupun kita sentiasa menjadi yang terbaik sehinggakan terpijak semut pun tidak mati, mereka yang tidak menyukai kita tetap tidak menyukai kita.
Mereka yang membenci diri kita tetap percaya mereka adalah orang yang baik. Oleh itu, tidak perlulah membazir masa untuk berhadapan dengan mereka yang sesungguhnya membenci diri kita, sebaliknya perteguhkan diri mencari keredaan ALLAH SWT kerana itu lebih bermanfaat dan kekal.
Selain itu, kita juga kerap mengalami kesukaran untuk mengenali individu yang baik dan buruk perangainya.
Menurut beberapa kajian psikologi, kebanyakan individu begitu mudah terpengaruh dengan kebaikan kecil yang dilakukan seseorang tanpa usul periksa.
Kadangkala kita cukup teruja dengan bantuan individu yang sudi mengangkat barangan keperluan kita, sedangkan pada masa yang sama menyeludup dadah ke dalam beg kita.
Begitu juga yang sanggup membantu kita yang sesat jalan, walhal bertujuan untuk merompak.
Ingatlah, sebelum kita mengukur sikap kita yang baik, sesungguhnya dalam al-Quran telah menggariskan beberapa sifat buruk manusia, antaranya manusia bersifat terpedaya (surah Al-Infitar, 82:6), terburu-buru (surah Al-Isra, 17:11), suka membantah (surah An-Nahl, 16:4), kedekut (surah A-Isra, 7:100), zalim dan bodoh (surah Al-Ahzab, 33:72) dan suka berprasangka (surah Yunus, 10:36).
Berdasarkan panduan tersebut, kita sepatutnya sentiasa mengukur dan bermuhasabah diri adakah telah mencapai piawai bagi menjauhi sikap tersebut. Jika tidak, jangan mudah mendakwa ‘kita orang baik’.
* Profesor Madya Dr Huzili Hussin ialah Pensyarah Psikologi Kaunseling, Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis
The post Kita orang baik, namun tidak semua orang suka kita appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/09/19/kita-orang-baik-namun-tidak-semua-orang-suka-kita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid Meroket Bima Arya Kalau Saja 6 Bulan Lalu Presiden Serempak Lockdown Semua

Covid Meroket Bima Arya Kalau Saja 6 Bulan Lalu Presiden Serempak Lockdown Semua

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 271 hits
Wali Kota Bogor Bima Arya menilai melonjaknya kasus Covid 19 saat ini tidak akan terjadi jika Presiden Joko Widodo sejak awal pandemi mengambil kebijakan lockdown Menurutnya penerapan lockdown di tengah angka kasus yang sudah semakin tinggi...
The Flash Akan Menjadi Jambatan Kepada Semua Watak Dan Garis Masa Filem Dc

The Flash Akan Menjadi Jambatan Kepada Semua Watak Dan Garis Masa Filem Dc

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 335 hits
Semasa acara maya DC FanDome yang lalu pengarah Andy Muschietti mengesahkan bahawa filem The Flash akan menggunakan elemen time travel dari jalan cerita Flashpoint dimana ia akan memaparkan Barry Allen pergi ke masa lampau untuk menyelamatk...
Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 304 hits
Semua Sekolah Di Kedah Bakal DitutupKeputusan mengenai penutupan sekolah di Kedah hanya akan dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dan nasihat daripada MKN dan KKM Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk...
Umno Terengganu Buat Nasi Kunyit Jika Lawan Pas Semua Kawasan

Umno Terengganu Buat Nasi Kunyit Jika Lawan Pas Semua Kawasan

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 348 hits
UMNO Terengganu akan buat nasi kunyit jika dapat bertembung dengan PAS di semua kerusi parlimen dan DUN di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Menurut sumber portal Terengganu Report kata seorang Ketua UMNO Bahagian di neger...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran