Kisah Kejayaan Luar Biasa Anak Seorang Drebar Membina Syarikat Terkenal Di Negara Kita




Cerita kejayaan luar biasa anak seorang drebar di negara kita ini sangat menarik untuk kita ambil iktibar dan jadikan sebagai sumber inspirasi diri.
Saya masih tak habis lagi baca buku berkenaan kisah kejayaan luar biasa anak seorang drebar ini.
Tapi sebab ada satu bab yang amat menarik nak diceritakan kat sini, saya tulis juga kisahnya walaupun masih sedang melayan ceritanya sekerat jalan.
Kejayaan luar biasa anak Melayu jadi drebarKisah ini berkisar tentang perjalanan hidup Shamsuddin yang merupakan anak seorang drebar.
Kisahnya bermula sebelum zaman kemerdekaan negara kita Malaysia.
Ayah Shamsuddin lahir dari keluarga pesawah di Kampung Sungai Manik berdekatan Taiping Perak.
Oleh kerana tidak punya pendidikan yang baik, ayahnya hanya mampu menjadi seorang drebar sahaja ketika itu untuk menyara keluarga mereka.
Tapi jangan salah sangka.
Ketika zaman Britisih dulu, bukan ramai sangat orang Melayu yang boleh memandu kenderaan.
Bila ayah Shamsuddin berusaha belajar bawa kereta dengan bersusah payah dan tidak teruskan legasi keluarganya untuk jadi pesawah di zaman itu, ia sebenarnya merupakan satu titik tolak perubahan yang bakal berlaku pada anaknya di kemudian hari.
Saya boleh bayangkan di zaman itu.
Jika seseorang pemuda itu boleh bawa kereta, sudah tentu ia masuk dalam kalangan orang yang hebat.
Hebat sebab punya kemahiran luar biasa yang jarang ada pada majoriti besar orang Melayu.
Ayah Shamsuddin mampu menyara keluarganya dari muda sampai ke tua dengan menjadi seorang drebar.
Ayah Shamsuddin menjadi drebar orang putih yang hampir kesemuanya merupakan pegawai-pegawai besar kerajaan sebelum merdeka. Bila jadi drebar orang putih, mereka sekeluarga akan tinggal kat rumah kecil pekerja yang disediakan oleh majikan di belakang rumah.
Ada kalanya dia terpaksa menjadi drebar lori bila majikan orang putihnya balik ke negar asal.
Bila jadi drebar lori kat lombong, Shamsuddin terpaksa tinggal kat rumah kongsi pulak.
Rumah kongsi yang panjang biasanya tidak ada privasi sangat. Maklumlah semua orang tinggal dalam satu rumah panjang yang hanya dipisahkan oleh dinding papan yang dijadikan bilik-bilik kecil.
Bilik kat rumah kongsi itu hanya ada satu pangkin.
Kat situlah tempat mereka satu keluarga makan, minum tidur dan menerima tetamu.
Begitulah Shamsuddin membesar dan buat kawan ketika zaman kecilnya.
Sambil jadi drebar lori, ayah Shamsuddin akan intai-intai peluang jadi drebar orang kenamaan atau orang putih.
Bila dapat peluang jadi drebar mereka, maka berpindahlah pula mereka satu keluarga untuk tinggal di kuaters pekerja majikannya samada orang putih atau orang bangsawan Melayu ketika itu.
Walaupun tinggal kat kuaters ringkas pekerja, tempat itu jauh lebih baik dari tinggal di kongsi yang sesak dan tidak ada banyak kemudahan.
Jadi drebar pegawai besar kerajaanSatu ketika, ayah Shamsuddin berjaya dapatkan jawatan sebagai drebar seorang pegawai polis negeri Perak yang merupakan seorang Mat Saleh.
Mat Saleh itu tinggal di sebuah rumah banglow di Garland Road, Ipoh.
Maka berpindahlah pula Shamsuddin dan keluarganya ke situ. Mereka tinggal di kuaters pekerja kat belakang banglow itu.
Banglow itu dan kuaters kat belakangnya, tempat tinggal Shamsuddin bersama ayah dan ibunya bakal menjadi sejarah satu hari nanti bila Shamsuddin dah besar.
Inilah yang menariknya yang nak saya ceritakan kat sini.
Pindah KL jadi drebarSelepas tak berapa lama jadi drebar pegawai tersebut, pegawai itu dipindahkan ke Kuala Lumpur.
Ayah Shamsuddin ditawarkan kerja drebar yang sama. Tapi dengan syarat jika dia sanggup ikut orang putih itu pindah ke KL.
Mungkin ayah Shamsuddin ada visinya yang tersendiri ketika itu.
Dia tak perlu fikir panjang untuk terima tawaran tersebut.
Mereka satu keluarga ikut pindah ke KL untuk teruskan jadi drebar di sana pula pada tahun 1937.
Berusaha sekolahkan anakWalaupun hanya seorang drebar, ayah Shamsuddin nekad untuk pastikan anaknya tidak terlepas peluang untuk masuk sekolah belajar.
