Kini Rosmah Boleh Ke Singapura


 MALAYSIA NOW

Rosmah yang memohon pelepasan pasport sementara untuk bertemu anaknya yang bakal melahirkan anak kedua mesti memulangkan semula pasportnya pada atau sebelum 6 Disember.

Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal bulan ini. Gambar: Bernama Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Rosmah Mansor yang mahu mendapatkan pasportnya bagi membolehkannya melawat anaknya yang dijangka melahirkan anak kedua di Singapura, selepas keputusan sama turut diambil dua hakim awal bulan ini yang membenarkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya.
Menurut Astro Awani, hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu dengan menetapkan syarat pasport tersebut perlu dikembalikan pada atau sebelum 6 Disember 2021.
Mahkamah juga memberikan semula pasport beliau pada pada hari ini (15 Oktober) dan isteri bekas perdana menteri itu hanya boleh pergi ke Singapura dari 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November 2021.
Pada 11 Oktober, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan Zahid untuk mendapatkan pasport beliau untuk pergi ke Munich bagi rawatan sakit belakangnya.
Peguamnya, Ahmad Zaidi Zainal berkata permohonan tersebut dikemukakan kepada hakim Mohd Yazid Mustafa sambil menambah perbicaraan anak guamnya pada 22 Oktober depan tidak akan terganggu.
Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah juga turut membenarkan permohonan Zahid untuk mendapatkan pasportnya bagi tujuan sama.
“Permohonan ini dibenarkan dengan syarat ada penjamin tambahan. Hanya untuk kejelasan, tujuannya ialah untuk menjalani pembedahan dan lokasinya adalah terhad kepada Jerman,” katanya.
Presiden Umno itu telah memohon pelepasan sementara pasportnya pada 26 Okt untuk berlepas ke Jerman dan dijangka kembali ke tanah air pada 21 November.
Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu menteri dalam negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian dalam negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, €15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Sementara itu, Rosmah pula dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya Rizal Mansor
Ia sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion daripada kementerian pendidikan secara rundingan terus.
Permohonan itu tidak dibantah timbalan pendakwa raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam.
Bagaimanapun, pendakwaan berkata, pemohon tidak boleh mengganggu tarikh perbicaraan dan memohon garis masa yang ditetapkan.
Perbicaraan di hadapan Mohamed Zaini bersambung 21 Oktober ini dengan pihak pendakwaan akan menyoal balas Rosmah.
Katanya, anak perempuan Rosmah mempunyai sejarah komplikasi berisiko tinggi ketika bersalin dan pemohon amatlah diperlukan berada di sisi anaknya bagi tempoh sebelum, sewaktu dan selepas bersalin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/kini-rosmah-boleh-ke-singapura.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bas Ekspres Henti Henti Di Sabah Kini Boleh Beroperasi Dengan Kapasiti 75 Penumpang Kata Masidi

Bas Ekspres Henti Henti Di Sabah Kini Boleh Beroperasi Dengan Kapasiti 75 Penumpang Kata Masidi

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 339 hits
Perubahan SOP itu susulan Sabah memasuki ke fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara namun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun mengingatkan pemandu penumpang dan petugas haruslah lengkap divaksin KOTA KINABALU Menteri Kerajaan T...
Warganet Singapura Kecam Najib Rosmah Yang Mahu Ke Republik Itu

Warganet Singapura Kecam Najib Rosmah Yang Mahu Ke Republik Itu

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 490 hits
agendaily com17 10 2021Tangkap layar warganet Singapura kecam Najib dan Rosmah susulan liputan berita bakal berkunjung ke republik itu Laporan media berhubung keputusan mahkamah memulangkan pasport sementara Datin Seri Rosmah Mansor bagi me...
Rosmah Dapat Kebenaran Lawat Anak Bersalin Di Singapura

Rosmah Dapat Kebenaran Lawat Anak Bersalin Di Singapura

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 256 hits
Kes mahkamah melibatkan isteri bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Rosmah Mansor masih lagi dalam proses pembicaraan namun dikhabarkan bahawa beliau telahpun mendapat semula pasport daripada Mahkamah Tinggi di sini baru baru ini
Kanak Kanak Remaja Boleh Dine In Masuk Premis Perniagaan Bermula Esok

Kanak Kanak Remaja Boleh Dine In Masuk Premis Perniagaan Bermula Esok

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 330 hits
Kanak kanak remaja boleh dine in masuk premis perniagaan bermula esok Sabah beri kebenaran bersyarat kanak kanak remaja masuki premis perniagaan KOTA KINABALU Kanak kanak di bawah 12 tahun dibenarkan dine in di restoran masuk ke premis pern...
Boleh Hilang Fokus Bila

Boleh Hilang Fokus Bila

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 148 hits
BOLEH HILANG FOKUS BILA Assalammualaikum wbt Ada orang boleh tidur dalam keadaan gelap gelita bising yang hingar bingar Ada juga yang sebaliknya Perlu cahaya walau sedikit dan suasana sunyi untuk tidur Begitu juga kisahnya dengan fokus skal...
Antivaksin Tak Boleh Rentas Negeri Kau Lepak Rumah Rita Rudaini Jelah Tak Pun Zul Yahya

Antivaksin Tak Boleh Rentas Negeri Kau Lepak Rumah Rita Rudaini Jelah Tak Pun Zul Yahya

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 341 hits
Selepas sekian lama menanti semalam kerajaan mengumumkan kebenaran kepada rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri hari ini Susulan berita tersebut ramai yang meluahkan rasa gembira apatah lag...
Pihak Sekolah Mengeluarkan Amaran Ibu Bapa Boleh Disaman Kalau Anak Tiru Aksi Squid Game Di Sekolah

Pihak Sekolah Mengeluarkan Amaran Ibu Bapa Boleh Disaman Kalau Anak Tiru Aksi Squid Game Di Sekolah

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 398 hits
LONDON Ibu bapa pelajar boleh disaman sekiranya anak mereka didapati meniru aktiviti Squid Game di sekolah
Untungnya Beli Emas Boleh Jual Beli Waktu Terdesak Pakai Lasak Pun Nilai Ikut Harga Semasa

Untungnya Beli Emas Boleh Jual Beli Waktu Terdesak Pakai Lasak Pun Nilai Ikut Harga Semasa

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 588 hits
Sebut sahaja emas mak mak mulalah rambang mata Tak tahan kepanasan bila melalui kedai emas Pun begitu ada juga dikalangan kita yang tidak berapa gemar membeli emas Terpulang kepada citarasa masing masing Namun emas bukan hanya cantik bahkan...
Nak Buat Ikan Goreng Lagi Sedap Boleh Cuba Ramuan Istimewa Ni

Nak Buat Ikan Goreng Lagi Sedap Boleh Cuba Ramuan Istimewa Ni

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 264 hits
Kebiasaan kita kalau goreng ikan hanya lumurkan dengan garam dan kunyit saja Tapi kalau nak ikan goreng lagi sedap boleh cuba cara Ummi Hana Bahan perapan campuran istimewa bawang kunyit hidup garam cili kisar memang menjadikan menu ikan go...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah