Kisah Asrama Malam Pesta Muda Mudi
Kisah Asrama :Malam Pesta Muda Mudi
Gambar hiasan,,tiada kena mengena langsung
Hai pengunjung semua. Jom sambung kisah aku duduk asrama ini.
Ikutkan aku nak buat banyak episod.. tapi takut boring pulak. Duduk di asrama ni banyak benda yang best berlaku kat aku. Yelah kalau korang baca kisah aku sebelum ni kalau time duduk rumah asyik kena marah, berleter, pukul la walaupun aku tak buat salah apa pun. Kadang tu sedih kalau ingat bab bab ni sob sobs..
Oh ye.. Tajuk malam pesta muda mudi tu tak da kena mengena dengan cerita aku ye.. sengaja aku letak tajuk catchy sikit supaya korang singgah baca. Jangan mara aaa...
Duduk diasrama ni la bakat terpendam aku muncul.. Aura kepimpinan aku mula memancar. Pelbagai jawatan aku pegang. Hingga ke hari ini aku sering dilantik untuk mengambil peranan penting dalam satu satu organisasi.
Antara kenangan yang aku ingat, bila nak habis sessi persekolahan tingkatan lima. Aku dan rakan aku dipilih untuk buat persembahan. Kami memilih adegan Hang Tuah dan Hang Jebat. Ada la adegan silat cipta sendiri. Sebenarnya kami malu nak buat lakonan ini, so kami guna baju t shirt tutup muka nampak mata ja.. Ala ala ninja la katakan..
Habis persembahan semua orang tahu aku yang berlakon tu. Iskh hare betul.. Dia orang boleh cam aku.. Penat aku menyamar.. Yang kawan aku sorang pun tak tahu sapa dia.. He he.. Saham aku pun naik lagi la lepas tu..
Zaman aku diasrama dulu tak da la kes raging atau buli tahap memukul macam budak budak sekarang ni yang tah apa apa tah. Raging time tu cuma suruh basuh baju, beli makanan, beli seluar dalam dan lain lain. Tiada sentuhan dilakukan.
Okla setakat sini dulu aku share pengalaman hidup aku.. Ada masa korang jenguk la baca kisah kisah aku lagi ye.. Assalamualaikum..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://darkesspresso.blogspot.com/2019/10/kisah-asrama-malam-pesta-muda-mudi.html