Kisahku 1 Bulan Mengembara Di Bhutan Oleh Zahariz Khuzaimah



TIGER’S NEST MONASTERY DI TAKSANG

8 Perkara Unik Yang Saya Temui Sewaktu Mengembara Sebulan Di Bhutan 
Oleh Zahariz Khuzaimah 

SEMENJAK saya kecil saya selalu terfikir setiap kali melihat peta dunia, apakah yang terkandung di dalam sebuah negara kecil yang bernama Bhutan, yang terletak di antara 2 kuasa besar dunia, India dan Cina.
Bagaimanakah rupa penduduk-penduduk di sana, bagaimanakah mereka menjalani kehidupan mereka, bunyi bahasa yang mereka tuturkan dan bentuk muka bumi di sana.
Saya tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki di sana. Tetapi di awal tahun ini, saya tergerak hati untuk cuba mengembara ke negara unik itu dan mula berhubung dengan agensi-agensi yang mengendalikan industri pelancongan di Bhutan melalui emel. 

SAYA BERSAMA SALAH SEORANG PEMANDU PELANCONG SAYA.

JURUTERBANG ROYAL BHUTAN AIRLINES MELAKUKAN PENDARATAN DI PARO.
SENIBINA RUMAH BIASA DI PARO, BHUTAN.TIGER’S NEST MONASTERY.SALAH SATU KUIL DI TIGER’S NEST MONASTERY.DALAM PERJALANAN MERENTASI PERGUNUNGAN JUMOLHARI.Alhamdulillah, perancangan saya untuk menerokai Bhutan berjaya dan saya akhirnya ditaja sendiri oleh syarikat pelancongan yang terkemuka di Bhutan iaitu DrukAsia, DrukAir dan Kementerian Pelancongan Bhutan sendiri sepenuhnya dari tiket penerbangan business class hinggalah ke secawan kopi.

Visa pelancong untuk ke Bhutan amat mahal dan ditetapkan hanya sah selama 2 minggu maksimum sahaja tetapi saya bertuah kerana visa saya juga ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Bhutan.
Paling mengembirakan saya dibenarkan untuk berada di negara itu selama sebulan.

Sebenarnya, penjelajahan saya selama sebulan di Bhutan hanyalah sebahagian kecil daripada pengembaraan utama saya iaitu menjelajah ke seluruh banjaran Himalaya yang kebanyakannya akan saya lalui dengan basikal.Jangkamasa yang akan diambil untuk saya menjelajah ke seluruh banjaran pergunungan Himalaya adalah tidak diketahui.Saya ke Bhutan menggunakan penerbangan syarikat Royal Bhutan Airlines yang terbang ke Paro, Bhutan dari Singapura pada awal bulan April 2016.Dalam penerbangan tersebut, saya diberi peluang untuk masuk sendiri ke bahagian ‘cockpit’ untuk menyaksikan sendiri dan merekodkan dalam bentuk filem bagaimana juruterbang Royal Bhutan Airlines yang dikatakan antara terhebat di dunia mengawal pesawat untuk terbang melalui kawasan pergunungan di Himalaya dan mendarat di lapangan terbang Paro, Bhutan.Lapangan terbang ini merupakan antara lapangan terbang yang paling sukar untuk mendarat di dunia.Daripada pemerhatian saya, memang sukar untuk mendarat di lapangan terbang Paro dan cuma juruterbang terpilih sahaja yang boleh mengendalikan pendaratan tersebut.Apabila pesawat yang saya naiki hampir mendarat dan terbang di altitud yang rendah, lapangan terbang tersebut masih lagi tidak kelihatan kerana dilindungi oleh gunung-ganang yang tinggi menjulang.Kadang kala pesawat yang kami naiki terbang amat dekat dengan bumbung rumah-rumah penduduk tempatan yang dibina di puncak-pucak dan lereng-lereng gunung berhampiran Paro.Setelah melalui sebuah gunung, pesawat kami tiba-tiba membelok tajam ke kiri dan akhirnya saya melihat landasan lapangan terbang Paro yang kelihatan amat dekat sebelum pendaratan dilakukan.Walaupun pengembaraan saya ditaja, saya tetap datang ke Bhutan sebagai seorang pelancong biasa di mana saya disediakan 2 orang pemandu pelancong yang akan menemani saya ke mana sahaja saya pergi mengikut jadual perjalanan yang telah ditetapkan.Saya menjadi sedikit kekok kerana ini merupakan kali pertama saya tidak mengembara berseorangan tetapi bersama pemandu pelancong yang ditetapkan.Saya merasakan pergerakan saya menjadi sedikit kurang bebas dengan keadaan ini tetapi memudahkan perjalanan saya kerana mereka adalah pemandu pelancong yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang cukup mendalam.Ini juga menjadi satu peluang bagi saya untuk saya mempelajari budaya orang-orang tempatan di sini.Pemandu pelancong saya telah dimaklumkan bahawa saya amat berminat untuk menerokai kawasan pergunungan di Bhutan dan melihat kehidupan masyarakat nomad yang tinggal di kawasan pergunungan.Jadi tanpa melengahkan masa, saya cuma menghabiskan masa selama sehari di Paro dengan mendaki ke Taksang.Tujuan utama pendakian ini adalah untuk melihat keindahan sebuah kuil Buddha yang amat terkenal dan indah iaitu ‘Tiger’s Nest Temple’ yang dibina di celah-celah lereng gunung berbatu di Taksang, berhampiran Paro.Pendakian di Taksang mengambil masa lebih kurang 2 hingga ke 4 jam bergantung kepada fizikal masing-masing yang bermula dari 2200m hinggalah ke sekitar 3000m altitud.Pada keesokan harinya, saya terus ke kawasan pergunungan di bahagian utara Bhutan untuk ke kawasan pergunungan Jumolhari.Sekali lagi saya terkejut bila dapat tahu saya akan ditemani oleh 2 pemandu pelancong, seorang tukang masak dan 10 ekor keldai untuk membawa segala peralatan memasak, makanan dan peralatan berkhemah.Bagi saya, ini adalah sesuatu yang cukup mewah kerana selama ini saya selalunya berseorangan.Perjalanan merentasi pergunungan Jumolhari ini mengambil masa 5 hari melalui jalan-jalan yang sukar dan merentasi jalan yang mempunyai altitud setinggi 5000m dari paras laut.Puncak Jumolhari adalah antara puncak yang tertinggi di Bhutan iaitu melebihi 7300m.Semua puncak gunung yang ketinggiannya 6000m ke atas dari paras laut tidak dibenarkan sama sekali untuk dipanjat kerana ianya dianggap suci oleh penganut agama Buddha di sini. HUBUNGAN ANTARA SEORANG WANITA DAN CUCUNYA DI KAWASAN PEDALAMAN DI BHUTAN. HUBUNGAN RAPAT ANTARA ADIK BERADIK DI KAWASAN PEDALAMAN DI BHUTAN.KHEMAH SAYA DILITUPI SALJI DI PERTENGAHAN MUSIM PANAS DI PERGUNUNGAN JUMOLHARI.SEBUAH TASIK BERKEDUDUKAN 4600M ALTITUD DAN PUNCAK JUMOLHARI DI BELAKANGNYA.MOUNTAIN PASS PADA KETINGGIAN 5000M ALTITUD.
SAYA BERDIRI DI MOUNTAIN PASS PADA KETINGGIAN 5000M ALTITUD.ORANG TEMPATAN DI BHUTAN BERLATIH MEMANAH DI KAWASAN PERGUNUNGAN..PENGEMBALA YAK DI KAWASAN PERGUNUNGAN.
PENGEMBALA YAK DI KAWASAN PERGUNUNGAN.
Setelah menghabiskan masa 5 hari di pergunungan Jumolhari, saya kemudiannya meneruskan lagi perjalanan ke kawasan pergunungan di Laya, sebuah tempat terpencil yang terletak di utara Bhutan.Lokasinya amat hampir dengan sempadan Tibet. Saya habiskan masa selama 12 hari di sini.Selama saya menghabiskan masa di kawasan pergunungan di Lower Himalaya di Bhutan, banyak yang saya pelajari tentang kehidupan masyarakat tempatan di sini.Berikut saya senaraikan secara ringkas:1. Kualiti hidup yang tinggiWalaupun kebanyakan orang-orang yang tinggal di kawasan pergunungan di sini hidup secara berpindah randah mengikut musim (nomad) tetapi mereka mempunyai kualiti hidup yang tinggi.2. Kerajaan amat menekankan aspek kegembiraan rakyatKerajaan Bhutan amat terkenal dari segi menekankan aspek kegembiraan rakyatnya berbanding negara-negara lain di dunia.Mereka tidak begitu menekankan GDP (Gross Domestic Product) tetapi amat menekankan GNH (Gross National Happiness) untuk menaikkan tahap kegembiraan seluruh rakyatnya.Mereka tidak menggunakan harta kekayaan sebagai alat pengukur, tetapi mereka mengukur dengan kegembiraan rohani.Kesannya amat mudah dilihat dengan air muka setiap warga Bhutan yang saya temui. Kebanyakkan mereka amat ramah, mudah memberikan senyuman dan mempunyai budi pekerti yang amat baik.3. Mementingkan keluargaMereka amat mementingkan aspek kekeluargaan. Saya terkejut apabila mengetahui bahawa secara purata, rakyatnya mempunyai pendapatan sebanyak USD1600 sebulan.Amat jauh bezanya jika dibandingkan cuma dengan 7 tahun yang lepas di mana purata pendapatan rakyatnya cuma USD400 sebulan.Amat memeranjatkan lagi apabila orang-orang nomad yang tinggal di kawasan pergunungan juga mempunyai pendapatan bulanan yang amat tinggi dan dijaga baik oleh kerajaannya.Jika tanaman atau haiwan ternakan mereka hancur atau mati disebabkan bencana alam, setiap mereka akan diberi pampasan oleh kerajaan Bhutan.Ini amat memeranjatkan kerana jumlah GDP negara ini amat kecil, cuma lebih kurang USD2 bilion setahun, tetapi kerajaannya menjalankan tugas yang amat cekap dalam membahagikan kekayaan negaranya kepada setiap warganya secara adil.4. Raja Bhutan dikenali sebagai seorang yang bijakRaja yang memerintah negara ini juga dilihat sebagai seorang yang amat bijaksana dan amat dihormati oleh setiap warga Bhutan. Baginda dan kerajaannya memerintah negara ini berdasarkan prinsip fahaman agama Buddha.Baru-baru ini raja mereka mengarahkan rakyatnya untuk menanam 100,000 pokok di seluruh negara bagi menyambut kelahiran puteranya yang pertama.Baginda juga melarang semua warganya untuk melakukan pencemaran alam di Bhutan. Hasilnya, Bhutan adalah satu-satunya negara yang langsung tidak menghasilkan karbon.Negara ini juga mempunyai kualiti udara terbaik di dunia walaupun ia terletak di antara 2 negara yang mempunyai populasi terbanyak di dunia, iaitu Cina dan India.5. Rakyat Bhutan kuat agamaSelain itu, rakyatnya juga adalah penganut agama Buddha yang amat serius. Rata-rata mereka amat mendalami agama mereka jika dibandingkan dengan penganut agama Buddha di negara lain.6. Rakyat Bhutan tidak makan dagingKebanyakan mereka tidak memakan daging. Jadi nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan utama disini.Ada juga di antara mereka yang tidak memetik buah dari pokok tetapi cuma akan menunggu hingga buah itu gugur sendiri sebelum mengambil dan memakannya.Seperti masyarakat kita di Malaysia, mereka juga gemar memakan makanan yang pedas.7. Rokok diharamkan di BhutanMerokok diharamkan di Bhutan. Penjualan rokok tidak dibenarkan sama sekali di mana-mana di Bhutan.Pelancong asing cuma boleh membawa masuk maksimum sebanyak 200 batang rokok sahaja ke Bhutan dan akan dikenakan cukai bagi setiap batang rokok yang dibawa masuk.Pelancong asing yang datang ke Bhutan cuma boleh merokok di tempat-tempat yang ditetapkan sahaja.8. Memanah dijadikan sukan nasional di BhutanMemanah adalah sukan nasional di Bhutan. Hampir semua lelaki dewasa di Bhutan boleh memanah.Jaraknya adalah 150m, mereka selalunya akan memakai pakaian tradisional dan mereka akan menari apabila pihak lawan berjaya memanah ke sasaran sebagai menaikkan semangat pihak lawan untuk memanah dengan lebih baik.Mereka juga akan melihat bagaimana bendera berkibar untuk mengetahui arah dan kekuatan angin supaya mereka boleh memanah dengan lebih tepat.PALACE OF HAPPINESS DI PUNAKHA.
tHIMPU, IBU NEGARA BHUTAN.

TRAFIK DI PERTENGAHAN BANDARAYA THIMPU BUKAN DIKAWAL OLEH LAMPU ISYARAT TETAPI OLEH POLIS YANG BERTUGAS.
UDARA SEGAR DAN PEMANDANGAN MENAKJUBKAN SEPANJANG PENGEMBARAAN DI KAWASAN PERGUNUNGAN DI SEMPADAN BHUTAN-TIBET.
SENIBINA MENARIK DI KAWASAN PERUMAHAN DI LAYA, SEBUAH KAMPUNG TERPENCIL DI UTARA BHUTAN.
KANAK-KANAK YANG SENTIASA RIANG DI SEKOLAH DI LAYA.MURID-MURID MENGENAKAN PAKAIAN TRADISIONAL DI SEKOLAH DI LAYA.ORANG TEMPATAN DI LAYA BERCUCUK TANAM DENGAN MENGGUNAKAN TANGAN MEREKA SENDIRI.MEREKODKAN KEHIDUPAN NOMAD DI PERGUNUNGAN BHUTAN HIMALAYA DALAM BENTUK FILEM.ORANG-ORANG NOMAD YANG HIDUP DI PERGUNUNGAN TINGGI DI SEMPADAN BHUTAN-TIBET.SEBUAH PUNCAK GUNUNG YANG MENCECAH HAMPIR 8000M ALTITUD DI SEMPADAN BHUTAN-TIBET.
Secara amnya, setelah sebulan saya menghabiskan masa di Bhutan, saya melihat negara ini sebagai sebuah negara yang amat unik dan lain daripada kebanyakan negara yang telah saya lawati.Sebulan tentunya amat pendek untuk saya benar-benar memahami negara di pergunungan Himalaya ini.Saya berhajat untuk kembali ke negara ini semula mungkin dalam jangkamasa 5 tahun lagi kerana saya mahu melihat bagaimana keadaan negara ini dalam jangkamasa 5 tahun akan datang.Sekarang, mereka baru mula untuk membangun dan ia kelihatan amat positif. Sepanjang saya disini, saya lihat jalanraya mula dibina untuk menghubungkan seluruh negara ini dari hujung ke hujung.Purata pendapatan rakyatnya mula meningkat ke USD1600 sebulan, yang amat jauh bezanya dalam jangkamasa yang begitu singkat. Hampir setiap warga Bhutan termasuklah kanak-kanak di kawasan pedalaman boleh berbahasa Inggeris dengan lancar.Setiap warga Bhutan amat memahami agama mereka iaitu Buddhism dan amat mementingkan kekeluargaan dan pelajaran anak-anak mereka.Saya tidak terperanjat jika Bhutan bakal menjadi negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan dalam jangkamasa yang begitu singkat, mungkin dalam 5-10 tahun lagi.Di sini saya ingin turut berkongsi dari segi visual melalui video sebahagian daripada rakaman sewaktu pengembaraan saya di Bhutan.Catatan lebih terperinci tentang pengembaraan di Bhutan turut saya kongsikan di website saya zahariz.com. Saya turut berkongsi gambar-gambar di sepanjang pengembaraan ini di akaun Instagram Zahariz.


(www.thevocket.com/kembara-zahariz-khuzaimah-di-pergunungan-bhutan)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/01/kisahku-1-bulan-mengembara-di-bhutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia Usai Diberi Minuman Keras Oleh Ibunya Sendiri Sebab Ibunya Mahu Berpesta

Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia Usai Diberi Minuman Keras Oleh Ibunya Sendiri Sebab Ibunya Mahu Berpesta

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 543 hits
Rabu 16 Januari 2019 Irish MirrorZakhar Bayi 8 bulan yang meninggal usai dicekoki miras oleh ibunya Seorang ibu di sedang disiasat polis Ibu yang bernama Nadezhda Yarych dipercayai kuat memberi laki lakinya sendiri bernama Zakhar dengan jen...
Tidak Cukup Diberi Bonus 3 Bulan Gaji Pekerja Contoh Dihadiahkan Sebuah Kereta Volvo V40 Baru Oleh Majikan

Tidak Cukup Diberi Bonus 3 Bulan Gaji Pekerja Contoh Dihadiahkan Sebuah Kereta Volvo V40 Baru Oleh Majikan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 323 hits
Sebuah syarikat yang pemurah dan baik hati telah mengumumkan kepada para pekerjanya yang mereka akan menerima bonus 3 bulan gaji pada akhir tahun Semua pekerja berasa sungguh gembira Hasil usaha keras mereka kerana menaikkan nama syarikat t...
Tak Masuk Akal Pengadu Dicaj Rm94 Oleh Pemandu Teksi Untuk Jarak Perjalanan 15km

Tak Masuk Akal Pengadu Dicaj Rm94 Oleh Pemandu Teksi Untuk Jarak Perjalanan 15km

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 543 hits
Tak masuk akal Pengadu dicaj RM94 oleh pemandu teksi untuk jarak perjalanan 15kmSeorang wanita mendakwa dia telah ditipu oleh pemandu teksi yang meminta dia membayar sebanyak RM94 bagi perjalanan jarak 15 kilometer Insiden itu berlaku pada ...
Pemandu Toyota Vios Didapati Positif G Anja Oleh Pihak Berkuasa

Pemandu Toyota Vios Didapati Positif G Anja Oleh Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 713 hits
PULAU PINANG 21 Jan Pemandu Toyota Vios yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan SUV terhumban ke laut didapati positif dadah jenis ganja Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan ...
Pejabat Tpm Nafi Setuju Teks Ucapan Tpm Dibaca Oleh Timb Speaker Dr

Pejabat Tpm Nafi Setuju Teks Ucapan Tpm Dibaca Oleh Timb Speaker Dr

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 361 hits
Pejabat timbalan perdana menteri menafikan ucapan yang dibacakan bagi pihak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Rashid Hasnon di satu majlis syarikat swasta Pejabat itu dalam kenyataan berkata ia tid...
Imf Menurunkan Ramalan Pertumbuhan Global Apakah Yang Dijangkakan Oleh Pasaran Kewangan

Imf Menurunkan Ramalan Pertumbuhan Global Apakah Yang Dijangkakan Oleh Pasaran Kewangan

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 343 hits
Tabung Kewangan Antarabangsa telah mengurangkan ramalannya untuk pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2019 dan 2020 disebabkan oleh kelemahan di Eropah dan di beberapa pasaran baru muncul dan mengatakan bahawa ketegangan perdagangan dapat ...
Sejumlah Khasiat Tak Terduga Yang Dikandung Oleh Sesiung Bawang

Sejumlah Khasiat Tak Terduga Yang Dikandung Oleh Sesiung Bawang

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 462 hits
Selain rasa lezat bawang putih ternyata juga memiliki khasiat yang menyehatkan bagi tubuh Mengonsumsi bawang putih bisa meningkatkan kesehatan tubuh menyembuhkan pilek menghapus jerawat menghilangkan jerawat dan menolak gigitan nyamuk
Reaksi Australia Abu Bakar Baasyir Dibebaskan Tanpa Syarat Oleh Jokowi

Reaksi Australia Abu Bakar Baasyir Dibebaskan Tanpa Syarat Oleh Jokowi

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 203 hits
Abu Bakar Baasyir terpidana kasus terorisme akan melenggang bebas dalam beberapa hari ke depan Ia diberi kebebasan tanpa syarat oleh Presiden Joko Widodo
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik