Khasiat Minuman Sarang Burung Walet Yang Menakjubkan Dari Forever Dewi



Setiap kali suami minta saya sapukan skincare di wajahnya, dalam hati saya selalu mengagumi wajah lelaki kesayangan hidup saya ini. Meskipun mempunyai parut jerawat namun wajahnya yang masih anjal dengan kedutan yang sedikit, amatlah saya cemburui. Namun saya hanya boleh puji di dalam hati, bimbang beliau riak pula nanti :D

Berbeza dengan wajah saya, meskipun tanpa parut jerawat namun kedutan halus jelas kelihatan di bahagian keliling mata yang membuatkan saya nampak agak tua dan berumur. Saya tahu pemakanan memang perlu dititik berat bagi mendapatkan kulit yang bersih dan awet muda, namun itulah masalahnya..saya memang penggemar kopi dan kurang meminum air masak. Hurm.




Pengambilan kafein boleh mempercepatkan proses penuaan dan pengambilan air masak yang tidak mencukupi boleh menyebabkan toksin dalam badan tidak dapat disingkirkan. Mungkin ini merupakan salah satu faktor mengapa wajah saya mempunyai lebih banyak garisan halus dan kedutan berbanding suami meskipun umur kami berdua adalah sama


Seiring peningkatan usia, penghasilan kolagen dalam badan juga semakin berkurang. Hasilnya kulit akan jadi kurang anjal dan proses penuaan mula mengambil alih. Apabila membayangkan wajah saya pada umur 40-an nanti, amat merisaukan. Jadi apa cara yang saya boleh buat bagi melambatkan proses penuaan ini


Minuman Sarang Burung Walet dari Forever Dewi

Usah bimbang, Forever Dewi mampu berikan saya penyelesaian segera. Jika disebut tentang minuman sarang burung walet, perkara pertama yang akan bermain di minda saya adalah kolagen! Ya, minuman sarang burung walet adalah tinggi kandungan kolagen yang sangat baik bagi mengembalikan wajah awet muda impian setiap wanita.




Mujurlah pada masa kini saya tidak perlu bersusah payah mendaki gunung dan memanjat gua untuk mendapatkan minuman sarang burung walet. Forever Dewi tempat yang boleh saya tujui! Forever Dewi merupakan suatu jenama produk kecantikan yang memasarkan minuman sarang burung walet bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mengimpikan kulit lebih halus, anjal dan awet muda. 

Menerima sijil Halal JAKIM serta telah dianugerahkan dengan sistem Amalan Pengilangan Baik (GMP), HACCP serta MeSTI, Forever Dewi komited menghasilkan produk minuman istimewa daripada sarang burung walet bagi memastikan pelanggannya menerima hasil terbaik melalui khasiat sarang burung itu sendiri


Kebaikan Sarang Burung Walet untuk Kesihatan dan Kecantikan

Kebaikan sarang burung walet dalam industri kecantikan tidak perlu dipersoalkan lagi. Masyarakat Cina telah mengamalkan minuman sarang burung walet sejak 400 tahun lalu dan menjadi makanan kedua terbaik selepas ginseng. Walaubagaimanapun, harganya yang mahal pada ketika itu menjadikan sarang burung walet hanya menjadi makanan istimewa di kalangan kerabat diraja sahaja. 


Sarang burung walet terhasil apabila burung walet atau burung layang-layang yang mahu bertelur menghasilkan sarang burung dengan menggunakan air liurnya sendiri. Mengandungi 60% protein, 18 jenis asid amino serta pelbagai nutrien dan mineral menjadikan sarang burung walet antara makanan terbaik dalam industri kecantikan dan kesihatan


Antara kebaikan sarang burung walet adalah :

1. Kecantikan Mengandungi threonine yang menyokong pembentukan kolagen bagi mengatasi masalah penuaan, mencegah kedutan, mengurangkan pigmentasi, menghalang pertumbuhan jerawat serta menjadikan kulit halus dan licin.Meningkatkan daya ingatan, membantu pengaliran saraf dan penyerapan Vitamin D yang baik untuk kulit.Mengandungi asid syalik dan tirosin yang membantu menyingkirkan toksin dalam badan serta merangsang pertumbuhan sel darah merah.
2. KesihatanMengandungi karbohidrat dan lipid yang dapat meningkatkan pertumbuhan tisu dan regenerasi serta menghalang jangkitan influenza.Menguatkan tulang dan meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit.Membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, mengurangkan masalah hati dan usus, mengawal gula dalam darah dan anti-arthritis.Melegakan penyakit berkaitan pernafasan seperti asma dan batuk kronik serta meningkatkan fungsi paru-paru serta buah pinggang.
Selain itu, sarang burung walet boleh diamalkan oleh setiap peringkat umur, termasuk golongan yang sihat atau pesakit yang telah menjalani pembedahan. Golongan pelajar juga amat digalakkan untuk mengamalkan sarang burung walet dalam kehidupan seharian kerana mampu meningkatkan daya intelek dan pertumbuhan fizikal mereka




