Kisah Seram Rumah Berhantu Di Gombak Setia
KISAH SERAM RUMAH BERHANTU DI GOMBAK SETIA | Kisah rumah berhantu bukan nya kisah baru. Dah banyak rumah yang mempunyai gangguan mistik. Ada orang yang tak percaya dengan kisah gangguan-gangguan di dalam rumah. Tapi bagi mereka yang pernah melaluinya mungkin menjadi satu kenangan yang tak mahu dikenang dan diulang lagi.
Kali ni saya kongsikan satu kisah rumah berhantu. Gangguan-gangguan ini dikatakan di hantar oleh orang terdekat keluarga ini yang berasa dengki dan tidak puas hati pada keluarga yang menetap dirumah ini.
Sumber: Twitter.com
Gombak Setia, aku duduk rumah ni dari umur 4 tahun, tadika pon tadika kemas lorong 1 Seri Setia, Gombak. Sebenarnya rumah ni peninggalan arwah nenek ayah aku, arwah Chemah (sedekahkan Al-Fatihah). So nak jadikan cerita aku dah duduk rumah ni dekat 20 tahun dah.
Kejadian ni bermula bila dah setahun lebih aku duduk rumah ni, akak dengan adik aku malam tu tidur macam biasa je. Esoknya mak aku check badan dia orang ada bekas lebam kat kaki, bekas gigit pon ada. So ayah aku cari la kenalan dia, seorang bomoh dari kajang. Cik Pin namanya.
Dia datang la check rumah, ternyata memang ada gangguan makhluk halus. Hari pertama rawatan, Cik Pin mintak ayah aku sedia 2 bijik telur, garam, dan lada hitam untuk mulakan rawatan. Alangkah terkejutnya ayah aku masa rawatan tu bila pecahkan telur tu dua² telur tu seakan - akan berdarah.
Dari situ la Cik Pin start pagarkan sekeliling rumah ni. Masa rawatan ni pon akak aku 2-3 kali kena rasuk. Ada sekali tu masa kena rasuk tu dia duduk kat luar rumah hujan lebat. Kilat sambar menyambar kat sebelah dia. Ayah aku telephone cikpin dari jauh dia buat bacaan. Akak aku pon pengsan kat luar t. Ayah aku bawak masuk rumah, tunggu Cik Pin sampai.
Malam tu pon Cik Pin sampai. Masa tu terpaksa ikat akak aku ni. Agresif lain macam. Dia hentam kepala kat dinding macam takde apa je. Padahal meleleh darah dari kepala.
Yela, time tu bukan dia dah. Benda tu ada dalam. Masa tengah rawatan tu, Cik Pin tu pon start berdialog dengan benda tu. Dia tanya dari mana, nak apa dan siapa yang hantar untuk porak peranda kan keluar aku. Jawapan benda tu buat satu rumah tersentak...
Benda tu cakap tuannya hantar untuk nak hancurkan keluarga aku dan bunuh seseorang. Sambil jari akak aku tuding kat ayah aku. Mana tak pucat muka orang tua tu. Ayah pon tanya kenapa? Dia balas dia tak suka ayah aku duduk rumah tu. Tuannya marah, dia nak satu keluarga merana.
Sebenarnya hingga ke harini kami tau siapa yang hantar. Tapi biarlah rahsia ni kami simpan sebab nak jaga aib. 3 hari 3 malam Cik Pin rawat akak aku. Mak ayah aku bergilir jaga akak aku tu. Mana tidur wei.. Benda dalam badan akak aku tu buat dia berjaga
Dalam rumah tu banyak barang antik tau. So Cik Pin ni arah kan ayah aku buang barang² yang dia tunjuk. Antaranya pasu bunga, langsir, trophy la, macam2 lagi la tak ingat. Lepastu dia suruh ayah aku gali kat pokok rambutan belakang rumah tu. Ada satu bungkusan katanya.
Pagi tu masa gali tu, terjumpa satu bungkusan kuning. Bau dia nauzubillah. Bangkai lagi wangi. Pergi ke batu 12 tu ayah aku dengan abang aku pergi buang. Barulah okey sikit kami masa tu. Gangguan pon takde dah.
Cuma nak cakap la. Dalam darah daging kita pon orang boleh dengki. Inikan orang luar. Mungkin dia tak suka ayah aku duduk rumah tu. Last2 dah hampir 20 tahun duduk rumah tu dan pertahankan, ayah aku pon decided jual je la. Selagi duduk rumah tu, kami sekeluarga tak akan tenang.
Sayang memang sayang tapi dari terseksa baik kami keluar je. Sekarang duduk Bangi ni aman sikit. Takde sebarang gangguan dah. Alhamdulillah.. Sekian sampai sini saja cerita aku.
Memandangkan rumah ni dah ada pembelinya saya kaburkan sedikit gambar rumah ni demi menjaga sensitiviti tuan rumah. Tapi kalau korang main twitter korang tahu la kat mana sebenarnya rumah ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.dianarashid.com/2020/12/kisah-seram-rumah-berhantu-di-gombak.html