Dia mahu Shamsuddin berpendidikan supaya anaknya itu berjaya menjadi seseorang bila besar nanti. Pernah ayah Shamsuddin menghantarnya masuk sekolah ketika usianya masih mentah ketika tinggal di Perak dahulu. Tapi dinasihatkan oleh cikgu yang usianya masih tidak sesuai sebab terlalu kecil.
Jadi bila tiba masanya yang sesuai ketika tinggal di KL, itulah yang ayah Shamsuddin buat.
Dia dihantar masuk sekolah di Gombak Lane Malay School pad atahun 1938.
Shamsuddin seronok ke sekolah hanya disebabkan dapat kawan dan bermain sahaja. Bila masuk bab pelajaran, sikap guru yang terlalu rigid dan garang dalam mendidik murid-murid membuatkan dia takut untuk ke sekolah.
Sapai satu hari Shamsuddin berbohong ibunya yang kononnya sekolah tutup. Tapi ibunya tak percaya, dipaksanya Shamsuddin bersiap. Dalam hujan renyai-renyai itu, diseretnya Shamsuddin sehingga ke sekolah. Terbukti Shamsuddin berbohong.
Apa lagi!
Ibu Shamsuddin pukul Shamsuddin dengan payung kayu yang dia pegang sampai hancur tinggal batang kayu yang tengah itu saja. Ibunya marah sungguh dan kecewa dengan sikap Shamsuddin.
Itu jadi satu lagi titik tolak perubahan Shamsuddin.
Dalam keadaan sakit, menangis, Shamsuddin lihat muka ibunya. Ternampak betapa kecewanya ibunya ketika itu dengan sikapnya. Sejak itu, Shamsuddin berazam untuk tidak lagi ponteng dan mahu jadi pelajar yang terbaik semampu mungkin.
Berjaya jadi juruteraKisahnya panjang sebenarnya. Saya tak mahu tulis semuanya kat sini.
Perjalanan Shamsuddin penuh dengan ranjau dan duri untuk belajar. Termasuk dengan keadaan pancaroba zaman serangan Jepun ke Malaya ketika zaman itu yang menyebabkan pengajiannya terhenti.
Berusaha juga untuk sambung masuk ke tingkatan satu walaupun dah berumur 17 tahun.
Dan diringkaskan cerita, Shamsuddin berjaya ke luar negara dan pulang dengan status seorang jurutera.
Dia diserapkan masuk bekerja di Telekom selepas itu, naik pangkat satu lahap ke satu tahap, dan kemudiannya pada tahun 1969, Shamsuddin ditugaskan ke negeri Perak sebagai pegawai Telekom negeri.
Ditakdirkan Tuhan, ketika berpindah ke Perak, Shamsuddin diberikan tempat tinggal disebuah rumah di Garland Road, Ipoh.
Shamsuddin membawa sekali ibunya yang sudah tua ketika itu yang tinggal keseorangan setelah kematian ayahnya.
Itulah rumah yang mereka pernah tinggal yang saya cerita kat atas tadi ketika Shamsuddin masih kecil.
Mereka tinggal kat bangunan kecil, kuaters pekerja kat belakang rumah tersebut.
Sebaik saja sampai, ibu Shamsuddin terus saja ke belakang rumah itu. Dia nak pergi masuk ke kuaters kecil kat belakang rumah banglow itu. Diingatnya, itulah rumah yang bakal mereka tinggal.
Ibu Shamsuddin masih tidak sedar yang anaknya sekarang sudah menjadi pegawai besar dan sekarang mereka tinggal dirumah yang sama seperti 33 tahun lalu, tapi sebagai tuan besar pula dan bukan lagi sebagai seorang anak drebar.
Shamsuddin beritahu bunya, mereka akan tingal kat dalam rumah banglow besar itu. Bukannya kat kuaters.
Ibunya serius dan spontan jawab, “Janganlah nak melawak!”. Di saat itu Shamsuddin baru perasan yang ibunya serius rupanya.
Sehinggalah Shamsuddin pegang tangan ibunya dibawa naik ke atas dan ditunjukkan bilik untuk ibunya. Barulah ibunya terdiam. Senyuman terukir di wajah ibunya selepas itu.
Ceritanya masih panjang. Shamsuddin terus mencapai kejayaan demi kejayaan sehinggalah menjadi kaya raya.
Betapa kehidupan seumpama roda.Satu masa kita di bawah, satu ketika kita akan berada di atas pula. Segalanya mungkin terjadi.
Cerita ini amat menarik untuk kita ambil iktibar dan jadikan satu sumber inspirasi dalam kehidupan.
Juga untuk dijadikan pedoman hidup supaya dalam keadaan apapun, jika ada di atas tak usahlah takbur.
Begitu juga jika berada di bawah, jangan berputus harap.
Juga yang lebih penting, janganlah kita sesekali hina orang yang sekarang sedang berada di bawah.
Mungkin satu hari nanti, dia akan berada di atas pula.
Siapa anak drebar yang berjaya ituAnda agak-agak siapakah sebenarnya anak drebar yang saya kongsikan ceritanya kat atas tu?
Cuba teka …


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/11/kisah-kejayaan-luar-biasa-anak-seorang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gabungan Hebat Muzik Video Dreamers Jungkook Bts Raih Sambutan Luar Biasa

Gabungan Hebat Muzik Video Dreamers Jungkook Bts Raih Sambutan Luar Biasa

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 175 hits
Yay Lagu Dreamers akhirnya dah ada muzik video ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 22 November semalam FIFA melancarkan muzik video bagi lagu Jung kook BTS Dreamers yang sebelum ini menjadi lagu pembukaan bagi FIFA WORLD CUP QATAR 2022 Muzik vid...
Pemerintah Tetapkan Temuan Kasus Polio Kejadian Luar Biasa

Pemerintah Tetapkan Temuan Kasus Polio Kejadian Luar Biasa

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 125 hits
Maxi menjelaskan cakupan imunisasi Polio dalam beberapa tahun terakhir rendah Imunisasi Polio baik Polio tetes dan Polio suntik mengalami penurunan
Nak Sambung Belajar Ke Luar Negara Program Biasiswa Hungary Kini Dibuka

Nak Sambung Belajar Ke Luar Negara Program Biasiswa Hungary Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 188 hits
Tidak dapat dinafikan melanjutkan pengajian ke luar negara adalah impian setiap pelajar sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan pembelanjaan yang besar demi mencapai cita cita tersebut Malah ada segelintir dalam kalangan kita berpeluang m...
Keputusan Anwar Tolak Mercedes S600 Bukan Perkara Luar Biasa Ruhaidini

Keputusan Anwar Tolak Mercedes S600 Bukan Perkara Luar Biasa Ruhaidini

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 134 hits
Pegawai kepada Ismail Sabri Yaakob mendedahkan bekas perdana menteri itu pernah menolak untuk menggunakan kenderaan import kalis perlu sebagai kenderaan rasmi Pengarah media dan strategik komunikasi kepada bekas perdana menteri itu Ruhaidin...
Didiklah Anak Rasa Syukur Tak Berkira Bantu Orang Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup

Didiklah Anak Rasa Syukur Tak Berkira Bantu Orang Ini Kunci Kejayaan Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 135 hits
Dalam keadaan sekarang untuk mendidik dan membesarkan anak memang satu cabaran besar buat ibu bapa Apatah lagi perlu berdepan perkembangan pesat teknologi canggih termasuk gajet yang banyak memberi pengaruh kepada pemikiran anak Perkara ini...
Mentan Terima Penghargaan Korpri Atas Pengabdian Luar Biasa

Mentan Terima Penghargaan Korpri Atas Pengabdian Luar Biasa

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 133 hits
Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo diberikan penghargaan Korp Pegawai Republik Indonesia Award pada puncak acara HUT Korpri ke 51 di Jakarta Penghargaan Korpri Award ini diberikan langsung oleh Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian yang ju...
Tawaran Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok Dalam Luar Negara Lznk

Tawaran Agihan Zakat Untuk Pelajar Pondok Dalam Luar Negara Lznk

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 206 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah kini membuka permohonan bagi Agihan Zakat untuk pelajar Pondok dalam dan luar negara Agihan ini diwujudkan bagi membantu pelajar berkelayakan dalam pembiayaan kos pembelian kitab dan pe...
32 000 Undi Luar Negara Dihantar Ke Negeri Masing Masing

32 000 Undi Luar Negara Dihantar Ke Negeri Masing Masing

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 148 hits
UNDI luar negara yang berjaya dikumpulkan kini sedang dibawa ke pusat pengundian masing masing untuk Pilihan Raya Umum Ke 15 esok kata rakan sekutu program Undi18 Winsley Ong Beliau berkata sehingga kini mereka menerima kira kira 32 000 und...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator