Mungkin kita tak percaya jika tidak melihat faktanya. Seorang yang tidak kaya, bahkan tergolong miskin, namun mampu membina sebuah Masjid di Turki. Nama masjidnya pun paling aneh di dunia, iaitu "Sanki Yedim Camii" (Masjid Anggap Saja Sudah Makan). Sangat aneh kan? Disebalik Masjid yang namanya paling aneh tersebut ada cerita yang sangat menarik dan memberi pengajaran yang sangat berharga bagi kita.Masjid Sanki Yedim Camii berada di pinggir bandar Istanbul TurkiCeritanya begini, di sebuah kawasan Al-Fateh, di pinggir bandar Istanbul ada seorang yang warak 'dan sangat sederhana, namanya sakir efendi' (Khairuddin Afandi). Setiap kali ke pasar ia tidak membeli apa-apa. Saat merasa lapar dan ingin makan atau membeli sesuatu, seperti, daging atau manisan, ia berkata pada dirinya: Anggap saja sudah makan yang dalam bahasa Turkinya "Sanki Yedim".
Masjid Sanki Yedim dibina di pinggirian bandar Istanbul TurkiAkhirnya, Khairuddin berjaya mewujudkan cita-ciatanya yang amat mulia itu dan masyarakat di sekitarnya pun kehairanan, Khairuddin yang miskin itu di dalam dirinya tertanam sebuah cita-cita mulia, yakni membina sebuah masjid dan berjaya dia wujudkan. Tidak bayak orang yang menyangka bahawa Khairuddin ternyata orang yang sangat luar biasa dan banyak orang yang kaya yang tidak boleh berbuat kebaikan seperti Khairuddin Afandi. 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |