Khat Wayang Ph Demi Kompromi Yang Lebih Besar


OLEH: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Mohamed Khaled Nordin

Saya sangat terpegun dengan pementasan wayang Khat Jawi versi PH. Bagi saya semua ini hanya satira untuk mengaburi penglihatan orang Melayu sebelum Kerajaan PH berkompromi dengan perkara yang lebih besar, misalnya pengiktirafan UEC.

Sutradara oleh Maszlee Malik ini adalah sangat memualkan. Dipentaskan seolah-olah Kerajaan bersungguh-sungguh ingin memartabatkan bahasa dan budaya Melayu, sebagai elemen penting dalam perpaduan nasional. Sedangkan semua itu hanyalah polemik yang mempunyai motif tersembunyi.
Saya menyandarkan pandangan saya ini kepada beberapa perkara.

Pertama, Tun Mahathir bukan pejuang bahasa. Beliau tidak pernah yakin dengan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kerana itulah beliau menganjurkan sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Malah, beliau kini masih cuba untuk mengembalikan dasar tersebut.

Lalu keputusan memperkenalkan khat sebagai usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebenarnya sangat tidak selari dengan pendirian Tun Mahathir selama ini.

Kedua, apakah objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh Kementerian Pendidikan melalui pengajaran 6 muka surat ilmu khat, yang kemudiannya dikurangkan menjadi hanya 3 halaman?

Protes yang sepatutnya adalah, mengapa dalam tempoh 6 tahun persekolahan, hanya 3 halaman jawi yang diajarkan dalam masa 10 minit? Terlalu sedikit dan sangat menghinakan.

Tetapi tidak. Sekalipun sudah terlalu sedikit dan ringkas, ia masih diprotes.

Dari segi praktikal dan keberkesanan, ilmu apa yang dapat digarap dengan kekangan pembelajaran seumpama ini? Apatah lagi sekarang ini, ia telah dijadikan sekadar ‘tajuk pilihan’. Guru-guru boleh memilih untuk tidak mengajarkannya. Ia akan tinggal di dalam buku teks sebagai sekadar satu tajuk yang tidak ada pemberat, sekadar menjadi aksesori dan kompromi politik.

Ketiga, kenapa parti-parti bersekutu PH senyap dan tidak menyatakan pendirian mereka tentang perkara ini? Ke mana perginya tokoh seperti Rais Yatim, Anwar Ibrahim dan pelbagai lagi tokoh dalam Amanah dan PKR yang pernah berarak suatu ketika dulu membantah PPSMI?

Semuanya seolah-olah bersepakat untuk bersetuju dengan sutradara arahan Maszlee, yang bukan sahaja tidak mampu mempertahankan keputusannya, malah fokusnya hanyalah menurut akur penuh taat dan rela segala tindakan oleh timbalannya.

Keempat, pendukung pendidikan Cina diperlihatkan sebagai berkompromi dengan pengajaran Khat ini setelah penjelasan KPM dibuat. Ini sangat menghairankan. Ini kerana, apa jua elemen pendidikan nasional yang kita perkenalkan selama ini, mereka sentiasa berpendirian keras menentangnya daripada diterapkan dalam sistem pendidikan vernakular mereka.

Tiba-tiba sahaja mereka berkompromi kali ini. Barangkali, ini adalah peluang terbaik untuk membuat konsesi. Iaitu, khat secara pilihan diajar untuk 3 muka surat tetapi timbal baliknya adalah kerajaan mesti berkompromi dengan perkara-perkara lain yang mereka mahu tuntut. Misalnya, pengiktirafan penuh UEC oleh kerajaan.

Kepada Tun Mahathir dan Maszlee, orang Melayu tidak akan terpedaya dengan segala pementasan wayang ini.

Selama berpuluh-puluh tahun, sekolah vernakular Cina mengajar bukan sahaja bahasa Cina, tetapi semua mata pelajaran dalam bahasa Cina. Dengan pelbagai pendedahan kepada budaya dan kaligrafi Cina. Semua berjalan tanpa sebarang kekangan dan bantahan bangsa Melayu. Malah, lengkap dengan sokongan dan bantuan daripada dana serta infrastruktur Kerajaan yang saban tahun meningkat.

Tetapi, apabila baru sahaja kita membuka mulut untuk memperkenalkan hanya 3 muka surat kaligrafi warisan dan budaya orang Melayu, pelbagai tohmahan, tentangan malah polemik budaya dipentaskan untuk menolak nilai Khat serta jawi.

Seolah-olah khat dan jawi itu langsung tidak ada nilai estatik dalam masyarakat majmuk dan keterbukaan pendidikan yang mereka pekikkan selama ini.

Hadir segala macam alasan dan dalihan. Kononnya khat jawi tidak ada nilai komersial, tidak ada masa depan, tidak penting dalam arus teknologi malah bukan sesuatu yang akan digunakan kelak.

Dalam pentas hipokrasi dan melulu ini, mereka lupa, kebitaraan Steve Job dengan inovasi iPhone yang luar biasa itu bermula dengan pengalaman beliau mempelajari kaligrafi di India. Pengalaman sedemikian membuka minda dan memberikan beliau perspektif berbeza tentang peranan ‘arts’ dalam konteks kemodenan dan teknologi.

Demikianlah potensi besar yang akan hadir apabila nilai dan warisan budaya sesebuah bangsa diraikan dengan cara yang matang, terbuka dan tidak cauvinis.

Kepada semua orang Melayu, berjaga-jagalah. Wayang khat ini hanyalah prelud awal kepada kompromi lain yang lebih besar dalam sistem pendidikan negara kita. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/khat-wayang-ph-demi-kompromi-yang-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menurut Sains Bayi Yang Berkepala Besar Dikatakan Lebih Bijak Dan Berjaya Dalam Hidup

Menurut Sains Bayi Yang Berkepala Besar Dikatakan Lebih Bijak Dan Berjaya Dalam Hidup

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 417 hits
Tidak pasti sama ada anda sedar atau tidak bahawa kepala bayi yang dilahirkan ada yang bersaiz normal dan ada juga besar sedikit daripada saiz normal Jangan risau dahulu jika kepala bayi anda lebih besar kerana semua itu adalah sesuatu yang...
Malaysia Indonesia Mari Bicara Hal Lebih Besar

Malaysia Indonesia Mari Bicara Hal Lebih Besar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 259 hits
JUMAAT lalu delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia dijadual menemu bual Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Presiden Jakarta yang diatur bilionair Rusdi Kirana yang juga Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia Temu bu...
Tarik Lebih Ramai Pelancong Moa Lancar Kempen Besar Besaran Sempena Tm2020

Tarik Lebih Ramai Pelancong Moa Lancar Kempen Besar Besaran Sempena Tm2020

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 222 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Gaji Di Uniqlo Lebih Besar Dari Kerja Engineer

Gaji Di Uniqlo Lebih Besar Dari Kerja Engineer

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 675 hits
Kerja Uniqlo Dapat RM3800 Engineer Dapat RM1500 Lebih Baik Kerja Uniqlo Semua orang mahu gaji tinggi tapi hakikatnya tak semua orang dapat Sudah kerja bertahun tahun pun masih gaji sedikit tak mampu nak tanggung kos hidup yang makin lama ma...
Amazon Didakwa Kehilangan Hutan Lebih Besar Dari Saiz London Dalam Masa Sebulan Akibat Pembalakkan

Amazon Didakwa Kehilangan Hutan Lebih Besar Dari Saiz London Dalam Masa Sebulan Akibat Pembalakkan

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 440 hits
Sebut sahaja mengenai hutan Amazon di Brazil pasti kita membayangkan sebuah hutan belantara yang sangat tebal dan menjadi habitat pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan unik Namun anak dan cucu kita berkemungkinan besar bakal mempunyai bayanga...
Mula Mula Macam Ada Kekurangan Tapi Lama Lama Rasa Hidup Bermakna 4 Tahun Tanpa Tv Buat Anak Lebih Fokus

Mula Mula Macam Ada Kekurangan Tapi Lama Lama Rasa Hidup Bermakna 4 Tahun Tanpa Tv Buat Anak Lebih Fokus

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 655 hits
Menonton televisyen bersama keluarga sudah menjadi aktiviti wajib di malam hari Begitu juga di hujung minggu Malah aktiviti menonton ini seakan menjadi pengerat kasih sayang di antara ahli keluarga Namun bukan semua beranggapan seperti ini ...
Pmi Kebutuhan Darah Wilayah Kota Bandung Per Hari Kurang Lebih 400 Kantung

Pmi Kebutuhan Darah Wilayah Kota Bandung Per Hari Kurang Lebih 400 Kantung

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 198 hits
Staf rekrutmen donor darah Palang Merah Indonesia kota Bandung Mutiara Afriani mengatakan persediaan darah yang ideal setiap bulannya sebanyak 12 ribu labu Dengan asumsi kebutuhan per hari 400 labu darah akumulasi dari semua jenis golongan ...
Ketimbang Bamsoet Airlangga Dianggap Lebih Loyal Pada Jokowi

Ketimbang Bamsoet Airlangga Dianggap Lebih Loyal Pada Jokowi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 183 hits
Ketua Umum Golkar Airlangga Hartarto dianggap sukses mengendalikan partai di tengah turbulensi usai era Setya Novanto Hasil Pemilu 2019 yang membawa Golkar berada di peringkat kedua kursi DPR RI dianggap jadi salah satu hasil kerja Airlangg...
Ebooks Zero To Hero Dari Dato Sri Aliff Syukri Memang Poyo Jer Lebih

Ebooks Zero To Hero Dari Dato Sri Aliff Syukri Memang Poyo Jer Lebih

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 613 hits
Ebooks Zero to Hero Dari Dato Sri Aliff Syukri memang Poyo Jer Lebih Sejujurnya Saya pun bermula dari ZERO dengan tips2 yg Dato Sri Aliff Syukri sharekan saya percaya ZERO akan bertukar angka bertuahnya dapat ilmu cuma kurang dari RM100 Apa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025