Bagi wanita yang sedang hamil dan mengimpikan bayi dengan kulit halus dan cerah, juga boleh mengamalkan minuman sarang burung walet. Bukan itu sahaja, pengambilan sarang burung walet semasa hamil meningkatkan sel-sel otak dan membran sinaptik janin serta mempercepatkan proses pemulihan ibu selepas bersalin


Amalan pengambilan minuman sarang burung walet bagi warga tua pula membantu meningkatkan kecergasan, menjaga kesihatan, meningkatkan metabolisme tubuh serta melambatkan proses penuaan. Selain itu, ia juga mampu memberi tenaga dan pemulihan dalaman serta menggalakkan pertumbuhan sel baru. 

Sarang Burung Walet Forever Dewi Minuman Kecantikan Pilihan Saya



Saya amat teruja untuk mencuba minuman sarang burung walet ini. Selain bungkusannya yang ekslusif dan menarik, saya pasti rasanya tentu sedap. Iyelah, selama 33 tahun bernafas, saya tidak pernah mencuba minuman sarang burung walet, jadi saya sedikit excited nak merasa meskipun terasa sayang untuk menyentuh bungkusannya botol yang comel.


Saya tidak pernah terfikir untuk mencuba minuman sarang burung walet sebagai makanan tambahan meskipun sebelum ini saya telah membelanjakan wang yang banyak untuk keperluan kesihatan dan kecantikan. Mungkin kerana tidak pernah didedahkan dengan minuman ini, jadi saya lebih senang memilih supplement bersifat kapsul dan serbuk sahaja. Dipertemukan dengan minuman daripada Forever Dewi ini membuka mata saya tentang khasiat sarang burung walet yang menakjubkan dan pantas berbanding makanan tambahan lain yang pernah saya makan sebelum ini.


Kebetulan ketika saya mencuba minuman sarang burung walet ini, saya sedang mengalami masalah batuk dan sakit tekak yang agak teruk. Menakjubkan apabila saya langsung tidak perasan batuk saya hilang dan masalah eczema yang saya alami ketika itu juga mengering selepas pengambilan dua botol minuman sarang burung walet Forever Dewi.


Dah tiga minggu eczema, minum dua botol terus kering..hebat!
Selain itu, hanya dengan pengambilan satu botol minuman sarang burung walet Forever Dewi, saya dapat lihat perubahan pada wajah apabila pigmentasi berkurang dan tona wajah kelihatan lebih sekata. Rambut juga menjadi lebih lembut serta tidak kering dan mengerbang seperti dahulu. Terkejut saya dengan hasilnya kerana dengan satu botol, terus nampak perubahan ketara!


Mungkin inilah penyebabnya mengapa sarang burung walet menjadi makanan terbaik bagi masyarakat Cina selepas ginseng. Kesan pantas dapat dilihat samada dalam bidang kesihatan atau kecantikan dan saya telah rasainya sendiri. Selepas ini saya tidak akan teragak-agak untuk mengamalkan minuman daripada Forever Dewi ini. Kesan pantas dan terbaik!




Dalam setiap kotak Forever Dewi, terdapat 6 botol minuman sarang burung walet dengan tiga perisa berbeza. Ini bermaksud setiap kotak mengandungi dua botol minuman sarang burung walet dengan perisa yang sama. Isipadu bagi sebotol minuman adalah sebanyak 180 ml. Setiap perisa boleh dibezakan dengan warna pelekat yang terdapat pada botol seperti berikut :

Pink - Longan red dates with extra collagenGreen - Chrysanthemum with extra collagenYellow - Pandan with extra collagen

Cara Pengambilan Sarang Burung Walet dari Forever Dewi

Minuman sarang burung walet Forever Dewi hanya perlu diamalkan sebotol sehari samada sebelum tidur atau setiap pagi sebelum sarapan untuk kesan yang terbaik. Pastikan botol digoncang terlebih dahulu sebelum diminum dan simpan di dalam peti ais sekiranya penutup botol telah dibuka. Untuk rasa nyaman dan segar yang lebih sedap, minuman sarang burung Forever Dewi boleh juga disimpan di dalam peti ais sebelum diminum. Jom layan video saya menikmati sarang burung Forever Dewi ini :P



Cara Mendapatkan Minuman Sarang Burung Walet dari Forever Dewi

Pasti anda ingin merasai sendiri keenakan minuman sarang burung walet ini bukan? Mudah sahaja, dengan pembelian online, anda boleh mendapatkan minuman sarang burung walet Forever Dewi pada harga RM120 sekotak yang bersamaan RM20 bagi sebotol. Kos penghantaran adalah percuma.


Facebook Fanpage : https://www.facebook.com/foreverdewihqInstagram : https://www.instagram.com/foreverdewi.official/Email : [email protected]

Sekiranya anda berminat untuk menjadi agen atau dropship bagi produk minuman sarang burung walet Forever Dewi, anda boleh mendaftar dengan kod : FDNURZARINIISMAIL dan nikmati penjimatan antara 10% hingga 30%. Banyak tu!


Saya sangat teruja dengan kesan dan perubahan segera yang dapat dilihat pada wajah dan diri saya selepas pengambilan minuman sarang burung walet dari Forever Dewi ini. Walaupun dengan hanya sebotol, perubahan positif terus terasa! In shaa Allah akan order lagi selepas ini, awak taknak cuba ke?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/02/khasiat-minuman-sarang-burung-walet-yang-menakjubkan-dari-forever-dewi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Forever Dewi Hq Mencari Ejen Dan Dropship Untuk Minuman Sarang Burung

Forever Dewi Hq Mencari Ejen Dan Dropship Untuk Minuman Sarang Burung

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 711 hits
Hari tu pergi Hatyai aku tak sempat nak pergi tempat untuk minum sarang burung Aku memang penggemar minuman sarang burung ni Tapi nak cari yang Halal tu yang susah sikit Bila balik KL aku dok cari jugak dekat mana aku boleh minum air sarang...
Nak Kulit Cantik Senang Je Umaira Haris Kongsikan Petua Rahsia Manfaat Minum Air Sarang Burung Wow

Nak Kulit Cantik Senang Je Umaira Haris Kongsikan Petua Rahsia Manfaat Minum Air Sarang Burung Wow

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 1266 hits
Setiap orang inginkan kulit wajah yang halus mulus bersih tanpa parut jerawat jeragat dan sebagainya bukan Tapi pening juga kalau anda sudah cuba untuk menggunakan pelbagai jenis produk namun masih tidak berjaya merawat kulit wajah Susah be...
Keistimewaan Burung Hantu Bubo

Keistimewaan Burung Hantu Bubo

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 440 hits
Ada banyak sekali jenis burung hantu yang ada di wilayah Indonesia Populasi mereka kini semakin sedikit sehingga harus hati hati ketika ingin memelihara binatang yang satu ini Salah satu jenis yang banyak disukai adalah burung hantu bubo Je...
Tips Memilih Burung Kenari Yang Berkualitas

Tips Memilih Burung Kenari Yang Berkualitas

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 415 hits
Varietas burung kenari sangat banyak sekali Ada yang unggul di suara warna atau postur tubuhnya Oleh karena itu kita tidak bisa memilihnya dengan sembarangan Apalagi buat orang yang belum paham tentang karakter burung sama sekali Mungkin an...
Jenis Burung Cendrawasih Yang Paling Banyak Diburu

Jenis Burung Cendrawasih Yang Paling Banyak Diburu

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 568 hits
Burung cendrawasih adalah burung unggulan ketimbang aves lainnya Hal ini pastinya terletak pada keanggunan keelokan dan kemerduannya Kita dapat menjumpai burung ini hidup bebas di Indonesia bagian Timur atau area sekitar selat Tores Menurut...
Cara Ternak Burung Merak Jawa

Cara Ternak Burung Merak Jawa

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 447 hits
Menangkar satwa liar dan dilindungi memang dibutuhkan pengetahuan khusus dan harus mendapatkan izin dari pemerintah karena satwa liar merupakan satwa miliki Negara Akan tetapi meskipun tidak mudah hal itu bisa dilakukan untuk menangkar bina...
Polisi Gagalkan Penjualan Belasan Burung Dilindungi

Polisi Gagalkan Penjualan Belasan Burung Dilindungi

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 179 hits
Polisi Gagalkan Penjualan Belasan Burung Dilindungi Polisi lantas berkoordinasi Balai Konservasi Sumber Daya Alam dan Dinas Kehutanan Sumut
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator