Kita Hadir Ke Tanah Haram Atas Jemputan Nya



Dalam senarai 5 rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap manusia yang mengakui ke-Esaan Allah SWT dan Muhammad S.A.W itu Rasul-Nya, rukun terakhir mempunyai sesuatu yang istimewa.
Ternyata, rukun dan kewajiban mengerjakan haji tidak semua umat Islam mampu melakukannya. Istilah “mampu” bukan hanya bermaksud mempunyai banyak wang, tetapi istilah mampu itu adalah “jemputan” daripada Allah SWT untuk datang ke Mekah, dan pasti Allah SWT akan mencukupkan segalanya.
Sewaktu sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah, saya sempat berbual dengan seorang warga emas yang turut serta dalam kumpulan kami. Nenek ini berasal dari Kuala Langat dan sempat berseloroh dengan kami bahawa di Malaysia beliau mempunyai 82 orang anak! Terkejut mendengarnya!
Percaya atau tidak, nenek ini juga sudah mengerjakan haji dan umrah untuk kesekian kalinya tanpa nenek itu ingat, sudah kali ke berapa dia datang ke Haramain. Maknanya, sudah acap kali ke tanah suci.
Nenek ini tidaklah berharta, setiap kali ke tanah suci perjalanannya telah ditaja oleh banyak individu termasuk dari orang Bukan Islam. Rupa-rupanya nenek ini adalah salah seorang penjaga 82 orang anak yatim di sebuah asrama dan berkat jagaan anak yatim itu, Allah SWT mencukupkan dan memberi rezeki kepada nenek ini untuk sering ke Tanah Suci mengerjakan Haji dan Umrah.
Inilah yang nak dikongsikan bahawa hadirnya hamba Allah ke Tanah Suci adalah atas jemputan Allah, walaupun tidak berduit tetapi Allah SWT pasti menyediakan lorong-lorong untuk hamba-Nya hadir menemui-Nya. Orang berharta, belum tentu dapat datang mengerjakan Haji dan Umrah sekiranya Tuhan tidak menjemputnya.
Mengerjakan Haji dan Umrah mungkin menjadi “mimpi” bagi kebanyakan orang, mungkin kerana mengenangkan taraf ekonomi masing-masing yang hanya cukup-cukup makan. Tetapi jika Allah SWT memilih untuk menjemput “si pemimpi” itu, mudah bagi Allah SWT.
Jika kita melihat suasana di Masjidil Haram yang menempatkan jutaan jemaah untuk beribadah, kita akhirnya akur dengan kekuasaan Allah SWT yang mencukupkan segalanya untuk kita. Kita boleh mengenang, ada jemaah yang lusuh bajunya, tidur entah di mana, menunggu waktu solat di tepi-tepi jalan, makan di lantai dan berkongsi beramai-ramai. Anak dan bayi merengek menangis, mungkin lapar, mungkin panas. Lihatlah juga insan yang terpaksa dipapah atau ditolak dengan kerusi roda kerana keuzuran. Semuanya Allah SWT jemput mereka ke Baitullah.
Bagi jemaah Haji dari Malaysia, kita diuruskan oleh sebuah agensi Kerajaan bernama Tabung Haji. Bayaran untuk mengerjakan haji bukan sedikit, paling rendah sekitar RM 9,980 dengan sumbangan subsidi daripada Kerajaan Malaysia dengan jumlah keseluruhan RM160 juta untuk tahun 2016. Terdapat juga pakej-pakej lain yang disediakan untuk memberi pilihan kepada jemaah Haji yang lebih berkemampuan dari segi kewangan. Apa yang nak dikongsikan di sini adalah ; jemaah Haji Malaysia walaupun pergi dengan pakej terendah, InsyaAllah mendapat kemudahan makan, tempat tinggal, kesihatan, pengangkutan, kebajikan, dan kemudahan kewangan telah disediakan oleh pihak Tabung Haji. Ini adalah nikmat besar yang Allah SWT berikan kepada kita rakyat Malaysia yang wajar kita syukuri dan hargai.
Maka,bersyukurlah kepada Allah SWT yang telah memilih hamba-Nya dapat bertamu ke Baitullah dengan apa cara sekalipun.
Sesungguhnya inilah tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang memperjalankan hamba-hamba-Nya jika Dia mahu!
Pada tarikh 4 September 2016 bersamaan 2 Zulhijjah 1437H, dengan nama Allah SWT yang Maha Kaya, saya bersama isteri berangkat ke Makkah Al Mukkarramah untuk menunaikan Haji atas izin-Nya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jamalrafaie.com/2016/10/kita-hadir-ke-tanah-haram-atas-jemputan-nya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukai Eksport 5 Dikenakan Ke Atas Minyak Sawit Mentah Pada April

