Kisah Budak Kelas Belakang
Masa tu ada pameran universiti dan kolej kat sekolah aku. Time aku nak masuk kelas aku perasan ada sorang budak kelas belakang duduk bersidai kat koridor, buat muka sedih. Aku tanya kenapa? Dia terasa hati sebab akak yang jaga booth tu bagitau daripada banyak-banyak universiti dan kolej yang buat pameran, 1 kolej je yang layak dia masuk
Dia kata sedihlah cikgu.
Aku faham perasaan budak-budak kelas hujung ni. Dorang bukan takde usaha tapi mungkin its above their limit
Budak kelas belakang ni dorang bukan tak bagus sebab dorang inilah yang paling mudah sekali nak tolong cikgu kalau kita mintak tolong buat kerja.
Budak kelas belakang jugaklah yang rajin tegur dan salam cium tangan cikgu kalau jumpa dorang kat luar berbanding kelas pandai. Kadang budak kelas pandai jumpa cikgu buat tak tahu je. Cikgu-cikgu mesti pernah lalui benda ni kan
Dah, dah, aku kata jom masuk kelas dulu.
Dalam kelas aku basuh sikit otak dorang satu kelas. Aku kata dalam hidup ni belajar sangat penting kerana istilah belajar takkan habis. Belajarlah selagi nyawa dikandung badan. Tapi itulah, kadang-kadang kita nak push dorang lebih-lebih pun kita tahu level dorang kan. Paling penting budak kelas belakang ni janganlah kita merendah-rendahkan dorang sebab kita pun tak tahu 20-30 tahun lagi dorang akan jadi apa. Mungkin kat sekolah dorang dianggap corot, loser, tak guna tapi 20-30 tahun lagi mana tahu dorang akan jadi orang kerja baik-baik yang membantu masyarakat dan negara, kita pun tak tahu, kan
So, nak naikkan semangat dorang, aku bagitau dorang tak semua benda dalam dunia perlukan bakat dan kepandaian. Takde bakat dan kepandaian pun korang boleh buat benda ni, antaranya:
1. Sentiasalah menepati masa. 2. Sentiasa hormati guru dan orang yang lebih tua
3. Sentiasa berakhlak baik
Tak payah nak buat banyak-banyak benda, cukup 3 benda ni korang buat, percayalah semua orang akan suka pada kita
Aku perasan budak yang sedih tadi nampak senyum cikit dah.
Aku cuma nak dorang rasa bahawa tak semua kebahagiaan dalam dunia ini adalah hasil daripada bakat dan kualiti akademik. Pandai mana sekalipun kita tapi kalau lupa jasa cikgu-cikgu yang ajar kita pun tak guna jugak, kan? Betul tak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2019/12/kisah-budak-kelas-belakang.html