Kingdom Of God Islamic State Mesej Yang Perlu Dihadam



ISU ini membawa diri saya kembali ke Republic of Ireland, negara pemastautinan saya selama hampir 9 tahun. Lima tahun sebagai pelajar perubatan dan 3 tahun lebih sebagai doktor di beberapa hospital serata Ireland. 

Ireland adalah sebuah negara Katolik walaupun sejak beberapa tahun ini, kelihatannya Ireland sedang berubah kepada negara yang lebih Sekular yang kini dipimpin oleh seorang yang telah mengisytiharkan sebagai seorang gay. Pelajar dan penduduk Malaysia di Cork (bandar di mana saya bermastautin di Ireland), pasti tidak akan lupa dewan yang biasa disewa setiap kali ada majlis keramaian seperti hari raya, yang berdekatan dengan gereja di Wilton. Ya, ia dewan milik gereja. Nak ke dewan pasti melewati gereja yang berdekatan. 
Saya berpeluang bekerja di Bon Secours Hospital, yang telah dibuka oleh sekumpulan nun. Di luar hospital terpampang salib yang cukup besar, begitu juga di dalam bangunannya. Upacara sembahyang di chapelyang ada dalam hospital disiarkan secara langsung maka para pesakit boleh menonton upacara berkenaan dari katil masing-masing. Paderi akan melakukan 'ward round' setiap hari memberikan wafer bulat yang berwarna putih kepada pesakit, ritual yang dikaitkan dengan the last supper. 
Sebagai minoriti Muslim di negara majoriti Kristian, saya dan komuniti Muslim hanya mengharapkan kami dapat dipenuhi hak-hak asas untuk melaksanakan ibadah seperti solat, berpuasa, ada ruang solat, surau dan masjid, wanita dibenarkan memakai tudung, makanan halal dan seumpamanya. Alhamdulillah, di Cork, masjid yang terakhir saya dapat hadir adalah disewa daripada gudang. Di Dublin yang merupakan ibu negara Ireland, ada masjid yang diubahsuai daripada gereja yang sudah tidak digunakan lagi selain pusat Islam di Clonskeagh yang cukup selesa. 
Adalah menjadi kewajipan kepada Muslim yang minoriti menghormatilaw of the land, di mana Ireland adalah sebuah negara yang majoritinya menganut agama Kristian. Maka, memperjuangkan negara Islam di sebuah negara majoriti Kristian bukanlah sesuatu yang wajar. Malah, apa akan jadi jika ada berbincang soal Islamic State di luar negara? Kemungkinannya akan ditangkap dan disoal selidik walaupun skop perbincangannya adalah berbeza sekali dengan propaganda jahat yang dibawa ISIS. 
Inilah sebenarnya mesej yang perlu dihadam oleh seluruh rakyat Malaysia. 
Dalam satu majlis diskusi yang saya sertai tahun lalu, seorang rakan saya yang beragama Kristian dan juga peneraju kepada sebuah NGO Kristian telah melontarkan sesuatu yang tidak pernah saya terfikir. Katanya, parti-parti politik yang majoriti Melayu Muslim akan kekal relevan sampai bila-bila. Peratusan Bumiputera meningkat setiap tahun dengan jangkaan bilangan masyarakat Islam menjadi 72.4 peratus pada tahun 2050. 
Beberapa minggu lepas, semasa menunggu anak saya mempelajar kelascoding di Mont Kiara, saya sempat berbual dengan seorang lelaki Cina lingkungan usia 60-70-an. Beliau hadir menemani cucunya. Apabila saya menjawab soalannya bahawa saya punya 5 orang anak, dia sangat terkejut. "How do you deal with that? I have 2 grandchildren and it's already difficult". Apa yang dia mungkin tidak sedar adalah bahawa belia Muslim sekitar umur saya agak biasa dengan bilangan anak 5 malah di kalangan rakan saya, ramai yang ada lebih daripada 5 orang anak. Sedangkan jika kita bertanya kepada komuniti Cina, satu atau dua orang adalah bilangan anak yang biasa kita dapati. 
Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, Yang Di Pertuan Agung sebagai Ketua Agama Islam, dan kita menerima bahawa Perdana Menteri adalah daripada kalangan orang Islam. Kita ada mahkamah khas untuk orang Islam dan banyak agensi khas berkenaan Islam bagi menguruskan hal ehwal orang Islam secara khusus seperti Tabung Haji, Jakim, Ikim, Yadim dan banyak lagi. Semua ini adalah sangat bertepatan dengan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang didiami masyarakat berbilang kaum dan agama yang dipelihara hak mereka beragama iaitu dalam konteks ibadah dan ritual-ritual agama. 
Maka, adalah sesuatu yang wajar dan matang bagi komuniti bukan Islam yang minoriti menghormati pengamalan agama majoriti di Malaysia. Ia termasuk tidak berbincang soal penubuhan atau pembinaan negara agama berdasarkan agama lain. Jika ia dilihat tidak wajar bagi Muslim memperjuangkan Islamic State di negara majoriti Kristian maka begitulah jualah sepatutnya bagi bukan Islam di negara majoriti Muslim. As simple as that. 
Timbul persoalan, apakah ia bermakna Muslim dan Kristian tidak boleh langsung berbicara soal Islamic State dan Kingdom of God sesama mereka. Mungkin jika ia dibuat secara tertutup dengan tujuan mencapai matlamat berkenaan di negara asal mereka, bagi saya ia boleh diterima. Tetapi jika dilaungkan dalam program yang jelas membawa mesej politik seperti yang berlaku dalam program "Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara baru-baru ini, adalah agak sukar untuk diterima alasan YB Steven Sim bahawa ucapannya sekadar untuk memberi semangat kepada masyarakat Kristian di mana masyarakat Kristian yang berkenaan adalah penduduk dalam sebuah negara majoriti Muslim

Bayangkan jika program yang sama dilakukan oleh komuniti Muslim di sebuah negara Kristian. Anda boleh jangka apa yang akan terjadi. Steven Sim adalah seorang ahli Parlimen dan Timbalan Menteri, maka, ucapan seumpama itu pasti besar kesannya dan beliau sepatutnya lebih tahu apa yang wajar atau tidak wajar dilakukan sebagai pemimpin di kalangan komuniti bukan Islam dalam negara majoriti Muslim.

Kunci kepada apa yang kita lihat sekarang adalah pentingnya sikap menghormati kepada 'law of the land' tidak kira di mana sahaja kita berada. Sikap negatif yang ditunjukkan terhadap keputusan-keputusan yang melibatkan hal ehwal orang Islam seperti keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dalam kes pasangan Lesbian adalah juga bukti betapa semakin terhakisnya sikap menghormati hak rakyat majoriti negara di kalangan segelintir rakyat Malaysia, apatah lagi apabila ia dipelopori oleh orang-orang politik. 
Natijah daripada sikap yang tidak sensitif dengan 'law of the land', agama dan budaya masyarakat majoriti dalam mana-mana negara akan mengakibatkan masyarakat majoriti akan bertindak balas demi menjaga survival mereka di negara masing-masing. 
Bagi saya, inilah resepi yang paling baik dalam mencapai perpaduan dalam negara dengan erti kata yang sebenar selain daripada usaha demi usaha di kalangan rakyat Malaysia dalam meningkatkan kefahaman terhadap budaya dan agama lain agar sikap hormat itu benar-benar dapat diimplementasikan. 
Prinsip ini seakan mudah sahaja jika dibincang secara ilmiah tetapi realitinya ia sangat sukar. Moga Allah mempermudahkan usaha para pejuang kedamaian demi generasi yang akan datang. Terima kasih kepada rakan-rakan Kristian yang menghantar mesej di pagi hari bertanyakan pandangan isu ini. Tidaklah mustahil untuk rakyat Malaysia membincangkan isu sensitif ini dengan nada dan suasana yang matang demi negara. 
Salam perpaduan,
FAIRUZ AZMI.Batu Caves, Di mana letaknya kuil Hindu yang utama di Malaysia. - HARAKAHDAILY 20/9/2019

Lihat rumah ini..Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..Penduduk S/Buluh Terkejut Roboh Rumah Esok.. Doubl...Rumah Penduduk Diroboh. Mana Peri Manusia?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/09/kingdom-of-god-state-mesej-yang-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Accusing Dap Of Christianisation Pas Leader Cites Steven Sim S Kingdom Of God Remarks As Evidence

Accusing Dap Of Christianisation Pas Leader Cites Steven Sim S Kingdom Of God Remarks As Evidence

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 274 hits
A DAP leader s speech to a forum held at the Mega Chinese Methodist Church in Kota Damansara Selangor last week supports claims the predominantly Chinese party was trying to Christianise the nation PAS alleged today PAS deputy president Dat...
Mengapa Kritik N Islam Pas Bila Bercakap The Kingdom Of God Dr Kamarul Zaman

Mengapa Kritik N Islam Pas Bila Bercakap The Kingdom Of God Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 342 hits
Negara Islam PAS vs K jaan Kristian DAP DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF ADALAH sesuatu yang lumrah bagi pemimpin DAP untuk mengkritik PAS kerana dikatakan berpolitik menggunakan agama khususnya kerana mahu mendirikan negara Islam dan kerana dikatak...
Ola Bola Musical In Kuching A Resounding Success Producers To Contribute To State S Proposed Centre Of Performing Arts

Ola Bola Musical In Kuching A Resounding Success Producers To Contribute To State S Proposed Centre Of Performing Arts

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 270 hits
The boys of Harimau Malaya give their best shot during the musical KUCHING The Tourism Arts and Culture Ministry will be getting views from those in the performing arts scene to better enhance the state 8217 s proposed centre of performing ...
S Wak Upsr Candidates Will Sit For Exam Tomorrow Unless Api Hits 300 Says State Education Director

S Wak Upsr Candidates Will Sit For Exam Tomorrow Unless Api Hits 300 Says State Education Director

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 260 hits
SK St Mary UPSR candidates do some final revision before sitting for the examination last year Photo by Muhammad Rais Sanusi KUCHING All Ujian Pencapaian Sekolah Rendah candidates in Sarawak are still required to sit for their examination t...
Saksikan Mesej Padu J Jonah Jameson Kepada Spider Man

Saksikan Mesej Padu J Jonah Jameson Kepada Spider Man

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 251 hits
Dalam filem Spider Man Far From Home yang lalu aktor J K Simmons telah membuat kejutan dalam babak post kredit dengan memainkan peranannya sebagai J Jonah Jameson watak ikonik dalam komik mahupun filem Spider Man Kemunculan J J Jameson tela...
Turunkan Harga Rumah Untuk Pembeli Asing Beri Mesej Salah

Turunkan Harga Rumah Untuk Pembeli Asing Beri Mesej Salah

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 331 hits
MALAYSIAKINI Langkah menurunkan harga lantai untuk pembeli hartanah asing akan menghantar isyarat yang salah kepada pemaju kata Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan Dalam satu kenyataan setiausaha agungnya Chang Kim Loong berkata cadangan yan...
Bersatu Starts Preparing For 12th Sarawak State Election

Bersatu Starts Preparing For 12th Sarawak State Election

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 227 hits
Sarawak Parti Pribumi Bersatu Malaysia is preparing its machinery for the 12th Sarawak state election which is expected to take place by the end of next year or early 2021 Sarawak Bersatu Sibuti spokesperson Peter Jelin said there is no suc...
Uggah State Disaster Management Committee Mobilising Manpower Hardware To Extinguish Hotspots In Sarawak

Uggah State Disaster Management Committee Mobilising Manpower Hardware To Extinguish Hotspots In Sarawak

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 208 hits
Uggah fields questions from reporters when met after the event KUCHING The State Disaster Management Committee is mobilising hardware and manpower to extinguish hotspots here in a bid to improve the haze situation especially the two detecte...
Anwar S Fate In God S Hands Says Zuraida

Anwar S Fate In God S Hands Says Zuraida

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 393 hits
Only fate will decide whether PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim succeeds in becoming the next prime minister says PKR vice president Zuraida Kamaruddin Like all other human beings Anwar s fate is in God s hands Only Allah will decide W...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025