Cukai Eksport 5 Dikenakan Ke Atas Minyak Sawit Mentah Pada April

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 303 hits
Malaysia adalah pengeluar kedua terbesar dan pengeksport terbesar minyak sawit dunia KUALA LUMPUR Malaysia akan mengenakan cukai eksport sebanyak 5 ke atas minyak sawit mentah bagi April 2020 Lembaga Minyak Sawit Malaysia berkata cukai bagi...
Mesyuarat Khas Ksn Mohon Maaf Atas Kekhilafan Mb Dan Km Lima Negeri Tidak Dijemput

Mesyuarat Khas Ksn Mohon Maaf Atas Kekhilafan Mb Dan Km Lima Negeri Tidak Dijemput

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 205 hits
Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali memohon maaf atas kekhilafan yang timbul berkaitan dengan jemputan bagi menghadiri Mesyuarat Khas bagi menyelaraskan Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri yang diadakan hari ini Kata beliau merujuk ...
Patut Lah Level Atas Sampai Bawah Fikir Cam Sampah

Patut Lah Level Atas Sampai Bawah Fikir Cam Sampah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 225 hits
Yusof ismailPatut la yiddin tak bagi jawatan penting kat lobai Bodo rupanya Orang bawah level kapcai ni lagi la bodonya setinggi pokok nyok Yang ada jawatan sekarang pun dah nampak bodonya terang terangan Jantan betina sama jer bodo piang
Siapa Yang Mundur Dan Buat Perangai Duduk Atas Pokok Sebenarnya Ni

Siapa Yang Mundur Dan Buat Perangai Duduk Atas Pokok Sebenarnya Ni

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 184 hits
Dear orang bandar Kau tak rasa malu ke bila orang yang kau lihat sebagai mundur dan yang kau selalu hina sebagai duduk atas pokok boleh faham keperluan untuk break the chain penyakit berjangkit macam Covid19 Dikala ketua rumah rumah panjang...
Ujian Vaksin Pertama Ke Atas Manusia Bermula Di As

Ujian Vaksin Pertama Ke Atas Manusia Bermula Di As

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 212 hits
WASHINGTON Ujian klinikal untuk menilai keberkesanan vaksin koronavirus bermula pada Isnin di Amerika Syarikat kata seorang pegawai kesihatan Amerika Syarikat lapor agensi berita Xinhua Hari ini vaksin percubaan itu disuntik kepada peserta ...
Antivirus Penyelidik Amerika Mula Suntik Vaksin Percubaan Covid 19 Ke Atas Manusia

Antivirus Penyelidik Amerika Mula Suntik Vaksin Percubaan Covid 19 Ke Atas Manusia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 391 hits
PENYELIDIK Amerika Syarikat dilapor telah memulakan suntikan vaksin eksperimen coronavirus pertama kepada 45 sukarelawan manusia di negara itu pada hari Isnin Ujian klinikal terhadap sejenis vaksin eksperimen bagi melawan virus yang menjadi...
Customer Fails Brake Test Slaps Puspakom Inspector Probe

No Discussion On Expanding Alcohol Sales Curbs In Ipoh Exco

A Comedy Of Errors In New Silly Season On Campus

Hiburan Adik Beradik Pun Boleh Gaduh Inikan Pula Saya Dengan Nabil Elly Mazlein Nabil Ahmad Sudah Berbaik

Warga Indonesia Ditegur Buat Konten Didepan Rumah Mangsa Kebakaran La

Kelantan Sepasang Suami Isteri Ditahan Terlibat Sindiket Rokok Seludup Di Tanah Merah

Tahun Baharu Azam Baharu Ke Arah Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat Lebih Panjang Umur

Ohsolah Car Interior Cleaner


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Reflections From London Shaping Bilateral Ties With A More Active Uk

Isnin Mai Dahhh

Anggi Marito Aku Bukan Untukmu Chord

Raffa Affar Adakah Kau Setia Chord

Tiga Jenis Kaki Sembang Yang Rasulullah Saw Paling Benci

Ketua Polis Daerah Bentong Dua Laluan Di Genting Highlands Masih Lagi Ditutup Dan Dikawal 24 Jam