Kisah Gunung Ulu Kali


 







MOHD SHAH RIM
Cerita Saya - Versi II

Nota : Nama Asal Genting Highlands adalah Gunung Ulu Kali.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke Puncak Gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa 4 bulan semua proses permohonan tanah selesai.

Setelah diperkenalkan oleh Tan Sri Haji Mohamed Noah Bin Omar, Lim Goh Tong dapat menemui Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman untuk menerangkan kepadanya konsep untuk membangunkan Gunung Ulu Kali kepada sebuah pusat percutian.

Mendengar cadangan Lim Goh Tong itu, Tunku menyatakan kepadanya sememangnya menjadi hasrat kerajaan untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Namun projek tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana faktor masa dan kewangan.

Dalam masa sama keadaan politik waktu itu yang tidak mengizinkan, Tunku menyatakan kepada Lim Goh Tong bahawa sebelum sebarang pembangunan dapat dilakukan satu jalan raya perlu dibina dari kaki gunung sehingga ke puncaknya. Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya, jalan raya itu dianggarkan memakan masa 15 tahun untuk disiapkan.

Tunku juga menyatakan tentang kesempitan kewangan kerana negara sedang mengalami konfrantasi dengan Indonesia. Jika kerajaan membelanjakan sebarang wang yang besar untuk membangunkan Gunung Ulu Kali ia akan menerima kritikan daripada pembangkang dan ini akan menjadikan ia satu isu politik.

Untuk mengelakkan kejadian ini kerajaan merasakan adalah lebih baik diserahkan kepada sektor swasta untuk melaksanakan projek berkenaan. Pada pendapat Tunku tawaran Lim Goh Tong tiba tepat pada masanya.

Pada 27 April 1965 Lim Goh Tong dan Tan Sri Haji Mohamed Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Bhd.

Di antara tahun 1965 dan 1970 mereka membuat permohonan kepada kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.

Dengan sokongan Tunku, Kerajaan Pahang serta merta meluluskan permohonan mereka, tetapi mereka menghadapi sedikit masalah dengan kerajaan Selangor Datuk Harun Idris pada ketika itu Menteri Besar Selangor hanya bersedia untuk memberikan tanah berkenaan dengan pajakan selama 99 tahun.

Ini mengecewakan perancangan mereka, Lim Goh Tong kemudian merancang untuk merayu kepada Datuk Harun secara persendirian dan menerangkan kepadanya masalah yang berlaku.

Di pertemuan itu beliau menyatakan Genting Sempah merupakan kawasan pedalaman yang memerlukan 30 hingga 40 tahun dan pelaburan yang besar untuk membina jalan raya dan menyediakan prasarana air, elektrik dan lain-lain kemudahan di situ.

Jika kerajaan Selangor hanya memberikan pajakan 99 tahun beliau terpaksa menyerahkan kepada kerajaan sebaik sahaja pembangunannya selesai.

Beliau menekankan jika Selangor tidak menghiraukan permohonan mereka untuk pegangan bebas. Mereka tidak ada pilihan lain selain dari hanya membangunkan tanah yang terletak di negeri Pahang di sempadannya.

Lim Goh Tong menjelaskan kepadanya bahawa sudah terdapat banyak pusat percutian di Pahang seperti Cameron Highlands, Fraser's Hill dan pantai-pantai yang menghadap Laut Cina Selatan. Selangor sebaliknya akan berbangga dengan Pantai Morib yang berlumpur.

Sebaik sahaja Genting Highlands ditambah di dalam senarai pusat percutian Pahang, Selangor akan jauh ketinggalan di bidang pelancongan.

Datuk Harun akhirnya bersetuju dan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memberikan status pegangan bebas terhadap tanah yang dipohon selepas mendapat desakan dari beberapa pihak.

31 Mac 1969 merupakan detik bersejarah untuk Genting Highlands apabila Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah dijemput untuk meletakkan batu asas hotel yang pertama, Highlands Hotel, sekarang bernama Theme Park Hotel.

Pada hari bersejarah itu juga Tunku membawa satu berita gembira yang mengejutkan di dalam ucapannya Tunku menyatakan berbangga dengan usaha Lim Goh Tong membangunkan sebuah pusat peranginan tanpa bantuan kerajaan dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan negara.

Untuk membantu mempercepatkan pembangunan pusat pelancongan di kawasan pedalaman ini beliau menyatakan kerajaan akan menimbangkan untuk membenarkan menjalankan aktiviti KASINO.

Sejurus selepas pengumuman Tunku berkenaan Lim Goh Tong bercadang mengubah Highland Hotel dari 38 bilik kepada 200 bilik.

Setelah Tunku mengisytiharkan kerajaan telah bersedia untuk memberikan kepada Lim Goh Tong lesen KASINO. Beliau pergi melawat Macau dan Korea Selatan untuk mengkaji perjalanan KASINO di sana.

Beliau juga ingin meneroka kemungkinan peluang mempelawa tauke tauke KASINO untuk berusaha sama dengan KASINO Genting, beliau bersama seorang pembantu tiba di Hong Kong pada 20 April 1969, dalam perjalanan ke Macau untuk bertemu Stanley Ho yang memiliki KASINO tunggal di Macau dan menyampaikan hasrat lawatannya.

Pada 28 April 1969, di hari Lim Goh Tong kembali ke Kuala Lumpur beliau menyerahkan permohonannya untuk mendapatkan lesen KASINO dari kerajaan melalui seorang pembantu peribadi Tunku.

Mesyuarat kabinet berlangsung pada sebelah petang dan permohonan Lim Goh Tong telah dibawa untuk perbincangan. Di mesyuarat berkenaan kabinet telah meluluskan permohonannya, hanya 6 jam selepas permohonan itu diserahkan.

Beliau diberitahu untuk mengambil surat kelulusan tersebut oleh itu Genting Highlands menjadi pemegang lesen KASINO yang pertama dan yang tunggal di negara ini. Sebaik sahaja kelulusan itu diperolehi telegraf berita baik itu berserta dokumen sokongan telah diserahkan kepada Stanley Ho.

Dua minggu berikutnya Lim Goh Tong terbang ke Hong Kong sekali lagi untuk menemui beliau untuk melihat kemungkinan usaha sama menjalankan KASINO, namun disebabkan beberapa masalah mereka gagal mencapai kata sepakat untuk usaha sama itu.

Selepas itu, Lim Goh Tong berurusan dengan Mr Chong Tat Wong tauke KASINO tunggal di Seoul. Beliau membuat perjanjian usahasama untuk 3 tahun pada 1971 membantu menguruskan KASINO Genting.

Setelah 9 bulan bekerjasama mereka bagaimanapun bersetuju untuk menamatkan perjanjian berkenaan.

Dari sejak itu Genting menjalankan sepenuhnya operasi kasinonya dan berupaya untuk mendapatkan kemahiran menguruskan KASINO.

Jadi begitulah secara ringkas kisah perjalanan tertubuhnya sebuah KASINO di Malaysia.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/kisah-gunung-ulu-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puan Mengaku Sudah Beberapa Kali Dihubungi Oleh Sejumlah Parpol Untuk Bertemu

Puan Mengaku Sudah Beberapa Kali Dihubungi Oleh Sejumlah Parpol Untuk Bertemu

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 185 hits
PDIP belum melakukan pertemuan dengan partai politik lantaran kondisi pandemi Covid 19 belum terkendali sebelumnya Ketua Umum PDI Perjuangan Megawati juga tidak bisa keluar rumah
Kali Pertama Bekerjasama Untuk Alchemy Of Souls Lee Jaewook Jung Somin Puji Satu Sama Lain

Kali Pertama Bekerjasama Untuk Alchemy Of Souls Lee Jaewook Jung Somin Puji Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 228 hits
Siapa yang tengah seronok layan drama Alchemy of Souls sekarang ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu Alchemy of Souls ialah drama percintaan fantasi yang berlangsung di negara Daeho fiksyen sebuah negara yang tidak wujud dalam sejarah ata...
Kali Ini Betul Betul Enjoy Kat I City Theme Park City Of Digital Light

Kali Ini Betul Betul Enjoy Kat I City Theme Park City Of Digital Light

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 164 hits
Assalamulaikum Akhirnya ini entry terakhir staycation kami di Hotel Best Western i City Shah Alam Punyalah lama nak cari kekuatan untuk settlekan story nie Lagi pun saja share kan kalau hotel nie di sponsor mestilah dah lama siap Okaylah sa...
Ini 4 Amp 039 Game Mobile Amp 039 Di Play Store Yang Telah Dimuat Turun Lebih 1 Bilion Kali

Ini 4 Amp 039 Game Mobile Amp 039 Di Play Store Yang Telah Dimuat Turun Lebih 1 Bilion Kali

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 131 hits
Permainan mudah alih merupakan satu bentuk hiburan yang menjadi minat sebahagian besar daripada pengguna peranti telefon pintar Mana tidaknya kebanyakan permainan mudah alih yang tersedia adalah percuma menarik dan mudah untuk didapati Oleh...
Kenapa Anda Perlu Fikir Banyak Kali Sebelum Beli Kereta Nissan Sylphy Masalah Cvt

Kenapa Anda Perlu Fikir Banyak Kali Sebelum Beli Kereta Nissan Sylphy Masalah Cvt

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 565 hits
Nissan Sylphy 1 8 yang ada sekarang saya beli pada tahun 2016 Beli baru terus dari showroom Nissan di Glenmarie Beli pun sebab tewas dengan tawaran salesman yang pandai lembikkan tengkok saya Bukan pasal produk sangat Tapi lebih kepada cara...
Kanak Kanak Lelaki Patah Tulang Hampir 100 Kali Ini Sebabnya

Kanak Kanak Lelaki Patah Tulang Hampir 100 Kali Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 168 hits
Seorang kanak kanak di India yang dilahirkan dengan penyakit tulang rapuh masih bersemangat menjalani hidup seperti biasa walaupun tulangnya pernah patah 100 kali menerusi laporan Daily Mail Rohit 12 menghidap penyakit tulang rapuh osteopor...
Bayaran Adsense Blog Kali Ketiga

Bayaran Adsense Blog Kali Ketiga

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 213 hits
Yeay Kali ke 3 dapat bayaran adsense blog k fiezz ni Alhamdulillah Rezeki Siapa sangka mula mula menulis blog dulu saja suka suka Tak ada aiming nak jadikan sumber pendapatan tepian Sekarang alhamdulillah dapat duit hasil dari job berbayar ...
Kali Ke 2 Berlakon Bersama Kim Taeri Ryu Junyeol Kongsi Pengalaman Bekerja Untuk Filem Alien

Kali Ke 2 Berlakon Bersama Kim Taeri Ryu Junyeol Kongsi Pengalaman Bekerja Untuk Filem Alien

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 183 hits
Selepas bekerjasama dalam Little Forest Kim Tae ri dan Ryu Jun yeol sekali lagi akan bergandingan dalam filem akan datang Alien ARTIKEL BERKAITAN Pada 23 Jun sidang akhbar bagi filem Alien bahagian pertama yang diarahkan oleh Choi Dong hoon...
Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Pemandu E Hailing Cemas Kereta Terjun Tasik

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Lelaki Muda Hilang Di Sungai Jeram Badoh Risau Lemas


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Cara Kurangkan Berat Badan Sebelum Tahun Baru 2025

Abdullah Bin Jahsy Ingin Bertemu Allah Dengan Hidung Terpotong

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

Polytechnics To Triple Number Of Students To 300 000 By 2030

Pas Linked Group Holds Another Flag Rally In Teluk Intan

Resepi Ikan Bakar Sambal