Kinder Schoko Bons Crispy
KINDER SCHOKO-BONS CRISPY: TEMAN BAHARU ANDA UNTUK DETIK-DETIK KELUARGA YANG MENYERONOKKAN DAN ‘BON-TIFUL’
Nikmati snek berbentuk bujur yang rangup dengan gabungan inti susu dan koko, biskut wafer bersalut coklat susu, serta taburan koko – lapisan lazat dengan tekstur yang sedap setiap gigitan!
Snek rangup dan berkrim yang sempurna untuk mengeratkan hubungan keluarga, sama ada di rumah atau ketika dalam perjalanan.
Kinder®, jenama konfeksi yang digemari ramai, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Kinder Schoko-Bons Crispy di Malaysia pada bulan April ini. Dengan pelancaran ini, jenama ini berharap dapat menawarkan seisi keluarga snek yang lazat untuk mencipta detik-detik penuh keseronokan dan kebersamaan.
Dengan saiz gigitan dan bentuk bujur, snek ini menampilkan biskut wafer bersalut coklat susu yang rangup, ditambah dengan taburan koko yang lazat. Apabila digigit, ia membuka inti berkrim susu dan koko yang sungguh sedap. Gabungan unik tekstur dan rasa ini membawa ibu bapa serta anak-anak dalam satu pengembaraan rasa yang menyeronokkan, sambil meneroka pelbagai lapisan keenakan dalam setiap gigitan. Dicipta untuk keluarga yang menghargai keindahan kesederhanaan dalam kehidupan dan detik berkualiti bersama anak-anak, Kinder Schoko-Bons Crispy bukan sekadar snek, tetapi peluang untuk berkongsi senyuman dan mencipta kenangan indah.
“Kami memahami betapa ibu bapa menghargai dan mengutamakan masa berkualiti bersama anak-anak mereka. Oleh itu, kami teruja untuk memperkenalkan Kinder Schoko-Bons Crispy untuk mencipta detik-detik istimewa dalam kehidupan seharian mereka,” kata Encik Fabian Heymer, Wakil Kinder Schoko-Bons Crispy. “Kami berharap dengan berkongsi gigitan coklat yang lazat ini, kami dapat mendorong ibu bapa mencipta lebih banyak memori indah bersama anak-anak mereka.”
Pek T4 dan pek T12 boleh didapati di 7-Eleven, 99 Speedmart, Lotus, dan banyak lagi.
Mengenai Kinder
Kisah jenama KINDER™ bermula pada tahun 1968 di sebuah bandar kecil di Itali bernama Alba. Michele Ferrero mencipta KINDER CHOCOLATE, yang kemudiannya menjadi salah satu jenama terkenal dalam syarikat Ferrero, yang masih dimiliki oleh keluarga hingga ke hari ini. Ferrero amat berbangga dengan sejarahnya dan terus membawa warisan yang kukuh ini ke masa depan dengan penuh semangat.
KINDER™ ialah jenama coklat yang diiktiraf di seluruh dunia dan telah membawa kegembiraan kepada keluarga selama lebih 50 tahun. Kini dijual di 170 negara, jenama KINDER™ menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi, daripada bar coklat hingga snek berisi kejutan yang menggembirakan ibu bapa dan anak-anak.
Sejak awal lagi, coklat kami dihasilkan menggunakan bahan-bahan yang lazat dan dipilih dengan teliti untuk memberikan pengalaman yang menyeronokkan. Rasa unik ini telah mencipta berjuta-juta detik penuh keceriaan di seluruh dunia.
Diinspirasikan oleh peranan kami dalam membawa momen kecil tetapi istimewa ke dalam kehidupan harian, kami terus mencipta coklat inovatif yang sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan orang tersayang. Jadi, kongsi kegembiraan dan ikuti kami di media sosial: Facebook
Mengenai Ferrero
Ferrero memulakan perjalanannya di bandar kecil Alba, Piedmont, Itali, pada tahun 1946. Hari ini, ia merupakan salah satu syarikat makanan manisan terbesar di dunia, dengan lebih 35 jenama ikonik yang dijual di lebih 170 negara. Kumpulan Ferrero membawa kegembiraan kepada jutaan orang di seluruh dunia melalui snek dan manisan terkenal seperti Nutella®, Kinder®, Tic Tac®, dan Ferrero Rocher®.
Lebih daripada 40,000 pekerja berkongsi semangat untuk membantu orang ramai meraikan detik istimewa dalam hidup mereka.
Budaya kekeluargaan dalam Kumpulan Ferrero, yang kini memasuki generasi ketiga, berasaskan dedikasi kepada kualiti dan kecemerlangan, warisan yang kukuh, serta komitmen terhadap alam sekitar dan komuniti di mana kami beroperasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2025/05/kinder-schoko-bons-crispy.html